Monday, November 30, 2009
Random bla bla bla
Raya korban jumaat lepas kami tak ke mana pun. I masak nasi empit dan kuah kacang ayam untuk minum petang dan malamnya kami dinner chicken chop, ecewah berlagak macam mat saleh la pulak kan raya2 makan chicken chop, ihiks. Gambar dan resepi nanti I buh dalam entry akan datang ok, malas nak masukkan pictures dalam kom ni lagi...
Sabtu pun myLove kerja jugak, jadinya I dan anak2 cuma melepak kat rumah je. Disebabkan malamnya tu ada jamuan raya anjuran students Malaysia, siangnya tu I masak sikit2 untuk dibawa ke majlis tu. Mungkin depa ni decided mengejut kot pasal jamuan ni, lewat petang raya tu baru habaq kata nak buat jamuan, memang tak sempat dah laa nak prepare masakan best2 sikit kan, so masak dari bahan yang sedia ada dalam rumah ni je laa... I bawa nasi empit dan kuah kacang ayam(lagi? hehe) tapi of course laa yang baru dimasak kan, masakan hari jumaat tu licin dah! Then I made banana choco muffin as desert. Malamnya lepas myLove balik kerja, kami ke meeting room international house lebih kurang pukul 7malam, makan2 dan sembang2, punya laa sakan beraya, sampai lewat jugak laa kami balik rumah. Selain dari Malaysian yang sedia dok sini, ada jugak depa ni jemput orang Indonesia dan Malaysian yang datang kursus kat sini. Orang yang datang kursus ni ada kot dalam 16orang, depa mai Jepun sekejap je(tak ingat dah berapa hari) dan depa dok kat Ube international hotel, students sini pi ambil depa kat hotel dan lepas habis majlis pi hantar balik, meriah laa majlis jamuan kali ni.
Semalam kami tak ke mana pun, malas nak keluar.
Tu je laa nak cerita. Satgi kalau rajin I taip lagi entry...
Saturday, November 28, 2009
Habis dah...
Drama Nur Kasih lah! huhu *sobsobsob*
hahaha mengong!
Kalau ada 10bintang, I akan bagi straight 10bintang kat drama ni, marvelous!!!
Walaupun I ni bukanlah sesiapa yang layak beri komen or even secebis pandangan pun tentang hal ehwal seni ni, tapi sebagai penonton I rasa tak salah kan untuk "menilai"?! Drama ni antara drama terbaik yang I pernah tengok - hasil garapan jalan cerita yang menarik, plot yang tersusun cantik, not to forget the scene of panorama kampung yang indah permai, pelakon2 yang mantap, watak2 yang lojik, karektor sikap dan sifat manusia yang lumrah dan mengikut fitrah, starting yang bagus dengan ending yang sangat baik, everything seems perfect!
Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita ni kan? Oh sebenarnya banyak je drama2 kat Malaysia yang penuh pengajaran, cumanya hanya bagi orang yang "berfikir" dan "menilai" saja yang akan menyuluh peribadi sendiri, kan? Moga kita menjadi orang yang tak buta mata hatinya... I paling tersentuh pada part akhir drama ni yang mana bagi sapa2 yang ikuti drama ni since 1st episode mesti tengok kaki si Adam tu tersangkut pada tanah masa dia dan Aidil berjalan ke arah ayah depa tu kan, kat part akhir tu dia berjaya menarik kakinya keluar dari tanah melepasi halangan untuk menuju ke "syurga", syahdunya...
Owh Tuhan, moga aku dan anak2ku tak tergolong dari kalangan yang kakinya dirantai dosa2 hingga tak membutuhkan kami memijak indahnya firdausiMu...
Apapun, jutaan tahniah buat krew drama ni, memang superb! Tabik spring lah!!!
Friday, November 27, 2009
A present for mama !
Nostalgia hari raya eidil adha...
Selama kahwin ni, rasanya ni laa 1st time raya yang myLove kerja. Selalunya myLove memang akan ambil cuti untuk beraya, even kat sini hari2 raya macam ni bukannya ada apa sangat pun, tapi tetap kami cuba raikan, at least kami mesti join solat raya then balik lepak2 kat rumah. Sekarang ni myLove tengah busy dengan projeknya so tak kesah laa kan tak cuti pun... Pagi tadi before myLove pi kerja, kami dah siap2 "beraya"(=minta ampun maaf) dah, 2R ni tak bangun tidoq lagi, elok depa bangun ja, mak depa serbu "onichan, adik, hari ni kita raya tau, selamat hari raya! Jom2 onichan kita mandi sunat hari raya", mesti 2R ni blur tengok mak depa, hahaha.
Biasanya raya haji/korban ni sambutannya biasa2 ja kan? Tak laa sehebat nak sambut raya puasa, ala2 suam2 kuku ja pun. Seingat I laa kan, selama dok merantau dan beraya kat banyak negeri dah kan, kot kalau nak rasa meriahnya havoc-nya raya haji ni kena laa pi raya kat Kelantan atau Terengganu, haa memang syok!
Kecik2 dulu setiap kali raya haji wajib laa balik kampung, siap boleh ponteng2 sekolah lagi hahaha. Mula2 balik Merbok, kampung belah abah. Abah cuma 3beradik ja, jadinya kat sana kami tak ramai sepupu, tapi kalau campoq dua-pupu kupu2 jadi ramai laa geng yang segagan(=sebaya). Kat kampung abah ni, raya haji pun kami dan sepupu2 balun jugak pi minta duit raya kat rumah orang, masuk ceruk2 kampung pi beraya, walaupun maktok, mak2 menakan dan mak dok ulang kata "ish hangpa ni laa, ghaya haji oghang tak bagi duit ghaya laa", ada kami kesah? hahaha... Tengahari raya kami balik Aloq Setaq pulak, mak ada 11beradik, perghhh memang gamat laa, sepupu-sepapat saja dah dekat 50 orang. Time2 raya macam ni ja laa nak dapat jumpa saudara-mara pun, nak dapat kumpul ramai2, memang seronok habis laa... Bestnya zaman kecik2 dulu kan...
Tapi bila dah makin besaq, kami dah jarang dah balik raya haji kat kampung. Selain sebab cuti sehari/2hari ja(tak boleh suka2 hati ponteng sekolah dah), dok pulak jauh dari Kedah, ermmm memang tahap melangut kat rumah ja laa tiap2 kali raya, tak best langsung! Abah pulak jenis yang tak suka pi beraya rumah orang, alahaiii memang sadis laa. Abah memang gitu dah, bukan sombong ka hapa ka, dah perangai sejak azali tak suka bertandang ke rumah orang, nak buat macammana kan. Kalau raya puasa pun abah jarang amat sangat nak bawa kami pi beraya atau open house, dah tu orang pun tak mai rumah kami jugak. Dok laa raya sama2 kami ni ja, hang tengok muka aku, aku tengok muka hang, hish apa kes?! hahaha...
