Thursday, December 31, 2009

Takeshi-kun 5months

Semalam Raziqh dah pun 5bulan, macam tak percaya laa pulak, tengok badan tu kecik ja kan. 2minggu lepas timbang berat dia, bacaannya cuma 6.7kg, alahai cinonet betul...

Sekarang ni dah makin banyak kerenah, banyaklah auta dia, geram betul, rasa nak gigit2, nak cubit2. Bila dia buat hal, dia akan dikenakan hukuman dengan digomol dan dibuli, hahaha puas hati mama!

Raziqh dah mula develop interest towards foods, ewah bergaya nak makan tu bukan main lagi. Bila tengok orang makan, dia pun sama naiklah sibuk mengunyah, sampaikan kadang2 mama confuse "eh budak ni makan apa?", siap korek2 mulut dia, kot2 laa si Rafiqh tu sumbat apa2. Bukan boleh percaya sangat onichan tu, kadang2 mai mood baik dia, habis semua benda nak jamu adik makan, haihhh... Pernah beberapa kali I suakan foods kat mulut dia, to test whether he really want to eat, tapi dia tak buka mulut pun, means it's not the right time yet. Memang takdak niat pun nak bagi solid lagi, saja nak test guna teori yang pakar2 sarankan...

Raziqh dah boleh kontrol pergerakan tangannya, so sekarang kalau suakan apa2 dia akan cuba ambil and he is able to grab anything close to him, usually anything in his hand will end up masuk mulut, part ni Rafiqh cukup elergic, haha pantang-tok-nek dia tengok barang2 dia adik buh mulut, nanti dia akan cakap "adik, aaip aaip choudai choudai(=bak balik)", bila dah ambil barang tu siap cakap "yuck eeiii yuck" sambil lapkan dengan apa2 kain yang ada dekat2 dia, geli tengok mainan penuh air liur adik, haha lawak dan cute sangat. Lagi cute bila tengok Raziqh 'marah' bila barang dia pegang kena 'rampas', terus melalak dengan gaya sakit hati, hihi...

Bila dah mula pandai guna tangan kaki ni, makanya makin mencabarlah tugas mak dia. Kena lebih berhati2 bila pegang dia masa buat kerja. Selalulah dia gagau pinggan masa dok suap Rafiqh makan, kadang2 kaki tu lawa ja landing masuk pinggan, Rafiqh punya laa suka gelak sakan tengok adik tepuk/gagau pinggan, adik pun sama2 gelak tengok onichan yang berdekah2 ketawa tu, heeee mama rasa macam nak penyet ja 2budak ni tau, hangpa pakat buli mama ek...

Raziqh dah pandai berinteraksi dengan kelibat mama, lately kalau tinggalkan dia kat ruang tamu dan I buat kerja kat tempat lain, kalau lalu dekat dia atau bila dia terdengar suara mama, dia terus berpusing2 cari mama, bila dah nampak terus laa start enjin ehek2 nak menangis. Selalu jugaklah terpaksa heret bouncer dia masuk dapur yang sejuk tu supaya dia boleh nampak mama buat kerja, baru laa dia tak bising...

Sekarang ni dah takmau duduk, dulu takmau baring, nak didudukkan, sekarang takmau duduk nak suruh orang bagi dia berdiri pulak. Banyak cikadak betul laa budak kecik ni. Kalau riba bagi duduk, dia tonjol2 kaki dan badan dia untuk berdiri, dah bagi berdiri tak reti berdiri diam2, goyang sana sini, pusing sana sini, lenguh betul tangan ni. Kalau baringkan atas bantal atau bouncer yang tinggi sikit bahagian kepala tu, dia akan angkat kepala dia sampai terguling2 jatuh, haha, geram betul, macammana tak kena gomol kan...

Bila dia 'bercakap', dah boleh dengar sebutan baba wawa dada etc. Kadang2 dia macam main dengan bunyi2 tu ala2 test suara gitu, Rafiqh pun teruja tengok kebolehan adik, ketawa besar siap tepuk2 tangan onichan dengar adiknya 'berkata2', kagum ker? hehehe...

Salah satu 'hiburan' Raziqh ialah mendengar tangisan onichan. Elok sangatlah tu, Rafiqh pun kalau dengar adik nangis dia tukang gelak, haa adik pun sama laa. Rafiqh ni sejak kecik dah gitu dah, bila tengok orang nangis dia boleh pi gelakkan, apa yang lawak pun taktau laa. Setakat ni dia tak pernah lagi kena lepuk sebab gelakkan orang, hehe. Bila dia nangis dan adik gelakkan, tak pulak dia 'hangin' marahkan adik tu. Setahu I, selalunya budak2 ni kalau tengok orang nangis depa pun nangis sama without reason, tapi 2R ni pelik, terbalik pulak, hish ayah dan mama pun tak faham...

