Wednesday, April 29, 2009

Frozen baby-donat

3-4hari ni bila jenguk blog orang, banyak sungguh entry pasal donat. Krispy kreme laa, J.co laa, Big Apple laa, eh Dunkin donuts dah tak glamour ek, tak ada pun orang buat entry pasal dia, hehe. Terliur pulak tengok donat2 tu, kat kampung Ube ni cuma ada Mister Donut je, tu pun kena pilih2 ada yang boleh makan ada yang tak boleh, eh boleh je kalau nak makan tapi tak halal laa, hahaha...

Hari tu my sis-ateh ada bagitau kat Jusco Ipoh ada kedai Big Apple baru buka, wah bestnya, I pernah makan Dunkin donuts je, lain2 tak pernah rasa pun, balik ni boleh laa nak merasa, dengar orang kata sedap sangat...

Hari ni jepun cuti, pepagi lagi lepas breakfast I dah buat donat. Baru2 ni beli acuan kuih, kalau sebelum ni asyik buat mini-donat je, kali ni buat mini-donat dan baby-donat pulak. Mini-donat tu diameternya 5cm, baby-donat ni 3cm, cute jer...

12 biji baby-donat tu I buat frozen. Selebihnya mini-donat dan baby-donat untuk minum petang. Mini-donat buh gula macam biasa, baby-donat buh coklat, konon2 nak bagi nampak cantik ler, ala2 donat kedai tu, hahaha.





Bahan2:
140 ml air
1/2 biji telur saiz M
280 gm tepung roti
28 gm gula
4 gm garam
6 gm susu tepung
40 gm marjerin
5 gm yis

Cara2:
- adun semua bahan hingga jadi doh
- canai dan terap
- biar doh naik, kemudian goreng

Freshmilk vs Formula milk

Mai nak habaq awat cheq pilih freshmilk, bukan formula milk(fm) untuk Rafiqh... Selama ni dok tulis samar2 ja kan, kot kalau ada yang pelik, lepas baca entry ni boleh faham kot serba ringkas... Sekali lagi diingatkan, I'm not anti formula milk okey. Masa kecik2 dulu sebulan dua je minum breastmilk, lepas tu mak sumbat kami dengan fm jugak. Kalau I kata fm tu tak bagus, tak laa kami masuk universiti kan, hahaha. Dan lagi satu, kalau I duk Malaysia, mungkin topik freshmilk dan fm ni tak jadi big issue kan, but since I'm now in Japan, lebih terdedah dengan info2 yang sedikit luarbiasa dari kebiasaan masyarakat kita, so perkara ni selalu jadi point untuk dipertimbangkan. Nak2 lagi bila I cakap kat sesiapa especially my friends kat Malaysia about freshmilk for babies, dah sah2 I kena hentam balik, tu belum lagi I promote breastfeed, banyak laa alasan diorang, I tahu diorang pro-fm sebab kat Malaysia memang ler fm ni famous kan, kalau tak percaya tengok je iklan2 tv, bersepah promote fm, lebih dari promote breastmilk! (eh yer ker? pepandai je, balik Malaysia pun jarang :-p)... Tapi percayalah most info regarding fm yang diiklankan tu hanya marketing stategy je, bukan bagus mana pun, hahaha... ops, nanchatte!

Ada beberapa sebab-musabab mengapa I lebih cenderong memilih freshmilk berbanding fm. Antaranya ialah:
1. atas saranan doktor
- rasanya mana2 doktor kat sini pun kalau tanya, semua prefer freshmilk lebih dari fm. My sis-alang and my friends yang duk europe pun kata benda yang sama, paed memang sarankan freshmilk kepada baby 1year++... Dari apa yang I tahu, kat sana susah nak cari fm kat supermarket, apalagi fm untuk budak 1tahun++, diorang memang bagi freshmilk je. Kat sini pun sama, bukan semua supa ada jual fm, biasanya orang beli kat farmasi.

2. rasa
- taste freshmilk ni lagi sedap dari fm.

3. fresh
- dah nama pun freshmilk, fresh laa kot, hahaha.

4. price
- harga bagi freshmilk jauh lagi murah dari fm. Ni bagi Jepun yer, jangan compare dengan Malaysia, kat Malaysia pun susah nak cari proper freshmilk. Kat sini susu sekotak 1liter 150yen, kalau convert RM memang ler mahai. Kalau tak convert, nilainya sama macam RM1.50. Kat Malaysia kalau freshmilk I dengar cecah RM5++, kalau yang low fat tu murah laa, tapi baby tak boleh minum susu2 olahan tu lagi, tak bagus...

5. tahan lebih lama
- fm selalunya lepas bancuh tu after 4hours kalau masih berbaki, dah tak digalakkan bagi anak minum, tapi freshmilk tak gitu.

6. pengendalian bila outing/travel
- senang nak beli, singgah ja konbini boleh bagi dia minum terus. Kalau fm, kena bawa air panas dll, errr leceh sikit. Tapi kalau naik flight tu fm better laa kot.


Disebalik semua kebaikan yang ada pada freshmilk tu, ada jugaklah kelemahannya. Antaranya:
1. stok
- tak macam fm, freshmilk ni kita tak boleh buat stok, kena hangkut beli setiap minggu.

2. expire
- fm ni lambat tarikh luputnya kan, so tak payah risau sangat. Kalau freshmilk ni kena hati2, kang bagi anak makan susu basi pulak, naya budak tu sakit perut...

Tak lama dah kami nak balik bercuti di Malaysia. Nak tak nak kena jugak fikir tentang susu Rafiqh ni. Boleh je nak stick dengan freshmilk, tapi rabak laa poket kan, most probably akan campur2 freshmilk dan fm. Timbang2 balik mungkin Rafiqh akan mula diberi fm sejak kat nihong ni, I nak mula introduce fm june nanti sebab dok fikir macammana nak bawa freshmilk dalam flight kan, mana boleh bawa cecair dalam kuantiti yang banyak, walaupun dibenarkan bawa makanan baby bentuk cecair tapi I risau last minute nanti kena tahan, kesian Rafiqh tak minum susu. Sebagai langkah berhati2, baik laa prepare awal2. So far Rafiqh ni tak banyak songeh bab makanan, harapnya dia tak reject fm.

