Saturday, April 4, 2009

Cloth diapers...

Semalam kaklong message kat YM...

Kak Long: CD yg agh tgk berapa ye..

Dalam otak I masa tu dok fikir, CD apa laa pulak ni, haha. Bila masa tengok cd?!

Siti Fithriah: CD apa? :D (<- sengih kambing)
Kak Long: cloth diaper
Siti Fithriah: ooo :-p (<-jelir lidah pulak)

Hahaha, advance sungguh, siap pakai shortform lagi tu, hehehe. *ampun kaklong*

Sebenarnya baru2 ni masa dok chat dengan kaklong, I ada minta tolong survey-kan cd ni kat mana2 supermarket berdekatan. I just nak tau cd ni memang ada dijual kat kebanyakan pasaraya ker. Balik nanti senang laa nak pi beli... Jadinya sekarang, both of us dok tertarik dengan cd ni laa. Nasib baik kaklong pun berminat, hehe, so boleh laa nak minta dia tengok2kan. Untung ada kakak ipar yang boleh buat geng ni, senang sikit nak request apa2. Mungkin sebab jarak usia yang beza cuma beberapa bulan(kami sebaya), so kira senang nak "masuk". I ada 2 kakak ipar(sorang lagi tu biras sebenarnya) at myLove's side tapi both of them jarak usia kami jauh(5 dan 10tahun), so bila berkomunikasi ni I kena lebih hati2, takut jugak tersalah cakap ker hapa ker, lagipun kami jarang2 berjumpa, tak boleh laa nak gurau lebih2 kan... Dengan kaklong lain laa, walaupun jarang bersua muka tapi kerap "mesyuarat tingkap" kat ym, hahaha.

Berbalik pada cd, I dah lama berminat dengan cd ni. Sejak pregnant-kan Rafiqh lagi. Tapi bila cari kat supermarket sini, tak pulak jumpa. So terpadam macam tu je laa hasrat nak pakaikan cd kat Rafiqh. CD ni benda baru kan, so at least I nak tengok dengan mata sendiri dan nak tau lebih info berkenaannya sebelum buat "pelaburan". Bukan murah, mahai wooo, kang beli tapi tak puas hati, rugi laa pulak. Alasan :-p, padahal boleh je beli 1 untuk test, hahaha. 2tahun lepas, tak ramai lagi yang cerita hal cd kat blog dan tak ramai pun yang jual benda alah ni kat internet pasaran Malaysia, kalau kat europe tu takyah cakap laa kan. Tapi lately dah jadi trend dah pemakaian cd ni. Sangat mesra alam dan mesra poket, as we know diapers kat Malaysia tobat mahai nak mampuih! Mungkin sebab tu laa cd ni glamour sungguh sekarang kan, jimat!

Kebanyakan online shop yang I jumpa jual cd ni harganya around rm50, tapi bila kaklong cari banyak laa pulak yang harga around rm35++ jer, walla, makin bersemangat laa nak beli. Masa I cakap kat myLove pasal cd ni, dia kata "haa beli laa, bagus tu, nanti boleh bagi adik2 baby pulak pakai"(amboi, baby pun tak lahir lagi, dah fikir adik2. note:kami memang panggil si adik ni baby). Tapi masa I cakap tu I mentioned price as rm50++, ni kalau habaq kata rm35 je, lagi laa dapat double greenlight kan.

Sebenarnya, I agak was2 dengan penggunaan cd ni pada awalnya(even sekarang pun masih terus mencari fakta) sebab tak ramai ibu2 yang guna cd buat reviews berkenaannya. Betul ker ianya betul2 selesa tak macam pakai lampin biasa? Betul ker kadar serapan airnya setaraf dengan diapers? Itu yang paling utama bagi I, iaitu keselesaan si baby yang nak pakai. I cuma nak pastikan ianya betul2 bagus, sebab dulu my youngest brother memang pakai lampin je kat rumah, I dan alang yang dok basuh 2sesi sehari-pagi dan malam. I tahu laa yang lampin ni tak best sangat, baby berendam dalam air kencing. Pada hemat I dah tentu cd ni tak macam lampin kan, tapi tu laa tak berapa sure sebab tak pernah tengok dan sentuh sendiri. Bab handle cd ni memang laa rumit sikit cause nak kena cuci dll kan, tapi nak seribu daya, taknak seribu dalih, yer tak? Boleh basuh pakai washing machine, so I kira tak laa susah sangat pun! Nak2 bagi mak yang tak kerja macam I ni kan...