Harapnya myLove nanti tak laa macam abah, bukan apa, kasihan anak2 kan, nanti saudara sendiri pun depa tak kenai. Paling tak pun, kena laa ada budaya ziarah-menziarahi, betul tak?! Nasib baik laa kami adik-beradik ni tak turun perangai abah, kami memang muka tak malu, suka pi rumah orang, hahaha...
Dulu masa belum ada anak, kami(read:myLove & I) selalu laa jugak buat makan2 kat rumah, setiap kali raya buat open house tapi sejak ada Rafiqh, dah tak menang tangan dah nak masak banyak2. Nak2 students Malaysia kat sini dah makin ramai dah la ni, lagi laa tak daya. I suka sangat majlis2 tak kira laa kenduri-kendara ka, gathering ka, asalkan ada orang ramai haa memang teruja nak join, suka bermasyarakat, best kan ada ramai kenalan. Nanti insyaAllah bila dah balik Malaysia nanti, nak laa anjurkan makan2 selalu, especially untuk kumpulkan balik semua Yamadaians(students Yamaguchi University), huish boleh dak bayangkan berapa ramai Yamadians yang kami kenal? As for myLove yang mai Jepun since 1998, dia kenai up to 5generasi senpai(=seniors) dan 10generasi kohai(=juniors), ramai2! Kami memang selalu cuba contact dengan senpai kohai ni, harapnya nanti boleh buat komuniti Yamadai laa yer... Eh ni apahal menyimpang cerita pulak ni...
Oklah kawan2, selamat hari raya, maaf zahir dan batin...
Thursday, November 26, 2009
Projek biskut raya haji
Start buat biskut ni hari selasa lepas, buat 2jenis iaitu oat choco chips dan shortbread. Oat choco chips tu resepi rekaan sendiri, pakai resepi choco chips cookies yang selalu dok buat tu tapi tukar badam dengan oat, then olah sikit2, hasilnya sedap! Walaupun tak serangup resepi pakai badam tapi rasanya still sedap, ada kelainan sikit...
Shortbread pulak guna resepi dari mamafami, I olah sikit sebab masa bancuh tu taktau kenapa doh tu agak lembik, susah betul nak terap so I tambah tepung lagi, kalau nak tengok cara2 nak buat tu, sila ke web mamafami ok -> http://mamafami.fotopages.com/?entry=1050588
Masa dok tambah2 tepung tu risau jugak takut jadi keras, nasib baik elok je lepas bakar, gebu dan sedap, lemak2 manis macam biskut susu rasanya. Next time nak try cari resepi biskut ni dari orang lain pulak. Rafiqh suka betul, sekali hadap tu boleh makan lebih 10keping.
Sepatutnya semalam nak buat 2jenis lagi tapi malang sungguh laa, resepi2 yang dah lama I bookmark dari myResepi tu tak dapat nak tengok, taktau apasal 2-3hari ni web myR asyik server error je, so tak dapat nak salin resepi2 tu, huhu. Nak buat hari ni tak boleh dah, sebab kat jadual dah plan hari ni kena buat karipap. Eh kena laa ikut jadual kan, bukan boleh main tibai ja nak buat apa, nak2 dah ada 2R ni, kalau sibuk masak je kasihan kat depa, last2 nanti tunggang-terbalik semua benda... Kesimpulannya, campur choco chips hari tu buat, biskut raya haji ni ada 3jenis ja laa... Takpa laa kan, jadi laa dari langsung takdak, yer dak?! Eh tapi shortbread tu habis licin dah semalam Rafiqh dan mama bedal, hahaha...
Tag oleh Nas
Meh laa nak jawab tag my junior-Nas
1.Bekas kekasih saya adalah :
arrr nak tau pasai yang mana satu? ada ramai sangat, kahkahkah
(gila laa, nasib baik myLove tak baca blog ni, hehe)
2.Saya sedang mendengar :
lagu2 dari rancangan kanak2 NHK kat tv diselangi bunyi hilai tawa gurauan 2R, hiii indahnya dunia!
3. Mungkin saya patut :
lebih rajin dan banyak membaca bahan2 ilmiah, asyik hadap blog ja, kematu dah isi otak ni...
4. Saya suka:
Shopping, blog-hopping, cooking, pi jalan2/travel, party, suka jumpa kawan2 dan suka kalau dapat balik rumah abah mak...
5.Sahabat-sahabat baik saya:
IMFEEN... eh ramai laa lagi, tak cukup ruang nak senarai ni...
6.Saya tak faham :
sikap LELAKI, hahaha... ada 3lelaki dalam rumah ni yang perlu difahami...
7.Saya kehilangan :
pasport lama saya dan alien card Rafiqh kat KLIA masa balik Malaysia hari tu... Tensyen sungguh masa tu, tapi nasib baik laa pasport lama...
8.Ramai yang berkata :
muka Raziqh macam jepun, sampai saya terfikir mungkinkah tertukar baby masa kat hospital dulu??? erkkk, dah laa masa bersalin tu wad penuh cina, eiiii nauzubillah...
9.Makna nama saya :
Siti - taktau makna apa, ada orang kata tu singkatan saiyidatina yang bermaksud "2puan"
Fithriah - semulajadi
10.Cinta itu adalah :
rasa kasih dan sayang tanpa syarat...
11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
sibuk tambat lembu kambing kerbau sebab esok nak raya korban...
12.Saya akan cuba :
jadi hamba yang taat, anak yang patuh, isteri yang solehah, ibu yang penyabar dan seorang insan yang baik...
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
kekal abadi...
14.Telefon bimbit saya :
15.Bila saya terjaga dari tidur :
Saya lihat wajah chumel my babies dan wajah myLove, oh terasa bahagia punya insan2 tersayang di sisi...16.Saya paling meluat apabila :
orang berlagak pandai padahal tak laa pandai mana pun...
17.Pesta/Parti adalah :
makanan penuh meja, pakaian cantik2, riang wajah dan meriah suara tetamu, eiii bestnya... I love party!
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
hamster belaan my sister and brothers, tapi yucks geli nak pegang! Takat tengok ok laa...
