Waaahhh, 3hari blog ni tak ber-update. Ke mana menghilang? Tak ke mana pun, ada je kat sini, cuma tak berkesempatan nak duduk lama depan laptop ni jer...
Sejak jumaat lepas, cuaca kat sini sejuk kemain, dengan hujan dan angin yang bertiup kuat... Pagi jumaat tu setelah 4hari terperap dalam rumah, I bawa Rafiqh keluar jalan2, beli barang dan settle-kan beberapa urusan. Bila dah sampai rumah, sibuk pulak siapkan lunch, maklum laa masing2 dah kebulur. Selesai je masak dan makan, tidurkan Rafiqh, sebab terlalu penat maknya pun sekali tertidur, hehe. Sedar2 dah pukul 3lebih, bangun terus prepare bahan2 nak masak for dinner dan angkat kain baju di ampaian, baru je nak duduk depan laptop si Rafiqh pulak bangun. Then my junior sms kata nak datang rumah, terus sediakan minum petang, goreng kuih kacang stok terakhir dan buat teh susu je. Habis borak2, dia balik je I terus bersilat memasak dan lipat kain baju. Dekat pukul 7 baru mandikan Rafiqh, tak lama lepas tu myLove call ajak keluar dinner dengan juniors lain kat Joyfull, sempena meraikan lawatan tetamu jauh iaitu pensyarah Ambang Asuhan Jepun, UM, Zoraidah sensei yang datang ke sini atas urusan kerja. I tak kenal pun sensei ni, tak sempat belajar dengan dia, tapi myLove kenal sejak kat AAJ, lagipun lepas dia datang sini, sensei sambung study hingga ke peringkat PHD kat Hiroshima University, myLove dulu zaman student-nya suka laa melepak kat sana, memang dia kenal laa dengan sensei. Segan jugak mulanya nak join tapi dah orang ajak, I pergi je laa, boleh jugak berkenal-kenalan kan... Pukul 8 lebih bertolak dari rumah, mak aih sejuk sungguh kat luar. Pukul 10 lebih masa nak balik tu hujan turun renyai2, memang I dah prepared topi untuk Rafiqh tapi tak sangka laa pulak masih nak kena selsema...
So sabtu tu Rafiqh selsema, huhu... Nak bawa ke klinik pun sabtu ahad tutup, sabar je laa menanti hari ni baru boleh nak jumpa paed. Siangnya dia tidur ok, cuma refused makan je, asyik laa nak minum susu. Bila malam dia buat hal susah nak tidur, mungkin sebab pernafasan yang tersekat2 kot, I pulak seharian dah penat, tekak dah rasa sakit, macam nak selsema pun yer jugak, badan ni pun lenguh sungguh sebab dok mengiring sebelah dia je, hadoi, last2 I biarkan je ayahnya tengokkan, bukannya I boleh tidur pun dengar dia merengek2, cuma nak bagi badan ni rest kejap. Biasa laa kan, bila anak kurang sihat ni, mak2 mesti tak dapat nak lena. Pukul 3lebih baru dia terlelap betul, sampai laa ke pagi, masing2 tak cukup tidur, habis tiga2 orang bangun pukul 8 lebih, hahaha... Ni kali ke-3 dia selsema, nasib baik tak demam, tapi kali ni dia paling cranky, hohoho ni mesti sebab dah makin banyak auta kan, so macam2 laa dia demand. Banyak cikadak betul laa budak ni, masa kecik2 dulu sakit ker hapa ker tidur tetap baik, makan minum maintain jer, waaahhh sekarang sudah pandai nak buli mama, huh!
Semalam punya plan nak keluar pun terpaksa cancel, angin punya laa kuat, sampai kena pasang heater balik. Duk dalam rumah pun sejuk tak hingat, untuk elakkan sakit Rafiqh tu jadi parah, baik laa duk diam2 je dalam rumah. Siangnya dia ok laa, cuma kasihan tengok dia asyik bersin dan hidung berair, dah macam paip air pun, memanjang meleleh hingus... Malam tadi dia buat hal balik, badan pun mula panas sikit, jangan tanya la kenapa tak bagi makan ubat sebab rumah ni memang tak ada ubat, kami cuma bagi dia makan limau dan kurma. Basah2kan kepala dia dan sapu vicks untuk baby tu supaya dia boleh tidur. Pukul 1lebih dia dah tidur nyenyak, kira ok laa kan. Pagi tadi pukul 7.30 baru dia bangun...
Pukul 8.30pagi tadi I bawa dia ke klinik, penuh pulak kali ni, mungkin sebab klinik cuti on weekends so semua pakat tunggu pagi ni nak jumpa paed. Nasib baik tak tunggu lama, masuk jumpa doktor, doktor kata selsema ringan je, tak ada gangguan pada pernafasan dalaman dan tak demam, dapat laa ubat makan untuk 4hari. Beberapa hari ni myLove dok risau tengok anaknya, alah biasa laa dia tu memang terlebih concern hal anak dia. Since Rafiqh dah tak menyusu badan, dia memang kalut sikit bab pemakanan anaknya, so dia ada sebut nak bagi Rafiqh supplements. I kata kena tunggu balik Malaysia laa baru boleh beli sebab kat sini tak berapa reti, actually tak pernah tengok pun kat pasaran. Tadi masa jumpa doktor, I tanya laa tapi macam biasa, I dah agak dah mesti doktor tak suggest budak2 makan supplements. Doktor tanya I risau ker tengok pembesaran Rafiqh, hehe, I bagitau je laa yang dia dah tak menyusu badan, kadang2 tu risau jugak dia tak dapat nutrisi yang secukupnya. Tapi doktor kata pulak kalau dia chanto makan 3kali sehari dan minum susu, should be no problem. I tanya jugak what if I campur2 freshmilk dan formula milk, dia kata tak perlu, umur setahun++ freshmilk lebih baik. Nanti balik Malaysia I nak bawa Rafiqh jumpa paed sana pulak, nak jugak dengar 2nd opinion...
