Sunday, February 28, 2010

Meraikan adik2 yang bakal grad...

Semalam kami jemput kohaitachi(=juniors) yang bakal grad tak lama lagi ke teratak kami untuk makan malam. Nak kata jamuan perpisahan pun tak jugak sebabnya ada antara mereka yang still stay kat sini samada untuk kerja atau sambung master, so it's more to meraikan mereka punya graduation lah! Ingatkan nak buat bulan depan tapi masa pi bowling taikai(=tournament) selasa lepas kami dapat info ada yang akan balik Malaysia awal march so kami terus decided untuk buat minggu ni. Disebabkan plan yang mengejut so tak sempat nak prepare elok2, jamuan ala kadar saja laa.

Menu utama semalam ialah soto ayam, desert pulak strawberry chocolate muffins, macha(=green tea) muffins dan banana chocolate mousse brownies. Dan ada menu tambahan, 1 of them-MatNor yang memang terkenal dengan sangat rajin dan pandai masak siap bawa bubur kacang hijau, yummy!

Bihun, nasi empit, bergedel, telur rebus, ayam carik, tauge, daun bawang dan sambal kicap...


Sup soto...


Macha muffins...


Strawberry chocolate muffins...


Banana chocolate mousse brownies...


Air sirap bandung...

Cerita pasal soto ayam ni, I mula 'kenal' soto sejak kahwin dengan myLove, before ni setakat tau nama ja tapi tak minat sangat nak makan, ka tak pernah makan ek?! Rasanya kalau orang belah utara memang tak makan sangat kot soto, mak pun selalu buat bihun sup ja. Lepas kahwin selalu jugaklah buat soto tapi yappari tak jadi sangat sebab tak reti nak buat sup tu, hanya lepas beberapa tahun baru berjaya buat sup yang myLove puas hati, hihi. Masa balik bersalin Raziqh hari tu, pulun tanya sana sini nak belajar masak soto ayam, at last 'jumpa' jugak resepi yang best...

Berbalik kepada cerita jamuan semalam, semua yang dijemput dapat hadir, sebelum pukul 8 semua dah berkumpul, makan2 sambil sembang2 sampai pukul 10 baru bersurai, alhamdulillah habis licin semua juadah, harapnya depa puas hati laa dengan simple dinner ni. Batch kohaitachi yang akan balik ni adalah batch yang datang masa I masih bergelar student(final year). Kohai ramai dah yang balik, kami jugak laa yang tak reti2 nak balik, hehehe...

6 comments:

Ina said...

alahai soto soto sedapnya. nmpk mcm jd je kuah soto fith tu. kaler pn cntik. kiter suka soto tp smpi skrg xde keyakinan nk buat kuah dia. rasa lemah je tp tingin nk mkn huhu. baca mcm sng je resepi tp bila buat xjd jugak. haritu blk mntak mil buat. haa kiter mkn 2 trip. mkn smpi lps tu terduduk rasa nk muntah. haha xsenonoh pangai :P

Fith said...

Ina,
laa naper tak tanya secret recipe mil,bleh laa ajar fith,hehe.fith pun taktau jd ker tak sup tu tp hubby kata jadi,so belasah ja laa,hahaha...

kew_chop said...

walla, sedapnya soto.. ina jom kita pakat serbu umah fith..hihi..

Fith said...

murni,
meh2,meh laa dtg,bukan takat soto,mcm2 bleh kita jamu,hehe

aielemocnian said...

aku rs kalau tgk gamba aku dh x knl dh kut kohai2 ko wlpn dl sgtlah rajin berkunjung ke sana dh mcm kampung sndr. haha.

Fith said...

kaklong aisyah,
haa ya laa kot.semua muka baru dah skrg ni,hehe.jidai wa kawaru,hahaha bunyi cam dah tua sgt laa pulok.