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
entah, rasa maccam syok ja setiap masa! Masa kanak2 syok cara kanak2, masa remaja syok cara remaja, la ni pun syok jugak!
20.Hari ini :
nak masak nasi ayam dan buat karipap. Petang nanti nak keluar shopping groceries...
21.Malam ini saya akan :
malam ni kan malam jumaat, biasa laa kan, buat apa lagi kan, hehehe... Baca yasin laa!
22.Esok pula saya akan :
esok raya tapi kami biasa2 ja, ulang rutin yang sama...
23.Saya betul-betul inginkan :
rumah "banglo" yang luas, boleh 2R lari2 main2 sesuka hati...
24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tak nampak apa sangat pun, dah bilik pun gelap lagi, sikat2 rambut ala kadar then masuk dapur masak!
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
ish mesti laa shopping complex kan, apa kes nak pi arked2 ni, pi shopping laa best... shopping kan terapi minda walaupun cuma pi beli barang kat 100yen shop! LOL
26.Makanan Barat atau Jepun:
Jepun laa, shedap!
27.Bilik yang terang atau gelap :
terang! rimas aih gelap2...
28.Makanan segera adalah :
apa2 yang boleh telan la la tu jugak...
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"habiskan susu, tidur!" - cakap kat Rafiqh
30.Siapa yang anda mahu tag???
Sesiapa ja yang takdak idea nak update blog, haa mai jawab tag ni mai...
Tuesday, November 24, 2009
ごほうび
(kalau ada sapa2 tau, bagitau ek, yoroshiku ne, arigatou!)
Bagaimana anda hargai niat atau perbuatan baik anak2 anda? Gohoubi?
Ada orang cakap tak baik memberi upah kepada anak2, tak wajar bagi ganjaran kepada anak2, kerana ia adalah bibit2 rasuah, kerana ia mengajar anak2 tidak mengenal ikhlas, ohhh... Tak apa laa, masing2 ada pandangan dan cara tersendiri, tak kesah laa tu kan. I pun bukan nak berbahas pros and cons benda ni cuma nak cerita sikit based on my own story...
Gohoubi ni sangat common dalam hidup kita, sejak kecik2 lagi dah terbiasa dengan benda ni. Macam I ni kecik2 dulu kalau dapat puasa penuh abah akan bagi duit raya sekian2, kalau results exam bagus akan dapat hadiah sekian2, dan begitu laa selanjutnya... Secara kasarnya memang nampak keburukannya kan, tapi secara tak langsung perbuatan ni pun ada impak positifnya jugak... Terpulang laa pada hemah ibubapa macammana nak create perkara ni ke arah yang baik...
I nak cerita pasal Rafiqh... Sejak sebulan dua ni, I nampak Rafiqh dah mula faham konsep "bila buat baik/behave, he will get something in return". Sebenarnya I nak mulakan sistem mark/star kat dia, make a daily chart for him which is everytime he did a good thing, I akan bagi 1 star untuknya dan lekat kat daily chart tu, at the end of the day, we will count how many stars did he get for that day, then give him mark! Hal ni untuk latih dia supaya konsisten buat benda baik, disamping tu sebagai tanda penghargaan untuk puji sikap positif dia. Unfortunately, belum pun sempat prektis benda ni, he has discovered something that similar with it...
Alkisahnya pakcik kecikku ini dulu2 sangat baik bila nak berus gigi, dia tak kesah kalau I tolong beruskan untuknya. Tapi sejak balik malaysia, tak tau laa apasal entah dia mula "liat" setiap kali ajak berus gigi. Jenuh berperang laa jugak nak pujuk berus gigi sehari sekali tu, disebabkan I pun tak banyak masa dan tak cukup sabar nak layan kerenah dia, selalu jugaklah dia skip berus gigi. Bila balik sini I cuba macam2 cara nak ajak dia kembali suka berus gigi...
I pernah berus gigi dia masa dia tengok tv rancangan kanak2 yang dia suka tu. Setiap hari ada slot "berus gigi" kat rancangan tu dimana budak2 kecik akan berus gigi diorang then bagi mak/ayah diorang pulak selesaikan kerja memberus tu, so time tu I akan puji2 budak2 tu rajin berus gigi dan puji jugak sebab diorang bagi parents diorang beruskan. Slowly Rafiqh dah boleh buka mulut bagi I yang beruskan. Tapi jenuh laa pulak, kadang2 tu tengah2 dok masak terpaksa berlari2 ambil berus gigi bila dengar lagu slot tu, haha. Lama2 I try ubah strategi lain iaitu "mari memberus gigi bersama2", mama berus gigi mama dan Rafiqh berus gigi Rafiqh then tukar pulak, mama berus gigi Rafiqh, Rafiqh berus gigi mama, hahaha, tektik ni pun berhasil tapi mamanya pulak penat sebab nak melayan berus gigi ni je makan masa 10minit++. Satu hari tu tengah2 mandikan Rafiqh I tercakap "kalau onichan berus gigi, sat lagi mama bagi air botol"(air botol tu ialah air ala2 vitagen/yakult yang dalam botol kecik2 tu, haa dia memang suka sangat), terus dia capai berus dan berus sendiri, bila I minta nak berus pun dia rela hati bagi, perghhh senang sungguh. Sejak hari tu setiap hari dah senang bab nak memberus gigi dia, in fact sekarang ni setiap kali masuk toilet dia akan ambil dan bagi berus gigi dia untuk I beruskan.
I gunakan tektik ni bukan takat berus gigi tu je tapi untuk perkara2 lain jugak, contoh macam kalau nak umpan dia habiskan nasi ka hapa ka, semua I bagi sesuatu yang dia suka tapi jarang boleh dapat, contohnya coklat, haaa memang berhasil laa...
Secara peribadi, I anggap gohoubi ni bagus laa, selain dari mempermudahkan kerja untuk menerapkan benda2 baik kat dia, I jugak dapat sekat dia demands favourite foods(read: junkfoods) dia. Dia pun dah mula faham yang chocolate dll tu tak boleh makan selalu, unless dah buat benda baik baru boleh minta. So selalunya lepas habis makan nasi, dia akan pi kat tempat simpan chocolate dll tu dan tunjuk, myLove/I akan bagi satu atau 2 je, bila dah dapat dia akan berlalu dengan muka puas hati, takdak laa nak ngamuk2 nak lagi ka kan.
Maybe lepas ni I dah boleh proceed dengan sistem star tu pulak. Slowly alih perhatiannya dari ganjaran berbentuk material, kan?! Dan dia jugak perlu difahamkan tentang sistem pahala suatu hari nanti...
