Tuesday, February 23, 2010

Macammana nak dapat anak?!

Beberapa hari yang lalu, chat dengan seorang kenalan lama via ym, kenal dia since zaman sekolah menengah lagi dan dah bertahun lamanya tak dengar khabar, suddenly jumpa balik kat facebook. Tengah2 dok update cerita masing2 then tiba2 dia mentioned tentang anak, dia dah kahwin for more than 3years tapi belum ada rezeki untuk menimang cahayamata. He even asked me "kalau ada tips macammana nak dapat anak, share laa"... Wahhh terkejut makcik, I was just laughing "hahaha", bukan niat nak ketawakan dia tapi terasa lawak pulak bila orang tanya soalan gitu, I'm not the one who supposed to answer that kind of question since me myself pun got pregnant after 2years of getting married, tak layak laa nak cakap bab tu kan, apalagi nak bagi tips, ohohoho. Untuk cover rasa 'bersalah' sebab tergelak tadi, I pun 'cakap' "merepek laa", he replied "eh tak merepek, serius ni, orang memang dah lama teringin nak anak". Actually I really wanted to share lots of info regarding this with anyone who seriously asking me about anak but errr sebab dia ialah HE(not she), rasa macam tak selesa lah pulak. So I suggested him why don't they go to consult with gynae, he said they did, oh my, speechless.... The conversation over...

This is not the first time kawan2 tanya soalan macam ni, topik 'anak' ni macam dah jadi satu kemestian setiap kali berbual dengan kawan2 especially yang dah berumahtangga. For those yang baru kahwin tak sampai 2tahun tapi mengadu atau mengeluh belum pregnant, I akan kata "sabar, jangan pressure sangat(stress adalah antara punca sukar hamil), just relax and enjoy your life berdua dengan hubby/wife, yada2". Setakat yang I tahu(dari gynae dan pembacaan), kalau baru 2tahun berumahtangga, even pergi jumpa pakar sekalipun, mereka takkan 'over' sangat nak consult your problems. Just after 2years of trying hard to conceive then only they will try to help you.

Kenapa?
Kerana 2tahun pertama adalah tempoh 'honeymoon' bagi hampir kesemua pasangan, tempoh dimana hubungan batin paling kerap terjalin, so secara lojiknya kalau hubungan itu berlangsung dengan 'betul' makanya the wife akan mudah hamil, insyaAllah. Tapi both husband and wife kena faham laa, kena laa tahu perkara basic dalam hubungan badan, selebihnya cuba dan cuba dengan sabar dan tenang. Jangan jadi macam cerita Cinta Balqis(drama tv3) tu, dah bertahun2 tak 'bersama' tapi dok pulun makan ubat/jamu itu ini dengan harapan nak pregnant, bangang ka hapa??? Ingat anak tu mai gedebuk jatuh dari langit masuk dalam rahim ka? haiyaaa ini macam punya olang pun ada ka????

Sekiranya selepas 2tahun mencuba pun masih belum jugak hamil, pergi laa jumpa gynae. Ni laa masalah orang kita, bila cadangkan depa pi consult doctor, depa melenting balik, depa sangka kita kata depa mandul, hadoiiii. Pi dapatkan nasihat doktor tak bermaksud kita ni ada masalah untuk hamil, tak beerti kita ni mandul. Hakikatnya banyak yang kita tak tahu tentang proses nak dapatkan anak ni yang pastinya pakar2 tu lebih tahu, so bertemu, berbincang dan dapatkan khidmat kaunseling ni memudahkan kita mengenalpasti kesilapan2 yang mungkin selama ni kita tak sedar dan memudahkan untuk kita terus berusaha, tu ja...

Pakar2 ni nanti akan bagitau kita perkara asas tentang proses pembentukan janin(dari hubungan badan kepada proses persenyawaan bla3), kita diajar kira hari subur(melalui kitaran haid), kita diajar cara kenalpasti hari subur(melalui graf suhu badan, body discharge etc.), kita juga dimaklumkan tentang kaedah sexual intercourse yang memaksimakan potensi untuk hamil dan banyaklah lagi.

