Friday, February 19, 2010

Masak2 hari ini

Pagi tadi masa 2R dok ralit melayan kartun kat chanel NHK, mak depa pun menyukat bahan2 nak buat donat buh dalam breadmaker untuk diuli, sementara mesin tu buat kerja bolehlah mandikan 2R dan kemas rumah, bila dah siap uli-menguli terus canai dan terapkan. Petang nanti baru nak goreng...
Tengahari tadi lepas 2R dah bangun tidur I siapkan lunch, sambil2 tu buat muffins ni, nama muffins ni muffins-hentam-sajalah, hehe, sebabnya tak ikut resepi mana2 pun, main campak ja apa yang Rafiqh kata "ya". Tunjuk pisang dia kata ya, tunjuk kismis dia kata ya, tunjuk choc chips pun ya jugak, tapi bila tunjuk prunes dia buat derk ja, hihi lately dia kurang suka makan prunes. Hasilnya sedapppp! Lepas lunch tadi kami dah rasmi makan sorang seketul, rasanya lemak2 manis gitu!

Kemudian sukat bahan2 nak buat roti canai dan macam biasa bagi mesin yang uli. Duk tunggu roti tu siap I teringat hari tu beli purin(kastard pudding) paste, so apalagi kan, adun purin lah pulak, senang ja buat purin segera ni, cuma perlu tambah susu segar saja. Dapat 3cups ni ja pun, Rafiqh dah makan 1...

Lepas buat purin, terus masak kari ayam. Potong ayam, carrot dan ubi kentang kecik2 untuk makan dengan roti canai esok pagi. Nanti dah sejuk boleh simpan dalam fridge, esok pagi panaskan dan tambah santan/freshmilk dan adjust rasa sebelum dihidang, haa senang kan... Roti canai tu pun dah dibuat bulat2 dan disalut marjerin sebelum direndam dalam minyak. Pagi esok tebar2 dan goreng saja...
Sekian, aktiviti memasak hari ni. Malam ni nak buat nasi goreng cina dan ayam katsu ala kfc saja laa... Selamat berhari minggu!

8 comments:

Ina said...

byknyer masak! rajin tul fith ni. kiter baca pn dh penat dh hihi. kiter ritu try skali wat roti canai xjd terus dh pts semangat. sbb bila xjd tula yg wat penat nk godek bg jd blk. tp xjd2 jugak haha. nk kena berguru btl2 dgn fith dlu kot hihi.

MyBotanG said...

waaaaaahhh sungguh efficient and pandai bahagi masa.. well done!! and RAJIN.. tu yang penting tu.. all looks very delicious..kan best kalau duduk dekat..heheheh

Fith said...

Ina,
hish berguru hapanya,fith pun lintang-pukang lg,haha.maksud ina tak jadi tu sbb lembik ker?fith yg dok buat kerap ni pun kdg2 tak jadi jugak,ahaks,teruk kan?takpe ina,kita cuba lg,yosh2!demi nak mkn roti canai pagi2,ku godek2 jugak sepenuh hati,hahaha...

Kak,
takde laa gitu,ikut sempat ja buat semua ni,hehe.haa klau duk dekat,bleh sua2 kan.lg 1,boleh fith bljr menjahit dgn yg pakar.actually fith ada mesin jahit tp belum betul2 "guna",hehe.sgt teruja tgk org lain pandai jahit,hohoho

Ina said...

kiter buat jd keras fith. pastu masa nk canai mak aih keras dah tu putus2 nk tarik2 pun susah. in fact awal2 lg masa nk uli bm tu siap jammed. agaknya sbb faktor cuaca jugak ke ek? bhn2 tu keras sbb sejuk? itula nnt2 la buat lg. kena kumpul semangat blk hihi.

Fith said...

Ina,
ooo gitu laa pulak,hehe.fith buat selalu jd lembik doh-nya.tapi takper,nanti2 cuba lg,mesti jd...

zura said...

camner fith canai roti tu.., power sungguh laa..,

zura said...

camner fith canai roti tu.., power sungguh laa..,

Fith said...

zura,
tu tak siap lagi tu,kena tebar2 dulu,hehe.uish,tak power aih tapi sebab nak makan sgt2 kena pura2 power,hahaha