Dia suka main dengan kakinya, kalau pakaikan stokin dia dah pandai tanggalkan. Suka sangatlah tarik kaki masuk dalam mulut, kalau ikut petua orang2 tua, budak bila dah hisap jari kaki tandanya nak adik, ish pepandai je kan, hahaha... Raziqh nak adik ker? Tunggu tahun depan ek, hahaha...

Happy 5months young darling!

Tuesday, December 29, 2009

Semalam dan hari ni...

Weekends hari tu baru tersedar yang minggu ni myLove akan bercuti panjang(taklah panjang mana pun, esok(rabu) sampai ahad ja). Bila tengok dalam freezer, frozen foods dah tak ada dah so cadangnya semalam dan hari ni nak buat makanan lebih sikit, maklumlah cuti2 dan sejuk2 ni selera makan tu up sikit, hehe...

Awal2 pagi semalam dah keluarkan beef mince dan chicken mince. Beef mince tu buat inti murtabak dan chicken mince tu pulak untuk nugget. Alkisahnya pagi semalam buat laa inti murtabak, lepas siap inti, sukat2 bahan kulit murtabak, campak dalam breadmaker dan uli 30minit. Siap kerja menguli, terus bahagikan 15bahagian, buat bulat2, salut marjerin dan rendam dalam minyak. Simpan dalam fridge seharian, hari ni baru goreng...

Tengahari semalam buat biskut koko rangup. Resepi Yani dari myResepi. Senang sangat nak buat biskut ni, gaul2 semua bahan, tekan dalam loyang, tabur choc rice, bakar kemudian potong. Sedap, memang rangup! Bahan2nya pun simple, next time mesti buat lagi...

Petangnya buat nugget, ingatkan bolehlah nak frozenkan sikit tapi tengah2 goreng tu nampak sikit ja dapat, perabih ja laa. Nugget ni buat minum petang. Rupa nugget ni huduh sungguh, bulat bujur 4segi 3segi bersegi2 semua ada, kelam-kelibut buat dengan Raziqh yang menangis sebab jari terkepit kat buckle bouncer dia lepas tu terus takmau duk dalam bouncer dah, haihhh apalaaa adik ni...

Ni rupa budak yang asyik minta "kut"(=biskut). Dah nak habis sebalang dah biskut tu, tak sempat simpan seminggu pun, macam tu laa selalu pun, selagi tak habis selagi tu dia dok minta nak makan...

"ermmm oshi"(=oishi=sedap)... Pandai betul bodek mama, makan apa pun mesti sebut oishi, dah nak jadi orang jepun kot budak ni, hehe...



Hari ni pagi2 lagi dah buat bengkang jagung. Resepi ambil kat rumah Ida-mamaAiman. Buat separuh adunan ja, dapatlah 1 loyang tu. 1/4 bagi kat obachan(=makcik) jiran rumah bawah, 1/4 dah selamat dimakan mama dan Rafiqh masa tengah panas2 lagi. Tinggal separuh lagi untuk breakfast pagi esok. Lembut ja bengkang ni, sangat sedap! I kurangkan gula dekat separuh jugaklah dan tambah jagung, mudah nak buat so memang bestlah!

Ni bahagian kerak2 roti yang dibuang sebab buat tuna roll lastweek, selalunya I akan cicah air ja roti2 ni, takpun buat puding roti tapi beberapa hari lepas terjumpa resepi roti cookies ni terus rasa nak cuba. Buat biskut ni tengahari tadi, senang jugak nak buat, main kepal2 ja, sedap! Yang penting roti2 ni tak bazir dah lepas ni, kalau taknak makan boleh buat biskut...

Makizushi
ni bukan I buat, jiran yang bagi. I dah siap masak spagetti dah tadi tiba2 dia hantar sushi pulak, so hari ni lunch spagetti dan makizushi. Rafiqh dah nampak sushi terus taknak makan spagetti...

Petang tadi masa 2R tidur, I buat murtabak dan roti canai untuk frozen. Dapat 10keping murtabak dan 6keping roti canai. Inti ada baki lagi, nanti nak buat karipap je laa...

Monday, December 28, 2009

Congratulations...


Congratulations to my dear bestfriend-Elah...
She's getting married soon... *whoot whoot*

Omedetou Elah & Azmil !!!
Moga mahligai cinta yang terbina kekal bahagia hingga ke akhir hayat...

Out of 6 members of IMFEEN, 3(Mai, Fith, Naz) dah selamat, 1(Elah) on the way, Ida and Echo?! insyaAllah soro2 ka na, ehehehe...

Thanks a lot to Elah sudi kirimkan kad dan jemput fith sekeluarga, zannen desu, hontouni ikitai kedo mata ikenai kamo, huhu...
Semoga majlis berjalan lancar, selamat pengantin baru!!!

Masak-memasak

Antara menu2 minggu ni...

