Hehe kesian anak bujang ni kena dera pakai tudung mak dia. Pagi tadi awal sungguh dia bangun, belum pun pukul 5 dia dah celik terkebil2 takmau tidur, biar dia main sorang2 sampai laa dia mengantuk balik, dekat2 pukul 6 baru laa dia terhegeh2 nak menyusu dan tidur, hish kacau sungguh tau mama nak tidur. Elok mama nak bangun solat dan sediakan breakfast+bento(=bekal) ayah, dia pulak terjaga sama, berapa minit sangatlah adik tidur, hadoiii. Bila dah bangun tapi tengok mama tak ada kat sebelah, mulut pun bising lah, sebelum onichan pun terjaga sama, baik ler angkat dia buh dalam walker kat dapur, pungpang2 habis semua kerja, sementara tunggu myLove breakfast, I pun melayan dia main, sambil2 tu buli dia bagi pakai tudung, hahaha. Nasib ler anak dua2 boys, kalau girl kecik2 ni pun mama dah pelekoh bagi pakai tudung bila outing, gila kan? Kuang3, suka amat tengok baby pakai tudung, super duper cute, kan? kan?!
Saturday, January 30, 2010
Cerita sabtu
Hehe kesian anak bujang ni kena dera pakai tudung mak dia. Pagi tadi awal sungguh dia bangun, belum pun pukul 5 dia dah celik terkebil2 takmau tidur, biar dia main sorang2 sampai laa dia mengantuk balik, dekat2 pukul 6 baru laa dia terhegeh2 nak menyusu dan tidur, hish kacau sungguh tau mama nak tidur. Elok mama nak bangun solat dan sediakan breakfast+bento(=bekal) ayah, dia pulak terjaga sama, berapa minit sangatlah adik tidur, hadoiii. Bila dah bangun tapi tengok mama tak ada kat sebelah, mulut pun bising lah, sebelum onichan pun terjaga sama, baik ler angkat dia buh dalam walker kat dapur, pungpang2 habis semua kerja, sementara tunggu myLove breakfast, I pun melayan dia main, sambil2 tu buli dia bagi pakai tudung, hahaha. Nasib ler anak dua2 boys, kalau girl kecik2 ni pun mama dah pelekoh bagi pakai tudung bila outing, gila kan? Kuang3, suka amat tengok baby pakai tudung, super duper cute, kan? kan?!
Takeshi-kun @ 6months old
2. Beberapa hari lepas I terperasan yang Raziqh dah pun tumbuh gigi, huwaaa habis laa lepas ni dia mengganas, in fact dia dah start menggigit dah pun, aduhhh tak tahannn. Setakat hari ni nampak sebatang ja gigi dia kat bawah. Bila raba dah boleh rasa tajam dah, bila dia gigit perghhh menjerit laa mak dia. Tapi boleh tahan lagi laa, lepas2 ni terpaksalah kena guna 'kaedah elak gigitan' pulak. Kalau gigit saja takpa laa lagi, ni dia siap genyeh2, hadoi sakit wooo... Peliknya dia ni gigit mama dan ayah ja, abangnya dia tak gigit pulak padahal abang dia dok jolok jari masuk mulut dia. Ka abang dia tak rasa kesan gigitan tu ek? Ermmm musykil2...
Muka happy duk dalam walker!!!
Friday, January 29, 2010
Dinding rumah
Sejak Rafiqh mula tunjukkan minat untuk menulis, I dah pastikan yang dia pegang pensil dll tu hanya bila I ada bersama dengannya. Samada kami menulis sama2 atau dia duk depan I, I pulak buatlah kerja sendiri(lipat baju ka, surfing ka, membaca ka yada2). In fact hingga ke saat ni pun dia masih dipantau setiap kali nak main dengan crayon/magic pencils/highlighter/pen/pencil etc. Cumanya lately dah longgar sikitlah, dia boleh menulis even I tak duk dekat dengan dia, tapi dia mestilah berada pada jarak kurang dari 4meter(tu ja jarak paling jauh kat dapur tu, perasan rumah besar sangat ka hapa, hahaha) dari I yang biasanya tengah memasak. Jauh mana pun yang pasti mata ni masih boleh nampak apa yang dia dok buat, tu syaratnya...
I jugak tak letak pen2 atau peralatan menulis milik sendiri atau myLove kat merata2 tempat. I pastikan semua tu berada kat tempat2 yang tak terjangkau dek tangan Rafiqh...
Mesti ada yang kata "perghhh straight gila!", yes I am! Tapi I taklah kejam sangat nak kontrol dia membabi-buta kan, tu pasal laa I belikan board yang ada pencil khas untuk menulis tu, dengan board tu anytime anywhere dia boleh melukis...
Ada banyak reasons kenapa I buat macam tu, antaranya:
1- tak mau dia conteng benda lain selain bukunya - this is the main reason! Cause I really hate tengok dinding rumah berconteng
2- memudahkan I untuk organize alat2 menulis dia
3- supaya once dia dapat menulis, dia akan concentrate
Menulis/melukis/menconteng ni sememangnya perkara yang sangat penting untuk perkembangan minda setiap kanak2. Kita selalu tengok orang cina sanggup hantar anak2 depa pi tuition belajar melukis dan muzik kan, ingat depa suka2 nak perabih duit ka? Takkkk, tu sebab depa tau value yang ada disebalik 2 aktiviti tu. Melukis boleh memperkembangkan idea dan menjadikan anak2 kita bijak. Melukis jugak membantu memaksimakan penggunaan motor skills anak2. Dan I percaya melukis jugak adalah peringkat awal untuk membentuk disiplin dalam diri mereka, bagaimana? Dengan meletakkan garis panduan kat mana boleh lukis dan kat mana tidak...
Cumanya kadang2 ibubapa jenis ni lupa untuk letakkan had pada anak2, 'menconteng dinding hanya boleh di rumah sendiri, kat rumah orang NO!' Haaa yang ni selalu jadi masalah. Sebab dah terbiasa lepas tangan bila anak2 buat kat rumah sendiri, pi rumah orang pun kita rasa orang tu tak kesah kot kalau anak2 kita belasah conteng dinding rumah dia. Siapa yang perlu dipersalahkan, budak2 tu ka mak bapak budak2 tu? Untuk elakkan benda ni terjadilah makanya sejak anak kecik2 lagi I dah cuba sampaikan message yang "melukis hanya atas buku". InsyaAllah ke mana pun dia pergi dia akan faham dan ingat...
Semoga dinding rumah kami terus bersih sampai bila2, tak kesahlah samada duk rumah sewa apalagilah kalau duk rumah sendiri nanti. Nak2 pulak kami sekarang ni menyewa rumah hak milik kerajaan, kalau kotor ka rosak ka kami kena bayar ganti rugi masa nak keluar nanti, so seboleh mungkin kenalah jaga amanah ni supaya tak kena denda nanti, ohohoho...
