Wednesday, April 15, 2009

Apa?!

Tak tau nak tulis entry apa hari ni, banyak je idea tapi mostly tajuk "berat", otak ni malas pulak nak berfikir so KIV laa dulu semua2 tu, hehe. Hari ni buat nasi ayam kesukaan myLove untuk dinner, lunch tadi makan ikan kering goreng, salad dan acar kedah je, haha, sadis sungguh, ni kes lauk untuk bento myLove tu I masak tak cukup, tak berbaki bermakna no lunch for me. Kalau dulu boleh laa belasah roti je, tapi la ni mana tahan beb, perut ni 24jam asyik lapau aje, hek. Baru2 ni kawan myLove bagi salad sebeban, ada laa dalam 8pokok kot, tambah pulak I baru je beli 2pokok pagi tu, haa hambik, jenuh nak telan! Selagi tak habis tu, menu setiap hari kami ialah salad, hahaha. Tapi nasib baik dia bagi macam2 jenis salad, ada iceberg-lettuce(yang jenis bulat tu), ada looseleaf-lettuce(kat sini panggil green leaf kalau tak salah) dan ada jugak redleaf-lettuce(macam green leaf tapi warna kemerah-merahan/purple sikit).

Cuaca hari ni cerah je, walaupun sedikit sejuk dek angin yang agak kuat tapi nampak gaya macam boleh bawa Rafiqh ke playground kejap lagi. Ni pun tengah tunggu dia bangun tidur... Tadi dah bangun, tapi alih2 tidur balik, hish budak ni...

Tajuk entry ni "apa?", nak cerita pasal Rafiqh yang sejak 2menjak ni dok asyik sebut perkataan tu. Sebelum ni dia dok dengar mamanya dok tanya "Rafiqh makan apa tu?", "Rafiqh buat apa tu?", "Rafiqh, apa tu?", "kenapa?" dan segala macam pa pa lagilah, haa la ni dia dah boleh sebut... Bila panggil dia, kadang2 dia henji(=reply) "apa?". Kalau tengok mamanya sibuk buat sesuatu, dia datang dan tanya "apa?". Tapi all in all, yang paling syok sekali ialah bila dia dengar anjing belakang rumah ni menyalak, dia akan lari ke pintu beranda dan jerit kuat2 "apa? apa?", hahaha, dia ulang banyak2 kali sampai anjing tu stop menyalak atau sampai dia penat nak tanya dah, seolah2 macam tanya anjing tu awat hang jerit wei?

Oh sejak dah terer berjalan ni, macam2 aksi berjalan dia buat. Paling suka jalan reverse ke belakang. Habis semua benda dia langgar, berpuluh2 kali dah tertonggeng tergolek, tak larat nak larang dah, tak serik2 haa lantak pi laa. Selain tu suka jalan jengkek kaki, ni semua budak suka buat ni, ala2 gaya pakai high heels gitu, haha. Kadang2 tu dia jalan sambil bengkok lutut, sebijik macam orang tua sakit lutut, tambah2 kalau dia pegang2 lutut dia tu, nampak macam nenek kebayan pun ya jugak, haihhh macam2 peel.

Oklah, Rafiqh dah bangun pun...

3 comments:

zura_betty said...

ehehehehe..! comelnya rafiqh..! betul laa.., same je spesis dorang nie kan..! mesti cute bila dia sape anjing tu menyalak..! ehehehe

kew_chop said...

camtula gamaknye baby boy membesar ek, lasak bukan main. ni yang tak sabar nk tgk peel zayyan plak ni. nanti rafiqh ade adik kurang sket la kot keaktifannye.

Fith said...

Zura,
tuh laa,budak2 ni pembesaran diorang satu patent je,kot kalau berbeza pun sikit2 je kan.
kat sini byk anjing comel2,rafiqh geram je tgk,jgn buat dia pegang udah ler,hahaha

Murni,
fith takde baby girl lg so tak reti nak beza,hehe.agaknya berbeza laa kan boy n girl punya cara.