Sunday, February 21, 2010

H

Setiap kali berurusan rasmi dengan japanese especially via phone call, bila kena eja nama dalam huruf roman(contohnya masa nak book tiket flight), huruf alphabet yang paling susah nak disebut dalam bahasa jepun ialah H, cara sebutannya ialah ecchi(エッチ). Bukannya susah sebab berbelit2 lidah sampai tersembur air liur ka hapa ka, tapi sebab 'makna' disebalik huruf tersebut. Japanese mentafsirkan H sebagai mewakili huruf pertama dari hentai yang beerti "nakal" atau "kotor" atau "lucah".

Ni apa yang I copy-paste dari kamus wiki:-
Ecchi is derived from a Japanese word meaning "lewd", "sexy" or "lascivious" when used as an adjective, or "sexual intercourse" when used as a noun.

Hish hapa laa yang haku merepek ni?!
Eh cop2 !!! I bukan nak cerita pasal H orang jepun tau, NO NO NO, sebenarnya nak cerita pasal nama kami(read: Ishkandar, Fithriah, Rafiqh dan Raziqh), tapi melencong pulak mukaddimahnya, sorry, hehehe...

Mula2 nak story-mory pasal nama yours truly dulu lah, my name memang dieja fitHriah. Dari dulu sampai sekarang, ramai yang sangka I saja2 tokok-tambah H tu sebab nak glamour, hakhakhak. Dak aih, memang tu laa ejaan dalam surat beranak I hokey. Masa kecik2 dulu I pernah tanya abah dan mak, awatnya eja nama fitHriah, bukan fitriah?! Abah kata sebabnya kalau ditulis dalam jawi 't' tu ialah 'ta' tapi 'th' tu 'tho', 2 nama yang hampir sama tapi maknanya berbeza dalam bahasa arab, woooo baru laa faham... Disebabkan adanya H tu jugak memberi kelainan pada nama I, cause setakat 26tahun hidup ni tak pernah lagi I jumpa orang dengan nama yang dieja sama with my name. Kesimpulannya, saya perasan nama saya unik, noktah!

Secondly, myLove's name, secara kebetulan pulak namanya pun dieja with additional H, selalunya dok dengar nama orang Iskandar ja kan, so kinda lain dari yang lain jugaklah. Tapi bila tanya dia awat eja gitu, dia kata "taktau", ces!

Lastly, our super adorable 2Rs' name... Memang I sengaja cari nama yang boleh gedik2 nak tambah H, tak kesahlah kat awal ka, kat tengah ka, kat hujung ka, asalkan boleh buh extra H baru masuk list, hahaha punya nak bagi 'sama' sampai jadi mengong macam tu sekali laa. Apapun, yang pasti dan paling penting, lepas dah tambah H sekalipun, bila tulis dalam arabic ianya masih kekalkan makna yang sama. Takmau laa takat nak nampak glamour ja tapi nanti jadi takdak makna atau mengubah makna asalnya, macam buduh la pulak kan, hakhakhak.

Berbalik pada mukaddimah tadi, hehe tak habis lagi nak cerita bab tu...
Bila dok kena ulang2 sebut ecchi banyak2 kali kat japanese, otak ni mula laa nak melalut fikir bukan2, segan pun ya jugak kadang2 tu, hadoiiii...

6 comments:

Ina said...

hihihi tataula plak itu maknanya. tp ituler kan sumer benda nk diubah nyer ke bahasa dia. elok2 sng je nk sebut nk eja, jd susah plak. kiter n hubby pn sama slalu je dok komplen2 psl ni. especially kalau bab title movie ke kan. kdg2 tu lari terus dr title asal ;P

Fith said...

Ina,
tuh laa pasal,semua nak ubah2 kan,sampai jd pelik2.bab movie title tu pun fith n hubby pun selalu komen gak,lari habislah dr yg asal,hahaha,apa2 je laa nihongjin ni...

mysara said...

naruhodo..cakap pasal nama nih..teringat lak blom pilih nama boy utk adek... heheh..meh la bg idea kat mai..fith mesti byk idea..

Fith said...

my,
taktau lg ek baby boy/girl?hihi...
uish fith pulak nak bg idea,mana laa reti,hehe.

Fadhlyna Abd Wahab said...

same la kite fith. chiput pn xpernah lg jmpe org yg sama ejaan nama dgn chiput. ms buat ic drjh 6 dulu, akak yg buat tu namanye fadlina. ms kt asrama dulu, pernah kena panggil dgn senior f5 yg namanya fadhlina sbb dia ingt chiput amik surat bf dia. setakat ni blum lg jmpa fadHlYna:)

Fith said...

chiput,
haa tu laa kan,bila ada ejaan yg 'lain' sikit ni mmg beri keistimewaan kan,ada kelainan laa biarpun sebutannya sama,hehe.nama chiput pun special,ada extra H....