Sweet potato chips ni buat untuk kudapan mama dan Rafiqh sambil layan movie petang bila entah. Buat 2biji ubi tapi sekali hadap ja dah habis, hohoho... Kerepek ni boleh jugak kalau nak tabur garam dan cheese atau salut pedas tapi sebab ubi ni sangatlah manis, kami makan sonomama(=gitu) ja, sedap! Rafiqh memang minat benda2 rangup/rapuh macam keropok, jadinya kerepek ni memang kena dengan selera dia laa...

Bergedel ayam ni pun untuk minum petang. Both of us memang suka makan bergedel, sekarang ni Rafiqh pun dan hantu bergedel dah. Ingat lagi dulu2 kalau nak buat bergedel ni punya laa seksa, nak kena bland daging ayam tu bagi hancur sampai jam2 my blander, haiyooo. Sekarang tak susah lagi, beli ja mince, haha aparaa dulu taktau!

Ni pulak potato bun yang tak jadi, hahaha, lantaklah tak jadi pun, nak buh gak kat sini. Taktau laa mana silapnya, castard tu tak menjadi laa pulak lepas dibakar, awal2 buh tu elok ja, haihhh, takpa2 nanti nak berguru dengan kaklong lah, huhu(kaklong, help me!). Nasib baik jugaklah rasanya sedap. Bun ni buat untuk minum petang dan breakfast the next day...

Jumaat petang dan sabtu pagi makan tuna roll. Dah laaamaaa tak buat tuna roll, yummy!

Banana choc chips cupcakes ni pulak buat untuk minum petang Rafiqh sabtu lepas. Biasanya hari sabtu myLove tak minum petang sebab dia pi main bola, so bolehlah sediakan sesuatu yang mama dan Rafiqh suka, taklah rasa bersalah sangat kat myLove.

Semalam buat pau goreng inti sardin ni untuk minum petang. Ingatkan ada baki boleh laa nak simpan untuk breakfast pagi ni tapi licin, Rafiqh pun suka makan sebab sardin tu mama buat tak pedas. Yang bujur2 tu tak buh inti, khas untuk Rafiqh laa kononnya tapi dia nak makan yang ada inti pulak. Alih2 mama laa makan yang kosong tu, hish!

Familia...

Sekarang ni my sis-alang mesti tengah tak tidur lena, sure berdebar2 menanti kekasih hatinya yang tengah on the way terbang jauh dari Malaysia untuk bersamanya di bumi inggeris, ecewah! Setelah beberapa bulan terpisah, akhirnya pasangan pengantin "tak berapa" baru ni insyaAllah akan kembali bersama, membina mahligai cinta di perantauan, hiduplah mereka bahagia hingga ke akhir hayat, hahaha, dah jadi ending cerita kanak2 laa pulak...
Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan buat my bil-Shahril...
We're soo happy for both of you... Selamat ber-honeymoon!!!

Minggu lepas keputusan PMR dah diumumkan, alhamdulillah achik lulus dengan cemerlang. Semua orang pakat('pakat' dalam bahasa kedah bukan beerti sepakat atau berpakat2, taktau aih nak translate, haha) terkejut dengar berita achik dapat 9A. I sendiri yang sms abah pun macam tak percaya bila abah balas sms dengan jawapan ringkas "achik dapat 9a", uish biaq betoi, abah ni buat lawak ka, 5kali jugaklah I ulang baca sms tu, kot2 mata ni silau ka, hahaha... Tak sangka sungguh dalam dok malas baca buku, boleh pulak score, rezeki achik laa tu.
Fuhhh lega sungguh, nasib baik tak janji apa2 dengan dia, so dia taklah menuntut sebarang hadiah, muehehehe...
Lepas ni SPM pulak, moga cemerlang jugaklah hendaknya...

Update tentang pembedahan tulang belakang achik, alhamdulillah dia dah makin pulih. Dah boleh bengkok2kan badan untuk solat dll, dah boleh berlari dan macam2 lagi. Cuma dia masih perlu buat rawatan susulan di hospital dan pakai bengkung besi. Buka sessi persekolahan baru ni nanti dia akan stay di rumah instead of duk asrama sehingga dia betul2 pulih. Taklah lama, sebulan saja kot. Terima kasih buat kalian yang sudi mendoakan dia...

Ni gambar lama, beberapa hari selepas pembedahan...
Gambar ehsan dari kaklong, dah lama dah kaklong bagi, tapi baru nak buh, hihi.

Sunday, December 27, 2009

Foods to avoid while breastfeeding

Dalam entry bulan lepas bertajuk menyusu dan ubat, I ada tulis tentang pengambilan ubat oleh ibu yang sedang menyusu tidak menjejaskan bayi yang disusu kerana kuantiti ubat yang ada dalam susu itu tidak boleh memudaratkan. Tapi I jugak tulis yang I tak tau pasal kebenaran pantang memakan benda2 "berangin" seperti teh tu. Masa dok baca2 artikel breastfeeding, luckily I found the facts, lets share the infos...