Tak kesahlah mana2 pun kan, janji anak tu nak minum susu cukup untuk dapatkan keperluan calcium dll. Kalau tak mau minum langsung, lagi laa haru-biru. Nasib laa dia tak ada alergy dengan protein susu lembu dll, susu lembu pun lembu laa, hahaha. Tapi kot kalau banyak sangat duit boleh bagi dia minum isomil, susu base kacang soya tu, hehehe.

Tuesday, April 28, 2009

DHA in toddler's diet

Entry ni adalah kesinambungan dari entry "Freshmilk for baby" http://ourlovestory-7777.blogspot.com/2009/03/freshmilk-for-baby.html
Tuh dia, punya laa lama ambil masa nak post entry ni...

Ketika entry di atas tu ditulis, Rafiqh masih on bf-ing, dan dah mula di-top up dengan freshmilk. We have choices either to give him freshmilk or formula milk, both ada pro dan kontra, unlike breastmilk yang 100% lengkap dan bagus untuk baby/toddler. I have my own reasons why I chose freshmilk instead, but I tak kata formula tu tak bagus ok. Cumanya bila bercakap pasal freshmilk, bagi sesetengah ibu mereka akan terfikir pasal DHA and etc. Memang sangat munasabah untuk mempertimbangkan soal ni cause DHA (DocosaHexaenoic Acid) is a brain food. Fats make up 60% of the brain and the nerves that run every system in the body. So, it stands to reason that the better the fat in the diet, the better the brain.

Kalaulah Allah masih izinkan I menyusu Rafiqh hingga ke saat ni, tak ada laa I rasa serba salah dan gundah gulana nak fikir tentang keperluan nutrisi harian dia. Tapi memandangkan nasib tak menyebelahi kami, bagi memuaskan hati sendiri dan meyakinkan diri I terpaksalah bertanya dan menyelidik sana sini untuk pastikan freshmilk dah dikira ok buat Rafiqh. This entry will explain why DHA is important and how to get it from daily diet in case your baby is no longer on bf-ing.

The body needs two kinds of fat to manufacture healthy brain cells (the message senders) and prostaglandins (the messengers). These are omega 6 fatty acids (found in many oils, such as safflower, sunflower, corn, and sesame oils) and omega 3 fatty acids (found in flax, pumpkin seeds and walnuts, and coldwater fish, such as salmon and tuna).

It has been scientifically proven that breastfeeding increases a child's intelligence, and that one of the key nutrients responsible for that is DHA. Standard infant formulas don't have but minuscule amounts of DHA. DHA is crucial to the optimal development of the brain in infancy and childhood. That's the main reason why the babies should be nursing for at least 1 year.

The DHA levels of breast milk vary a lot according to the diet of the mother. Breastmilk can have a big amount of DHA - if the mother herself eats things rich in omega-3 fatty acids.

Children who don't nurse anymore, can get DHA from fatty cold-water fish like salmon, trout, and sardines (mackerel can have too high levels of mercury). Low-fat fish have only small amounts of DHA. Another source is omega-3 fortified eggs from chickens that have been fed flax seed or fish meal. Paed recommends 1-2 yolks from these kind of eggs for children under two to get the daily 250 mg of omega-3 fatty acids that breastmilk might contain.

As long as the babies eat balance diet everyday, insyaAllah they will get all the nutrients they need... Kesimpulannya, either freshmilk or formula milk, mana2 pun ok untuk budak 1tahun++, apapun breastmilk is still the no. 1 !

Cakes

Hari tu cerita pasal roti, hari ni nak cerita pasal kek laa pulak, haa jangan pulak ada yang teringin ek... *jeling2 kat Ina* hahaha...


Ni antara kek yang dibuat sepanjang minggu lepas, minggu lepas diisytihar sebagai minggu kek sedunia! Mula2 buat kek coklat sebab ada tetamu datang rumah. Resepi diambil dari fendi75 kat myResepi. I buat setengah adunan je, kurangkan gula dan tambah choc chips dan badam cincang. Stok choc chips rumah ni ada lebih dari 1kg, tu yang dok membazir tu, hahaha, Rafiqh pun rajin meratah, entah bila nak habis, jangan kau rosak udah ler, sayang woo, kat sini choc chips mahal. Sedap kek ni, lembut dan moist. Dah lama tak makan choc cake yang sedap, so kira resepi ni memang best lah!

I malas nak salin resepinya, sesiapa nak cuba sila rujuk web ni yer...
http://www.myresipi.com/top/detail/1


Ni pulak kek marble trio. Tapi tak sempat nak warnakan sebab si Rafiqh kalut nak tidur, dok tarik seluar mak dia ja, haihhh. Buh 2 warna ja, lepas tu dia tolong sama campak2, hasilnya taraa, buruk nak mampuih! hahaha, tapi ok laa rasanya sedap! Kek ni dah banyak kali dah I buat, memang kena kurangkan gula sebab manis sikit. Dalam bahan2 tu ada gliserin, tapi I taktau menatang hapa benda alah tu, bantai buh freshmilk je... Ni resepi dari MatGebu...
http://www.myresipi.com/top/detail/848




Ni pulak kek pisang, rasanya dah pernah buh dah resepinya kan. Dulu ambil gambar bahagian atas je, ni nak buh gambar bahagian isinya pulak... Rafiqh suka sangat kek pisang ni... Resepi dari Yani kat myResepi...
http://www.myresipi.com/top/detail/3

Last sekali ialah banana-raisin muffin untuk Rafiqh. Yang ni resepi belasah je, kes nak habiskan pisang, yogurt dan kismis.