Satsumaimo
Monday, November 23, 2009
Black pepper steak
Potato wedges pulak buang kulit ubi kentang dan potong macam epal tu, rebus setengah masak dalam air yang diletak sikit garam. Toskan dan biar sejuk, kemudian gaul dengan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, sedikit garam dan lada sulah. Kalau ikut resepi asal boleh jer terus goreng tapi I bancuh tepung ayam kentucky untuk salut sekali lagi sebelum goreng.
Untuk kuahnya tu lepas daging siap dimasak dan diangkat, berbakikan air daging tu I letak butter sikit, buh sos cili, sos tomato, sos bbq, black pepper powder, air, gula dan garam. Settle!
Saturday, November 21, 2009
Durian
Masa pregnant-kan 2R ni, dua2 kali tu laa mengidam nak makan durian, sementara nak tunggu balik Malaysia tu, tunaikan laa rasa ngidam tu dengan buat kuah lempuk durian, makan dengan roti dll. Masa balik Malaysia nak bersalin Rafiqh, melilau jugak laa cari tapi tak jumpa2 hingga laa sehari sebelum masuk wad tu baru nampak orang juai durian, buah baru nak masuk musim time tu, punya laa mahai, tapi mak belikan jugak, kesian kat anak dia punya pasai, kot2 laa mati masa pembedahan, kempunan laa hahaha, alhamdulillah... Tapi sebulan lepas melahirkan, dok dalam pantang tu boleh laa pulun makan durian. Aah durian boleh makan sebab panas, tapi kena limit laa kalau menyusu badan, takut baby panas pulak kan. Masa Raziqh pulak, memang kebetulan balik tu betul2 tengah musim buah, puas laa makan durian, tiap2 hari hadap makan sampai last2 sendiri yang surrender, hahaha.
Kalau nak makan banyak2, I suka letak durian tu dalam peti ais, bagi sejuk2 tu baru makan, perghhh nikmat! Sekali hadap boleh habis 2biji hohoho... Selain makan macam tu I suka jugak kalau mak buat pulut durian, masak pulut, masa nak makan tu baru letak kuah santan banyak2, letak gula, buh durian, gaul2 then makan, ish sedap! Setengah orang makan dengan pulut yang dah digaul siap2 dengan santan, yang tu pun ok jugak.
Selalunya bila musim buah terlalu banyak, buah yang elok2 ja kami makan, yang keras ka lembik sangat ka kurang manis ka kurang lemak ka, yang tu semua mak akan buat lempuk durian. Huish dulu2 kalau mak kata nak buat lempuk sure rasa hadoi malasnya sebab nanti nak kena kacau atas kuali besar. "Cemuih" woo nak kena kacau lama2 berjam2, dah laa panas, dah tu terpercik2 lagi, hahaha nampak sangat "baloq liat"(=pemalas)... Tapi la ni dah canggih dah, mak buat lempuk pakai oven, kacau setiap 30minit gitu ja, tapi jenuh lama laa masuk-keluar-masuk-keluar berpuluh kali. Bila dah siap jadi lempuk mak akan pack kecik2 simpan dalam fridge, tahan bertahun! Nanti mak "bedak"(=agih2, bacaan:BE ialah bedah punya be, ada paham?) kat anak2 atau bagi orang. Balik baru2 ni mak bagi 6packs, cukup kot stok 1-2tahun, I je pun yang dok makan, myLove tak suka...
Biasanya lempuk ni I buat kuah untuk cicah dengan roti jala, tak pun makan dengan roti biasa je. Tapi semalam buat bubur kacang then potong2 lempuk masak sekali, jadi laa bubur kacang lempuk durian... Ni laa rupanya bubur itu. Sedap!
Friday, November 20, 2009
Testing testing!
Blog ni ada gangguan sikit, harap maaf!
Padan muka, gatai sangat tangan dok godek2, haa hambik hang, huhu...
Nanti bila dah ok, I post entry baru hokey...
Selamat berhari minggu kawan2!
Thursday, November 19, 2009
Entry kami...
Tuesday, November 17, 2009
Choc chips cookies(lagi?)
Raisin bun(for Rafiqh) and tuna bun...
Monday, November 16, 2009
Oh Rafiqh! Oh Raziqh!!!
Masa awal2 Raziqh lahir dulu, bila Rafiqh suka lepuk adiknya, mak bising2 marah somehow mak salahkan I sebab beri perhatian pada Rafiqh, mak ingatkan Rafiqh jeles dengan Raziqh tapi rasanya tu bukan jeles, tu tanda dia alert dengan kehadiran adik dan maybe tu cara dia nak main. Mak dulu bersalinkan I masa abanglong baru 1tahun 4bulan dan kemudiannya lahirkan alang masa I 1tahun 7bulan(sama macam jarak usia Rafiqh-Raziqh) tapi mak kata aksi2 tu semua tak ada, kami tak babap pun adik2 kami. Masa tu memang I rasa tertekan dan gundah-gulana memikirkan hal 2beradik ni, tapi lama2 bila I berkongsi rasa kat sini, barulah I tau yang sebenarnya semua ni perkara biasa. Depends on budak2 tu laa kan, ada yang jenis lemah-lembut so dia tak laa babap/gurau kasar dengan adiknya, macam Rafiqh yang sejak azali lagi memang dah lasak, mesti laa dia gurau pun kasar jugak, haihhh... So sekarang I dah tak ambil hal sangat, cuma kena perhatikan betul2, berhati2 dan tak boleh ralit bila Rafiqh dekati adiknya. I memang tak pernah dan tak akan tinggalkan depa berdua je, kalau Raziqh tidur, mesti buh dalam bilik then kunci atau buh dalam cot. Kalau Raziqh jaga pulak, I akan bawa dia ke mana je I pergi, otherwise buh dalam cot jugak. In fact, kalau nak tinggalkan Raziqh pada ayahnya pun, I wajib pesan "tolong tengokkan Raziqh ek", sebab risau myLove tak perasan... Haa sampai gitu sekali laa...
