Friday, February 19, 2010

Cerita gigi dan merangkak Takeshi-kun

Sekarang ni susah betul nak ambil gambar 2R ni, yang Rafiqh tu gedik nak jadi cameraman, asal nampak mama pegang camera ja dia mai nyibuk nak tengok skrin belakang tu, yang Raziqh pulak dah ligat ke sana sini, memang mencabar betul time nak fokus depa 2 beradik ni, haihhh...

Ni gambar semalam, hajatnya nak ambil gambar Raziqh yang tengah belajar merangkak, tapi bila dah masuk kom tiba2 terperasan yang dalam antara gambar2 tu dia show off gigi dia, wahahaha... Raziqh sekarang ada 2batang gigi kat bahagian bawah, halus kecik ja tapi kalau dia gigit perghhh sedap! hahaha...
"gigi saya ada 2, ngeeee"...



Beberapa hari kebelakangan ni Raziqh dok rajin belajar angkat punggung dan badannya kemudian bergerak ke depan, dah ada gaya ala2 nak merangkak, tapi kalau tengok usianya yang baru 6bulan lebih ni, eh2 rasa macam awal sangat laa pulak nak merangkak kan... Bila tengok patent dia menyulur, nampak macam taklah cekap mana pun lagi, selalu ja terlentang ke belakang sebab tak reti budget nak landing, mujur laa rumah ni lapik karpet yang bawahnya tatami(lantai jepun yang diperbuat dari jerami tenun) so jatuh gedebak gedebum pun tak sakit. Kalau tengok dia menyulur pun taklah laju sangat unless kalau dia nampak botol air Rafiqh, tak pun dia nampak orang makan, haa time tu memang menonong laju kemain. Pernah beberapa kali dia cepuk makanan Rafiqh sampaikan sekarang ni Rafiqh dah naik cuak kalau tengok adik dia terpa dia yang tengah makan, siap angkat pinggan bawa lari dan duk ubah tempat makan, kalau tak sempat lari dia melalak, hahaha, lawak pulak bila tengok Raziqh buli Rafiqh...

"yiiihaaa, see mama, adik dah nak merangkak dah ni..."

Selalunya sebelum boleh merangkak baby akan pandai duduk dulu kan?! Raziqh dah boleh duduk without support tapi masih unstable lagi laa, terhuyung-hayang macam lalang! Aktiviti duduk sendiri ni pun salah satu penyumbang dia selalu tertomoih tang sana sini, takpa boy kan, mesti mau lasak!!! Gambare Takeshi-kun!

5 comments:

kew_chop said...

nasib baik ada tatami kan, memang dulu carik umah nk ruang tamu yg tatami sebab dah budget ada anak kecik mesti dok jatuh2.
comelnya raziqh buli abang..hihi

Fith said...

betul tu murni,klau jatuh atas lantai lg laa risau kan.fith tak suka tatami dulu,tp skrg rasa mcm best pulak,hehe

zura said...

alalaaa.., comelnya.., nasib tak de baby gurl.., kalau tak dah boleh chop wat menantu..! hahahahha..,

wah skang nie dah masuk fasa utk membuli abg eh..? besh besh.., dulu kecik abg bulikan..! ehehehehe

Ina said...

wah cpt jugak raziqh ye dh nmpk dh giginyer tu. ihsan dr haritu ada setompok putih kt gusi tp giginyer xkuar2 lg. bgs gak ler seriau sket dgn gigi nih hihi. bagus2 raziqh dh bergerak ye :D dh ada gang la oniichan skrg ni wat inspection 1 rmh hihi.

Fith said...

zura,
eh boleh2,tunggu ek,nanti dpt gegirl kita bincang blk ek,hahaha...

aah fasa buli abg pulak,dah melalak byk kali dah kena dgn adik dia,hiks

Ina,
uish ina,bior lambat takper ina,dah ada gigi nanti,keje menggigit aje,aduihhh.ni baru bhgn bawah ni,tang atas lopong lg,naik yg atas nanti,perghhh melalak sakan laa mak dia ni,hahaha