Tapi kalau semua tu masih menemui jalan buntu, bolehlah proceed kepada ujian2 seterusnya untuk kenalpasti masalah2 yang mungkin kita hadapi, contohnya kalau dari pihak suami mungkin air mani tak berkualiti(kurang sperma dll), kalau dari pihak isteri pulak mungkin disebabkan telur yang tak matang atau kecil dll. Bila dah tahu sebab-musababnya, barulah boleh ambil langkah seterusnya kan, nak makan ubat ka, nak guna kaedah2 lainnya ka...

Seandainya pula ternyata kita diuji dengan infertitility problems, janganlah berputus asa, tu bukan titik penamat yang terus melabelkan kita mandul. Mintalah bersungguh2 dari Allah, bukankah perihal anak ini rezeki dan anugerah pemberian dari-Nya?! Sandarkan harapan kepada Dia, insyaAllah Dia tak akan mengecewakan kita...

Pun begitu, jika memang ditakdirkan kita tak diberi nikmat memiliki anak, bersangka baiklah dengan ketentuan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini...

12 comments:

mysara said...

kitorang mmg plan 2thn pertama perkahwinan nk honeymoon berdua.lgpon masa tu masih study.tak fikir soal anak lg..bila dah final year baru teringin bb sbb duduk sorang2 sabishii.. rayyan la yg byk teman mai masa final year(even dia masih dlm perut jer pon) tp knowing that he is in me,helps me survived those days without his father... sbb tu rayyan special...hehehe

Ina said...

kitorg lps kawin mmg terus on family planning. mmg la xsbr sgt nk ada baby tp mestila ada sbb yg munasabah kenapa kami buat on planning n bknnya kami sengaja nk put on hold. lgpun agama tu xmenyusahkan n mmg dibenarkan pn buat family planning tp mesti dgn sbb yg munasabah la n agama pn xde kata lps kawin kalau xberanak masuk neraka haha. siap tensen tahap gaban sbb org dok tanya bila nk ada anak n siap sibuk2 dok suruh cpt2 buat anak. pdhal families xpernah paksa pun. lps dh ada anak 1st tp cpt plak Allah amik blk, ada plak org ckp mcm2. tulaa hang byk dosa bla bla bla. amboi sedapnyaa mulut. hang tu baik sgt laa tu ckp lagu tu buat org sakit hati. warghhh dugaan dugaan. hihih melalut plak.

tp tula on family planning je pun dh tensen apatah lg kalau jd kwn yg mmg dh ready nk buat anak tp xdpt2. kiter pn ada beberapa kwn yg masih belum ada rezeki anak. depa dh check n ada sket2 masalah tp bknlah xsubur. tiap2 hari kiter doakan kwn2 ni. tp tula slalu ckp kt diorg sabar byk2. somehow Allah tu maha adil. dia xbg rezeki anak tp dia bg rezeki lain. ada org Allah dh bg anak Allah bg dugaan lain plak kan kihkih (aik pasai pa gelak?). kena bersyukur n terus berusaha. (ingatan utk diri saya sndiri jugak - tetiba je :P)

Mommy Lyna said...

saya ada share tentang ni kat my blog:

http://mysuperkids.net/cara-nak-cepat-dapat-anak-nak-anak-kembar-dan-sebab-sukar-mengandung

Fith said...

My,
fith pun sama mcm my,hehe.tp fith dekat2 nak grad baru preggy,hohoho...anak mmg selalu jd kekuatan bg ibunya kan.wahhh tak sabar nak tgk adek rayyan,boy ka na,girl ka na,mesti kawai mcm rayyan onichan...

