Sunday, February 21, 2010

Girls day out

Petang semalam, dikala encik suami sedang sibuk 'berhibur' mengejar bola di padang, I pulak bawa the kids keluar dengan kohaitachi(=juniors) ke FujiGrand. Takdak nak shopping apa pun, cuma nak jalan2, sembang2 dan makan2, aktiviti lazim ketika bosan, hehehe...

Selalunya kalau weekends ni Rafiqh memang 'liat' sangatlah nak tidur pagi, bila ayahnya ada memang susah betul nak pujuk bagi tidur, penat2 pun boleh lagi sakan meloncat sana sini, biasanya dekat2 pukul 3petang baru dia terhegeh2 nak tidur, akibatnya memang selalulah terpaksa cancel segala plan nak bawa 2R keluar. Tapi disebabkan sejak khamis lagi dah plan nak keluar semalam so I pun dok ulang cakap kat Rafiqh suruh dia tidur pagi atau jangan tidur langsung. Mujur dia tidur pagi semalam, so petangnya lepas asar kami pi ambil Nas dan Dena kat area apato depa. Happy betul Rafiqh nak keluar jalan2, suka sangatlah dapat jalan berpimpin tangan dengan 2dayang, langsung takmau kat mama dah, cet!

Sampai kat Fuji, jalan2 kat area kids department dulu, tengok2 barang budak tapi tak jumpa barang yang dicari so tak membeli. Kemudian lepaskan Rafiqh dan Raziqh main kat play area tu kejap, agak2 dah puas main kami round2 ja laa. Turun kat bahagian bawah, pusing2 then pi makan takoyaki(=octopus balls)dan soft-cream sambil sembang, punya ralit berborak sampai tak sedar dah pukul 6.20malam, hahaha, dok dalam shopping complex tu memang tak sedar dah gelap, kami terus balik sebab takut tak sempat solat maghrib, sekarang ni isyak masuk pukul 7.20malam...

Nanti dah panas sikit setiap sabtu bolehlah kerap2 ajak the girls keluar 'berkelah' kat taman2, bawa foods dari rumah, sambil2 makan tu lepaskan 2R bermain, bestnyaaa...
2R kat play-area...

macha(=green tea)+chocolate soft-cream, yummy!

4 comments:

Ina said...

sedapnyaaa soft cream! sejak dtg jepun ni la suka mkn ni. xsbr nk tggu pns sket nnt leh la mkn soft cream slalu. kalau dok mkn skrg alamatnyer berair jela idung ni hihi.

Fith said...

Ina,
sedap kan soft-cream,fith prefer yg ni lbh dr ice-cream,hehe.tak lama dah nak haru,pasni boleh mkn selalu2...

Fadhlyna Abd Wahab said...

fith, chiput kt sini pn slalu bwk adik2 girls jln2.penuh 1 stream. xkire la masih enchek suami ade(mcm fith jgk, slalu ms ajak main bola ptg2), ms dok berdua dgn fateh, apetah lg tgh bujang sementare ni. best dpt jln2+borak2+window shopping+mkn aiskrim dgn girls je once in a while,kn?

Fith said...

chiput,
yer betul!hehehe
sgt best sekali-sekala boleh kluar dgn girls je kan.esp bila window shopping,syok betul,hihi