Alahai, macammana laa badan tak gemuk kan, haha. Minggu ni minggu hibernasi, masak simple2 je... Khamis ni nak pi klinik untuk check up, nanti nak tengok result-nya bagus ker haprak.

Monday, April 27, 2009

Cepat sihat yer sayang...



Waaahhh, 3hari blog ni tak ber-update. Ke mana menghilang? Tak ke mana pun, ada je kat sini, cuma tak berkesempatan nak duduk lama depan laptop ni jer...

Sejak jumaat lepas, cuaca kat sini sejuk kemain, dengan hujan dan angin yang bertiup kuat... Pagi jumaat tu setelah 4hari terperap dalam rumah, I bawa Rafiqh keluar jalan2, beli barang dan settle-kan beberapa urusan. Bila dah sampai rumah, sibuk pulak siapkan lunch, maklum laa masing2 dah kebulur. Selesai je masak dan makan, tidurkan Rafiqh, sebab terlalu penat maknya pun sekali tertidur, hehe. Sedar2 dah pukul 3lebih, bangun terus prepare bahan2 nak masak for dinner dan angkat kain baju di ampaian, baru je nak duduk depan laptop si Rafiqh pulak bangun. Then my junior sms kata nak datang rumah, terus sediakan minum petang, goreng kuih kacang stok terakhir dan buat teh susu je. Habis borak2, dia balik je I terus bersilat memasak dan lipat kain baju. Dekat pukul 7 baru mandikan Rafiqh, tak lama lepas tu myLove call ajak keluar dinner dengan juniors lain kat Joyfull, sempena meraikan lawatan tetamu jauh iaitu pensyarah Ambang Asuhan Jepun, UM, Zoraidah sensei yang datang ke sini atas urusan kerja. I tak kenal pun sensei ni, tak sempat belajar dengan dia, tapi myLove kenal sejak kat AAJ, lagipun lepas dia datang sini, sensei sambung study hingga ke peringkat PHD kat Hiroshima University, myLove dulu zaman student-nya suka laa melepak kat sana, memang dia kenal laa dengan sensei. Segan jugak mulanya nak join tapi dah orang ajak, I pergi je laa, boleh jugak berkenal-kenalan kan... Pukul 8 lebih bertolak dari rumah, mak aih sejuk sungguh kat luar. Pukul 10 lebih masa nak balik tu hujan turun renyai2, memang I dah prepared topi untuk Rafiqh tapi tak sangka laa pulak masih nak kena selsema...

So sabtu tu Rafiqh selsema, huhu... Nak bawa ke klinik pun sabtu ahad tutup, sabar je laa menanti hari ni baru boleh nak jumpa paed. Siangnya dia tidur ok, cuma refused makan je, asyik laa nak minum susu. Bila malam dia buat hal susah nak tidur, mungkin sebab pernafasan yang tersekat2 kot, I pulak seharian dah penat, tekak dah rasa sakit, macam nak selsema pun yer jugak, badan ni pun lenguh sungguh sebab dok mengiring sebelah dia je, hadoi, last2 I biarkan je ayahnya tengokkan, bukannya I boleh tidur pun dengar dia merengek2, cuma nak bagi badan ni rest kejap. Biasa laa kan, bila anak kurang sihat ni, mak2 mesti tak dapat nak lena. Pukul 3lebih baru dia terlelap betul, sampai laa ke pagi, masing2 tak cukup tidur, habis tiga2 orang bangun pukul 8 lebih, hahaha... Ni kali ke-3 dia selsema, nasib baik tak demam, tapi kali ni dia paling cranky, hohoho ni mesti sebab dah makin banyak auta kan, so macam2 laa dia demand. Banyak cikadak betul laa budak ni, masa kecik2 dulu sakit ker hapa ker tidur tetap baik, makan minum maintain jer, waaahhh sekarang sudah pandai nak buli mama, huh!

Semalam punya plan nak keluar pun terpaksa cancel, angin punya laa kuat, sampai kena pasang heater balik. Duk dalam rumah pun sejuk tak hingat, untuk elakkan sakit Rafiqh tu jadi parah, baik laa duk diam2 je dalam rumah. Siangnya dia ok laa, cuma kasihan tengok dia asyik bersin dan hidung berair, dah macam paip air pun, memanjang meleleh hingus... Malam tadi dia buat hal balik, badan pun mula panas sikit, jangan tanya la kenapa tak bagi makan ubat sebab rumah ni memang tak ada ubat, kami cuma bagi dia makan limau dan kurma. Basah2kan kepala dia dan sapu vicks untuk baby tu supaya dia boleh tidur. Pukul 1lebih dia dah tidur nyenyak, kira ok laa kan. Pagi tadi pukul 7.30 baru dia bangun...

Pukul 8.30pagi tadi I bawa dia ke klinik, penuh pulak kali ni, mungkin sebab klinik cuti on weekends so semua pakat tunggu pagi ni nak jumpa paed. Nasib baik tak tunggu lama, masuk jumpa doktor, doktor kata selsema ringan je, tak ada gangguan pada pernafasan dalaman dan tak demam, dapat laa ubat makan untuk 4hari. Beberapa hari ni myLove dok risau tengok anaknya, alah biasa laa dia tu memang terlebih concern hal anak dia. Since Rafiqh dah tak menyusu badan, dia memang kalut sikit bab pemakanan anaknya, so dia ada sebut nak bagi Rafiqh supplements. I kata kena tunggu balik Malaysia laa baru boleh beli sebab kat sini tak berapa reti, actually tak pernah tengok pun kat pasaran. Tadi masa jumpa doktor, I tanya laa tapi macam biasa, I dah agak dah mesti doktor tak suggest budak2 makan supplements. Doktor tanya I risau ker tengok pembesaran Rafiqh, hehe, I bagitau je laa yang dia dah tak menyusu badan, kadang2 tu risau jugak dia tak dapat nutrisi yang secukupnya. Tapi doktor kata pulak kalau dia chanto makan 3kali sehari dan minum susu, should be no problem. I tanya jugak what if I campur2 freshmilk dan formula milk, dia kata tak perlu, umur setahun++ freshmilk lebih baik. Nanti balik Malaysia I nak bawa Rafiqh jumpa paed sana pulak, nak jugak dengar 2nd opinion...