Malaysian Babywearers
Ni ada laman web(forum+blog+shop) tentang bw-ing, bolehlah cuba2 jengah tengok(got this from kak Oja, tq kak Oja)...
Malaysian Babywearers
Ni ada tambahan info, my sil-kaklong bagi web ni, banyak jugaklah koleksi bw-ing yang dijual, cantik2 dan menarik, tq kaklong-> TinyTapir...
Wednesday, January 27, 2010
Bagaimana untuk kelihatan anggun di rumah?
Duhai ibu2 surirumahtangga-sepenuh-masa, tidakkah persoalan di atas menjadi sebahagian dari dilema anda?
Jika YA, mari kita berdiskusi, mari cari solusi, ecceh...
Jika TIDAK, sudilah kiranya berikan tips sebarang dua buat panduan saya, hiks...
Perempuan mana yang tak suka kelihatan cantik, bukankah cantik menawan itu naluri fitrah setiap wanita?!
Setiap hari, sudah ku aromakan rambutku wangi2, ku sikat rapi2, ku dandan teliti...
Tapi tak sampai 30minit rambutku dah serabai macam pontianak, gara2 si Rafiqh yang terlebih rajin, suka sangat bagi service saloon percuma biarpun tak dipinta. Takpun gara2 si Raziqh yang suka tarik2 rambutku tanda bergurau-senda...
Setiap hari, sudah ku pakai baju yang cantik2, selesa dan seksi(di mata suami)...
Tapi belum sempat melaram hingga ke petang, baju2ku kotor dek tumpahan susu dan adakalanya najis si anak, baju2ku comot dek kerja memasak dan mengemas, baju2ku basah dek ulang keluar-masuk tandas...
Setiap hari, sudah ku sembur perfume pelbagai jenama bersilih-ganti, biar harum mewangi...
Tapi sekejap saja mampu bertahan, kemudiannya akan kembali masam dengan bau susu, berbau keringat dan peluh...
Setiap hari, sudah ku cuba luangkan masa menyolek diri, agar anggun berseri2...
Tapi baru 2minit berdiri menghadap cermin, pelbagai tugasan rumah mula diproses minda, itu ini tak buat lagi, tak termasuk suara anak2 memanggil minta dilayan, akhirnya ku terus berlalu tanpa sempat berbedak pun lagi...
Haaa tuh dia intro-nya...
Selama bergelar isteri, I tak pernah tanya myLove pandangannya tentang penampilan I di rumah, tak pernah ambil tau pun apa yang dia fikirkan. It's not that I tak prihatin, cumanya sejak bergelar ibu ni most of the times I dah cuba bergaya, tidaklah cantik ala model-modelan tapi sekurang2nya tidaklah hodoh macam nenek kebayan. Setidak2nya bagi sedaplah mata yang memandang...
Antara tips yang I dapat bagi memudahkan penjagaan keterampilan di rumah ialah:
1. pendekkan potongan rambut - taklah kontot macam lelaki kan, paras bahu pun dah memadai, itu pun kalau suami tak kesahlah tapi kalau dapat suami cerewet nak bini rambut panjang mengurai, hah nasib laa kan. Orang lain mungkin tak rasa sukar kot bab ni tapi I memang selalu kesuntukan masa nak belek rambut...
2. pakai pakaian yang disukai suami - kalau suami suka tengok isteri pakai kaftan(baju kelawar), haa pakai ja laa, seksi hapa. Dulu ada orang cakap "hish pakai kaftan ni selekeh", laa dah kalau hentam kaftan siang malam memang arr selekeh, agak2 laa kan, haiyaa...
3. perbanyakkan koleksi pakaian rumah - jangan asyik bantai kain batik + t-shirt saja, ada masanya pakai laa skirt, seluar, maxi dan baju kurung(errrr???)...
4. berbedak - kalau tak sempat nak make-up cun-melecun pun, cukuplah dengan hanya berbedak...
5. kerap mandi dan tukar pakaian - bab ni no hal, memang I suka mandi dan suka menyalin baju, hehehe...
Tips lain, anyone???
Oh roti melon
Setelah 7bulan tak makan meron pan(=roti melon), semalam terlepaslah rindu dendam. Taktau lah awat yang suka sangat roti ni, masa pregnant-kan Raziqh hari tu memang kerap sungguh buat meron pan.
Tengahari semalam lepas Raziqh bangun tidur baru menggodek roti ni. Nak kata susah sangat nak buat tu taklah, cuma take time sikit berbanding buat roti biasa, sebabnya nak kena sediakan cookies(lapisan atas roti), tu ja kot. Lepas dah sukat dan campak bahan2 roti ke dalam breadmaker(bm), set-kan bm untuk buat doh dan biar bm tu buat kerja menguli dan mengembangkan doh roti. Sementara tunggu roti siap, sediakan cookies-nya pulak. Macam biasa I buat cookies tu 2jenis - yang kosong dan yang ada choc chips.
Inilah rupa cookies yang dah siap di-mixer, dibahagi 2, di-wrapping dan disimpan dalam peti ais at least 15minit sebelum dicanai dan diletak atas roti.
Petangnya bakar untuk minum petang, wahhh harum semerbak bau roti baru masak, makan panas2 pun sangatlah sedap, lebihan roti tu buat breakfast pagi ni, nyum2...
Tuesday, January 26, 2010
Baby and car-seat
Kalau ikutkan pengalaman I(yang tak seberapa ni), starting-nya pun taklah mudah. Ramai jugak kawan2 bertanyakan tips nak bagi baby suka dan pasrah duk dalam car-seat, sebenarnya susah nak jawab sebab setiap baby tu kan berbeza2, kena try test pelbagai cara, tapi takpa hari ni mai nak cerita cara I, kot2 lah berguna...
Sebelum Rafiqh lahir I selalu baca cara2 yang orang lain praktikkan untuk bayi2 mereka nak bagi anak2 tu suka duk dalam car-seat. Antara yang paling glamour ialah biasakan bayi tu duk dalam tu sebaik selepas dilahirkan. Maksudnya angkat seat tu buh dalam rumah dan letak bayi dalam tu sekerap mungkin sepanjang tempoh berpantang, lama2 nanti dah terbiasa dia sukalah! I tak sure keberkesanannya sebab tak pernah cuba...
Kaedah yang I guna ialah mula2 "angkat-letak", lepas tu "letak-lantak", hahaha bunyi macam hapa ja....
Masa bawa Rafiqh balik sini selepas habis pantang, myLove sewa kereta dan datang jemput kami kat airport, tu lah 1st time buh Rafiqh dalam baby-seat. 8hours++ traveling in the car, for sure dia restless, nak2 pulak tu pertama kali guna car-seat. So kaedah 1 - I angkat-letak dia bersilih-ganti, angkat untuk menyusu atau bila dia menangis then letak balik, angkat balik dan letak balik, haa macam tu lah sampai laa sampai rumah. 1st few months tu pun sama jugak, walaupun selalunya perjalanan dalam kereta tu singkat ja(setakat pi supermarket), setiap kali dia menangis meronta I akan angkat-letak-angkat-letak jugak... Yang paling penting, sebelum perjalanan bermula, I make sure terus attached dia kat car-seat.