Ina,
uish ada ka yg kata psl dosa kita Allah ambil blk anak kita tu,eeeiii tak syg mulut tul,nak kena penampaq free kot dia tu,hahaha,kuang ajar tul ler,sabo2...

betul tu ina,lg terseksa org yg ready nak anak tp belum rezeki kan.apapun Allah lbh mengetahui...

Kak Lyna,
tq for the link...

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

yup2, mmg xble presure.insyaALLAH ade rezeki 2 ade la kn.kalo diorg mls nk p jmpe doc,blambk je kak fith jual alat utk cek suhu n bl akn fertlze sume.hehe

chiput said...

anak ni mmg rezeki Allah. Allah je yg tau bila ms yg terbaik utk kite dpt anak tu. mungkin kite rs kite dh bersedia, tp Allah tu Maha Mengetahui apa yg kite xtau,kn?

afu-chan said...

hahaha mmg x tahan ayat nih!!

"Jangan jadi macam cerita Cinta Balqis(drama tv3) tu, dah bertahun2 tak 'bersama' tapi dok pulun makan ubat/jamu itu ini dengan harapan nak pregnant, bangang ka hapa??? Ingat anak tu mai gedebuk jatuh dari langit masuk dalam rahim ka? haiyaaa ini macam punya olang pun ada ka????"

(sori ya i yg x kawin ni tumpang baca hehehe)

Fith said...

Faeeza,
itulah kan,byk gak alat2 pembantu ni kan.insyaAllah kalau ada rezeki dia,ada laa tu nanti kan.Allah suruh sabar kejap,hehe

Chiput,
betul tu chiput,kita tak tau perancangan Allah.mgkn Dia takmau bg lg skrg tp nanti Dia bg berderet2 kan,hehe.

Afzan,
hehehe,tgk ka citer tu?fith mula2 tu pelik gak apsal si mar tu tak preggy2 pastu baru tau yg diorg tak buat hbgn badan,gila lawak,hahaha...

eh takpa2,tak kawin lg pun takpa,baca laa,hihi

mysara said...

owh..yeke mar dgn hubby dia xbuat hub?
yg pi pulun minum jamu bagai tu apa kejadahnyer..
mai igtkan derang mmg xde rezeki... eh,mana fith tau nih??? klaka la pulak..agaknyer dulu dia xamek subjek bio kot...hahaha..jahatnyer aku!

Fith said...

my,
hahaha tak amik kot,takpun dia ponteng kelas bio masa cikgu ajar bab tu,hahaha.
erkkk my tak perasan ek,yg si mar tu ckp kat mak mertua dia yg dah lama suami dia tak sentuh dia,bertahun dah tak tidur sekali.kat last2 citer tu kan dia preggy gak kan,psl laki dia dah 'sentuh' dia laa tu,kahkahkah.

zura_betty said...

erm soal anak nie mmg isu senstif kan.., macam org dulu rezeki tu cepat 4bulan kawin terus dah lekat.., cume time tu tgh study final year..! so ok la kan.., event hubby tak de same tapi ade baby same2 dgn kita..! kira amsyar nie special sebab dia same2 ikut masuk kelas.., same2 stay up.., event mase grad pun dia ade lagi dalam perut..! tu yg super duper special tue..!

ape pun anak tu rezeki.., cepat atau lambat itu bergantung pd ketentuannya..! bukan ke sebaik2-baik perancangan adelah perancangan dariNya..!


Cume kdg2 pelik bile ade org sangup buang anak dgn macam2 cara yg terkutuk.. exmple baru2 nie.., dah la dibuang, dibakar pulak baby tue..! mane gaknya sifat kemanusian org2 camnie..!

aiee.., susah nak cakapkan..!

Fith said...

zura,
betul tu,semuanya bergantung pd rezeki,Allah dah susun cantik dah semuanya,kita je yg tak tau...

isu buang anak ni mmg sakit hati kan,kejam tul laa kan...sedih betul tgk...