Wednesday, April 29, 2009

Freshmilk vs Formula milk

Mai nak habaq awat cheq pilih freshmilk, bukan formula milk(fm) untuk Rafiqh... Selama ni dok tulis samar2 ja kan, kot kalau ada yang pelik, lepas baca entry ni boleh faham kot serba ringkas... Sekali lagi diingatkan, I'm not anti formula milk okey. Masa kecik2 dulu sebulan dua je minum breastmilk, lepas tu mak sumbat kami dengan fm jugak. Kalau I kata fm tu tak bagus, tak laa kami masuk universiti kan, hahaha. Dan lagi satu, kalau I duk Malaysia, mungkin topik freshmilk dan fm ni tak jadi big issue kan, but since I'm now in Japan, lebih terdedah dengan info2 yang sedikit luarbiasa dari kebiasaan masyarakat kita, so perkara ni selalu jadi point untuk dipertimbangkan. Nak2 lagi bila I cakap kat sesiapa especially my friends kat Malaysia about freshmilk for babies, dah sah2 I kena hentam balik, tu belum lagi I promote breastfeed, banyak laa alasan diorang, I tahu diorang pro-fm sebab kat Malaysia memang ler fm ni famous kan, kalau tak percaya tengok je iklan2 tv, bersepah promote fm, lebih dari promote breastmilk! (eh yer ker? pepandai je, balik Malaysia pun jarang :-p)... Tapi percayalah most info regarding fm yang diiklankan tu hanya marketing stategy je, bukan bagus mana pun, hahaha... ops, nanchatte!

Ada beberapa sebab-musabab mengapa I lebih cenderong memilih freshmilk berbanding fm. Antaranya ialah:
1. atas saranan doktor
- rasanya mana2 doktor kat sini pun kalau tanya, semua prefer freshmilk lebih dari fm. My sis-alang and my friends yang duk europe pun kata benda yang sama, paed memang sarankan freshmilk kepada baby 1year++... Dari apa yang I tahu, kat sana susah nak cari fm kat supermarket, apalagi fm untuk budak 1tahun++, diorang memang bagi freshmilk je. Kat sini pun sama, bukan semua supa ada jual fm, biasanya orang beli kat farmasi.

2. rasa
- taste freshmilk ni lagi sedap dari fm.

3. fresh
- dah nama pun freshmilk, fresh laa kot, hahaha.

4. price
- harga bagi freshmilk jauh lagi murah dari fm. Ni bagi Jepun yer, jangan compare dengan Malaysia, kat Malaysia pun susah nak cari proper freshmilk. Kat sini susu sekotak 1liter 150yen, kalau convert RM memang ler mahai. Kalau tak convert, nilainya sama macam RM1.50. Kat Malaysia kalau freshmilk I dengar cecah RM5++, kalau yang low fat tu murah laa, tapi baby tak boleh minum susu2 olahan tu lagi, tak bagus...

5. tahan lebih lama
- fm selalunya lepas bancuh tu after 4hours kalau masih berbaki, dah tak digalakkan bagi anak minum, tapi freshmilk tak gitu.

6. pengendalian bila outing/travel
- senang nak beli, singgah ja konbini boleh bagi dia minum terus. Kalau fm, kena bawa air panas dll, errr leceh sikit. Tapi kalau naik flight tu fm better laa kot.


Disebalik semua kebaikan yang ada pada freshmilk tu, ada jugaklah kelemahannya. Antaranya:
1. stok
- tak macam fm, freshmilk ni kita tak boleh buat stok, kena hangkut beli setiap minggu.

2. expire
- fm ni lambat tarikh luputnya kan, so tak payah risau sangat. Kalau freshmilk ni kena hati2, kang bagi anak makan susu basi pulak, naya budak tu sakit perut...

Tak lama dah kami nak balik bercuti di Malaysia. Nak tak nak kena jugak fikir tentang susu Rafiqh ni. Boleh je nak stick dengan freshmilk, tapi rabak laa poket kan, most probably akan campur2 freshmilk dan fm. Timbang2 balik mungkin Rafiqh akan mula diberi fm sejak kat nihong ni, I nak mula introduce fm june nanti sebab dok fikir macammana nak bawa freshmilk dalam flight kan, mana boleh bawa cecair dalam kuantiti yang banyak, walaupun dibenarkan bawa makanan baby bentuk cecair tapi I risau last minute nanti kena tahan, kesian Rafiqh tak minum susu. Sebagai langkah berhati2, baik laa prepare awal2. So far Rafiqh ni tak banyak songeh bab makanan, harapnya dia tak reject fm.

Tak kesahlah mana2 pun kan, janji anak tu nak minum susu cukup untuk dapatkan keperluan calcium dll. Kalau tak mau minum langsung, lagi laa haru-biru. Nasib laa dia tak ada alergy dengan protein susu lembu dll, susu lembu pun lembu laa, hahaha. Tapi kot kalau banyak sangat duit boleh bagi dia minum isomil, susu base kacang soya tu, hehehe.

6 comments:

mysara said...

fith, walaupon rayyan skg nih dah on dgn fm, tp kalau outing kami tak angkut segala mak nenek air panas tu sumer.. kalau outing mai belikan rayyan milo kotak @ susu coklat...lgpon dia dah dekat 2tahun..xrisau sgt.kalau bb susah sket kot.hehehe.btw,susu fm mmg mahal dan susu freshmilk msia payah nk cari yg sedap,mahal pulak tu.. skg nih selalu minum yg kotak kaler pink tu.nama xigt..apapun,asalkan baby dpt nutrien yg cukup dan sihat..itupun dah syukur.rayyan pon so far,xde allergi..alhamdulillah.

Fith said...

My,
aah boleh je bagi dia minum cocoa gitu kan,kalau keluar kejap2 fith bagi cocoa je cuma kalau outing lama2 tu fith jyunbi susu jugak.
tu laa dok fikir,blk nanti mmg kena bg fm jugak,campur2 dgn freshmilk kalau dia nak minum.
senang kan klau anak takde alergy ni,takde risau nak sumbat makan,hehe

ojasamid said...

sama mcm fith, akak opt for freshmilk juga, atas sebab-sebab yg fith terangkan tu. maklumlah, si abang nih weaned completely masa umur setahun setengah.tp malangnya dia taklah kuat minum susu macam rafiqh. huhu. akak terpaksa kuufuu macam2 resepi yg guna freshmilk.

tp akak rasa kalau kita dok msia rata2 kita mesti pilih fm kan. nak2 promotion utk fm kemain hebat lagi, while kt jepon kita hanya jumpa iklan tu kat dlm majalah ibu2 saje..;) freshmilk pon susah carik yg "fresh".

Fith said...

Kak ojasamid,
yer2 fith setuju,kalau kita dok msia,kita pun akan terpaksa pilih fm jugak.mcm baai fith nak blk ni laa,kakuritsu nak kena bg fm tu tinggi.

rafiqh pun takde laa minum kuat sgt pun.tp lelah gak laa mak dia nak angkut beli 4-5kotak seminggu,nak bawa naik tingkat 5 tu yg penat.

yumyum said...

wahh baby boy lagi ek? besnye tiba2 terasa nak baby boy! ekeke
bte rafiq sgtlaaaa muka urLove. hihi

Fith said...

Cikyam,
boleh aje nak baby boy,adik ayra laa yer,sila2,hehe.
aah,mmg pun,ramai kata gitu,rafiqh iras ayahnya...