Rasionalnya kaedah 1 ialah I cuba beri gambaran pada Rafiqh bahawa duduk dalam car-seat bukanlah suatu penderaan, tapi sesuatu yang sangat best dan selesa. I cuba bersikap fleksibel dengan tak memaksa bila dia tak suka. Slowly dia sendiri akan rasa seronok dan 'faham' kalau-naik-kereta-kena-duk-sini...
Bila dia dah besar sikit(4months++), I pakai kaedah 2 - letak dan lantak. Time ni hanya bila dia menangis sebab nak susu ja I akan angkat, kalau sebab lain I cuba entertain dia dan alih perhatian dia ke benda lain. Benda paling senang nak bagi dia tertarik ialah pada permandangan luar kereta(car, lorry, bus, bird, tree, sky bla3), dia tak cepat bosan sebab permandangan tu kan berubah2, kalau bagi toys selalunya tak bertahan lama, lepas tu dia boring. Bila dia dah makin 'pandai' menikmati scenery luar, haa takdak masalah dah laa, dia akan enjoy sendiri. Oh tapi kalau perjalanan tu jauh, bila dia nangis I tetap angkat sekejap then letak balik...
Rasionalnya kaedah 2 ialah bila dah makin besar dia dah makin faham, terpaksalah kena bertindak tegas. Kena kurang ikut rentak dia, takut nanti dia naik lemak...
I mula drive balik bila myLove belikan wish, masa tu Rafiqh dah 9bulan. Dia dah besar dan dah faham so I tak hadapi masalah nak drive berdua dengan dia. I cuma pastikan dia kenyang ja sebelum mulakan perjalanan, sebab dia masih fully breastfeed time tu. Kalau dia mengantuk, dia akan tidur sendiri sebaik saja kereta mula bergerak. MyLove selalu ulang kata "Rafiqh tau mama tengah drive, sebab tu dia behave", yer la kot. Sampailah sekarang ni dia memang tak banyak kerenah kalau bab naik kereta, boleh duk dalam car-seat or just pakaikan seat-belt...
Tu cerita Rafiqh, Raziqh pulak belum tau lagi macammana, dia baru 5bulan lebih so tak sure lagi penerimaan dia terhadap car-seat. Sebelum2 ni I guna kaedah angkat-letak jugak dengan Raziqh, so biasanya kalau letak dalam car-seat dia nampak ok. Tapi selama ni mama ada kat sebelah, haa lepas2 ni mama dah takdak, taktau laa lagu mana pulak kan. Setakat semalam memang positif, esok lusa belum boleh cakap, hehehe...
Note: Ni cara I, lain orang lainlah kaedahnya kan...
Percubaan pertama
Alhamdulillah, selepas berbulan2 pencarian dilakukan, akhirnya myLove 'bertemu' jugak dengan kereta yang memenuhi kriteria-nya. So sekarang, I dah ada kereta untuk dipandu sendiri(read: I cuma reti drive automatic-car, tu pasal tak boleh drive kereta myLove yang manual), yippie2!!!
Kali ni myLove belikan honda stream pulak, beli yang 2nd hand saja, memang dia nak jugak2 beli family car 7-seaters, katanya mudah dan selesa untuk anak2(arrr, ada chance nak tambah baby lagi ni, ahaks), walhal kalau ikutkan I, pakai kereta kecik2 taraf kancil pun takpa dah. Apapun, memang lebih selesalah kalau pakai kereta besar, senang nak angkut stroller dll bila outing...
Dah 2minggu dah kereta ni ada kat parking bawah tu, lastweek dah settle semua urusannya tapi baru semalam ada peluang nak test drive. Ni first time I drive stream, tak banyak pun bezanya dengan wish so taklah gugup sangat, insyaAllah selepas beberapa percubaan lagi, bila dah biasa nanti mesti lebih mahir...
Semalam lepas zuhur after lunch, I bawa anak2 keluar ke shiyakushou(=pejabat daerah) dan singgah kat supermarket beli barang sikit. Cuaca pagi semalam mendung dan hujan renyai2, kalau ikutkan hati ni memang malas nak keluar, tapi gagahkan jugak sebab kesian kat Rafiqh weekends hari tu tercongok dalam rumah ja, lagipun dah janji dengan dia nak bawa keluar(part janji ni den paling lomah ni, ralat sangat nak mungkir). Masa kami keluar tu dah tak hujan, cuma suasana suram dan gelap kat luar...
Driving alone with Rafiqh bukan masalah besar sebab dia memang dah terbiasa sejak baby. Kecik2 dulu baik ja senang sungguh nak diurus, tapi bila dah besar ni kadang2 banyak pulak cikadak, especially kalau ayahnya ada, demands nak didukung laa hapa laa, tapi bila ayah takdak, pandai pulak bawa diri, tau kot mak dia tak layan dia punya songeh. Sebagai percubaan pertama nak drive dengan 2R ni, I kena pastikan 'pengalaman' baru ni sebagai sesuatu yang manis, bukan trauma, baik untuk 2R apalagi untuk diri sendiri, hahaha.
Semalam, as usual 2R took their morning nap around 10 and woke up 12++, changed their diapers and clothes, bagi makan siap2 then off we went out. Tidur cukup dan perut kenyang adalah permulaan yang baik, cause time ni mood depa akan sangat baik. I was nervous actually to see how Raziqh would react, ya laa, all this while dia dok atas pangkuan mama ja bila naik kereta sebab budak ni suka menyusu dan tidur terus bila dok dalam kereta, jarang2 sangat berpeluang buh dia dalam baby-seat so risau laa jugak kot2 dia refuse takmau duk dalam tu, nak2 pulak seat dia kat belakang yang back-facing pulak, langsung tak nampak sapa2, buatnya dia teriak, mau gelabah mak dia nak drive kan. Rafiqh macam biasa mesti jadi co-driver, masukkan dia dulu dan pakaikan seat-belt, then masukkan adik sambil ulang2 cakap "Raziqh good boy, mama nak drive, adik behave ok, pleaseeee".