Memang betul pun apa yang kak Oja kata dalam comment-box entry "Melawak" tu, bila adik besar slowly aksi2 tu akan hilang jugak, tapi bertukar ke bentuk lain laa, hahaha. Bila I perhatikan dan fikir2 memang sangat tepat kata2 tu, sebabnya first few days Raziqh lahir dulu Rafiqh lebih cenderung untuk sentuh si adik je, mungkin masa tu dia rasa "wahhh bestnya toy baru ni, boleh gerak2". Malangnya ramai yang halang dia dekati adiknya, so bila ada je peluang dia akan sentuh dengan cepat plus rasa geram maka terhasil laa "babap", agaknya laa kan, hehe. Bila adik dah besar sikit, sejak balik sini dia tak lepuk dah adiknya, tapi berubah kepada acara picit2 pulak, aah picit pipi adik dan kiss adik lama2 sampai adik rimas, dia jugak suka naik atas adik. Selain tu dia suka jugak pakaikan adik topi laa stokin laa hapa laa, padahal si adik tak suka, apa tak nya, topi yang dia bagi tu mangkuk/pinggan, stokin tu apa2 toys berlubang kecik semua nak sumbat masuk tangan kaki adik, haiyooo... Tu tak masuk bab suap makan lagi tu, bab paksa adik pegang toys padahal adik tak reti pegang lagi, bab sorong adik dok dalam bouncer ke sana sini, hish macam2 laa.
Memang betul... kita tak sepatutnya halang semua yang dia nak buat kat adik dia, nanti dia pun stress jugak kan. Apa yang kita boleh buat ialah pantau je dari dekat. Bagi peluang depa main bila adik dalam good mood(gets enough sleep and enough milk), kalau adik moody I tak bagi sebab kasihan kat adik. Selalunya I bagi je dia gomol si adik, adik akan gelak2, nampak macam kasar tapi adik suka, so tak kesah laa. Sambil2 tu I kena laa ajar the right ways to melawak dengan adik, do like this, do like that, hihi...
Sebolehnya I cuba elak pukul dia bila dia buat adik nangis, kena pertimbangkan dulu samada dia sengaja atau tak sakiti adik tu, kalau dia sengaja I akan marah/denda dia, kalau tak sengaja tu I bagi nasihat sikit(sikit je, tak boleh banyak2 satgi jadi berleter pulak, lagipun belum tentu Rafiqh faham apa yang I dok bebel2, buat habis air liur ja, huh!). Bab "check" dulu ni penting, cause I hate when someone tuduh melulu apa I buat so I taknak buat yang sama kat my kids pulak, it's not fair! Tak baik woo aniaya budak2, hek. Lagipun kalau kita terus pukul dia nanti dia confuse, apasal kita boleh pukul dia tapi dia tak boleh pukul adik. Ni pun I belajar dari kesilapan I dulu, awal2 balik Malaysia tu dia excited sangat dapat kawan ie. sepupu2nya. Masa dok main dengan budak2 kat sini dia tak pernah buli/cubit tapi balik Malaysia tu dia asyik laa cubit2 geram kat Syafiy dan Sidqiy, silapnya I cubit dia balik so dia tak dapat "gambaran" perbuatan dia tu salah, jenuh laa pening nak hadap perangai dia saban hari. So sekarang I tak nak ulang kesilapan lama tu, serik woo, kali ni I kena extra careful nak handle perlakuan dia pada adik/orang lain.
Haaa lagi satu... I kan selalu tulis yang 'sekarang ni boleh laa Rafiqh buli adik, sikit hari lagi habis ler Rafiqh', ok2 jangan salah faham pulak ek. Bukan bermaksud nak tengok depa ni bergaduh ka hapa ka, cuma kadang2 tu rasa tak sabar pulak nak tengok depa ni bermain berdua, nak tengok macammana reaksi Raziqh kena lepuk dengan onichan dan reaksi onichan pulak dilepuk. Nanti Rafiqh dah tak boleh suka2 hati nak buli adik dah, tu jer laa... 2-3hari lepas I chat dengan achik, dia cerita yang anak2 abanglong-Syafiy dan Sidqiy kalau gaduh mama depa suruh salam minta maaf and kiss each other, so sweet kan, achik kata nanti I kena laa suruh my kids pun buat gitu. Then I kata kat dia, "depa 2 ni kalau gaduh, angah luku ja kepala depa", hahaha... Eh dak aih...
Sekian... Penat dah meraban...
Sunday, November 15, 2009
Masakan minggu ini...
Biskut lemak manis...
Bahan2:
60 gm gula
1 biji kuning telur
125 gm peanut butter
300 gm tepung
50 ml minyak jagung
50 gm kismis
Cara: Adun macam biskut biasa, bakar 180darjah selama 15minit
Pau kari ayam...
Donat...
Murtabak...
Donat dan murtabak tu buat untuk stok dijual, selebihnya untuk makan sendiri.
Roti oren...
Pakai resepi roti oren tapi buh jugak epal untuk habiskan saki baki epal dalam fridge... Bahan2:
Soto ayam... Bahan2(sup):
ayam
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup(takdak, I buh serbuk kunyit)
perkakas 4beradik - 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 bunga cengkih dan 3 buah pelaga
1 batang serai - dititik
1 inci lengkuas - dititik
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk jintan putih
air
gula
garam
Cara2:
-bahan bertanda * dikisar
- panaskan minyak, tumis bahan kisar dengan perkakas 4beradik dan serai + lengkuas
- masukkan air, ayam dan 3serbuk tadi, masukkan gula dan garam
Bahan2(sambal kicap):
cili padi
kicap lemak manis
gula
Cara2:
- kisar semuanya dengan sedikit air
Hiasan soto:
bihun - dicelur
nasi empit
ayam dari sup - dicarik2
tauge - dicelur
daun bawang/daun sup
bawang goreng
bergedil
telur rebus
Bergedil...
Bahan2 ni main agak2 je.
isi ayam/daging - dicincang
ubi kentang - dibuang kulit, dipotong kecil, direbus dan dilenyek
bawang besar - didadu halus
bawang putih - diracik halus
sedikit tepung gandum
bawang goreng
serbuk lada hitam
gula
garam
*** telur - dipukul dengan sedikit garam
Cara:
- gaulkan semua bahan(kecuali telur) hingga sebati
- buat bulat leper dan celup dalam telur sebelum digoreng
Bergedil ni untuk makan dengan soto tapi saja je buat lebih untuk minum petang sekali...
Apam marmar
Resepi asal -> http://www.myresipi.com/top/detail/871100 ml susu segar
80 gm gula
1 biji telur
1/2 sudu teh vanila esen
1/2 sudu besar ovallate
Secubit garam
Pewarna
Saturday, November 14, 2009
Marah dan pukul...
Setiap kali orang tanya, "Best ker ada anak?", I pasti jawab "Best, tapi penat!". Secara luarannya, orang akan faham ada anak tu penatnya pada fizikal, but believe me it's more than that! Yes, penat fizikal tu memang dah sah dah, tapi mental dan spiritual pun penat jugak! Sebab tu orang kata, baik jaga anak lembu dari jaga anak manusia, anak lembu kalau payah2 kita boleh sembelih makan ,anak manusia?! hah...