Semoga Rafiqh cepat sembuh yer sayang, walaupun sakit atau sehat sama je tahap keaktifannya, tapi tetap mama nak tengok Rafiqh tidur lena dan hidung tak berair lagi...

Thursday, April 23, 2009

Roti

Semalam pagi2 lagi dah buat tuna bun dan strawberry bun. Tuna bun tu dah sah2 laa favourite myLove, strawberry bun tu pulak Rafiqh laa kan. Resepi doh roti tu ambil dari buku resepi breadmaker, inti tuna tu tibai ja buat sendiri, inti strawberry guna jem saja.

Tuna bun sebelum dibakar...



Tuna bun setelah dibakar...

Strawberry bun sebelum dibakar...

Strawberry bun setelah dibakar... Ya, saya masih fail buat bun yang buh inti jem ni, selalu jem meleleh keluar, tak tau laa kenapa, kenapa ek?


Bun
Bahan2:
140 ml air
1/2 biji telur saiz M
280 gm tepung roti
28 gm gula
4 gm garam
40 gm mentega/butter
6 gm susu tepung
5 gm yis

*hiasan:
1/2 biji telur
1 sudu kecil susu segar
bijan @ kismis

*inti tuna:
tuna
mayonis
bawang besar dihiris nipis
slice cheese dipotong kecil
lada sulah
- gaulkan semua bahan

Cara2:
- campak semua bahan dalam breadmaker, adun hingga menjadi doh
- keluarkan dan tumbuk buang angin, buat bulat2 12biji dan biarkan 20minit
- ambil sebiji dan canai, masukkan inti, tutup rapat dan biar ia naik sekali ganda
- sapu telur yang dicampur susu segar dan taburkan bijan @ kismis
- bakar pada suhu 180C selama 10-12minit


Bila dah siap menggodek roti, sementara nak tunggu dia naik petang tu I adun bahan2 untuk roti canai pulak. Adun siap2 dan buat bulat2 untuk masukkan dalam fridge, hari ni baru canai dan goreng. Kali ni buat frozen roti canai dan murtabak untuk dimakan weekends nanti. Buat 8biji roti canai dan 4biji murtabak... Murtabak ni try guna rempah kurma pulak, biasanya buat mesti pakai kari, cari kelainan sikit, kalau sedap next time buat lagi, kalau kureng tak payah buat dah!

adunan yang direndam minyak, disimpan dalam fridge seharian...



Hajat dihati nak ambil gambar step by step tapi faham2 je laa kan, buat roti canai ni guna both hands, macammana nak pegang camera, takkan nak suruh Rafiqh pulak ambil gambar, hehe. Ni roti canai yang dah ready untuk dilenyek sebelum digoreng...

Half-cook roti canai...

Half-cook murtabak...


Roti canai
Bahan2:
500 gm tepung gandum
280 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega/shortening

Cara2:
- adun semua bahan hingga menjadi doh
- buat bulat2 10-12 biji dan salut dengan mentega sebelum diperap dalam minyak masak
- simpan beberapa jam sebelum dicanai
- ambil sebiji dan nipiskan dengan cara tebar/tarik2, I tak pandai tebar so main tenyeh2 dan tarik2 je
- lipat/gulungkan kedua2 belah bahagian menjadi doh panjang, lilit menjadi bulat dan biar beberapa ketika
- penyet2 dan goreng atas api sederhana

Kalau nak tengok lebih jelas cara2nya, boleh refer web MamaFami:
http://mamafami.fotopages.com/?entry=912140


Hari ni I puasa lagi, selesaikan bayar nazar. Lepas2 ni kot kalau rajin, boleh buat sunat isnin dan khamis. Ni baru je selesai buat roti canai dan murtabak frozen, tapi alahai otak ni tak habis2 dok fikir nak masak kuih apa untuk berbuka petang ni. Suka pulak berbuka dengan kuih dulu, biasanya I jenis berbuka terus makan nasi, lepas isyak baru cari kuih, sekarang terbalik pulak, dah malam2 baru nak jamah nasi. By the time nak telan nasi tu, haihhh perut dah penuh, makan sikit je dah kenyang, so tak payah laa beriya2 masak lauk untuk berbuka, masak simple2 udah ler, nafsu tak mau kalah, susah betul mendidik hati ni, hish...

Wednesday, April 22, 2009

What is cloth diapers?

Based on my own experience, it's so difficult to understand clearly about cd if I only rely on infos from the website, still I have like tons of questions to ask, cause bagi I yang agak bengap ni, setakat baca je tak cukup, seriously I memang kena tanya walau seremeh2 soalan untuk dapatkan jawapan yang tepat, baru puas hati den! So I guess some of mommies out there are also facing the same problem like me. If only we could found these cds everywhere at any nearby supermarket, memang tak jadi isu laa kan, tapi since nak dapatkannya pun kena order2 through internet, memanglah blur2 je jadinya... Dah sebab ramai sangat yang tanya, mai laa nak cerita serba sedikit tentang cds ni, setakat yang I tahu jer ok, cause me myself pun still very new in this field...

Kalau nak tau salasilah cd ni, boleh refer blog my senior, CikYam.
http://dailyclickclicks.wordpress.com/

Cloth diapers ni konsepnya sama je macam yang kita dok pakai zaman kecik2 dulu tu, yang kita sebut lampin tu, dalam istilah cd disebut flat. Lampin yang kita guna zaman tok-tonggek(eh sekarang pun guna lagi, hehe) tu kan 4-segi tepat, kena lipat2, kalau baby besar sikit kita buh banyak lapis, lepas tu pakaikan dengan plastik khas sebagai cover takmau bocor, lepas tu buh lagi "seluar getah" pulak, pun sebab nak prevent leaking! Haa sama laa cd ni pun, cumanya cd ni dah di-upgrade laa, baik dari segi material/fabric, mahupun dari segi rupa parasnya, nampak laa moden sikit.

