Sunday, April 12, 2009

Mari mengemas toys...

Minggu lepas masa dok sembang dengan mak bercerita tentang cucunya nan jauh ni, mak tanya Rafiqh lepas main, dia dah pandai menyimpan toys ker. Kalau menyimpan blocks dalam begnya tu memang dah jadi habit dah laa, serik kot takut kena sorok lagi. Tapi toys lain2 tu belum lagi, memang I tak ajar pun lagi sebab dia belum ada bekas khas. All this while I just put all of his toys in a big paper bag. Mak suruh ajar mulai sekarang sebab dia pun dah makin besar, dah faham arahan. Sebenarnya dah lama dok usha2 raga atau rak yang sesuai, tapi mahal2 sangat, rasa tak berbaloi nak beli...

Semalam, macam biasalah myLove pi main bola, I pulak ke rumah my junior nak ambil mesin jahit, lepas tu terus ke 100yen shop mencari kotak2 untuk operasi mengemas rumah ni... Tiba2 ternampak satu benda yang menarik, terus datang idea nak jadikan benda ni bekas simpan toys Rafiqh.


Benda ni sebenarnya untuk isi pakaian kotor kan, tapi bantai ja laa buh barang2 Rafiqh, cute laa jugak, murah pulak tu... Yang penting benda ni senang dia nak tunggang sebab ringan, sekali tarik dah tumbang, boleh dia punggah balik apa2 yang dia nak main...

Elok sampai rumah mamanya yang terlebih excited terus pasang, ambil segala mak-neka toys dia campak masuk dalam tu. Sebab dah masuk maghrib, I masuk toilet nak berwudu', bila keluar je tengok2 aiks ruang dapur dah clear, semua mainan yang bersepah dah elok duk dalam bekas tu. Bagus sungguh, terus prektis menyimpan, habis dengan selipar mama pun dia buh sama. Sekarang ni habis je main semua simpan dalam tu. Bukan setakat mainan, apa saja yang dia nampak terbiar tu semua campak ja masuk. Lepas ni kalau hilang apa2, tau dah mana nak cari... Good boy! Jangan hangat2 tahi ayam dah laa yer...

3 comments:

Ina said...

haa nenek dia suruh ajar takut nnt dia buat projek masa balik kg nnt kot. tambah2 nnt ramai geng sakan la kot hahaha. auntie memain je naa rafiqh! slamat tolong mama mengemas! :D

kew_chop said...

aah, kene ajar awal2. senang. tapi kalo dah besar cam maira ni pandai plak die cari alasan pas main kate nemui nak tido, bertuah nye anak.. anak anak.. pening pala omak ni haaa..

Fith said...

Ina,
memang pun.nenek dia takut karang rumah dia bersepah,haha.

Murni,
haa tu laa kan,dah makin besar banyak laa akal dia nak kelentong mak dia pulak,haha.pandai sungguh nak ngelat,naya mak dia yang kena simpan,hehe.