Persatuan Anak-anak Malaysia Yamaguchi menganjurkan bowling taikai(=tournament) semalam. Sebelum2 ni bowling taikai berlangsung ketika fuyu yasumi(=winter break) iaitu sekitar akhir disember hingga awal januari, tapi tahun ni buat masa haru yasumi(=spring holiday) so tak semua lah yang dapat join, ada students yang dah balik Malaysia dan pergi bercuti. Apapun, acara semalam tetap meriah dan havoc! hiks...
Awalnya kami memang tak plan pun nak join, almaklumlah depa buat on weekdays kan. So semalam lepas asar I cuma siap2kan 2R tunggu myLove balik nak pi supermarket beli barang dapur ja. Tup2 myLove balik awal, pukul 5.40 dah balik, bila tanya nak pi bowling taikai ka, dia kata jom, so terus minum petang, solat dan bersiap. Janjinya pukul 6.30 nak mula, kena pi before 6.30 tapi haghammmm, kami yang lewat 10minit ni pun jadi orang pertama yang sampai, hahaha hampeh sungguh! Memang macam ni selalu, dari dulu2 zaman tok tonggek sampai zaman tok tak tonggek dah ni pun, maintain jugak warisan melayu ni, hakhakhak.
Tunggu punya tunggu, acara pun bermula. Dah lama bebenor mama 2R ni tak main bowling, dekat setahun dah, last main masa pregnant-kan Raziqh last year, huhu. Tapi kali ni pun tak boleh nak join main sebab ada 2budak kecik nak kena handle. Pergi sekadar nak bagi sokongan ja laa. Pung-pang-pung-pang, golek2 bola, makan2, minum2, ambil gambar, gelak2, jerit2, sorak2, habisssss. Depa main 2games ja pun, so 8.30malam dah selesai, berkumpul pulak untuk sesi penyampaian hadiah dan cenderamata. Ada 2 kategori pemenang iaitu pemenang persendirian dan kumpulan. Tanpa disangka2 myLove boleh pulak jadi juara, hehehe rezeki laa kan, habuan penat Rafiqh sokong ayah, tiap kali ayah nak baling bola dia pun sibuk sama tercegat sebelah ayah, siap tepuk2 tangan bila bola dah masuk, hahaha. Untuk hadiah persendirian, dapat laa piala-punya-laa-besar-taktau-kat-mana-nak-letak. Bagi kategori berkumpulan pulak, group myLove menang, lojik arr tempat pertama dan kedua memang dari group dia pun, so total markah memang depa laa tinggi kan, hadiahnya junkfoods, haa coklat2 tu jadi hak milik Rafiqh ler...
Pukul 9lebih bersurai, kalau buat on weekends boleh laa lepas tu nak pi lepak2 kat family restaurant ka hapa ka, tapi dah sebab esoknya myLove kerja, kami terus pi beli barang then balik rumah. 2R pun dah penat dan mengantuk, sampai ja kat rumah salin baju dan bagi susu, dua2 terus pengsan...
Gambar sekitar majlis tak dapat lagi yang memuaskan hati, nanti kalau ada I upload ok...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment