Tuesday, April 14, 2009

My wishlist...

Tiba2 je gatal nak buat wishlist, padahal birthday lambat lagi :-p, saja je nak cerita pasal barang2 yang dah lama diidamkan... Nampak sangat tak ada kerja kan... Eh ada laa, ni tengah tunggu pakcik kecik bangun tidoq ni, satgi nak keluar pi bank dan pos ofis, sementara tu mai dengar cerita saya...


1. Cake mixer


Dulu2 masa dok aktif meniaga kek ni, selalu laa bodek2 abah mak suruh belikan, tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Mak tak minat sangat bab buat biskut atau kek, tu yang dia tak mau beli tu... Bila pi rumah orang dan nampak orang ada mesin ni, selalu cakap kat diri sendiri, bestnya laa kalau ada benda alah ni kan, sambil2 putar bahan kek tu boleh laa buat kerja lain. Biasanya kalau buat kek, nak dapatkan tekstur kek yang lawa kena pukul lama2, haa kalau ada benda ni nak pukul sejam pun no hal, hahaha, melampau laa pulak. Tunggu balik Malaysia laa baru nak beli, kat sini tak tau kat mana laa nak simpan, besar gedabak!

2. Mesin jahit
Walaupun tak reti menjahit tapi nak jugak ada mesin jahit ni. Kalau boleh nak yang canggih manggih, siap boleh sulam tu, hahaha. Mesti best kan kalau pandai menjahit, sekarang ni nak upah orang jahit baju tu pun boleh beli sepasang yang ready-made, punya laa mahal! Kalau boleh jahit bodoh2 pun ok apa, paling lekeh pun boleh buat baju kurung ker kan, haa... Masa tunggu result SPM dulu memang nak masuk kelas, tapi mak pulak tak bagi. Sebab abah mak nak pi Mekah, so kena laa duk rumah jadi bibik, huhu. Sekarang ni kalau bab2 menjahit ni myLove lagi terer!


3. Body scale
Apa ek orang panggil menatang ni? Bukan weight scale rasanya sebab kalau weight scale tu setakat boleh timbang berat badan je kan, yang ni siap boleh sukat tahap kolestrol laa hapa laa, serba-serbi lengkap! Kat sini dah murah dah benda ni tapi tak mau beli lagi sebab penimbang yang sedia ada tu tak rosak2 lagi, entah bila nak rosak pun tak tau, Rafiqh bukan setakat timbang diri dia, dia siap hempuk, tunggang-tungging terbalik, macam2 dah dia buat tapi dok elok waras lagi. Dekat2 nak balik Malaysia nanti, kalau tak rosak2 jugak memang buang ja laa, beli yang jenis macam ni bawa balik...


4. Rak handbag
Banyak sangat handbag tapi tak ada tempat khas nak letak. Kalau boleh nak rak yang bertutup laa, yang gambar atas tu open sangat, serabut pulak tengok, berhabuk pun satu hal. Kalau ada kabinet handbags boleh nak display banyak2. I memang suka kumpul handbags, kalau keluar jalan2 suka tukar2 ikut warna/tema. Ni pun tunggu balik Malaysia baru boleh beli, kat sini tak ada ruang pun nak letak...


5. Rak kasutRak kasut pun teringin nak ada. Susun lawa2 bagi penuh, wah bestnya, hahaha, berangan! Kat jepun ni ruang kat pintu masuk tu kecil je, tak muat sangat nak buh almari macam ni, kalau balik Malaysia ni boleh laa kan, tu pun kalau rumah besar :-p


6. Kasut Skechers

Kalau tengok koleksi kasut yang sedia ada, mostly semuanya heels. Saya kan rendah aje, harus laa pakai tumit tinggi, mau kasi nampak tinggi sikit. Bila dah beranak ni, mana nak dukung anak, mana nak control berjalan kan, so kadang2 prefer pakai yang simple je. Skechers ni sporty, selesa tapi still girly kan, minat sangat!


7. Tote bag
Tote bag ni memang memudahkan especially bila nak travel, semua benda boleh sumbat masuk. Dah ada beberapa ketul dalam koleksi tapi nak tambah lagi, nak design yang lebih fancy dan warna silver/bronze pulak. Suka sangat yang jenis lembik2 tu, buh banyak mana pun still tak nampak penuh...


8. Perfume

Kali terakhir beli perfume ni masa nak buat hantaran kahwin dulu, yer 4tahun yang lalu! Berzaman sudah! Masa tu pi beli sampai 5botol, dapat pulak 5botol kecik2, haa sampai sekarang ni pun dok ada lagi. Dah naik bosan dah bau yang sama ja, cemuih(=jemu) haku! Dok nak beli yang baru ni lama dah, tapi tak terbeli2 lagi, perangai buruk I ni kalau nak beli tak cukup 1botol, kena 2-3botol, rabak laa kan, hehehe...


Note: MyLove tak baca pun blog I ni, so sah2 dia tak tau apa bini dia ni dok idam2kan selama ni kan. Kalau dia bagi hadiah, pi mai pi mai electronic gadgets je laa, orang tak romantik sangat ni tak reti nak beli benda2 macam ni semua, hahaha, terkutuk pulak, satgi kena minta maaf ni :-p. Eh tapi I happy je dia bagi apa pun, at least dia ingat nak bagi, yer tak?
Dah memang sejak azali lagi perangai I ni susah nak minta apa pun dari dia, though he always ask me, ermmm tak reti laa nak meminta2, malu! Kalau nak bagi, bagi je laa, jangan tanya2...

Sekian saja hasil merepek saya untuk hari ni...

4 comments:

Ina said...

lebih kurang la wishlist kiter. kitchen mizer dgn sewing machine tu mmg jadi idaman la. kitchen mixer tu siap leh wat mcm2 roti segala. bila tgk mil punya dok pk je bila la aku leh dpt satu hehe. mak plak ada sewing machine canggih. tp dia jarang guna pn. mintak2 la nnt dia bg kt anak pompuan dia ni hahaha hampeh je. tp tula kene tggu blk mesia kalau nk bli. besar xde tmpt nk simpan. n then kene blaja sewing dlu baru la berbaloi. body scale tu kiter ada kt rmh ni. keje timbang berat je hari2, really love it! kasut skechers tu sama pattern dgn yg kiter punya tp design lain sket. bli masa g tokyo. kt ceruk kg ni mana la nk jmpa kasut skechers hahaha. bli jgn xbli. mmg ringan je sedap sgt pakai jln jejauh :D

Fith said...

Ina,
haha ni yang makin tak tahan ni,ada pulak orang sorak suruh beli :-p
uish tak tau pulak kitchen mixer tu boleh sampai uli roti,bestnya.takper2,sabar.nanti blk boleh beli,hehe...

Unknown said...

sama jgk la k.fith..dyana pn dok mengidam2 nk beli mixer,sewing machine tu dgn body scale plus lg satu breadmaker hehe..ketinggalan zmn sket..yg tmpt sgkt beg n rak kasut tu mmg kene tunggu blk meysia la br bleh beli kn..kat cni tang mn la nk ltk sume2 tu..muz siap boh sume handbag dyana dlm beg plastik sampah yg besaq tu pastu ltk dlm oshire yg bhgn atas..kejam kn???haha blehla plak dok mengata kat dia;p

Fith said...

Dyana,
hahaha melampau sungguh muz,hahaha.ada ka patut pi buh dalam plastik sampah!
tuh laa,kalau boleh dapat semua2 ni syok ni,hehe.