Yer puan2, ini contoh lampin zaman tok-tonggek itu yer. Rafiqh dulu masa baru lahir pun pakai lampin ni jugak, campur2 dengan disposable diapers...



Ni contoh seluar getah. Kalau kat sini dipanggil potty-training pants, I gatal je beli, murah je pun 300yen for 2pieces, ihiks...


Definisi bagi Cloth Diaper:
A cloth diaper is a washable, reusable diaper made of any one (or several) types of fabric. A cloth diaper usually requires a cloth diaper cover.


CD terdiri daripada inner layer(=insert) dan outer layer(=waterproof cover). Nak dipermudahkan cerita, yang selalu kita tengok kat internet tu kebanyakannya pocket diaper. A pocket diaper is usually made of two layers of fabric sewn together to form a pocket for an absorbent insert. Kena buh insert kat dalam pocket tu. Insert can be made of microfiber terry, cotton terry, hemp or even a regular kitchen towel folded to size.

Selain pocket diaper, all-in-one(AIO) diaper pun glamour jugak, bezanya ialah AIO tu insert-nya dah dijahit di-attach terus pada diaper cover tu, it is all one piece. Tak macam pocket diaper kita kena buh insert kat tengah2nya, yang ni senang, capai je terus boleh pakai. I belum beli lagi AIO ni, I cuma beli pocket cds.

Inilah inserts, ada pelbagai saiz, bentuk dan fabric...


Ini pulak outer-layer iaitu waterproof cover, yang ni bahagian dalamnya, ada lapisan kain yang sangat gebu, bahagian luarnya tu ala2 macam plastik. Yang ni jenis pocket diaper.


CD comes in 2 types, multisize(S,M,L and etc.) cd or one-size cd. Yang multisize tu kita beli ikut baby punya saiz/usia, exactly like the disposable diapers, but for one-size, the sizing is achieved by strategic placement of snaps on the front of the diaper.

Ini contoh multisize CD...



Ini pulak one-size, dengan 1 cd kita boleh jadikan 3size yang berbeza dengan hanya adjust the snaps...


It has been almost 2weeks since Rafiqh starts wearing cds, and all I could say is so far so good. Even though he is not fully cd-ing yet, but I do think the cd is really good! At first, I just bought 5pieces of cds for testing and I'm so satisfied with how they work on Rafiqh, Rafiqh nampak selesa, no rashes and etc, so a week ago, I bought another 7pieces of mix-brand cds at the very cheap price, only 12,000yen! So now we have 12pieces of cds and of course it's not enough if I wish to fully cd-ing him, right? Tunggu balik Malaysia nanti baru nak tambah koleksi, especially for the baby pulak. As for now, he wearing cds only at daytime, while at night he still using the disposable diapers.

New collection...


Fuzzibunz M-size...


Blueberry one-size...

Mommy's touch one-size...

Swaddlebees L-size...


Sebelum nak digunapakai, we have to wash the cds for few times first untuk tingkatkan daya serapan, I heard about this from kak Ojasamid, dia dah berpengalaman dalam penggunaan cds. Tapi I cuma basuh 2kali je then terus guna, alhamdulillah baru 3kali bocor, hehe, itupun sebab kecuaian I yang tak pakaikan dengan betul. She also told me that the hemp inserts should be washed separately with other inserts and cds, dikhuatiri yang bahan2 yang terdapat dalam hemp inserts tu akan merosakkan daya serapan inserts lain... I memang ada beli hemp inserts tapi belum guna lagi.

Mula2 nak guna cd ni memang kekok sikit, in fact nak masukkan inserts ke dalam pocket cd tu pun terkial2, tapi after a week, dah terer dah, sambil2 tengok tv pun boleh buat, pejam mata pun boleh, hahaha, poyo jer... Macam tu jugaklah masa nak bagi Rafiqh pakai, mula2 memang take time laa, tapi after few times, dah cekap dah...


Nampak tak pocket tu? Haa isi insert kat situ laa...


Ni insert yang separuh diisi...


Ok, siap dah buh insert...


Dah siap buh insert, boleh dah nak bagi pakai...

Inserts tu boleh buh 1 atau 2 lapis, depends on si pemakai laa kan. Untuk toddler macam Rafiqh ni I rasa most of them pakai 2layers tapi since Rafiqh ni kerap poop, I mentioned in my previous entry he poops at least 2times a day, but usually until 4-5times, so tak sempat nak lencun lagi dah kena salin, I pakaikan 1layer je, bila nak outing/agak2 dia dah tak poop, baru bagi pakai 2layers.

Pengendaliannya pun mudah. Boleh basuh pakai washing machine. Cuma kena beli detergent khas je laa, tapi tak susah pun, kalau dah biasa basuh baju baby guna detergent khas baby tu haa kira no hal laa, tapi macam I ni, masa bawa Rafiqh balik sini dulu memang bawa detergent khas untuk baby dari Malaysia, tapi bila dah habis, I beli attack liquid-type tu je basuh baju dia, since kulit dia tak sensitif so memang pakai yang tu hingga sekarang. Tapi bila nak guna cds ni, untuk jaga kualiti inserts tu tak boleh laa pakai detergent containing pure soap, enzymes, fabric whiteners, fabric brighteners, fabric softeners or anything scented, so I beli laa. Kiranya sekarang basuh baju2 Rafiqh sekali dengan cds dan inserts selang sehari...