Strongly flavored foods may change the taste of our milk and most babies seem to enjoy a variety of breastmilk flavors! Occasionally a baby will be fussy at the breast or gassy after we eat a particular food. If we notice a pattern, avoid that food for a few days and to test whether that food really was the cause, reintroduce it once and see if there's an effect. Mothers report that most babies most often object to chocolate, spices(cinnamon, chili pepper, curry, garlic), citrus fruits and juices(orange, lemon, lime, grapefruit, strawberry, kiwifruit, pineapple), gassy veggies(onion, garlic, cabbage, cauliflower, broccoli, cucumber, pepper) and fruits with laxative effect(cherry, prune).

A daily cup or 2 of coffee is fine, but too much caffeine can interfere with our baby's sleep or make him fussy. Caffeine is also found in teas, sodas and medicines.

If our exclusively breastfed baby has any allergy symptoms(eczema, fussiness, congestion, diarrhea), they may be caused by the foods that we eat. The most common culprits include cows' milk products, soy, wheat, egg, nuts and corn. It's hard to figure out the exact cause but it's usually something we've eaten 2 to 6hours before feeding.

All this while, I never care much about what I eat but now I think I should monitor my foods closely. Rasa macam Raziqh kurang selesa dengan what I've been eaten. As for all my diets, I memang amalkan kesederhanaan, suka macammana sekalipun, I'll ensure that I won't eat too much of the certain foods.

Bercakap soal foods to avoid while breastfeeding ni, pada pendapat I, bukanlah tak boleh makan langsung benda2 tu tapi kita perlu bersederhana, jangan melampau2 hingga menjejaskan "rasa" breastmilk tu apalagi "menyusahkan" baby kita(allergy, kembung perut dll), which at the end menyusahkan diri kita jugak, hehe...

For more details, read here...

Friday, December 25, 2009

Sejuk2 ni...

Selasa hari tu dah buat pau sri kaya dah tapi rasa macam tak puas makan so pagi rabu tu adun lagi pau, kali ni buat satu setengah adunan, dapatlah 15biji - 10biji buat inti kari ayam dan 5biji lagi tu buat inti sri kaya. Rabu lepas public holiday, cadangnya nak bangun lambat sikit sebab malam sebelum tu tidur lewat lepas balik dari makan nabe, tapi hancur musnah angan2ku itu bila si kecik Raziqh ni celik mata takmau tidur balik. Dia kalau dah bangun mulut tu bising laa, kalau Rafiqh dulu boleh biar dia main sorang2 ayah dan mama still boleh lelap, tapi dengan Raziqh ni memang takdak chance lah, dia punya bising tu satgi boleh buat onichan pulak bangun. Samalah halnya kalau si abang tu yang bangun awal. Alih2 angkat dia bawa pi dapur, sediakan sarapan, buat pau, basuh baju, sidai baju bla3, kesimpulannya bangun awal jugaklah mak depa ni. Rafiqh dan ayah sedap tidur sampai 10pagi, aman jugaklah bila si Rafiqh bangun lambat, hihi...

Pau kari ayam...

Pau sri kaya, sengaja diwarnakan hijau supaya tak confuse...

Bila dah sejuk2 ni perut ni cepat sangat lapar. Rasa macam baru ja makan tapi lepas tu lapar balik. Badan memerlukan banyak energy sebab nak bakar lemak untuk menghasilkan haba, ecceh! Sejuk2 ni nak masak pun berchenta, punyalah pemalas, nak2 kalau dah malam, sejuk woo kat dapur. Sekarang ni lepas asar ja sambil2 buat minum petang, siap2 dah masak nasi dan lauk-pauk dinner, biasanya tinggal sayur ja buat malam sebelum dinner, senang sikit masak awal2, time nak makan tu tinggal nak panaskan saja.

Sekarang ni pun kalau buat roti ka pau ka donat ka atau apa2 yang pakai yis ni, hadoi laa jenuh nak tunggu naik kembang 2kali ganda, memang lambat nyet2. Dulu boleh laa buh dalam bilik ada heater, cepat laa naiknya tapi sekarang ni kalau buh dalam bilik alamatnya makan roti/pau/donat penyet laa, habis laa dikerjakan dek Rafiqh ni haa... Kalau roti2 tu boleh jugak nak kembangkan pakai oven, so sekarang ni kaedah tu memang sangat membantu...

Kebelakangan ni asyik kempunan nak makan coklat cadbory. Balik Malaysia hari tu beli 5bar yang besar dah, tapi tinggal 2bar ja lagi ni. Semalam masa pi beli barang dapur dah siap angkut beli coklat sekali, tapi bukan cadbory lah, susah betul nak cari cadbory kat jepun ni, haihhh... Coklat2 kat sini pun sedap2 tapi tetap tak boleh lawan cadbory, last year masa my sis-alang datang sini I pesan dia belikan cadbory 2kotak, kat UK murah2, memang syoklah, both myLove and me gila makan cadbory. Nanti kalau ada junior nak balik Malaysia, nak pesan belikan cadbory lah barang 2-3ketul, hehe. Nak tunggu sendiri yang balik ermmm lambat lagi kot, nak tunggu mak hantar barang dekat2 nak raya laa, uish lambat sangat tu, tak tahannn...

