Sunday, April 5, 2009

花見 = Hanami

Tiap2 tahun join aktiviti tengok sakura ni, tak pernah pulak cemuih(=jemu)... Mungkin sebab sakura ni bermusim dan sekejap sangat mekar(seminggu je), tiap2 tahun tengok pun dok jakun lagi...

Cuaca hari ni sangatlah baik, sesuai sangatlah nak berpiknik, paginya mendung dan selepas pukul 11tengahari matahari bersinar terik. Walaupun masih terasa sejuk sebab berkelah di tepi tasik tapi bahang sang mentari tu melegakan, awalnya tu I takut jugak kalau2 nanti Rafiqh selsema atau demam...

Disebabkan semalam hujan sepanjang hari, I dan Rafiqh melepak di rumah saja laa. Petangnya tu I siap2 balut sosej roll simpan dalam fridge dan buat kek buah2an campuran nak bawa ke piknik.

Elok bangun je tidur pagi tadi, mandikan si Rafiqh ni dulu. Kemudian baru laa sediakan breakfast, makan saki baki karipap yang buat hari tu dan kek buah je. Selesai makan, mulakan kerja memutar baju dalam washing machine, menyidai baju dan mengemas dapur. Pukul 9.30pagi pujuk2 Rafiqh ajak tidur, dekat2 pukul 10 baru dia lelap. Then, bersilat pulak kat dapur menggoreng sosej roll dan sediakan barang2 yang nak bawa. Lepas tu baru laa boleh nak mandi dan bersiap. Elok habis mandi, Rafiqh pun bangun, kejap sangat dia tidur kalau mama tak duduk sebelah, haihhh... Pukul 10.30pagi my junior call bagitahu yang diorang semua dah ada kat park. Haa baru kelam kabut nak bersiap, salinkan baju Rafiqh dan get ready ala kadar, pukul 11 baru keluar dari rumah. Macam biasalah, penuh kereta berjujuk beratur cari parking. Park kereta agak jauh dari port bbq then berjalan, adoi penat laa jugak... Masa sampai tu diorang tak bakar pun lagi ayam, baru nak nyalakan api, cet. Ingatkan dah boleh nak makan, haha.

Sampai je kat tempat budak2 Malaysia berkumpul, si ayah pi lepaskan Rafiqh dan terjatuh laa pulak pakcik kecik tu, terus moody, menangis je laa. Lepas sesi pujuk2, bawa jalan2 tengok swan, bagi dia main kutip daun2 dan kayu2, baru mood dia baik. Tapi lepas anak2 my senior datang, wah terus teruja tengok abang Haziq dan abang Hazim tu, tapi as usual depa bolayan. Menempek je laa dia kat riba mamanya, nak makan pun tak senang. Semua orang dok puji kata dia baik, dok senyap je, hek baik laa kat tempat ramai orang, cuba mai rumah tengok, sesaat pun tak dok diam. Lincah macam anak gajah, gung gang gung gang berjalan.

Macam tahun2 sebelum ni jugak, time hanami ni laa time nak berkenalan dengan junior2 baru. Tahun ni ada 12 orang muka baru, seorang student master(dulu dia grad Yamadai tapi balik kerja kat Malaysia, then sekarang datang balik), 4orang 1st year students dari Ambang Asuhan Jepun(AAJ), 3orang 3rd year students dari kosen(=kolej) dan 4orang 3rd year students under MARA. Awal2 ni seksa laa sikit nak ingat nama, especially yang lelaki laa sebab jarang bersembang so susah nak lekat dalam memori ni...

Menu ada macam2, tak habis pun makan, siap dapat tapau bawa balik lagi, ngeee... Ada ayam bbq, mee goreng, nasi goreng, kek coklat, puding karamel, agar2 santan, karipap, sate ikan, bergedel, pizza, nasi lemak, hish macam2 laa, mewah dengan makanan, penuh perut makan tak henti2.

Pukul 3petang baru bersurai. Kasihan Rafiqh, mama lupa buatkan susu, bawa air ribena je. Dia lentok je mengantuk sangat, sampai2 kat rumah bagi minum susu terus tertidur... Tapi bagus jugak mama lupa buat susu, dia makan banyak sungguh, nasi goreng laa, pizza sampai 2keping, kek dan segala mak nenek orang suap semua dia telan, tak banyak songeh pun, hihi...


Sosej roll



Kek buah



Ayam BBQ rentung, yang ni je I sempat snap gambar, yang elok tak hangus I lupa pulak nak snap, haiyaa...



Ayah, mama dan Rafiqh



Mama, abang Rafiqh dan baby @ 23weeks...


Perut I kali ni tak nampak bulat sangat pun, even ramai yang tak perasan that I'm pregnant. Kalau pegang pun bahagian depan tu tak bulat sebaliknya agak rata membujur gitu, nande?(=kenapa?) Takkanlah sebab Rafiqh dok gusti pulak kan, ker sebab kedudukan baby ek? Ermmm, rasanya masa pregnant Rafiqh dulu 23minggu tu dah nampak besar dah...

Insyaallah tahun depan kita ber-hanami 4orang pulak laa yer.

2 comments:

Ina said...

fith kiter pn terasa preggy kali ni perut bujur. ala2 mcm dh jatuh mcm org dh full term tu hehe. tapi kiter suka sgt2 sbb xkena heartburn sbb perut tu xnaik sgt. dlu awal2 dh kena. agaknya anak 2nd n seterusnya mcm ni kot ek? sblm ni perut tu masih tegang. ni dia dh penah expand n ruang dh besar sbb tu la kot bujur. haah la fith nmpk nice je. naik byk kg pn still nmpk kurus! :D

Fith said...

Ina,yer ker?risau lak ingat fith sorg je gitu.mmg rasa lain sikit sbb awal2nya rasa cepat betul besar tapi dah 23weeks ni,kdg2 tu tak rasa pun mcm pregnant.
haha nice apanya,tembam dah muka tu.tapi malas tanya org,diorg mesti ckp tak gemuk,hish.maka sendiri kena sedar diri laa,hahaha.