Contoh sabun yang I beli. Eh gambar sabun pun nak tunjuk ker? :-p


Bagi yang duk kat Malaysia I rasa nak kendalikan poop baby sangatlah mudah kan, sebab toilet dan bathroom tu satu je, tapi kat sini kan asing2, takkan nak alirkan the poop dalam lubang tu, so bagi I masa mula2 nak guna tu agak pening jugaklah nak fikir. Then I found the flusable diaper liners, dipendekkan cerita, bila Rafiqh poop, campak je liner tu dalam bowl toilet tu then pam. Nak cuci cds yang terkena najis tu pun tak susah, tak perlu berus pun, just gosok lemah lembut je, memang keluar habis, tak macam lampin biasa yang ada kesan warna lagi kan, ni memang bersih terus. Awal2 je I rajin buh liner tu, sekarang on off, hahaha... Mungkin bagi ibu2 yang dah lama guna cds ni ada cara yang lebih efisyen nak handle poop baby, boleh share kat sini yer, thanks in advance.

Flusable liners...


Sementara nak kumpul2 cds untuk dicuci, buang najis dengan cara alirkan dengan air dan gosok sikit2, kemudian diletakkan dalam bekas kering/dry pail. Mula2 tu I tak tahu, pi rendam dalam air sebab nak elak bau hancing, tapi bila tanya CikYam, dia kata sepatutnya jangan rendam sebab boleh menyebabkan pembiakan bakteria, buh dalam bekas bertutup je.

After all, tak laa susah sangat pun nak handle cds thingy ni. Jimat memang jimat cause for this month kami tak beli diapers pun lagi. Last time I bought the diapers was on 25th march, hahaha boleh ingat tarikh tu, yer laa, hari tu 10bai pointo(=10kali ganda point) I bought 2packs, then till today we still have 1pack left, belum buka lagi! Selalunya dalam sebulan kena beli about 3packs M-size(50pieces each pack) and 1pack L-size(42pieces). Mamipoko M and L-size tu harganya 897yen, so totally about 3600yen per month...

Frankly speaking, I still don't know when we will fully cd-ing Rafiqh. Kalau duk rumah je memang tak ada masalah, tapi bila outing jauh2/lama2 atau traveling, we still need the disposable diapers, easy to manage. But if suddenly we decide to fully cd-ing him, it is absolute necessity for us to buy the nappy wetbag.

So mommies, if you have an interest towards this cd, I really recommend you to give it a try! You won't regret it, believe me! hahaha, dah jadi salesgirl tukang promote laa pulak, oh how I wish I get commission from this entry, muahaha...

Juadah berbuka

Tajuk entry macam di bulan ramadhan laa pulak kan, hihi... Hari ni tak puasa, alhamdulillah setakat ni dapat laa 2 hari-isnin dan selasa berpuasa, insyaAllah esok pulak nak sambung. Niat utama berpuasa ni ialah nak bayar nazar, niat sampingan adalah untuk hadkan pengambilan makanan pada waktu siang, hehe. Ada yang tanya(including myLove) "larat ker? tak lapar ker? baby ok ker?", jawapannya I sengih je...

Soal larat tu bukan masalah laa since I memang terperuk ja dalam rumah ni, langsung tak keluar! Melampau sangat laa kan kalau kata tak larat, bukan buat apa pun, ke hulu ke hilir dalam rumah je, habis sangat pun main bola dan shabondama(=soap bubble liquid) dengan Rafiqh, tu pun dalam rumah je! Part lapar tu pulak, so far belum laa rasa lapar sangat2 lagi, dalam pukul 5.30petang rasa laa penat sikit, dahaga dan lapar, tapi tak sampai ke tahap terlepek pun... Pi mai pi mai buat kerja, memang tak sedar pun masa berlalu. Kalau tanya pasal baby pulak, rasanya dia ok je kat dalam tu. Bergerak bukan main aktif lagi, sampai senak dan tersentak2 I dibuatnya. As long as he/she is moving actively and consistently, I guess nothing to be worry about, right?

Sekarang kat sini berbuka pukul 6.50petang, cuaca pun tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, memang sesuai laa untuk berpuasa... Setakat mana termampu, buat je laa. Kalau dah tak larat nanti, memang tak akan paksa diri...
Nama je laa puasa, tapi memasak still macam biasa, tahan sikit sebab tak boleh makan je, hahaha. Macam2 teringin nak makan haihh, alkisahnya isnin lepas buat puding roti untuk berbuka, lepas myLove balik kerja baru dinner sama2. Untuk dinner I cuma buat ayam masak kunyit, telur dadar dan sarada. Dah sebab dinner pun dekat2 pukul 9malam, memang tak bangun sahur dah laa jawabnya.
Puding roti ni biasanya orang buat buang kerak2 bahagian tepi tu kan, tapi sebab I sayang nak buang, buh je sekali. So yang part tu akan garing sedikit selepas dibakar. Resepinya hentam2 ikut suka, dapat laa 8biji, Rafiqh makan 3biji dan mamanya makan 5biji...



Ayam masak kunyit ni resepi dari myResepi tapi I ubah sebab nak bagi berkuah. MyLove suka makan lauk berkuah, memang kena masak yang banyak kuah.



Sarada... Ada salad, kobis, lobak putih tsukemono dan limau sunkist. I kalau buat sarada mesti buh buah, dah sebab limau je ada, bantai je buh, tu pun saki-baki si Rafiqh makan tak habis, hehe...


Ayam masak kunyit

Bahan2:
ayam boneless - dipotong kecil
serbuk kunyit
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
serai - diketuk
cili padi hijau dan merah - dihiris
sayur2 - kali ni guna asparagus dan karot
sos thai
pes tomyam
garam
gula
minyak

Cara2:
- lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga garing, asingkan
- tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili hingga naik bau, masukkan ayam tadi
- masukkan sos thai dan pes tomyam sedikit, tambahkan air untuk cairkan
- masukkan sayur2 dan garam gula, siap...