Hari ni x-mas, kalau tak salah budak2 sekolah dah mula cuti rasanya, budak2 Yamaguchi University ni memang confirm dah cuti. Bestnya cuti2 ni, kalau zaman tak ada anak lagi dulu bolehlah join juniors pi main snowboard kat atas2 gunung. MyLove belum start cuti lagi, nextweek baru cuti tapi tak lama pun 5hari ja rasanya. Takdak plan nak ke mana pun, harap2 myLove tak kena out station, nanti boleh laa nak ajak bawa budak2 ni jalan2 dekat2 area sini.

Selamat berhari minggu dan happy holidays buat yang bercuti panjang...

Thursday, December 24, 2009

Anda mempunyai masalah perut buncit???

Ewah tajuk, macam iklan!
Dak aih, ceq bukan nak juai produk kecantikan tau, jamu ka makjun ka ubat2 pun tak!!!

Rasanya laa kan, kat dalam dunia ni takdak sorang pun ibu yang mengandung, tup2 lepas bersalin perut terus kempis. Kot kalau ada pun, segelintir yang tak payah susah2 buat apapun, perut depa terus kembali kempis sepertimana before pregnant, tapi mungkin tak ramai laa kot ibu2 yang bernasib baik sedemikian kan?! Rata2 habis ja pantang, mesti concern dengan perubahan bentuk badan masing2, lepas tu ikut haluan sendiri laa kan, ada yang concern then buat sesuatu, ada jugak yang concern tapi buat tak tahu, hihi...

Lepas bersalinkan Rafiqh dulu, I dok terlantar atas katil tu lebih dari 24jam, due to ubat bius yang hanya hilang selepas 24jam. Lepas dah habis kesan ubat bius tu barulah I boleh bangun berjalan pi toilet nak mandi. Masa tu punya laa terkejut beruk tengok perut sendiri, serius woo sangatlah menakutkan, mengelebeh, buncit macam tengah pregnant 6bulan dan menggerutu, eeeiii huduh sungguh, huhu. Masa tu tak terfikir langsung yang buncit yang amat ketara tu hanyalah sementara, so ada laa terasa sedih sikit. Tapi dari sehari ke sehari, kulit di bahagian perut tu semakin tegang menjadikan kegelebehan tu hilang dan buncit pun berkurang, fuhhh legaaa. Disebabkan bersalin c-sect, I tak boleh laa nak berbengkung dan bertungku di atas perut, mengurut pun bidan tak usik langsung kawasan perut so proses nak kempiskan balik tu memang agak memakan masa. Sebelum bersalin tu I dah siap2 beli bengkung correcter leesa formula tapi lepas dah balik sini hampir 2bulan lepas bersalin tu baru laa pakai, tu pun pakai 2kali ja, then gave up sebab rasa tak best dan susah, hahaha padahal sendiri yang ngokngek tak reti pakai, hish! Sendiri yang mengong tapi ada hati nak kutuk bengkung tu tak best... Bengkung ni ada tali yang panjang berjela, kena lilit2, I tengok kat internet ja cara nak pakai, tu yang blur tak reti tu, huhu. Dah sebab bengkung tak jalan, cuba pulak pakai barut biasa yang corset tu, yang ni pun tak konsisten, ya laa kan, takat dok kat rumah ja, jadi malas nak pakai. Dulu time study rajin laa pakai sebab setiap hari keluar pi kelas...

Pulun2 senaman nak bagi perut kempis, kira ok laa before pregnant-kan Raziqh banyak dah baju2 kebaya boleh pakai balik. Lepas bersalinkan Raziqh, disebabkan berurut, bertunku dan berbarut dengan sempurna, kejap ja perut dah kempis. Memang ketara amatlah, hanya dalam tempoh 2minggu saja I dah dapat kempiskan perut dan kecilkan pinggul dan paha. Bersalin kali ni baru guna bengkung correcter leesa formula tu sebaiknya, bidan tukang urut tu ajarkan cara berbengkung dan kemudiannya mak atau kaklong tolong pakaikan. Tak lama lepas tu kaklong ajar cara nak pakai sendiri sambil berdiri so bila dah pandai pakai sendiri dengan kemas, I pakai sendiri hingga habis tempoh berpantang. Thank you so much my dear sil-kaklong, jasamu dikenang, hehe... Sebelum berbengkung tu kena sapu kapur yang dicampur air perahan limau nipis, menurut orang2 tua 2bahan tu panas so pecahlah lemak2 yang ada kat bahagian yang disapu...

