Thursday, February 25, 2010

5 tahun

Hari ni 25 februari 2010, genap 5tahun usia perkahwinan kami, syukur alhamdulillah...

Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga...

Semoga dilimpahi rahmah dan barakah yang berpanjangan...

Semoga dianugerahi dengan ramainya putera-puteri yang mendamaikan...

Semoga diperkukuhkan lagi ikatan kasih dan sayang dalam melayari sisa hidup yang ada...

------------------------------------------------------

Kini 5tahun telah berlalu, serasa bagai baru semalam kita bersatu,
dari satu episod pada lirikan cinta pandang pertama,
kita mengarang lembaran persis kisah adam dan hawa,
mengait benang2 kasih dan menyulam lakaran cinta,
menjadikannya hamparan bahagia seindah pelangi senja,
walau hingga detik ini masih banyak yang kita perlu pelajari,
masih kita cuba menyingkap satu2 rahsia peribadi,
untuk terus mengenali hati budi dan personaliti,
pada jatuh-bangun, senyum-tangis dan suka-duka,
kita berkongsi tawa dan sering jua bermasam muka,
semuanya menjadi tautan yang mendewasakan,
mematangkan dan menyerikan sebuah mahligai rumahtangga...

5tahun telah berlalu, ku titipkan doa agar 5tahun lagi akan hadir,
moga cinta kita takkan pernah pudar,
bahkan benih2 kasih yang selalu kita baja,
kan selamanya menguntum bunga2 cinta yang harum mewangi,
ia kekal mekar mengisi lewat hari tua,
5 menjadi 10 dan 15 menjadikan hanya mati pemisah kita di dunia,
dan kita kan kembali bercinta kala hidup di syurga...

12 comments:

Miss Nurul said...

congrates k.fith. may Allah bless all of you :D

ojasamid said...

pergh..puitis sungguh bait2 katamu, fith :p
happy 5th. wedding anniversary to u. dah setengah dekad! hehe..may Allah bless u both n ur family..

Fith said...

Miss nurul,
thanks dear,amin!

Kak oja,
arigatou...
hehe dah lama tak mengarang,kihkihkih

IDA said...

happy anniversary..moga kekal bahagia selamanya :-)

aisha said...

happy Anniversary Fith..moga kekal berbahagia di dunia dan akhirat.
waahh kagum ye...ade bakat mengarang puisi..leh buat buku puisi nih ;)

mysara said...

amboi..pagi2 nih buka blog ramai pulak wat ayat bunga2...lama xbaca ayat camni..anyway fith, happy anniversary! semoga segala doa & harapan yg fith tulis tu dimakbulkan Allah.lps nih mai menyusul pulak insyaAllah... :)

Ina said...

happy anniversary fith! wah harini tetiba baca ayat bunga2 plak. semoga semua doa2 fith dimakbulkan, insyaAllah :)

Fith said...

Ida,
amin...
thanks!

Aisha,
dah lama tak menulis puisi ni,idak ler sampai buat buku,hohoho...
btw,thanks...

Fith said...

My,
hari ni hari bunga kot,hehehe...
amin2,tq...
haa anni my pun dah tak lama dah...

Ina,
thanks.sekali-sekala buh bunga2,kalau buh selalu kang org muntah plak,hakhak

kew_chop said...

waaa sungguh romantis bait2 puisi mu itu buk.. haha nape aku ckp indon plak ni..

happy anniversary, semoga kekal ke akhir hayat..

zura_betty said...

wah.., syok pulak bace blog fith ari nie.., nanti tulis lagi entry ayat2 camnie k..! eheheehe

nway tahniah n happy anvsry..! semoga jodoh terus kekal berpanjagan hingga ke syurga..!

Fith said...

Murni,
hahaha indon mali laa pulak,aduhhh tak tahan fith gelak2.
btw,thanks...

Zura,
haha takleh buat selalu,nanti korang muntah,hahaha
thanks...