Semalam pulak buat bengkang gandum, setengah orang panggil kuih bakar. Bengkang ni kalau mak yang buat memang meleleh laa, dah lama tak makan, bila dah teringin ni kena laa buat sendiri. Hasilnya memang jauh laa dari yang mak buat, mak bakar pakai sabut, kat sini mana nak cari sabut, bakar dalam oven je laa. Rafiqh pun suka, seronok je layan dia makan... Untuk dinner pulak buat hati ayam masak kicap pedas dan ayam goreng berempah, sayur tak buat, makan ulam2 je.
I memang suka bakar sampai garing, part yang garing tu yang sedap, hehe... Ke mana menghilang 1/2 lagi tu? Dalam perut Rafiqh, kesian mama tengok je anak makan, hahaha... Resepi ni boleh refer my sil-kaklong punya fp.
http://shw.mariamsayutiy.fotopages.com/19225769/KUIH-BAKAR.html


Hati ayam masak kicap pedas, juga diambil resepinya dari myResepi tapi diolah ikut selera sendiri. Sebelum kahwin tak reti pun makan benda2 dalaman ni, tapi bila dah kahwin, belajar dari myLove. Orang kata time pregnant ni tak bagus makan benda2 dalaman ni, tapi kalau kadang2 je takper kan? hihi *ayat sedapkan hati*...

Hati ayam masak kicap pedas

Bahan2:
hati ayam
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
serai - diketuk
serbuk ketumbar
serbuk kunyit
serbuk kari
cili boh
sos tomato
kicap
garam
gula
minyak

Cara2:
- lumurkan hati ayam dengan serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan serbuk kari
- panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai
- masukkan cili boh dan masak hingga pecah minyak
- masukkan hati ayam tadi bersama sedikit air
- masukkan sos tomato, kicap, garam dan gula, siap...


Hari ni belum tau lagi nak masak apa. Sepatutnya esok kena pi klinik untuk check up baby tapi myLove busy je, kena tangguh laa gamaknya. Nak ajak junior temankan untuk jaga Rafiqh ni pun segan laa pulak, diorang sure busy dengan kelas kan. Tak sabar sebenarnya nak pi klinik sebab nak check gender baby, hihi. Sabar je laa...

Tuesday, April 21, 2009

Sampah oh sampah...

Cerita hal sampah pulak hari ni...

Kat sini kalau nak buang sampah kena buang pada hari2 tertentu. Hari2nya tu pulak berbeza antara satu prefecture dengan yang lain... Kalau kat Malaysia, buang sampah ni senang je kan, semua campak je tapi kat sini kena asing2, ada sesetengah tu siap kena bayar lagi! Ish3, buang sampah pun kena bayar! Contoh barang yang kena bayar tu macam peti ais, tv dll, bukan murah pulak tu, hish...

Kat sini hari isnin, rabu dan jumaat adalah hari buang sampah kertas dan nama-gomi(=sampah dari dapur seperti sisa makanan). Khamis pulak untuk plastik. Selasa minggu pertama setiap bulan adalah untuk sampah2 seperti kain baju, kasut, kipas, periuk belanga, pinggan mangkuk, pet-bottle, tin, botol kaca dan banyaklah lagi. Kiranya benda yang tak boleh buang hari isnin, rabu, khamis dan jumaat tu haa boleh laa buang hari selasa ni... Hari selasa minggu kedua setiap bulan pulak adalah hari buang sampah kotak2, surat khabar dan majalah...
Sampah macam bekas polisterin, kotak2 minuman, pet-bottle, tin dan botol kaca tu boleh jugak buang kat supermarket. Diorang memang ada sediakan bekas khas untuk buang semua2 ni, tapi kena make sure kalau polisterin, botol kaca dan tin tu dah siap dicuci, kotak2 tu kena siap2 potong...

Sejak kahwin, memang tugas I membuang sampah2 ni. Jarang2 sangat minta tolong myLove buatkan. Tapi sejak pregnant 2nd baby ni, dia laa yang kena buang mana2 yang berat especially diapers Rafiqh dan kotak2. Kalau sampah nama-gomi tu selalunya I laa yang buang, seminggu sekali je pun. Yang plastik tu pulak 2-3minggu sekali. Yang lain2 tu memang kerja I laa...

Antara contoh sampah hari selasa minggu pertama setiap bulan... Tunggu bulan depan baru boleh buang ni...




Kotak2 yang dah diikat...



Sampah plastik...


Kotak minuman yang dah dipotong dan bekas polisterin...


Kat apartment kami tinggal ni, semua sampah kena buang sebelum pukul 8.30pagi. Kalau time malas sangat, nak2 masa musim sejuk tu, I belasah je buang malam2. Bukan salah pun, cuma makcik2 kat sini kecoh sikit, haha, peduli hapa haku! :-p Malas sungguh nak keluar pagi2 buta pi buang sampah, sejuk... Dah laa duk tingkat 5, hadoi...

Sekarang ni bab sampah mostly semua dah clear. Tunggu hari nak buang je, so nanti I tinggalkan rumah ni cuci-calat, senang hati...

Monday, April 20, 2009

Montel...

Hari ni I puasa, membayar nazar. Tak banyak pun, 3hari je. Tapi kalau boleh nak konsisten puasa sunat hingga balik Malaysia nanti. Kenapa? Sebab I dah risau tahap gaban dah ni, takut melihat bacaan penimbang berat badan dan gerun tengok badan sendiri, hahaha...

Kononnya dengan berpuasa, tak laa asyik makan je waktu siang ni. Malam no hal sangat sebab I jenis yang dinner pukul 7lebih, lepas dinner memang tak makan apa dah... Cuma siang ni, memang tak tahan nafsu sikit. Maklum laa dok kat rumah je kan, makanan depan mata... Tambah2 lagi bosan tak ada kerja, rajin laa dok tengok blog masakan orang then try resepi2 baru. Dah masak kena laa makan, takkan nak buang pulak :-p Haa dah bila asyik makan je, memang laa berat naik. Hish, tensyen betul!

Lebih kurang 3minggu lepas, bacaan berat I 51.5kg, minggu ni timbang dah 53kg, wooo bahaya2... Memanglah sekarang ni tak boleh nak diet kan, tapi boleh kontrol pemakanan, salah satu caranya ialah dengan berpuasa... Dapat puasa seminggu 2kali pun dah ok dah...