Sebelum bersalin hari tu ada terfikir nak beli bengkung khas untuk ibu yang c-sect, dipanggil bengkung moden yang dah disahkan oleh ahli perubatan bahawa bengkung ni boleh digunapakai oleh ibu2 khususnya bagi yang bersalin secara pembedahan untuk dipakai seawal sejurus selepas bersalin. Masa tu terfikir kot2 kena bedah lagi so untuk pastikan kali ni berbengkung sempurna, nak laa beli bengkung ni. Tapi fikir punya fikir, lepas consider harga dll I buat keputusan untuk tunggu bersalin dululah. Honestly kalau harganya sekitar RM100 ja mungkin I terus ja beli tapi bila tengok the price RM200++ rasa tak berbaloi pulak kot kalau I tak guna pun nanti. Berminat tu memang berminat sebabnya dulu2 sebelum beranak memang I suka pakai corset dan bengkung ni memang style corset ja. Bengkung ala2 corset ni memang sesuai dipakai bila outing, selain berfungsi mengempiskan perut, boleh jugak dijadikan "tube" untuk cover bahagian badan bila nak breastfeed(bf) baby, part ni memang ibu2 yang bf selak2 baju mesti suka, as for me I selalu pilih baju2 berbutang bila outing, tak suka nak selak2, hehehe...

Lepas berpantang hari tu, konon2nya nak sambung berbengkunglah bila dah balik sini, hahaha hagham takpun! Beriya bawa balik bengkung tu, kalau tau tak berbengkung, baik tinggal ja kat rumah mak. Malas dah nak berbengkung tu bukannya sebab perut dah cun habis, hahaha dak2, tolong jangan perasan yer mama2R, sebenarnya dah tak berkeinginan nak berbengkung tu sebab malas nak kontrol jalan duduk dll, lagipun dah boleh pakai baju2, seluar dan skirt pada kadar yang memuaskan hati, rasanya cukuplah kot. Sekarang ni cuma perlukan senaman sikit2 dan jaga itu ini, dah memadai laa rasanya...

Ada sesiapa yang ada petua atau cara lain tak macammana nak kempiskan perut dan kecilkan pinggul dan paha selain dari berbengkung?!

Wednesday, December 23, 2009

Kek keledek

Takdak sapa pun request resepi ni, saja ja nak bubuh sebagai panduan diri sendiri di masa akan datang kot2 nak buat lagi, ihiks...

sebiji keledek kecil - dikupas kulit, direbus dan dilenyek
70 gm butter
60 gm gula
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
100 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar jus lemon
4 sudu besar susu segar

Cara2:
- ayak tepung bersama serbuk penaik dan soda
- panaskan oven 160darjah
- pukul butter bersama gula hingga kembang
- masukkan telur dan esen vanila, pukul lagi
- masukkan ubi, tepung, yogurt, jus lemon dan susu segar, kacau sebati
- masukkan dalam loyang, bakar pada suhu 160darjah selama 20-25minit

Nabe

Semalam ada jemputan makan2 nabe oleh students Malaysia. Nabe ni sejenis japanese food ala2 stimbot laa, memang tradisi Japanese time sejuk2 ni banyak makan food ala2 stimbot, selain nabe ada jugak oden(masak bahan2 macam yong tau fu dalam sup). Dah setahun tak makan nabe, I memang rasa seronok laa bila dijemput. Hari ni public holiday kat Jepun, tu yang semalam boleh join tu...

As usual, takkan nak pergi lenggang-kangkong pulak kan, mesti kena buat something, I memang tak reti laa pi rumah/tempat orang tak bawa apa2, rasa pelik semacam. So pagi semalam buat pau sri kaya untuk minum petang dan breakfast pagi ni, tengahari tu sambil sediakan lunch I buat kek pisang, disebabkan pisang hanya tinggal sebiji saja, buat 1/2 adunan ja laa. Fikir punya fikir, dah taktau nak bawa apa then I decided to bake another 1 cake, belasah ja buat kek keledek, pakai resepi kek pisang tapi adjust a little bit, nasib baik laa menjadi, fuhhhh legaaa... Selain 2kek tu I bawa jugak kimuchi yang jiran bagi hari tu, kalau tinggal kat rumah ni memang membazir ja laa, last2 masuk tong sampah, baik laa bawa bagi depa makan/rasa sama. Habis licin jugak akhirnya...

Buat 10 biji saja, ngam2 untuk minum petang semalam dan breakfast pagi tadi...


Sebelah kiri kek keledek, sebelah kanan kek pisang...

Kami tiba kat sana pukul 7lebih, pungpang2 majlis bermula pukul 8.30 kot. 3round mama ulang makan, hahaha, kenyang! Sedap! Depa pilih untuk buat kimuchi nabe, bahan2nya simple tapi kira bestlah, sesuai dengan citarasa melayu, siap ada sambal kicap+cili api lagi! Berasap2 lidah ni makan, hehe. Ada seafoods(udang, sotong, kaki), ada ayam, ada sayur2, ada tofu, ada wakame(=rumpai laut), macam2 lagilah!