Sejak dah jadi mak ni, kadang2 I jadi keliru untuk pilih cara terbaik nak didik anak2. Tak tau nak guna pendekatan yang mana -> seperti di atas atau yang sebaliknya. Dah nak masuk 2tahun jadi mak ni pun, I masih lagi dok termenung memuhasabah diri, tiap2 hari dok pikiaq, dok tolak tambah bahagi darab kalau haku buat lagu ni, esok2 anak haku jadi lagu mana? haaa, payah kan?! Hadoiii...
Ada setengah orang cakap, kita tak boleh marah2 anak, tak boleh say "no/don't/jangan/tak/dame~~yada2", tak boleh pukul/cubit/tampar/babap anak, tak boleh halang anak nak buat apa dia nak and the list goes on... Bunyinya amat mudah tapi mempraktikkannya subhanallah payah! Kalau ikut teori buku dan kajian, memanglah semua yang di atas tu yang disarankan tapi hakikatnya dalam masyarakat kita semua tu kurang releven. Jarang sangat nak jumpa institusi keluarga yang mak bapak tak marah dan tak pukul anak, arrr ada ka? Rasanya takdak kot. Ish, kita marah dan pukul pun bukannya sebab kita benci tapi sebab kita sayang, nak anak2 tu jadi baik, kan?!
Sorry to say, I tak setuju langsung dengan pandangan yang menentang konsep pukul dan marah dalam didikan anak. Walau apa sekali pun hujah depa, I tetap katakan marah dan pukul tu wajar dan perlu! Cumanya atas mak bapak tu sendiri laa macammana depa nak create bentuk marah dan pukul tu... Janganlah pulak bila marah kita sampai pi maki-hamun si anak tu dan janganlah bila pukul tu kita bantai sampai cacat budak tu, berpada2 laa kan...
Mak selalu pesan, kalau nak pukul anak, cubit atau tampar tangan dan kaki dia je. Tapi tu laa kadang2 bila dah geram, nak tampar tempat lain, tempat lain yang kena. Pukul ni ada 2, satu pukul sebab nak mendidik, satu lagi sebab marah, haa berbeza tu... Kalau kita pukul sebab nak didik, pukulan tu releven-sakit(mana ada pukul tak sakit, haha) tapi munasabah! Berbeza kalau pukul sebab marah, yang ni biasanya kita akan hilang kawalan, bahaya woo! Haa yang ni laa I dok training diri sendiri lagi ni, memang takmau sangat pukul sebab marah, tak kira laa walaupun memang anak tu melampau pun, walaupun memang dia salah pun, tetap takmau marah then pukul. Nanti I jadi macam orang hilang akal, pukul punya pukul, lepas tu menyesal. Look, kalau kita pukul sebab nak didik dia, takkan ada penyesalan kan? Menyesal tu adalah tanda yang kita dah buat salah!
Hal marah ni pulak memanglah dalam nak sampaikan larangan atau halangan tu, I tak perlu jerit2 marah pun sebenarnya(hehe tau pun tapi dok jerit jugak, hek!). Tu laa kadang2 tu I terlupa, tak pun sebab nak bagi impak tu nampak power sikit dan nak Rafiqh cepat "faham" yang apa dia dok buat tu salah so I tertinggi suara. Tak suka sebenarnya terpekik2, malu kat jiran2, tapi entah laa, kena banyak berlatih lagi ni, huhu... Apapun, bagi I marah tu tetap perlu, mungkin cukup dengan reaksi muka serius dan nada suara yang tegas...
Dah nama pun budak kan, sekali cakap tu bukannya terus lekat dalam otak(alah, orang tua pun sama ja!), nak kena ulang2 benda yang sama beratus2 kali baru dia betul2 ingat, tapi tu laa tak sampai 100kali lagi haku dah hangin dah, bukannya taktau konsep ulang-sampai-muntah tu tapi diri sendiri yang tak cukup sabar. See guys, I told you, basic2 ni semua kita tau tapi nak guna dan amal tu haihhh bersimpang siur jalannya...
Dari sehari ke sehari, banyak yang cuba diperbaiki, walaupun banyak kali tersasar kecundang tapi I tetap kena cuba lagi kan?! Ni baru 2tahun, nakalnya cara kanak2 nak membesar, nanti dah remaja, nakal kut arah lain pulak, memang laa kena bersiap-sedia...
Kenapa I kata marah dan pukul ni wajar? Sebabnya kita kena faham yang budak2 ni terdidik dengan "kebiasaan", kalau dari kecil kita biasakan dia dengan kaedah lepas tangan, lantak-pi-laa-hang-nak-buat-apa, sampai satu peringkat usia baru kita nak terhegeh2 tegur, baru nak bentuk, baru nak lentur, ermmm takdak maknanya dah laa kan?! Rasa2 dia akan ikut ka kata kita time tu? Mimpi ja laa kot... Sebab tu laa I seboleh mungkin nak bagi anak2 diasuh digilap sejak masih usia rebung ni, dah jadi buluh nanti, takat boleh tengok ja laa...
Bagi I, dalam mendidik anak ni tak ada cara yang betul atau salah. Semuanya terpulang pada kita as parents untuk pilih, ikut kesesuaian diri sendiri dan anak2. Kalau dah anak hangpa baik, tertib-lendik, tak nakal dan dengar cakap, dah tentu dah laa hangpa tak payah susah2 nak pukul dan marah kan?! Ingat best sangat ka nak marah2 dan pukul2? Huh, tak best langsung!
Friday, November 13, 2009
Melawak?!
Onichan peluk adik, adik pasrah...
Sujud atas adik...
Yang ni tak tau gaya apa...
Hok ni pun bimyou...
Tidoq atas adik...
Yang ni paling baguih...
Bila dalam "keadaan" macam ni, mak mana laa yang tak terpekik terlolong macam tarzan panggil gajah kan? Ni takpa lagi, adik tengah mood baik, sengih ja, mai mood haprak, asyik melalak laa, nak buat apa pun tak senang... Rafiqh ni memang laa tak boleh tengok adik dok atas tilam, laju je menonong lari nak tindih adik tu. Dia nak bergurau tapi masyaAllah kasar sungguh...
Tapi aksi yang bawah ni paling I tak tahan ni, hadoi sakit jantung! Ni belum adik meniarap lagi ni, setiap kali buh bagi adik dia meniarap, dia panjat naik dok kat belakang, hish bahaya sungguh kan. Sebab tu laa I jarang letak adik kat bawah, melainkan ada pengawasan dari orang dewasa, risauuu...