Alhamdulillah, both of them behaved well, langsung tak buat hal, legaaaa... Rafiqh takdak suruh dukung(part ni paling penting, hehe), dia turun tangga-naik tangga 5tingkat sendiri, jalan berpegangan tangan, no running, no aksi nakal, fuhhhh... Raziqh pun ok, I was quite surprised to see him playing alone. Cumanya setiap kali nak letak dia dalam combi babywearing tu dia merengek sebab rimas, pakai baju tebal2 sengsara sungguh nak masukkan dia, mama nak galas pun susah sikit, ni kes malas nak adjust2 balik, sabar laa dik, nanti bila adik dah tak payah pakai baju beruang kutub tu senanglah sikit yer. Haa, sepanjang dok drive tu Rafiqh tak henti2 tanya "adik?", mama jawab "tu ada kat belakang tu", pelik kot tak dengar suara adik, lepas tu sat2 tanya balik "adik?", mama jawab lagi dan lagi dan lagi, haihhh takut sangatlah orang tinggai adik dia, hehehe...
I budget untuk keluar 2jam saja, kalau lama2 karang depa restless pulak, so kami balik rumah dekat2 pukul 3. I really enjoyed the outing, rasanya both 2R pun sama. InsyaAllah lepas ni kena biasakan lagi untuk keluar ber-3. Sangat teruja nak tunggu haru(=spring), nanti petang2 nak bawa budak2 ni pi playground, lalalalala...
Monday, January 25, 2010
Lagi 1 bulan...
Hanya ada 1 bulan ja lagi, tapi satu hapa plan pun takdak lagi, takdak idea nak buat sambutan yang macammana. All this while pun, kami tak pernah beriya pun celebrate anniversary, simple2 saja. Maybe tahun ni pun sama jugak, simple celebration just 4 of us...
Rasanya nak masak something yang special sikit(belum terlintas lagi menu apa yang best), then baking cake(walaupun tau myLove tak makan), arrr tu ja kot. Present? Tengah fikir, hehe...
Rafiqh dan nombor
Sangatlah suka mengira, sambil main, sambil tengok tv, sambil makan, dok saja2 pun dia akan mengira. Alhamdulillah now he is able to count from 1 to 10 in english and japanese, but in malay biasanya sampai 4 ja, lepas 4 tu dia akan stop and he needs mama to guide him continue counting from 5 till 10, haparaaa...
Semalam, as usual I mengemas baju di bilik mainan 2R, masuk2 bilik terkejut beruk tengok toys penuh berselerak-tarak, dah rupa kapal tenggelam dah bilik tu. So I called Rafiqh dan arahkan dia menyimpan...
Mama : Onichan, cepat mai simpan balik omocha(=toys) ni semua. Awat pi sepah2kan macam ni, mama tak suka tau. Lekaih, kutip balik buh dalam raga...
Rafiqh terhegeh2 mai kutip mainan dia simpan dalam raga...
Sepatutnya ada 2raga yang I sediakan atas meja untuk simpan toys, unfortunately masa dok potpet2 tu i tengok eh cuma ada 1 ja, 1 lagi taktau pi mana...
Mama : Ok2, baguih2, pandai2, kutip sampai habis ok. Onichan, ni mana raga lagi satu?
Rafiqh : Dua, tiga, empat, lima....
Mama : Hah?! Hahahaha...
Bertuah betul budak ni, orang tanya soalan, dia jawab dengan pi sambung mengira pulak... Hadoi...
Sunday, January 24, 2010
Tua sangat ka haku ni? - Part 2
Jika berminat, sila baca di sini... 'Pecah kaca pecah gelas, rosak bahasa nak baca pun malas'
Tapi, kalau ikutkan penulisan ustaz Hasrizal ni, beliau bukan sahaja menentang penggunaan shortforms melampau ni, bahkan turut mengkritik keras gaya ejaan kita, *dush terkena batang hidung sendiri jugak* hehehe...
Apapun, perlu diingatkan bahawa bahasa kita(baik percakapan mahupun penulisan) adalah cermin keperibadian kita...
Maka, renung-renungkanlah...
Saturday, January 23, 2010
Tua sangat ka haku ni???
Sorry in advance kalau ada yang baca ni terasa hati, tak berniat pun nak singgung perasaan sesiapa, cuma tertanya2, tua sangat ker haku ni??? Sila jawab!
I'm just 26 but yet I always feel soo difficult and hard for me to understand orang lain punya tulisan(read: shortforms). And sometimes when I listen to others conversation(in drama or real life) and read informal materials(blogs), I even can't understand the meaning of certain words, sound stupid??? Oh whatever!
Fine, bab words tu actually I still boleh tolerate lagi, cause I tak tinggal kat Malaysia, tak ikuti dan tak banyak pendedahan tentang trend sana, tengok tv Malaysia pun jarang2 so munasabah laa kalau I tak faham. Since perkataan2 baru ni pun tercetus seiring dengan peredaran masa, cara gaya muda-mudi bertutur dan bahasa modanisasi, I pun tak ambil pot sangatlah hal ni. Kalau rasa blur tak faham, either pretending buat2 faham(main agak2 sendiri maksudnya - ni kes malas nak ambil tahu sebab rasa tak penting) or I akan tanya orang(paling senang tanya my sis-ateh or my bro-achik), ni bila rasa nakkk sangat tau apa maksudnya...
Tapi bila masuk bab tulisan ie. shortforms ni hadoiiilah, memang selalu buat I mengeluh panjang... Shortforms ni dicipta bertujuan mempermudahkan dan mempercepatkan komunikasi, especially dalam menulis note, message, sms, chat dll. Walaupun tak wujud pengkhususan atau garis panduan khas untuk setiap perkataan perlu diguna singkatan yang bagaimana, tapi sekurang2nya shortforms 'rasmi' ni selalunya mudah difahami. Contohnya jln untuk jalan, bkt untuk bukit, tmn untuk taman, hp untuk handphone, jwb untuk jawab, ckp untuk cakap, dgr untuk dengar dan sebagainya. Tapi bila penggunaan shortforms yang melampau2 ni sampai ke tahap apa yang ditulis atau nak disampaikan tu tak dapat difahami oleh pihak yang satu lagi, lagi baik tak payah berkomunikasi langsung! Bila sampai tahap hapa yang ditulis tu satu hagham pun haku tak faham atau take time untuk 'dibaca', hish geram sungguh tau! Sungguh pelik bila aku jadi ak, guna jadi gna, sehari jadi sehr, sihat jadi chat, ish banyaklah lagi yang serba pelik... Tak faham betul kenapa perkataan yang ringkas 3-4huruf tu pun nak singkat2 lagi, dah laa merumitkan, mengelirukan pulak tu...
I tak kata guna shortforms ni salah, tak salah pun! In fact I sendiri pun guna ringkasan2 ni - bila sms, chatting, tulis comment/message kat blog etc etc, but I'll make sure my language tu orang yang baca akan senang faham. Dan lagi satu, kita kena jugak 'tengok' dengan siapa kita berhubung, agak2 laa kan 'bahasa' yang macammana kita nak guna bila communicate dengan seseorang...