Nabe ready to eat!



Hadoiii, budak Rafiqh ni dah tak takut dengan boys dah, kemain nakal lagi dia. Keluar-masuk bilik, gedegang2 dia main buka-tutup pintu, lari sana sini, saja2 pi lari celah2 orang, hanggau segala mak-nenek barang atas meja, uish geram sungguh! Tak reti duk senyap langsung, ada ja laa kerja dia... tolong memasak di dapur...
tolong punggah buku2...


tolong susun magazines and newspapers...



"peace!"



adik yang masih "behave"...


Aktiviti wajib Raziqh, masuk2 kereta terus tidur, sampai kat meeting room pun still tidur. Bangun main2 kejap then before balik tu dia tidur semula...
Lepas makan2, depa students tu ada meeting perlantikan ahli jawatankuasa persatuan pelajar melayu Yamaguchi University. Lantik2, gelak2, sembang2, gelak2 lagi, gedebak-gedebuk 11 malam baru kami balik. Sampai rumah settle-kan 2R then terus tertidur sama. Pagi ni Rafiqh bangun pukul 10pagi, haa tuh dia penat sangatlah tu, sakan sangat berlari dan melawak, haihhh... Bangun mandi dan breakfast, pukul 11lebih dia tidur balik, pukul 2lebih baru bangun, hebat2, hahaha...

Monday, December 21, 2009

Heart the babywearing !

Even since I'm yet a mommy, never cross my mind to look down or underestimate this babywearing's culture. Though many of us might think that babywearing is the 3rd class countries' life-style. Not, it's absolutely wrong! Oh gosh, I baru tau ada jugak orang yang memperlekehkan babywearing ni rupanya... Masyarakat kita ni banyak sangat disogok drama Indonesia agaknya, hahaha...

Guys, babywearing is actually far from new and has been practised for centuries around the world. However, since about 150years ago, bila dunia mengalami revolusi perindustrian dan ekonomi, ramai ibu2 yang mulai keluar bekerja membantu suami menjana kewangan keluarga, at that time many mothers had lost touch with the traditions of natural parenting in raising their kids, be it breastfeeding, babywearing, cloth-diapering and lots more. Sejak kebelakangan ni, bila kita dipanggil untuk turn back to nature, kita mulai sedar betapa banyaknya manfaat dan kebaikan dari perihal natural parenting. Sebab tu lah kita tengok sekarang ni ibu2 kat negara2 maju seperti Jepun, Amerika etc berlumba2 untuk kembali membesarkan anak2 dengan cara purbakala yang dimodenkan, bukankah itu sangat menarik, no?!

Ada berpuluh2(or maybe beratus2) jenis babywearing gears kat pasaran, sampai boleh naik julinglah kalau nak khatam semuanya. Ada ring sling, ada pouch sling, ada wrap, ada mei-tai, ada backpack carrier, ada ergo carrier, ada water carrier, ada organic carrier, huish banyahlah lagi! It's really depending on our own self to choose which one suits us most, tak boleh nak compare banding2 dengan orang lain, as for each person ada citarasa tersendiri kan. And it's not all about how much will it cost, belum tentu harga mahai tu yang terbaik kan, tapi yang paling utama ialah 'keserasian' dan 'keselesaan' the carrier for both mommy and baby...

Ok, for those yang bertanya tak sakit ker bahu tu galas baby berat2, kalau soalan tu diajukan pada I, the answer is YES, sakit. Hal ni sebenarnya kita kena tengok saiz baby tu, kalau dia kecik cinonet saja, contoh macam newborn memanglah tak terasa pun masa dukung kan, then bila baby dah makin besar, tengok pulak saiz ibu tu 'berkadaran terus' ka tak dengan bayinya, haha. Kalau nak fikir2, dukung without wearing the baby tu lagi laa seksa, lenguh woo tangan. Tak caya? Try laa, hihi... Oh ya, babywearing is also a best solution for mommies who has a problem to put their baby in the stroller, as for me Rafiqh dulu tak kesah pun either duk dalam stroller or being carried but I prefered babywearing him. And now, I love to babywearing Raziqh...

Tak kesah lah kan kalau tak berminat nak babywearing pun, bukannya jatuh hukum wajib pun, tapi toksah laa cakap babywearing ni takdak class, hadoiii...

Okey, enough about babywearing...
Petang semalam kami bawa the kids keluar jalan2. Singgah beberapa tempat, beli barang sikit2. Sejuk2 ni bukannya boleh buat out-door activities sangat pun, have to consider our 2R is still budak kecik so kena laa extra careful taknak depa jatuh sakit, even selsema!


Ni gambar semalam...
If you're wearing a jacket/coat, please put the sling 1st before the outer, barulah selesa...


Belum tidur...


Dah terlena...


Sebab semalam sejuk, I covered him with the sling, then baringkan dia terus. Alah, lupa pulak nak snap gambar Raziqh tidur baring, maybe next time...