Eh tapi macam rosak je plan nak kontrol pemakanan tu, ni baru siap menggodek puding roti ni, hahaha. Semalam buat sebuku soft-bread, buat sahur sekeping then myLove buat breakfast sekeping, banyak lagi baki roti, tu yang terfikir nak buat puding roti tu... Takper2, nanti sumbat Rafiqh makan banyak2, hehehe...

Bawah ni gambar2 semalam, masa nak pi studio gambar. Susah betul nak ambil gambar Rafiqh ni sekarang, suka sangat berjalan, hadoi. Nasib baik laa masa kat studio tu mood dia baik, asyik ketawa je, tu pun satu hal jugak tu, kami pun nak tergelak dibuatnya... Tengok laa gambar 3 of us kat bawah tu, punya laa montel muka I, hahaha. Sabtu lepas masa dok sembang dengan my juniors, bila dok bercerita bab diet2 ni, diorang dok kata yang I ni tak nampak gemuk, nampak biasa jer. Errrkkk, biar betul diorang ni, ker nak jaga hati I je, cet! Lepas tu mula laa keluar teori baby boy baby girl, hahaha, merepek je, layan je laa, buat bahan ketawa...


Montelnya mama, hahaha...



Oh tidakkk... Walaupun cuma 3kg lebih dari berat masa dok susukan Rafiqh dulu, tetap tak mau jugak!


Our weekends

Weekends adalah hari2 yang paling memenatkan. Berbanding weekdays, weekends ni penuh dengan kerja, dari celik mata sampai laa tutup mata balik, hehe. Penat tu tak payah cerita laa kan, malam2 pukul 8lebih dah tumbang zzz, join Rafiqh tidur. Agak2 pukul 10lebih mesti terjaga, baru laa aman berdua2-an dengan encik suami, tapi tak lama pun, mata ni mesti laloq semacam jer... Kalau weekdays ni breakfast simple je, roti memanjang. Lunch pun simple sangat, start busy pun bila dah lepas asar, tapi weekends ni dari pagi sampai ke malam tak henti2 buat kerja, especially part memasak, semua menu kalau boleh nak special. Tu kalau dok rumah saja, kalau nak outing lagi laa, penat jugak. Tapi seronok laa kan, myLove ada kat rumah...

Sabtu macam biasa laa, petang2 keluar ke rumah junior, beronggeng! Girls day out! Yang lelaki2 ni dok berebut tendang bola kat padang, yang perempuan kerja perabih duit, hahaha... Seronok sangat kalau dapat jumpa orang lain, bergelak ketawa bercerita merepek merapu meraban, rasa release tension seminggu terperap di rumah tu. I tak tahu laa macammana surirumah2 lain release tension ni kan, tapi bagi I kalau dapat keluar bersosial ni dah memadai. I ni kalau duk tercongok kat rumah memang boleh buat otak mereng!

Hari ahad, awal2 pagi sambil2 buat breakfast dah prepare lunch. Sebenarnya dah seminggu lebih beli ikan pari tapi tak berkesempatan nak masak. Lepas keluarkan ikan, sementara tunggu ikan defrost tu buat perencah untuk perap. Menu hari ni simple je, ikan pari bakar, air asam, ikan goreng, sambal sotong kering dan salad sebagai ulam. Sambal tu buat semalam untuk makan dengan nasi lemak, masih berbaki lagi...

Kalau ikan lain bakar macam tu je pun sedap, tapi ikan pari ni I prefer bakar dengan perencah, terangkat! Lauk2 lain tak pandang dah, belasah ikan bakar dengan air asam je...


Ikan pari belum dibakar...


Ikan pari selepas dibakar...


Air asam boi...


Sambal sotong kering...


Ikan goreng dan salad...

Resepi ikan pari bakar:
Bahan2:
ikan pari
minyak masak - dilumur pada ikan
*bawang besar/merah
*bawang putih
*halia
*serai
cili boh
serbuk kunyit
serbuk kari
garam
gula
daun kunyit - hiris halus

Cara2:
- kisar bahan bertanda * dan masukkan dalam mangkuk
-campur bahan2 lain dan perap ikan beberapa jam
- balut ikan dengan daun pisang dan bakar dalam ketuhar atau atas dapur lebih kurang 25minit

Air asam tu pulak istimewanya selain buh air asam jawa, buh jugak perahan lemon dan isi asam boi, potong2 cili padi, tomato dan bawang besar, gaul rata. Rumah ni tak ada lesung batu, kalau tak boleh tumbuk cili dengan belacan, mesti lagi terangkat kan...

Ikan goreng garing ni myLove punya kesukaan, 10ekor pun boleh habis, hahaha... Si Rafiqh ni orang makan nasi dia ratah ulam tu je, makan nasi sikit sayur je penuh mulut. Dah macam kambing pulak, makan daun, hahaha...

Petang tu kami keluar jalan2, tujuan utama nak ambil gambar kenangan kat kedai. Memang setiap tahun ambil gambar untuk meraikan anniversary tapi tahun ni lewat sungguh. Bukan I tak ingat, ingat laa sangat kan, cuma tak sanggup nak sebut kat myLove, budget agak ketat sikit so malas nak request lebih2. Tapi bila myLove sendiri yang sebut, happy nyaaaa... Minggu depan gambar siap, nanti lepas scan boleh buh dalam blog ek, hihi...

Bila terlalu penat, kadang2 malam2 I sampai tak boleh nak tidur. Sakit habis satu badan especially tang bahu! Dah pukul 2-3pagi pun masih on off lagi tidur, asyik terbangun cari posisi tidur yang selesa. Kasihan myLove terganggu tidurnya dek pergerakan I. Terpaksa laa dia urut2 kalau dia nak tidur selesa, hehe. Sedap betul kena urut sampai tertidur terus...