Tuesday, February 16, 2010

Ulasan filem

Public holiday khamis lepas kami tengok movie ni, myLove yang tolong download-kan. Kalau nak harapkan I, jawabnya tak tengoklah, sebab I memang blur tak reti bab2 download ni, selalu tengok kat web rasmi tv3/tv9, takpun kat youTube. MyLove ni pulak jarang amat nak tengok cerita2 melayu, tak kesahlah drama ka filem ka, so kalau drama memang I layan sorang2, tak pernah tengok dengan dia, cuma kalau ada filem2 melayu yang 'meletup' kat Malaysia dan orang kata best baru laa I cakap kat dia suruh cari dan download-kan. Kalau tak, memang dok ngadap cerita mat saleh ja laa tiap2 minggu...

Filem ni dah lama dah ditayangkan, november last year tapi kami baru berpeluang nak tengok. For me, cerita ni ok laa, best, lawak dan ada 'isi'. Mainly berkisar tentang kisah 2 wanita yang mengejar lelaki berharta nak dibuat suami, memang tepat sangatlah dengan realiti kehidupan sekarang, dah ramai sangat perempuan zaman moden ni menilai lelaki dari 'isi poket' dulu sebelum hati budi, rupa paras pun dah tolak tepi dah, muka tak hensem takpa asalkan duit berkepuk, hahaha. Dan rasanya yang paling 'terbantai' tersindir dan terguris dengan dialog2 filem ni pastinya selebriti2 yang kahwin dengan lelaki tua berstatus Dato' dll tu, sinissss... 4 stars for this film, hiks...


Filem ni memang best tahap gaban!
Masa balik bersalin lastyear, I ada pinjam novel2 ni dari my sis-alang tapi sayangnya tak sempat pun nak baca. Lepas beberapa bulan dah balik sini alang bagitau yang movie dah keluar so I pun tengoklah 'ketika cinta bertasbih 1', memang best sangat sampaikan tertunggu2 yang 2 pulak keluar. 2minggu lepas baru berpeluang tengok yang 2 ni. Menitis jugaklah airmata ni, syahdu sungguh! Tabik spring kat penulis novel ni, cerita2 beliau memang superb! Sangatlah pandai menggarap kisah, mesej2 yang cuba disampaikan pun masuk dan menusuk ke dalam hati, betapa soal jodoh tu benar2 di tangan Allah...

Selain dari kekuatan yang ada pada jalan cerita tu sendiri, pemilihan lagu2 untuk diselitkan dalam filem ni pun memang best sangat2, ni laa tarikan yang ada pada lagu2 indonesia kan, sekali dengar pun dah boleh buat orang suka/jatuh cinta. Bagi I laa kan, secara peribadi I berpendapat yang lagu2 dari indon ni kualiti irama dan liriknya jauh sangat berbeza dengan lagu2 kita, mereka terlalu bagus! Ok, untuk filem ni I bagi 10bintang errr boleh?!

14 comments:

Ina said...

haah best tgk pisau cukur tu last week. best la klaka n ada isi kan. yg drama bila cinta bertasbih tu plak penah tgk 1 episod je pastu xtgk dh. sbb yg hubby download tu xde subtitle. so xphm ler bahasa indon tu. last2 xtgk pn dh. tingin nk tgk sbb dlm xphm tu pn mmg nmpk best sgt citer tu. kiter pn fith mmg suka lagu2 indon. sedap mmg xsama la dgn lagu melayu ni hehe. bersepah2 sgt penyanyi mesia skrg ni. tp penyanyi yg top2 tu je yg lagu best2 sbb diorg je yg btl2 leh nyanyi.

Fith said...

ina,
best ina,tgk laa,sgt menusuk kalbu,terasa besarnya hebatnya Allah dalam merencanakan soal jodoh,hehe...
betul2,lagu penyanyi skrg tak best!haha

kew_chop said...

kita pun dah tgk movie ni semua. pisau cukur tu pun not bad. boleh la.. bila cinta bertasbih tu suka tgk tang ikatan adik beradik tu, sweet jekk.

Fith said...

murni,
mmg ramai suka citer2 ni kan,hehe,good2!

mysara said...

dua2 tak tgk lagi,even dok msia... korang lagi advance nampaknyer... nnti bleh la cari vcd(cetak rompak)..hahahah

Fith said...

my,
hahaha biasa laa,bila dok oversea kalut sibuk nak tgk citer melayu,tp klau duk msia,hagham tak minat sgt pun nak tgk citer melayu...
cetak rompak?hahaha

elah said...

heheh...dr dulu lg dok dgr tajuk movie ketika cinta bertasbih ni...br suruh germ download semlm...tp lambat lg br blh tgk....

Fith said...

elah,
tengok jgn tak tengok,sangat best!lambat pun takper,nanti leh tgk berdua,lg best,hehe

IDA said...

cite pisau cukur tu ida pun dh tengok..tp tgk kat youtube le hehe..best jugak..dok gelak sorg2sbb..takde org nk teman tgk pun :-)

Fith said...

Ida,
ajak laa aiman dgn hubby tgk,hehehe

::NISA:: said...

really agree with u...;)

Fith said...

thanks nisa!!!

My Botang said...

Thanks for the review.. mmg lost touch ngan citer-2 kat Msia.. i watched both the stories on youtube.. SUKER sesangat citer ketika cinta bertasbih tu.. mmg storyline nyer interesting, lakonan mantap and byk yg dpt dijadikan pedoman.. pisau cukur plak..mmm bley la buat gelak-2 time boring-2.. their acting were not bad.. thx..
pppssssttt!!1 nnt review lagi ek *wink*

Fith said...

kak,
fith ni mmg selalu jugaklah tgk citer2 melayu time bosan2,tp segan nak review,hehe,insyaAllah nanti buat review lg klau ada yg best...
best kan KCB?so far tak pernah dgr org ckp both series KCB tu tak best.yg pisau cukur tu mmg utk gelak2 je,tgk diorg gedik2 tu rasa gelihati pulak,hihi