Monday, April 13, 2009

Kuih keria frozen...

Suka betul buat kuih2 frozen ni, senang bila2 nak makan, keluarkan dan goreng je. Especially time malas nak fikir nak masak kuih apa dan time malas nak buat tapi nak makan, hehe. Tak pun time2 nak cepat atau dah tergedik2 lapar tu, alangkah nikmatnya bila ada makanan ekspres ni kan.

Setakat ni kuih yang pernah I frozen-kan ialah macam karipap, donat, kuih keria, roti canai, murtabak, cucur badak, cek mek molek dan kuih kacang, tu je laa kot. Tuna roll pun boleh jugak buat dan simpan, tapi tak payah masuk freezer laa kan, buh kat bahagian bawah je. Ermmm kuih apa lagi boleh frozen ek?
Resepi kuih keria ni rasanya pernah buh dah kat sini. Kita layan gambar je laa...

Kuih keria mini




Siap digoreng



Kuih keria sedia untuk di-frozen


Ina, hari tu ina pernah tanya berapa lama semua kuih frozen ni tahan kan, gomen ne hari tu lupa nak jawab. Fith tak sure laa berapa lama, tapi menurut seorang kakak yang bisnes kuih2 ni kata dalam 3bulan gitu. Rumah fith ni kalau buat kuih2 ni dalam sebulan licin laa, hehe.

3 comments:

Ina said...

hehe tq fith :D btw kuih2 frozen tu kan kuar2 je freezer terus goreng xyah defrost dulu kan? kiter jarang skali msk benda2 frozen ni tula xsure sgt. ritu nk wat kuih2 frozen mcm fith la simpan wat stok. tp xmuat la plakkk sbb stok ayam daging byk sgt. owh yerrr... dah lama nk tanya. kalau fith rajin nnt share la resepi roti canai. fith canai sndiri kaa roti canai tu? honestly sejak dok baca blog fith ni aura rajin fith dh berjangkit la dgn kiter. rasa semangat je nk wat itu ini. teringat itu ini fith citer dlm blog terus semangat nk wat gak hahaha! baguih noo!

ps- kuih cara pn boleh... pizza... hmm tu je terpk skrg

Fith said...

Ina,
aah takyah defrost pun takper.sementara panaskan kuali tu keluarkan dan buka penutup,nanti minyak dah panas boleh goreng terus.fith pun selalu buat tgh bln,bila stok ayam daging berkurang.kita dok sini beli stok utk sebulan,yer tak,haha.
roti canai tu fith tak tebar pun,fith tarik2 je.nanti fith buh resepi2nya yer...
bukan rajin sgt pun,dah nak mkn,terpaksa laa kan,klau duk msia boleh beli je,hihi

damiaamna said...

Goreng keria ni tak perlu garing sangatnla kan untuk frozen, tetiba banyak pula keledek ni