Friday, February 26, 2010

Anniversary...

Ulangtahun perkahwinan kami semalam kami sambut sederhana saja, takdak aih nak gempak2, dulu2 boleh laa nak buat candle light dinner ka hapa ka kan, sekarang ni dah ada 2R ni, dengan segala-mala lilin2 tu mau terbakar satu apato ni, elok2 nak makan dengan tenang, habis kelam-kelibut lintang-pukang nanti, hahaha...

Seperti selalunya, pagi semalam I selitkan kad dan sekotak kecil coklat dalam beg bento(=bekal) myLove. Tak surprise dah kot, selalu sangat guna idea yang sama, maybe nanti2 boleh laa nak cari idea lain kasi terkejut lebih sikit, hehe.


Kebetulannya hari khamis adalah hari yang paling sibuk buat I, dengan english class 2R, dengan extra-work as part-timer so memang keletihan laa nak buat itu ini. Walaupun dah sedia maklum yang myLove tak suka makan kek, tapi tetap ler nak buat kek jugak2, gedik kan, hiks. Takpa laa ayahnya tak makan, anaknya suka makan. So hari rabu lepas I dah buat kek, petang semalam decorate ala-kadar...

Dinner untuk special day mestilah kena masak special menu kan, fikir punya fikir decided nak buat nasi hujan panas. Dari tengahari dah mula masak, buat ayam masak merah dulu, sambil masak dok chat dengan kaklong, tanya tips nak buat nasi hujan panas tu. Ni bukan 1st time buat, dah banyak kali dah tapi selalu sangat dapat outcome yang hampeh, huduh dan mengecewakan. Sebolehnya kali ni nak bagi jadi jugak2, so kena laa berguru dengan yang pakar kan. Petangnya baru masak nasi hujan panas dan daging black pepper.

breakfast - burger Malaysia...


the anniversary cake...


the dinner...

Hahaha sebelum korang gelak tengok nasi tu, mai laa nak gelak dulu *cover malu*, kahkahkah. Walaupun tak secantik yang kaklong selalu buat tapi kira ok laa tu, kali ni nampak cantik laa dari yang sebelum2 ni. Amacam cikgu? Lulus dak? hohoho... Cikgu kata kalau nak terer kena buat selalu2, jamu orang makan, baik cikgu! Nanti akan ku prektis sokmo2 hokey!
Sekian saja laporan anniversary tahun ni, arrr hadiah? Rahsia!!! muehehehe....

6 comments:

kew_chop said...

terliurnya nasi ujan panas tu, lama tak mkn..
romantiknya cik abe dpt coklat..

Fith said...

murni,
haa buat2,nanti bleh bg tips kat fith jugak yer,saya budak baru bljr,hehe.

Ina said...

ooo nama dia nasi hjn pns ke. kat skolah dlu ada la menu nasi ni. kami panggey nasi pelangi sbb ada mcm2 kaler hihi. nnt cpt2 amik gmbr anniversary tempek kt blog ye :D

Fith said...

Ina,
hehe betul laa tu,hujan panas hasilkn pelangi,haha.
oh ok2,nanti dah amik,fith buh kat blog...

mariam said...

salam..wah dah dpt A dah okla tuh sbb warna dia dah tak mix ngan warna lain dah,boleh jamu mak mertua makan dah...:
Cikgula la sangat..cikgi adala,hehe.
agh dah dpt kerje baru ke,bestnya.Dapat pengalaman baru.
Kak long tahu hadiah rahsia tuh hadiah apa..hehehe...

Fith said...

kaklong,
err ya ka dpt A?tq cikgu!aah kali ni tak mix dgn warna lain dah,cuma terlbh kuantiti air pewarna,next time agh kurangkan kuantitinya,mesti lg cantik kan,hehe.
aiks camna bleh tau?hahaha...