Agaknya macammana laa mak2 lain tu handle anak2 depa yang lagu ni yer?!
Thursday, November 12, 2009
iPhone - Baby cry translator
Choco mousse brownies
Mula2 ingat nak buat setengah adunan je tapi dah alang2 beli whip cream 200ml, kalau pakai separuh je bazir pulak so buat 1 adunan, memang puas hati, I surely will make it again, tapi tak tau laa bila, punah diet haku weiii...
Ni resepinya, thanks to Yani!
http://www.myresipi.com/top/detail/4792
Brownies
45 gm butter
65 gm gula halus
1 biji telur
50 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko
- pukul butter dan gula hingga kembang
- masukkan telur, pukul lagi dalam 3-4minit
- ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam adunan tadi, kacau rata
- masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 190darjah celcius selama 12-15 minit
- bila dah masak, keluarkan dari oven dan biar sejuk
Choco mousse
140 gm coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100 ml air
2 biji telur putih
200 ml whip cream
40 gm gula halus
- masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air, biarkan dalam 5minit
- cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler sehingga coklat cair
- bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk berisi coklat dari periuk air tadi, masukkan larutan gelatin tadi dan kacau sehingga gelatin larut, biarkan sejuk
- pukul putih telur hingga kembang atau bertanduk(bila terbalikkan bowl telur tidak jatuh), sambil pukul telur tu masukkan gula sikit demi sikit
- dalam mangkuk pukul whip cream hingga jadi krim
- masukkan adunan coklat+gelatin dan whip ke dalam telur tadi, kacau perlahan2 hingga sebati
- masukkan dalam loyang berisi kek, simpan dalam peti sejuk hingga mousse keras
- hias dengan serbuk koko sebelum hidang
Online shop
Untuk boys sesuai yang kereta2 ni kan, untuk girls macam Aina yang comel itu ada banyak lagi jenis lain, contoh:Ish, benda2 ni memang banyak laa, macam2 ada, naik juling nak pilih. Kalau bagi Rafiqh main benda ni(dah buka board tu kasi dia main, yang car tu belum lagi, tunggu celebrate birthday dulu), I tak payah duk pantau dia menulis, sebab pen tu sah2 tak boleh tulis atas benda lain selain board tu, so dia bebas nak menulis anytime dia suka... Bukan takat anak tu je main, mak nya pun menumpang sama, maklum laa kecik2 dulu tak puas main, hek!
Wednesday, November 11, 2009
Menyusu dan ubat...
Alhamdulillah selama 1tahun 4bulan menyusukan Rafiqh dulu, I memang tak pernah makan sebarang ubat, selain sebab I sangat jarang sakit, I ni jugak jenis yang amat susah telan ubat, selagi tak sakit separuh mati memang takkan sentuh ubat. In fact, vitamins pun payah jugak sebab tak reti nak telan pil, rasa macam tersangkut kat tekak! Sampai sekarang pun, kalau nak telan ubat/supplement besar2 tu, I kena patahkan dulu baru telan. Walaupun tak pernah makan ubat dalam tempoh tu, tapi I pernah laa tanya paed dan pernah jugak baca beberapa artikel/buku pasal benda ni. Untuk penyakit2 yang bukan dikategorikan kronik, memang kita boleh makan ubat then susukan baby. Tapi untuk penyakit yang kronik, I tak sure laa pulak. Sememangnya susu yang terhasil tu datang dari pemakanan kita, tapi jumlah "ubat" yang ada dalam susu badan tu tak akan memudaratkan baby kita. So ibu2, kalau rasa tak sihat tu makan laa ubat, kang jangkit pulak kat baby kita tu, kesian dia...
Haa lagi satu, pernah orang tanya, kalau dah kata kuantiti pemakanan kita yang ada dalam susu badan tu sikit saja, apa cerita pulak dengan pantang orang tua tak bagi minum teh atau makan benda2 "berangin" tu? I memang tak tau hal ni, adakah semua tu sekadar pantang larang atau betul2 ada kaitan dari segi perubatan, tapi I memang ambil berat dengan semua tu. Seboleh mungkin I akan elakkan makan/minum benda2 yang angin sebab I sendiri tak tahan dengan semua tu, kang rasa sengkak je.
Kot kalau ada antara viewers blog ni yang bakal doktor ker doktor ker atau pernah baca/tanya doktor pasal ni ker, haa meh laa kongsi ilmu, I pun teringin nak tau jugak!
Achik part 3
Tuesday, November 10, 2009
Birthday presents...
Muka selebet baru bangun tidur, terus sibuk nak main...
Birthday Rafiqh 5dec ni jatuh pada hari sabtu, so we plan to held a small birthday bash at our home on the next day ie. sunday, just a high tea party, senang nak masak yang simple2 saja. Tapi memandangkan a week before tu adalah raya haji which biasanya students sini akan organize jamuan raya, so nak kena risik2 tanya dulu takut clash tarikh pulak... Though it's going to be a small celebration but still I tengah dok fikir2 nak buat theme party or not, nak buat game or not, masa lastyear tak buat semua tu pun...
Monday, November 9, 2009
Caesarean section @ c-sect
Okey2 enough about that, ter-emo pulak bila fikirkan hal dulu2, syukur alhamdulillah dapat merasa bersalin normal si Raziqh, kalau tak, makan hati lagi ler haku, hahaha...
Kawan I ni dok tanya2 cerita bersalin I dulu tu, I bukanlah kedekut sangat pun nak bercerita, selagi tak berbaur provokasi dan sindiran, no problem at all... Dia tanya kalau 1st baby kena c-sect, macammana nak tau the next ones tu boleh normal or not. I'm not a doctor, not qualified to answer this tapi bercakap dari segi apa yang I tahu tu boleh laa. Kalau nak concrete facts sila refer gynae ok...
Yang menjadi masalahnya pada c-sect delivery ni ialah kalau bersalin 1st baby kena c-sect. Kalau anak yang ke-2 dan seterusnya tu tak jadi big issue pun kan?! Sebabnya anak pertama tu jadi penentu untuk anak2 berikutnya...