Dari beberapa web yang kaklong bagi tu, I tengok jenama cd yang diorang guna/jual hampir sama. Harga pun tak mahal sangat, contoh macam LUNATOTS, COOLABABY dan Q BABY. Yang ni semua 1 size je, boleh pakai dari newborn sampai usia 3tahun, menarik kan? Jenama lain pun banyak jugak, harga yang cecah rm80++ pun ada, ada jugak yang dijual dalam pelbagai saiz. Dalam beberapa bulan ni, I bolehlah nak survey2 lagi yang mana ok kan. So mommies out there, ada sesiapa nak tolong cerita lebih tak? Thanks in advance...

Gambar2 ni dicilok dari online shop orang...

LUNATOTS CD



COOLABABY CD

Q BABY CD


Cantik2 semuanya kan, tertarik sungguh bila tengok. Nak beli, nak beli...

11 comments:

cikyam said...

salam fith,
cikyam dah stat pakai cd kat ayra since she was 2 weeks old.mmg dah beli awal2 b4 ia lahir. masa newborn tu dia kecikk sgt tak muat cd.hahah terpaksa pakai mamipoko dulu. then bila thighs dia dah besar sket baru pakai.
cd mahal n cd murah mmg baanyak beza.cd yg murah2 below 50 suma made in china. yg mahal byk sket made in usa,tapi cikyam beli both.macam2 jenis ada.hehe pastu cd ni ada onesize (yg boleh pakai dari new born sampai besar) n ada yg multi size( pakai ikut current size baby).cd yg coolababy , qbaby lunatots tu suma made in china. mmg beza dari fabric, thickness, jahitan dia suma. mahal=quality= insyaAllah tahan lama sket. tapi tak semestinya yg murah tu tak bagus. murah means leh beli banyak=kurang kerap cycle guna=kesimpulannye dia tahan lama jugak kalau ada banyak2. lagi satu kalau nak fully cd for newborn bugget kena banyaklah sbb dia kan seelalu poo n pee.so selalu tukar n basuh especially kalay stash cd yg ada sket je(below 20). tapi boleh start pakai sket2 selang2 dgn disposables. tambah sket2 lama2 cukupla.hehe
tapi mmg puas hati la pakai cd ni, no nappy rash, save money (long term) , n yg paling penting environment friendly. hehe
nanti cikyam bagi review about cd yg cikyam ada kat blog soon. senang jadi rujukan kalau nak beli nanti. hehe . nway cikyam sansei sgt2 fid nak pakai cd. lets go green!

wah sorry panjang.hehe hope it helps

Ina said...

kiter pn cuba2 dok survey cd kt sini dr 1st peknen, mcm jmpa tp mcm xsure. sbnrnya confuse sbb xsure rupa cd tu mcm mana sbnrnya. bila baca ada plak kwn2 sampingan cd ni mcm fleece la apa la yg boleh pakai skali dgn cd utk bg lebih keselesaan pd bb. benda tu lg la xpenah nmpk. bila xdpt tgk dgn mata kepala sndiri smpi skrg dok blur. harap dok tgk website je. rasa mcm kena blk mesia je kalau nk bli benda ni sbb kiter xreti nk carik kt sini. fith kalau rajin share2 la info psl cd slalu nnt :D

Fith said...

Cikyam,nasib baik cikyam faham,fith hint cikyam gak tu sebenarnya,haha.mmg tertarik tgk ayra pakai cd tu,so cute.nanti tolong tulis reviews-nya dan explaination yer,boleh fith refer,especially tang jenama2 dan pricenya juga.at least kalau tak dpt tgk sndr pun,fith boleh beli kat internet je,based on pengalaman org yg pernah guna.kalau baca blog org jual,semua dia promotr bagus kan.
so,maknanya skrg fith kena beli both laa,mahal dan murah.agak2 brp banyak perlu ada ya?20set?hehe.
Tq cikyam,waiting for your entry.

Fith said...