Aah memang I kuno, memang kolot dan out-of-date, memang ketinggalan zaman or whatsoever sebab tak faham trend anak muda sekarang, tapi rasanya laa kan, most of us sekarang dah hilang sense of communication. Dah kurang sensitiviti in proper way nak berhubungan. I cukup pantang kalau adik2 I menaip benda yang susah I nak faham, considering me as someone yang lagi tua, so please tulis pun biarlah berpada2. Biarpun kita yakin orang tu faham tapi untuk tunjukkan yang kita ni beradab, kan lagi baik kita guna bahasa dan tulisan yang lebih 'berhemah'. Lagipun, takkan patah aih jari2 tu kalau setakat nak menaip lebih sikit dan bak kata mak "tak nampak bodoh dungu aih kalau tak ikut trend terkini sekalipun!"...
Sekian sahaja, siaran selingan bebelan nenek kebayan! hakhakhak...
Friday, January 22, 2010
Happy Anniversary Abanglong & Kaklong!
Garisan di pipi...
Sambungan entry "Sama tak?!"...
Zura tanya apa garisan di pipi tu, hehe, meh nak tunjuk... My sis-alang kata Raziqh still ada garisan tu cuma tak obvious sangat macam Rafiqh, bila tenung2 balik aah betul laa pulak. Ada tu ada cuma tak berapa nampak jelas, mungkin besar sikit nanti nampak balik kot...
Ianya garisan melintang di atas pipi di bawah mata... Rasanya gambar no. 2 tu paling obvious. Bila dia senyum lagi mudah nampak... Taktau nak panggil apa garisan tu, bukan dimple/lesung pipit sebab Raziqh memang takdak pun lesung pipit tapi Rafiqh ada.
Tu je laa kisahnya, sekian...
Babywearing?! Give it a try!
Bag-sling ni nampak macam sesuai untuk newborn je kan, tak sure pulak kalau baby dah besar boleh isi lagi ker tak.
Lets enjoy motherhood with babywearing...
Thursday, January 21, 2010
Sama tak?!
Tuesday, January 19, 2010
Kisah ngeri semalam
Seperti biasa bila buat kerja kat beranda luar tu, 2beradik ni akan menyibuk sama. Rafiqh ni samada akan main sliding door tu buka-tutup-buka-tutup ataupun dok depan pintu tengok mama. Raziqh pulak I letak dalam walker dan dia akan jalan sekitar depan pintu tu. Tengah dok sidai baju tiba2 dengar bunyi "ketak", alamak terus terfikir Rafiqh lock pintu tapi I releks lagi sebab dah biasa sangat dia buat macam tu, cumanya sebelum2 ni lock tu tak betul2 'masuk' kat tempatnya, so bolehlah buka. Tapi semalam memang ter-lock betul2, haaa apalagi, panik laa. I suruh Rafiqh buka tapi boleh pulak dia sengih2 gelak2 kat dalam tu. I cuba check sliding door satu lagi(kat ruang tamu) tapi ternyata berkunci, hadoiii gelabah2! Pi kat cermin toilet pulak, try tolak2 tapi memang sah2 laa kunci kan. Kot kalau tak kunci pun takdak faedah jugak, perasan badan tu kecik ka hapa, bukannya muat pun nak masuk ikut tingkap tu, kahkahkah, mengong sungguh, dah terlampau panik sangat sampai tak terfikir dah hal tu...
Terfikir time tu nak jerit panggil ultraman, "ultraman, please help me! help me, help me, pleaseeee" hahaha, lagi sekali mengong!
Berkali2 suruh Rafiqh buka balik, dia boleh buat derk ja, siap pi naik kereta dia pusing2 kat dapur tu pulak dah, hish sabaq ja laa budak ni. Bila dah bagi arahan tapi tak jalan, kena laa pujuk pulak kan, pujuk punya pujuk, dia pun mai laa nak buka tapi dia pi tolak pintu tu ja, bukan nak unlock dulu, memang tak bergerak laa, hadoiiii... Dah tu, dia pulak gelabah, dia pulak nak menangis sebab tak boleh buka. Mama pun cakap "ni buka lock ni dulu laa onichan, buka laa lekaih(=cepat)". Bila tengok mama dok ketuk2 pintu tu, dia ingat mama main2 pulak dah, stop nangis lepas tu gelak2 pulak, adik pun tumpang sama sengih2. Nak kena sungguh laa dua2 ni. Terfikir pulak nak pura2 lari dari depa, bagi Rafiqh tak nampak, nanti dia gelabah laa cari mamanya, harapnya dia buka laa pintu tu tapi fikir2 balik, eh tak boleh, tak boleh, satgi buatnya dia cuak langsung dia meraung tak buka2 haa lagi haru. Jadinya pujuk laa lagi dan lagi. Tak lama lepas tu dia unlock. Legaaaa, takut jugak si adik nangis ka hapa ka. Masuk ja dalam rumah, rasa nak marah pun ada, nak pelangkong kepala Rafiqh pun ada, nak tergelak pun ya jugak, last2 I tergelak, dua2 budak ni pun ewah kemain lagi ikut bergelak-ketawa, tang mana lawak pun taktau laa...
Ngeri sungguh terasa, dah laa rumah ni tingkat 5, taktau laa macammana nak minta tolong kat orang. Jiran2 bukannya ada sangat pun, kalau ada pun tingkap pintu tertutup rapat, entah dengar entah tak. Sebelum ni pernah dah terfikir kalau terkunci gitu apa nak buat, kena jerit2 minta tolong orang ja laa, then call myLove suruh balik sebab dia ja ada kunci rumah. Tapi sementara dia nak balik tu jenuh arr, 30minit perjalanan dari ofis, harus laa budak2 ni meraung kan. Nauzubillah, minta2 janganlah terjadi...
Peristiwa semalam jadi pengajaran untuk I, lepas2 ni kalau keluar lagi kena sendal pintu dengan sesuatu supaya kalau pun Rafiqh tutup dan kunci sliding door tu, lock tu tak masuk. Lepas ni kena lebih hati2, kena lebih berwaspada...
Majlis solat hajat dan meeting PAMY
Takdak mood nak update cerita ni, sebabnya gambar2 yang diambil malam tu dah pun TER-delete. Cerita tanpa gambar boleh diibaratkan macam makan nasi tanpa lauk-pauk, memang tak syok kan?! Tapi disebabkan dah ber'janji' nak tulis, kena laa tulis jugak tapi dalam versi serba ringkas saja hokey...
Menu yang dimasak untuk dibawa ke majlis tu ialah sambal sotong kering, ayam rempah mayonis, papadom dan desert-kastard jagung, itu saja...