My handsome sweethearts, like father like son...

Sunday, December 20, 2009

Kek pisang

Resepi ni di-request my friend-Ecah.

Diambil dari myResepi, ehsan dari Yani, klik sini untuk resepi asal...

Bawah ni resepi yang I dah olah, yang dalam () tu ikut resepi Yani... Oh ya, ni sukatan untuk setengah adunan saja.

1 1/2 biji pisang - dilenyek (1 biji)
70 gm butter
50 gm gula (60 gm)
1 biji telur - diasing putih dan kuning
1 sudu kecil esen pisang (1/2 sudu kecil esen vanila)
2 sudu besar plain yogurt (1 sudu besar fresh cream)
1/2 sudu besar jus lemon
100 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder

Cara2:
- ayak tepung bersama soda dan baking powder
- pukul telur putih hingga kembang
- dalam bekas lain, pukul butter dan gula hingga kembang
- masukkan putih telur tadi
- masukkan tepung, pisang, esen, jus lemon, yogurt dan kuning telur, kacau sebati
- bakar suhu 160 darjah 15-25minit

Versi mama2R ni kurang manis, sesuai untuk kanak2, hehe... Selamat mencuba!

Boria

Semalam myLove kerja, pagi tu rasa malas sungguh nak bangun buat breakfast dan bento(=bekal lunch), hehehe. Sejuk2 ni memang sinonim dengan "malas", semua benda jadi malas, rasa macam nak berhibernasi ja, duk diam2 menternak lemak, haha. Tapi tetaplah tak boleh kan, mesti kena jalankan jugak tanggungjawab tu. Buat breakfast dan bento adalah tugas yang I tak pernah skip sepanjang hampir 5tahun bergelar isteri ni. Biarpun tengah mabuk teruk dek morning sickness sekalipun, tetap jugak paksa diri bangun masak, walaupun menu-nya simple2 saja. Selesai sediakan breakfast dan pack-kan bento, sementara 2R masih lena diulit mimpi, I adun kek pisang. Cadangnya nak buat kek tu petang jumaat sebab Rafiqh suka sangat breakfast kek, saikin(=lately) dah tak berapa layan roti, cemuih dah agaknya, tapi kalau kek laju ja dia makan, tapi jumaat tu sejuk amat sampai malas nak pijak dapur. Bila kek dah siap bakar, jenguk bilik tengok 2R masih tidur lagi, rasa macam nakkk ja join depa tidur tapi bila tengok baju bertimbun belum lipat, kena settle-kan dulu. Pi mai pi mai buat itu ini, sedar2 ja Rafiqh dah bangun, ces melepas hasrat nak cover tidur...
Kek pisang ni pakai resepi yang sama dengan yang sebelum2 ni. Memang suka sangat resepi ni, the best ever banana cake for me... Bila kek siap bakar, putar whip cream yang ada sikit lagi dalam fridge tu, baki buat muffin hari tu. Siap decorate terus potong dan suapkan Rafiqh makan. Rafiqh sebut "ke-ki dap"(=kek sedap) atau "oichi"(oishii =sedap)... Tengahari tu tak masak lunch pun, makan kek ni ja, haha, mak depa pemalaih! Petang tu buat begedil untuk minum petang dan soto ayam untuk dinner...


Gambar2 bawah ni diambil hari khamis lepas... Biasanya siang2 2R ni pakai baju lengan pendek ja tapi dah beberapa hari ni asyik hujan/snowing, sejuk2 ni bagi depa pakai overall siang malam, tapi tetap sehelai ja laa. Orang selalu "tegur" I bagi depa pakai gitu ja depa tak sejuk ka, hmmm entah laa, depa duk ruang tamu yang almost 24hours on heater yang walaupun di-set paling low suhunya, tapi kadang2 depa sampai berpeluh2, sebab tu I bagi pakai selapis tu saja. Cuma malam before tidur Raziqh akan pakai 2lapis baju, dia tak suka pakai sleeping blanket. Dulu dia langsung tak pakai socks, sejak dalam pantang lagi gitu sebab si Rafiqh ni terlebih rajin suka betul tanggalkan mitton/socks adik, penat marah dan larang dah tapi dia tetap laa pantang tengok adik pakai socks, gatai sungguh nak buka, tapi sejak beberapa hari ni bila dia gaya nak buka ja I akan tegah dan cakap "adik no ashi samuiii yo! kawaisouuu ne?!"(=kaki adik sejuklah! kesian kan?!), dia dah tak tanggalkan dah, baru laa adik ni merasa ber-stokin dalam rumah, hihi...
I suka sangat tengok 2R ni pakai baju sama, boria gitu! Raziqh kecik lagi, agak susahlah nak cari baju yang sama, sorang beli kat baby department sorang lagi kat kid department, memanglah susah kan, nak kena tunggu adik besar sikit baru boleh beli semuanya sama, boria2 hiiii best!
Kebetulan pulak cds pun sama warna...