Ina,tuh laa kan,setakat baca je mana puas hati.klau boleh tgk dan sentuh,baru laa kita boleh decide,yer tak?setakat baca blog pun kita takleh nak sure sgt,unless blogger tu kwn sndr,boleh tanya lebih2 kan.insyaAllah nanti kalau ada info baru fith kongsi kat sini.jom2 kita promote cd,hehe

ojasamid said...

salam kenal fith..akak baru2 ni jd pembaca blog fith. tp segan nak tinggalkan komen. (btw, akak duduk tokyo..n yati tu kouhai akak :D )

actually just nk share info psl CD kat jepon. (since akak pon dh start pakai sejak 8bulan lepas utk my first son, sekarang umur 21bulan).kalo nk cari kt sini mmg ada beberapa e-store yg jual, boleh carik dgn keyword "nuno omutsu" (mochiron in nihonggo lah).

so far akak beli CDs drpd dua e-store yg terdekat dgn tokyo (dok pk kos penghantaran punya psl..ehe). satu tu "bluebear", satu lagi "appuppu". rasanya skang depa ada buat ala2 "otoku setto" kot..boleh check kt website depa. (sbb setakat ni akak beli sumer yg ada sale atau otoku set je sbb murah sikit).tp dua e-store tu mmg feberet akak kot, esp. "bluebear" yg offer free postal charge kalau beli lebih 7000yen.

kalo kt hiroshima ada satu lg e-store,"dream nappies".murah sikit kot kalo nk hantar kt yamaguchi..

apepon, beli kt msia juga yg best. sbb murah2 n byk pilihan..kalau fith balik msia mmg lbh otoku beli kat sana, regardless brand ape skalipon, compared to yg ada kt nihon ni. mostly mmg jual branded ones from US n europes..

review abt CDs; mmg sgt2 jimat, environment friendly, comey, selesa, bleh bertahan berjam2 (tp elok tukar kerap mcm disposable diapers lah) n xsusah nk handle.

n akak opt for pocket diapers, boleh isi inserts ikut keperluan, bajet, etc. adjust ikut suka..ehehe..

wah, pnjg komen akak. boleh jd satu entry. gomen ne..

(sebenarnya hr tuh nk bubuh komen psl sling, since akak pon br nak berjinak2 dgn babywearing..tp tak terkomen pula..)

Fith said...

ojasamid,
salam perkenalan,
arigatou,sangatlah membantu penerangan akak ni.
fith pun baru je berjinak2 cari cd kat nihong ni.tp agak confius sket bila tgk kat yahoo shopping,auction dll tu sebab patent-nya lain sikit dari msia kan.nanti fith akan check web yg akak bagi utk dpt lbh detail info.mmg ada cadangan nak beli yg nihong sket,then msia pun sket.
terima kasih sekali lagi...

dina said...

hi. saje je nk komen gak. the most important thing cuba satu dulu, if u think it suits ur baby, baru beli byk2. mase memula try dulu, ikut komen org dlm forum, bought made in china. turn out x sesuai. now i buy from www.tinytapir.com. sungguh menarik...

yumyum said...

kat mesia kalau nak beli pocket diaper dekat kedai mmg takdela rasanya. kalau ada pun jenis home base shop. suma cds cikyam beli thru online. tp like dina said, beli skete2 dulu try, then baru beli banyak. nanti kalau ayra tido cikyam buat review eh.hehe

Fith said...

Dina,
thanks dina,tuh laa kan,takleh tamak,beli banyak2 kang tak sesuai rugi jer.btw,thanks for the website,I'll check it out later ok.

Cikyam,
it's ok,take your time.
kalau boleh bg specific jenama dll tu lg senang fith nak refer nanti,mmg kowai gak nak beli ikut suka hati ni,better dgr dr org yg dah biasa guna kan,hehe.btw,thanks ya

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]buy microsoft publisher software, [url=http://firgonbares.net/]macromedia flash professional software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] filemaker pro 9 templates microsoft freeware software
7 Mac Poser 7 [url=http://firgonbares.net/]purchase oem software[/url] pro discount software
[url=http://firgonbares.net/]Express 4 Mac WinZip[/url] which software to buy
[url=http://firgonbares.net/]kaspersky internet security 2009 activation code[/url] buy adobe software
academic software inc [url=http://firgonbares.net/]2009 Mac Retail[/b]

ummi said...

salam.. pasal cd ni, my babypun pakai cd sejak lahir. memang bagus n jimat banyak. my 1st baby dulu tak pakai sebab tak tau pasal cd ni. now dah umur 3 tahun. saya pakai brand lunatots. 1st time pakai, terus jatuh cinta. hehe.. sekarang saya menjadi antara pengedar cd di malaysia. saya mengedar cd brand rainbow baby dan sweet doll baby. sesenang silakan melawat online store saya- www.dpenyejukhatishop.portalniaga.com