Pagi jumaat tu rendam sotong kering yang dibawa dari Malaysia. Antara keseronokan duk Ipoh ni ialah sebab boleh dapat bekalan ikan bilis, sotong kering(mentah untuk dibuat lauk dan bergula untuk snack), udang kering, ikan kering dan segala-mak-nenek seafoods kering tu dengan senang, murah dan 'segar'(ambil direct dari Pulau Pangkor). Oh yang paling penting dan best, semuanya PERCUMA, wakakaka. Mak adalah pembekal semua ni, setiap kali balik atau mak pos barang, cakap ja nak apa, semua mak sediakan. Selalunya minta sikit ja, berlambak2 mak bagi sampai tak larat nak makan, siap boleh bedak2(=bagi2) kat kawan2/juniors. Kadang2 tu tak minta pun mak hantar jugak, hihi... Sambal sotong kering ni kalau makan dengan nasi lemak lagilah terangkat kan, tapi takpa makan dengan nasi kosong pun walla, sedap! Petang lepas asar baru masak sambal ni, baunya semerbak satu rumah...
Ayam rempah mayonis ni simple ja, perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk masala, serbuk kari dan sedikit gula, kemudian masa nak goreng tu instead of pakai minyak, ganti guna mayonis, saki-baki 'minyak' mayonis tu jangan buang, siram ja atas ayam tu, makan dengan nasi...
Papadom pun stok berlambak2 kat rumah ni, myLove kurang suka, Rafiqh dan mama ja dok makan, daripada biar terperap dalam almari tu, lama2 nanti rosak pulak kan, haa baiklah sedekah kat orang yang tengah 'berjihad' menuntut ilmu tu makan, so goreng 2bungkus...
Kastard jagung ni dah lama tak buat, punya lama tak buat sampaikan hari tu buat terlembik pulak, hehe *alasan*...
MyLove balik kerja petang tu pukul 6, tiba2 dia cakap esoknya tu dia kerja, tapi tetap nak pi jugak majlis malam tu. Sediakan apa yang patut 6.30 kami bertolak. Majlis dimulakan dengan solat isyak dan hajat berjemaah, kemudiannya bacaan yasin dan ada tazkirah sedikit. Lepas tu makan2 dan selesai makan, kami get ready berkemas nak balik. Orang lain sambung meeting untuk soubetsukai(farewell party). Bukannya tak nak join meeting tu tapi since myLove nak pi kerja pulak the next day, kena laa balik awal, tidur awal dan bangun awal...
Tu je laa ceritanya, sekian.
Monday, January 18, 2010
Ruang tamu ku kedai baju???
Hari ni panas terik, boleh laa sidai kat luar, nanti petang angkat semua ni dan sangkut kat hanger, buh dalam ruang tamu...
Mujurlah walaupun sejuk2 ni mood nak men-cds tak pudar, masih terus gigih cd-ing anak2. Hari tu ingatkan bila dah sejuk nanti dah malas kot nak pakaikan budak2 ni cds tapi tak sangka pulak kemalasan tu tak melanda, hihi... Seronok sebenarnya aktiviti cd-ing ni, hari tu ada beberapa kali skip tak basuh selang sehari(due to diorang tak pakai banyak), tiba2 terasa macam bosan dan pelik pulak sebab takdak aktiviti membasuh, menyidai dan melipat cds, ecewahhh bunyi macam rajin dan hima(=free) giler kan, hahaha. Eleh, macam laa kampung Ube ni sejuk sangat, bukannya snowing berhari2 pun, memang tak munasabah langsunglah nak bagi alasan malas men-cd sebab sejuk...Berbalik kepada tajuk, sebenarnya rimas jugak tengok baju penuh bergayut dalam ruang tamu ni, merosakkan permandangan sungguh, tapi nak buat macammana, dah terpaksa kan. Nasib baik laa rumah ni jarang ada tetamu bertandang, kalau tak, hadoiii jenuh kelam-kelibut nak sembunyikan baju2 ni... Haaa tapi kan, ada jugak kebaikan dan keistimewaan menyidai baju kat ruang tamu ni iaitu time nak pakai tu, boleh pilih2 saja, ambil dan terus pakai, ala2 macam membeli kat kedai baju gitu, hakhakhak... *mereng*
Sunday, January 17, 2010
Ubat
Masa Rafiqh 1st time selsema kat Malaysia dulu tu kami tak bawa dia ke klinik pun, kami tak bagi dia makan ubat pun, sebabnya kami balik cuma 10hari dan keadaan selsema dia pun tahap ringan ja, tak diikuti batuk/demam. Bila dah balik sini, bila tengok dia masih tak sembuh2 barulah bawa pi jumpa paed Yoshimoto sensei untuk ambil ubat, pertama kali dapat ubat, terkial2 jugaklah nak handle ubat baby, yer lah, dah terbiasa kalau kat Malaysia ubat untuk budak2 semuanya dalam bentuk cecair kan, sekali kat sini dia bagi ubat serbuk pulak, memang blur lah. Nasib baik jugak ada diberi kertas kecil yang tulis panduan macammana nak sediakan ubat tu. Oh ye, kuantiti gram ubat kat sini diberi mengikut berat semasa baby/toddler tersebut, selalunya diberi untuk stok 4hari...
Dari apa yang diberitahu, ubat2 baby/toddler kat sini rasanya manis. Tapi kalau salah cara penyediaannya, ianya boleh bertukar menjadi pahit. Pelik kan? Tapi memang betul, sebab pernah beberapa kali I 'rasa' ubat Rafiqh tu ya rabbi pahit berdengung...
Selama dia makan ubat kat sini, I tak pernah hadapi apa2 masalah pun. Senang sangat sebab ubat serbuk tu hanya perlu dicampur dengan minuman lain, boleh larutkan dalam jus, yogurt, susu or even icecream! Ubat kat sini pulak kalau dia sakit 2-3penyakit(contohnya selsema, batuk dan demam) sekalipun, ubatnya tetap 1 saja. Sebabnya ubat2 tu semua dah dicampur dan di-pack sekaligus. Kat sini jugak takdak antibiotik, oh actually antibiotik ni tak baik pun, I read somewhere before tapi tak ingat sangat fakta2nya but once I get the infos, I'll definitely share it here insyaAllah.
Masa dok sini dia memang jarang amat sakit tapi masa balik Malaysia tahun lepas, senang sungguh sakit, makan masa pulak tu nak sembuh. Bila bawa jumpa paed, paed kata badannya baru nak 'sesuaikan' dengan cuaca kat Malaysia. Malaysia banyak habuk dan udara berjerebu, pencemaran merata2, mungkin betul jugak kot. Makanya hari tu dalam tempoh 3bulan tu entah berapa kali laa kami dok ulang2 pi jumpa paed ambil ubat, minta tukar ubat ja kerjanya, melayang beratus2 duit mama, hohoho.
Kat Malaysia kan sekali bagi ubat mak aih, berderet2 4-5botol. Mujurlah Rafiqh ni jenis yang senang makan ubat. Sesiapa pun yang tengok Rafiqh makan ubat pasti terkejut, I sendiri pun terkejut sebenarnya. Kenapa? Sebab dia suka makan ubat, bak kata orang yang melihat, "Rafiqh makan ubat macam makan coklat ja", hahaha memang pun. Even my youngest brother yang berusia 9tahun tu pun boleh suapkan dia makan ubat. Dia takkan lari, takkan nangis, takkan mengelupur, takkan luahkan balik bla3. Setiap kali nak bagi dia makan ubat, just panggil dia "Rafiqh, mai makan ubat mai". Dia akan datang sendiri, duduk dan nganga mulut, telan ubat, minum air sikit then blah! Pahit macammana pun dia tetap telan, tak sedap macammana sekalipun dia makan jugak, cuma muka dia berkerut2lah, hehe.
