Tuesday, February 2, 2010

Stripping cloth diapers

Dah agak lama tak bercerita tentang cloth diapers(cds) ni kan. Kalau sebelum2 ni I dah pernah tulis entry tentang basic info berkaitan cds dan cara2 pengendaliannya jugak, kali ni nak sambung tentang maintenance-nya pulak. Penggunaan cds boleh dianggap sebagai pelaburan jangkamasa panjang, rata2 antara kita ramai yang berjinak2 dengan cds ni atas faktor 'jimat' duit kan sebabnya dah tak payah angkut disposable diapers. Oleh itu, bagi memaksimakan impak jimat tu, kita sendiri kena tahu macammana cara terbaik untuk kendalikan cds ni supaya ianya mampu tahan lama, paling tidakpun 3-4tahun lah kot kan(tempoh tu I refer untuk cds dari europe ok, cause ramai kata kalau made in China biasanya bertahan around 2tahun saja). Salah satu regular maintenance yang penting untuk kita lakukan pada cds ialah stripping...

Seminggu sekali atau setidak2nya sebulan sekali kita digalakkan untuk buat stripping pada cds anak2. Kenapa? Kerana stripping adalah proses me-nyah bau dan membaikpulih fungsi cds(mengembalikan kuasa serapan inserts).

Kebanyakan dari kita menggunakan cds yang inserts-nya diperbuat dari microfiber/microfleece yang mana kuasa serapannya sangat tinggi. Cds yang telah beberapa kali digunakan dan dicuci berulang-kali mengumpul saki-baki sisa detergent, oil from the body dan pelbagai substances lain pada lapisan fabriknya, segala-mala bahan yang termendap inilah yang menghasilkan bau busuk setiap kali cds yang anak2 kita pakai tu terkena najis.

Sebenarnya ada banyak cara untuk stripping cds- boleh basuh dengan air panas, boleh basuh dengan bilasan yang diperbanyakkan, boleh gunakan bahan seperti cuka, baking soda dan dishwasher, banyaklah lagi, sila refer websites pakar kalau nak tau lebih details...

Ini cara I buat stripping:-

1. bersihkan dengan basuh dan perah kering cds yang terkena najis(kencing dan poop) anak2 dan simpan dalam baldi kering

2. rendam cds dalam air suam seketika dan perah sebelum dimasukkan dalam washing machine(wm)

3. basuhan pertama wm - cds dibasuh dengan menggunakan sedikit saja detergent khas untuk cds hingga selesai, kurangkan sukatan detergent dari basuhan biasa

4. basuhan kedua wm - cds dibasuh dengan sabun basuh pinggan hingga selesai dibilas dan dikeringkan

5. basuhan ketiga wm - cds dibasuh dengan air sahaja tanpa sebarang detergent/sabun lain


Akhir sekali jemur di bawah panas matahari...

Mungkin ada orang buat cara lain, feel free to share ok!

4 comments:

Raudhah anje said...

teringin sgt nak CD kan anak...tapi nnt takde masa pulak nak basuh CDs tu...kalau simpan 2-3 hari dalam baldi rosak tak CD tu?

Fith said...

Anje,
tak rosak anje,max boleh simpan utk 3hari.
mula2 mmg rasa leceh tp lama2 bila dah biasa mesti rasa senang nak handle.insyaAllah...

zura said...

huhuhuhu.., mmg syok sebenarnya pakai kan baby cd nie..! tak tau naper..? tapi mmg syok laa..!

Fith said...

zura,
hehe betul2,taktau naper tp syok