Friday, April 10, 2009

My business...

Bagi kawan2 yang dah lama baca segala my merapu meraban sejak kat flickr dulu mesti tak tertanya2 apa maksud "kedai" yang I mentioned kat previous entry tu kan, tapi for those yang baru terjejak kat sini, mesti pelik, haha... Dalam rumah sekangkang kera ni ada 3bilik-1 bilik tidur, 1 bilik ruang tamu dan 1 lagi dibuat kedai.

I started my business almost 3years++ back, I was in my final year at that time. Mulakan dengan muslimah online shop, jual barang2 keperluan muslimah such as hijab, shawl, kaftan, jilbab, underscaft, hijabpin, sejadah, tafsir Quran and yada2, banyaklah jugak barangnya. Mulanya tu untuk test market so memang banyaklah barang, tapi sekarang dah banyak yang I stop pengambilannya, lebih bertumpu pada hijab je sebab permintaan tinggi...

Sejak kecil memang I minat sangat dengan bisnes, kat sekolah menengah dah mula menjual. Tapi my parents nak I jadi engineer so that's why laa I tercampak kat sini study system engineering tapi hagham tak pernah terfikir nak masuk kerja bidang tu, apalagi bila dah kahwin dengan myLove yang sangat supportive dengan cita2 I. Cita2 I ialah nak buka bisnes bila balik Malaysia for good nanti. Memang dah ada perancangan yang teliti tentang hasrat bergiat secara serius dalam dunia perniagaan ni, mainly islamic boutique, I love fashion, walaupun diri sendiri tak bergaya mana pun, hahaha. MyLove bagi galakan untuk bermula sejak sekarang, walaupun income masih tak stabil tapi at least I'm gaining lots of experiences, especially on how to entertain customers and deal with business thingy.

Selepas setahun lancarkan Sakura Boutique di Japan, I tried masuk marketing europe, my sis-alang yang handle. However, since she is getting married soon and so busy with her study, I ambil keputusan untuk tutup je bisnes kat sana.

Selepas grad I buka halal food shop pulak, tak ada premis khas pun, sekadar sediakan 1bilik kat rumah ni untuk dijadikan kedai je. Yang ni buat suka2 saja untuk tolong muslim kat sini dapatkan bekalan makanan halal. Ada jual ayam, daging, sosej, sayur2 frozen macam cili, daun pandan, lengkuas, daun limau purut dll, kicap, maggi, rempah2 dan macam2lah. Beberapa bulan lepas, I buat keputusan untuk tutup kedai. Kenapa? Sebab I dah tak larat nak jaga. Tambahan pulak masa balik bersalin Rafiqh hari tu I memang tutup servis beberapa bulan, rasa bersalah pulak kat customers. Ni nak balik bersalin lagi, tutup lagi, so rasa macam dah tak boleh nak handle dah. In case nanti2 nak sambung balik, tak ada hal punya insyaAllah, kelengkapan semua masih ada, peti ais besar macam kat supermarket tu masih ada lagi, anytime boleh start semula...

Last year jugak I buka satu bisnes lagi iaitu Sakura Apron, lebih kurang macam catering. I ambil upah memasak bila2 nak buat tempahan. I jual jugak kuih2 frozen dan memang ada planning nak serius buat kuih2 frozen untuk pasaran seluruh jepun tapi tak cukup kaki tangan, so tak jadi, mungkin kalau ada rezeki lepas2 ni laa kot. Yang ni sampai sekarang masih hidup tapi I tak tambah2 lagi menu2 baru. Nanti2 laa, tapi budak2 kat sini kalau order bukan base on my web sangat pun, suka2 hati depa ja nak belasah order apa pun. Kadang2 tu menu yang I tak pernah masak pun depa order, tapi I belajar laa buat, kalau jadi baru I ambil tempahan, hehe... Seronok jugak masak2 ni, boleh mahirkan diri, cuma penat laa sikit kan... Di sebalik kepenatan tu ada kepuasan, tu yang gigih tu...

So sekarang ni 2 bisnes tu je laa masih jalan. Tengah fikir2 jugak cari lubang bisnes lain, yang agak2 lebat income-nya kan. Ada offer ajak buat direct-selling laa hapa laa tapi masalahnya I ni dok jepun, pasaran tak berapa bagus laa... Bukan tak nak cuba tapi selain 3bisnes yang I sebut ni, sebenarnya dah banyak bisnes lain I cuba, pernah jadi dealer import-export barang Malaysia-Jepun dan macam2lah tapi semua haprak, nasib I tak baik agaknya, selalu berurusan dengan orang2 melayu yang hampeh tahap gaban! Kalau bab kena aniaya tu memang tak payah cerita laa, macam kisah cerekarama pun ada. I juga pernah rugi beribu2 ringgit, tapi tak kesah laa kan, bukan tak kesah sebab duit berkoyan makan tak habis 4 keturunan, tapi tak kesah sebab tau orang yang menipu tu sampai la ni pun tak kaya2 jugak, muahaha... Dan atas segala yang berlaku tu I tak laa sampai putus asa pun, rezeki tu kan kat tangan Allah, kita usaha ja sedaya mampu, cumanya I banyak belajar dari pengalaman lepas, so sekarang pilih2 jugaklah bisnes apa yang orang offer tu.

Oh ya, tak lama lagi kan I nak balik bercuti laaamaaa so sekarang ni tengah cari sesiapa yang nak "pesan" barang2 dari sini, I ambil komisyen tak banyak pun, hehe. Selain tu, I akan jual jugak barangan berkaitan kek/muffin/bekas2 bento etc. kat Malaysia nanti, sementara tunggu hari nak bersalin, nak jugak cari duit lebih, hahaha... Kalau my mom tau ni kan, dia mesti kata "ish hang ni, takdak gheja lain, otak tu pikiaq bisnes ja", hahaha, ya laa mak, cheq tak banyak duit macam mak! :-p

Kalau berminat, haa mai2, jom kita deal... ecewah!

Perghhh hari ni sampai 3entries, myLove balik lambat, tengah2 bosan ni layan internet je laa, huhu...

3 comments:

yumyum said...

fith, cikyam nak pesan barang boleh tak?

Ina said...

hehe bagus fith ni. kiter zaman study dlu bisnes acessories. jual mutiara, emas celup, kristal, brooch n so on. org sibuk dgr lecture ni sibuk promote brg2 meniaga haha. penah gak join mlm lah apa lah. skrg ni pn otak dok pk mcm2. keinginan n idea tu ada tp xdpt nk bg komitmen sepenuhnya cz ada halangan2 tertentu especially dok kt nihon ni. kiter pn blk mesia nnt ingat nk wat bisnes. jd wahm kalau boleh. tp tula belum betul2 plan lg nk wat bisnes apa.

Fith said...

Cikyam,boleh2 insyaAllah.
ni email fith:arukassfan@yahoo.com

Ina,
aah tuh laa,bila dok nihong ni ada sikit halangan kan.tp takper,skrg belajar2 dulu,nanti blk msia boleh prektis.mcm fith skrg ni kenalpasti sumber2 pembekal dll,kenal org itu ini,prepare siap2 utk blk nanti,haha.fith pun byk join mlm,tapi kat sini susah nak hidup laa,ker fith ni yg tak reti cari customers ek,hahaha