I sendiri tak tahu apa yang menjadikan Rafiqh senang makan ubat. Kalau orang tanya pun I tak boleh nak jawab. Cumanya I tak pernah bagi gambaran 'ubat tu tak sedap'. Yang paling penting, dalam memperkenalkan benda2 baru kat dia, I tak pernah paksa dia untuk terus terima, Kadang2 budak2 ni bila sekali dia ada pengalaman ngeri terhadap sesuatu, sampai bila2 pun dia akan fobia. Macam makan ubat, dah sah2 ubat tu pahit dan tak sedap, lepas tu kita paksa2 pelekoh dia pulak, sekali dia kena macam tu, jangan haraplah dia akan terima ubat tu lagi next time. Betul tak?!
Cerita Raziqh pulak, kasihan baby mama ni...
Baru umur 5bulan dah 2kali selsema, sekali demam dan sekali batuk... 1st time sakit ialah selsema, jangkit dari Rafiqh tapi alhamdulillah tak teruk. Kami bawa dia ke klinik, paed bagi ubat tapi dia cuma makan 1pack then I dah tak bagi dah, beberapa hari kemudiannya dia sembuh. 2nd time selsema tu gabung terus dengan batuk dan demam, yang ni memang kesian sangat. Raziqh sejak lahir lagi dia exclusive and direct-breastfeed so dia tak reti minum pakai botol dll, dia juga menolak semua benda yang masuk mulut dia kecuali susu ibu, so memang payah amat nak bagi dia makan ubat hari tu. I bancuh ubat tu dengan air masak letak dalam botol susu dia tapi ended up si onichan yang minum, siap boleh cakap kat adiknya "ermmm oishi"(sedap), hahaha. Mula2 tu I memang skip tak bagi dia makan ubat bila tengok dia tak suka, tapi bila sakitnya nampak agak teruk due to demam panas so no choice kena paksa dia makan jugak. Kali ni direct letak dalam sudu dan bagi dia minum sikit2.
Hopefully lepas2 ni both of them akan kembali ke fasa susah jatuh sakit, cause I hate to see them sick. Dan harapnya kalau Raziqh tak sihat lagi nanti, dia akan mudah telan ubat macam Rafiqh...
Gambatte ne anak2 mama!
Mama mo gambaru yo!
Friday, January 15, 2010
Masak2
Ahad lepas buat pau kaya lagi, biasanya buat pakai tepung gandum tapi disebabkan tepung gandum ada sikit ja tak cukup sukatan, I pun belasah guna tepung roti. Jadi memanglah jadi, lembut dan doh-nya sedikit liat. Tak ambil gambar pun, lapar sangat terus ngap, hihi... Rafiqh suka sangat pau kaya, buat 12biji, 4biji tu dia makan sekali hadap, ish kalah mama...
Bercakap pasal tepung gandum, kat rumah ni setiap minggu masa beli barang dapur wajib beli 1kg tepung gandum. Dahsyat sungguh, at least 1kg seminggu, kalau ada 2kg entah2 habis jugak, hihi. Try jugak cari kedai2 barang borong yang ada jual 5 atau 10kg terus kan tapi still tak jumpa2 lagi. Kalau dapat beli banyak2 terus mesti lebih berbaloi kan...
See, dah ready buat 2bekas dah pun...
Lena sungguh dia...
Thursday, January 14, 2010
Bila nak balik?!
Rasanya laa kan, soalan 'bila nak balik' ni memang soalan lazim laa semua orang akan tanya pada anak2 perantau, nak2 pulak kalau anak perantau tu dah bertahun2 di negara orang, macam dah "tak reti2" nak balik Malaysia, hahaha... Bukan lupa diri tau, sejauh mana pun merantau, kami tetap anak Malaysia, pi mai pi mai pun akan pulang jugak ke 'lubuk' asal tempat tumpah darah kami suatu hari nanti insyaAllah...
As for us, kalau orang tanya kami ni bila nak balik, jawapannya tahun 2012, insyaAllah... Garis penentunya ialah pada anakanda Rafiqh, eh bukan dia yang buat keputusan tau, tapi lepas ada anak ni kami bincang2 dan buat keputusan untuk balik sebelum dia masuk sekolah rendah. Kenapa? Ish panjang sangatlah pulak kalau nak hurai sebab2nya...
Honestly, I tak pernah rasa terganggu pun dengan pertanyaan ni, in fact suka ja orang tanya, rasa macam orang ambil berat dan ambil tahu hal kami, hehe *perasan glamour* tapi cukup benci dan emo kalau yang bertanya tu berniat nak provok dengan pelbagai spekulasi dan tuduhan tak berasas, huh yang tu ceq pantang hokey! Memanglah bagi yang tak pernah hidup di perantauan, akan nampak macam best ja kan duk oversea ni, nampak mewah dan hidup yang penuh kegembiraan tapi hakikatnya hidup kat mana2 pun sama ja, tetap ada pro dan kontra-nya, ada masanya sedih, ada masanya gembira dan hidup ni takkan pernah sunyi dari dugaan. Apapun, I sangat bersyukur dan gembira dengan my life sekarang, enjoy every moment here with my beloved family, once dah balik Malaysia nanti, hidup cara Malaysia pulak kan... So bila terpaksa berhadapan dengan orang2 yang perasan bagus ni yang berhujah takdak hujung-pangkal ni, I just ignore them, buat derk dan bolayan sama mereka, muahahaha...
Masa kami bawa balik kereta hari tu, lagi laa orang galak bertanya. Ya la kan, ramai yang sangka kami dah pun balik for good dan nak settle down terus kat Malaysia, ohohoho not yet maa! MyLove masih ada 'misi'-nya yang belum selesai di sini. On my side, even though I have my own dreams, have my own planning about what I would like to do in my future but I don't mind to be here with him, berapa lama lagi pun I tak kesah, cause I know it's never be too late for me to achieve everything I want, insyaAllah...
My family pulak, my parents and siblings tak ambil hal pun berapa lama lagi kami nak duk sini. Abah mak memang galakkan kami merantau, kalau ada rezeki lepas2 ni nak kerja kat europe sekalipun, mereka memang sokong, alhamdulillah. Mungkin sebab tu lah, hati ni tak pernah berbelah-bagi untuk stay sini...