Lepas bersalinkan Rafiqh, ramai yang kata I kena tunggu Rafiqh 3tahun baru boleh pregnant lagi. Sebab utama kena tunggu 3tahun tu ialah untuk betul2 pastikan yang parut luka tu betul2 sembuh. Macam yang kita tau, parut tu bukan takat yang luar tu je tapi parut yang dalam jugak(jahitan pada rahim). 3tahun tu tempoh masa normal yang diperlukan untuk betul2 elok laa. Tapi kita kena tau jugak yang setiap orang tu berbeza2 kadar penyembuhannya, so mungkin seorang tu perlukan hanya 1tahun untuk pulih manakala seorang lain perlukan lebih 3tahun, betul tak?! Dari apa yang I tahu(melalui pembacaan, tanya gynae dan bual2 dengan orang), kalau kat Malaysia bila anak pertama lahir c-sect, doc akan tengok "sejarah" kenapa kena c-sect tu dulu before decide 2nd baby tu boleh try normal atau tak. Then doc akan check luka lama tu pulak, selain dari soal-jawab tentang sakit pada bekas jahitan tu, scan jugak boleh dibuat untuk pemeriksaan detail. Maknanya masih ada peluang laa nak bersalin normal. Tapi kalau 2nd baby pun c-sect jugak, next baby tu mesti kena operate, ni my gynae yang cakap. Oh tapi(berapa banyak tapi daa), I pernah baca ada jugak orang yang dah 2kali c-sect tiba2 anak ke-3 dia normal, caya laa... Berbeza dengan apa yang I selalu dengar kat Jepun ni, kawan2 Malaysian dan foreigners yang bersalin kat sini and even makcik2/kawan2 Japanese pun cakap benda yang sama, kat sini once dah bedah, tak boleh normal dah. TAPI I tak pernah tanya gynae masa pregnant-kan Raziqh dulu, hahaha sebab takut kot, cet haparaa! Eh tapi(tapi lagi!) I ingat lagi masa dok pi check ups tu, masa Raziqh songsang tu, doc ada mentioned "kalau baby ni still songsang tak pusing2 betulkan position, ada possibility kena undergo operation AGAIN"(dia cakap jepun, harap maklum!), yang dari apa yang I faham, maksud dia tu kalau baby ni betul position-nya boleh try bersalin normal, dia pun siap mentioned the word "again", mean dia sedia maklum I pernah operate before tu. Haaa taktau laa kan kot I salah dengar atau salah faham ker. Senang cakap, I memang tak tau!
Selalunya kalau 1st baby c-sect, 2nd baby c-sect jugak, kita biasa dengar doktor mesti kata kita boleh ada 3 je anak. Oh doktor bukan tuhan, for special case, kita still ada peluang untuk ada anak 4orang, yang kesemuanya dibedah!
Berbalik pada kisah I, I pregnant-kan Raziqh masa Rafiqh berusia 11bulan, perghhh awal giler kan?! Ramai yang cuak bila tau I hamil lagi, termasuklah my mom. Mula2 I releks je tak takut pun tapi bila dah ramai yang gelabah, habis dengan haku pun nervous, hampeh! Bukan apa, depa takut jahitan kat dalam tu terbuka, wooo gerun weiii... Macam biasalah bila dah takut2 tu I pun mula laa mencari "sumber2" info untuk tenangkan hati. Alhamdulillah tak lama pun I depressed. I pernah cerita pengalaman bersalin dulu dalam flickr, lepas bersalin tu memang tak sakit tang parut tu, lepas few days mula rasa nyilu kat 2 hujung tu setiap kali nak ubah posisi dari baring ke duduk and vice versa. Selain dari tu memang I tak pernah rasa sakit. Rasa nyilu tu pun tak lama, dalam sebulan gitu je, lepas habis tempoh pantang memang tak rasa apa2 dah, macam sebelum kena bedah dulu. Parut tu +-8cm, awalnya ia tebal dan timbul, slowly memendek dan tenggelam dalam kulit, nampak satu garisan warna coklat gelap je. Masa I tahu I pregnant lagi tu parut yang berbaki hanya +-3cm. Dari minggu ke bulan, perut pun makin besar, parut yang 3cm tu sedikit kembang dan gelap warnanya. Gynae sini tak pernah tegur langsung tapi midwives selalu cakap parut tu nampak "elok". Lepas balik Malaysia, dekat2 nak bersalin tu gynae kena decide boleh ker I bersalin normal, so dia ada tanya beberapa soalan then dia scan atas parut tu. Sejak awal kandungan hingga laa 38minggu, estimate fetus weight yang dibaca oleh mesin scan semuanya kecil2 aje bacaannya, wah lega laa ada potensi nak normal sebab dulu reason for c-sect tu saiz Rafiqh yang besar. Gynae pun berkira2 baby mungkin tak cecah 3kg pun, oh btw before ni beberapa orang gynae yang I pernah pi check cakap my babies kena under 3.2kg untuk membolehkan kelahiran normal(I kan kecik je orangnya). Suddenly masa 39weeks, baby punya berat naik hingga 3.2kg, serius cakap haku dah cuak dah, terus tak berani bagitau mak, takut kena marah, hahaha. Mujoq mak tak tanya, kalau mak tanya sah2 kena habaq, takkan nak mohong(=bohong) pulak. Gynae pun dah mula laa dok predict yang I kena c-sect, hish tapi sekali lagi doktor tu bukan tuhan, see, apa yang dia jangka banyak yang meleset... Masa Raziqh keluar, doc buh atas perut I, I tengok dia "eh kecik je anak haku, tak sampai 3kg ni", pepandai je timbang sendiri, hahaha. Bila nurse bersihkan dan timbang, I tanya nurse, berapa kg baby, nurse jawab 3.29kg, terkejut laa jugak, aiks nampak halus ja. Kemudian, berlaku laa adegan puji2an dari nurses dan docs tentang "kehebatan" haku beranak baby-agak-besar secara normal dalam situasi harmoni(sebab tak jerit2 macam 4orang ibu2 katil sebelah, hahaha). Eh rasanya tak cerita pun part ni kat entry dulu, I memang tak jerit2 dari masa sakit sampai laa meneran tu sebab control malu, dalam otak masa tu "eh haku tak sakit betul2 lagi ni, tak boleh jerit lagi, tak sakit teruk lagi ni, tak boleh jerit lagi", sedar2 dah beranak pun... Eh(eh lagi) ni bukan nak bangga2 hokey, muahahaha...
Pada sesiapa yang kena c-sect untuk 1st baby tu jangan laa bermuram durja. Kita tetap kena bersyukur, at least Allah bagi kita mengandung dan ada anak, ada orang lain yang lebih malang nasib mereka. Dan yang paling utama, jagalah kesan jahitan tu elok2, berpantang sebaiknya dan jangan lupa berdoa...
Hadoi, lenguh tangan dok taip! Sekian...