Semoga Rafiqh cepat sembuh yer sayang, walaupun sakit atau sehat sama je tahap keaktifannya, tapi tetap mama nak tengok Rafiqh tidur lena dan hidung tak berair lagi...
12 comments:
siannya rafiqh, cepat sembuh ye sayang.. aahla, paed selalu suggest ckp freshmilk better lagi. bile ckp kat mak, menjerit die ckp tak elok kasik freshmilk anak br setahun. tapi nk wat camanakan, dulu hantar maira kat nursery derang memang kasik jek. nasib baikla mek tu ok jek.
moga rafigh cepat2 sembuh yek. Sian mama risau tu. Anak sakit, kite pun turut risau kan fith. dlu time bersalin aina kat msia, tanye gak paed nih pasal freshmilk, die suggest, sthn ++ mmg dah leh bagi je freshmilk. nnti fith tanye la gak bile balik msia yek. moga semua ye di permudahkan..insyaALLAH..
siannya hero mama sorg tuh. semoga cpt sihat. ckp psl sakit ni kan. agaknya kalau teruk sgt kene g hopsital la ek masa wiken? kalau sakitnya mlm jumaat nk tggu isnin jenuh gak nk tahan risau tu. tetambah lagi kalau bdk2 kan if kena demam pns ke asthma ke mana leh tggu lama2 kan. tetiba lak terpk. cmner ek fith? btw nmpk ada org tu tulis teh susu. org kt sini pn teringin plak dah! kena wat la mlm ni haha! nasib baik xde gmbr. if not agaknya skrg gak g buat ;P
Murni,
yer la kan,msian biasanya klau budak2 mana bg freshmilk,kita bg formula milk.fith sndr prefer freshmilk lbh dr formula milk,tp klau dpt breastmilk lg laa bagus,yer tak...
Aisha,
tuh laa aisha kan,kita pun tak senang hati dibuatnya.actually psl freshmilk ni fith takde hal sgt,cuma kalau saper2 tau psl supplements tu yg agak teringin nak tau lbh detail,hehe.
Ina,
haa sudah,teringin teh susu pulak dah,haha.takper2,buat2,sekali sekala minum tak apa,hihi...
pasal sakit tgh malam tu,kalau dah teruk sgt kena pi hospital laa gamaknya kan.sah2 klinik takde org,yer dak?fith pun taktau sgt,tp dlm otak ni dok fikir mcm ina laa jugak.tp kalau weekends tu boleh kot pi klinik lain yg buka,fith tak pi sbb selsema rafiqh terkawal lg,takde batuk n demam,kalau teruk dah mmg pi dah laa...
to mama ina, jgn risau ade jek hospital yang buka time cuti2 pun. kalo cam toyama dulu, time cuti derang ade buka clinic khas untuk emergency n time cuti. tapi kalo nkgi spital gak ade jugak yang buka tapi bukan semua spital. derang ade routine spital mana yang buka, nak senang call jek police tanye spital mane yang buka kalo tak tau jadual. tu yang selalu kitorang buat. selalu kene time cuti cam GW ke obon ke byk clinic tutup. agak2 demam 38.5 ke atas memang kitorang redah gak. tapi kalo ken lain taktaula, rasenye camtu gak.
Murni,
uish call polis ek,hehe,tp lojik arr mmg boleh refer apa je dgn polis nihong ni.good info,fith pun dpt ilmu baru.
laa.., ciannya kat rafiqh.! amsyar plak tgh batuk laa nie.., sian dia terkokol..! sampai muntah2 kdg kuakan lendir dia..!
erm tapi kan fith.., just nak kongsi laa.., zura kalau amsyar selsema.., just sapu kan kunyit hidup kat hidung dia..! insyaAllah jap je kering..!
letak kan kat batang hidung dia.., sebab i tak prefer laa nak tale ubat je kat budak.., lagi dorang kecik lagi kan..! kecuali dah serius laaa..!
Zura,
thanks 4 the tips.kat sini takde kunyit hidup laa pulak,huhu.kunyit serbuk ada laa...
kesian amsyar,kalau batuk mesti lagi kesian kan,siap muntah2 pulak tu,alahai...moga amsyar pun cepat sembuh yer...
doa dri kami juga utk fith sekeluarga..moga rafiqh cepat baik ye. yelah, kita maknya ni mesti x senang duduk, tido tak lena, makan tak kenyang , tido tak lena bila anak tak sehat..huhu..lebih sanggup tgk anak yg tgh lasak ke sana ke mari tak reti duduk diam drpd tgk dia sakit kan..
take care slalu k..
to murni, tula tetiba terpk. xrugi tanya dpt info baru. bagus ek polis nihon mcm2 tau. kami sblm2 ni tanya city hall je kalau apa2. tp bkn hal emergency la setakat ni. tq ye.
Kak ojasamid,
thanks yer kak,tu lah tahan tgk dia melasak dari dok sakit gitu.
Ina,
betul tu ina,baik kita tanya awal2 kan,kang dah emergency baru nak terkocoh2 panic dah tak guna dah laa.
aah call polis. mula2 terkejut gak bile sempai ckp call jek polis tanye. ckp kat diri sendiri apahal plak polis nk layan kite kan. hehehe, tapi memang cenggitu. derang tau pasal jadual spital coz kalo ade kemalangan ke ape depa gak yang dihubungi so of course la depa kena tau.
Post a Comment