Kesimpulannya, buat masa sekarang ni, kalau ada yang bertanya bila nak balik, jawapannya 2012 lah, tapi taktau laa kan kot2 Allah takdirkan sesuatu terjadi, mungkin kami akan balik lebih awal atau mungkin jugak lagi lambat dari perancangan, kita kan hanya mampu merancang, selebihnya adalah rahsia dari ketentuan Allah, hehehe, so guys, just wait and see...
InsyaAllah - Maher Zain
Sejak jatuh cinta kat lagu2 nyanyian Maher Zain ni, I dah download lagu2-nya kat youtube tu buh dalam laptop ni, malangnya jarang amatlah nak buka dengar sebabnya com ni kan zaman tok-tonggek, kalau buka banyak2 windows nanti dia lembap nyet2 mengalahkan siput khinzir, silap haribulan dia hang terus...
So hari tu I download lagu2 tu kat mixTube save dalam iPhone pulak, haaa baru laa tiap2 hari boleh dengar. Sampaikan Rafiqh pun dah boleh nyanyi lagu ni - insyaAllah, tang "insyaAllah" tu ja laa dia boleh sebut pun, wakakaka, takpa laa kan, lama2 nanti sure boleh nyanyi lebih lagi kan...
Wednesday, January 13, 2010
Hari ini
Sepatutnya pukul 11 pagi tadi dah janji dengan kohai(=junior) nak ke shiyakushou(=pejabat daerah) tapi sejak beberapa hari lepas lagi kami dah sedia maklum hari ni kemungkinan salji turun so depends on cuaca laa samada jadi pergi atau tak. Kereta dia tak pakai tayar khas untuk salji, so memanglah tak berani kan nak drive kalau salji turun, tayar jadi mudah slip atas jalan yang berais. Pukul 6pagi tadi, bila selak langsir tengok kat luar, subhanallah salji lebat sungguh, putih seputih-putihnya, dari pengalaman I(yang tak seberapa ni) menjangkakan memang tak bolehlah nak pi sebab berkemungkinan besar salji tu tak habis cair lagi. Lebih kurang pukul 10 call dia dan decided untuk tak pi, try jugak tanya juniors lain kot2 ada yang free petang ni atau esok tapi memang semua busy maklumlah tak lama lagi dah start exam final sem so fikir punya fikir I sms myLove minta izin nak naik teksi saja lah, he agreed. Masa tu 2R tengah tidur, disebabkan I pun masih pening dan loya, I pun baring dan tertidur sama. Terlelap sekejap ja pun tapi rasa badan dah ok, still pening sikit lagi tapi dah tak loya. Terus bangun sediakan bahan nak masak dinner dan keluarkan baju2 2R nak pakaikan nanti.
Gedebak-gedebuk Raziqh pun bangun, salin baju dia dan tunggu onichan pulak bangun, pukul 1lebih baru Rafiqh bangun, bagi makan choco mousse brownies dan minum susu je for lunch, hahaha mama dah tak larat sangat dah nak masak, plus tak ada selera nak makan so kami makan simple saja. Siapkan 2R then pukul 2 call teksi suruh datang.
Ni 1st time Rafiqh 'main' snow, sebelum ni kalau keluar time snowing pun mana laa nak bagi dia main kan, mesti cepat2 keluar-masuk rumah sebab dah malam. Kali ni boleh laa bagi dia chance merasa pegang snow. Seronok tengok dia kagum dengan snow, hehehe... Pukul 3.30 sampai rumah, tangan Rafiqh dah sejuk merah tak hingat, kesian dia, meraung2 menangis cakap itai(=sakit), hahaha, tadi masa main salji dia tak rasa sakit, dah nak masuk rumah baru sedar kot. Basuh tangan dia dengan air suam dan pujuk dengan upah bagi makan choco corn, habis 10batang sekali hadap...
Tuesday, January 12, 2010
Combi Ninna Nanna
Kebetulan pulak before tu I memang dok usha bw ergo dengan kak Oja dan kak Oja siap bagi web yang tengah buat promotion new year bw ergo, waduhhh sungguh tertarik, murah2 sungguh tapi bila consider diri ni mainly nak pakai dalam rumah je, pejam2kan laa mata dan padam2kan laa nafsu ni, hehe. Survey punya survey, sebab masa dah suntuk I fokus lebih pada brand combi dan aprica saja, so last2 terjumpa kat yahoo auction, harganya ok, condition pun ok walaupun 2nd hand, jenama combi dan nampak selesa. MyLove pun belikan dan dah pun sampai minggu lepas...
Combi ninna nanna pA-138 series is a genetic single soft-carrier that can be used for cradling, cuddling and back-carrying, boleh digunakan untuk newborn sehinggalah budak2 berusia 30bulan(14.9kgs). Untuk posisi baring ie. cradling(macam dalam gambar di bawah-kanan), it's suitable for newborn until the baby has developed the neck muscle which is around 4months old. For cuddling and back-carrying position pulak, bilamana baby sudah boleh kontrol pergerakan lehernya, haa dah boleh laa nak bawa baby dalam posisi duduk ni...
Sekarang ni, walaupun Raziqh dah tak demam tapi dia masih selsema dan sedikit batuk, so still ada masanya dia buat hal, haa kalau sibuk dengan kerja2 rumah, I cuma perlu susukan Raziqh sampai kenyang dulu then letak dia dalam bw ni, hah galas dia sambil memasak, mengemas, membasuh-menyidai-melipat baju, sambil mandikan Rafiqh pun boleh, wohohoho best sangat sebab tak perlu berebut2 terkejar2 nak buat itu ini dek kerana kasihan dengar dia melalak. Raziqh nampak sangat selesa duk dalam tu, and he even fells asleep on his own... Nanti dia dah betul2 sihat bolehlah nak kurangkan wearing dia dalam rumah, cause actually I tak berapa suka sangat kendong anak dalam rumah, lebih prefer tengok dia main sendiri2 atau main dengan onichan...
Though I thought of using this bc only at home at the first place, but last night I went out off to supermarket while back-carrying him, ahahaha. Rasa best laa pulak kan and I guess I should back-carrying him everytime we're out for shopping groceries, senanglah nak angkut barang, hihi. Bila nak keluar jalan2 pulak, I boleh pakai ring-sling...
Bagi I, bezanya bc dengan ring-sling ni ialah lagi senang nak buat housechores bila guna bc, tangan lebih bebas bergerak dan tak payah risau keselamatan baby sangat. Dari segi penggunaan dalam jangkamasa yang lama pulak, beban pada bahu terasa berkurang sebabnya bc ni kita guna both bahu sedangkan ring-sling tu kita guna satu sahaja.
Apapun, I suka both laa, dua2 ada kebaikan dan kekurangan, yang penting kita sendiri kena bijak untuk sesuaikan penggunaannya dengan masa dan keadaan, pasti hasilnya berbaloi-baloi lah! 'Alah membeli menang memakai' youuuu! ehehehe...
Nanti I upload gambar kami pakai bc ni hokey...