Saturday, February 6, 2010

Back to school !!!

Owh actually bukanlah school pun, it's more to class, english class to be exact...

Before balik bersalin kat Malaysia lastyear, I dah pun bawa Rafiqh untuk join english class yang diadakan seminggu sekali sebagai pendedahan awal sebelum nak hantar dia ke kindergarden. Masa tu rasa nakkkk sangat bagi dia pi sekolah once kami dah balik sini. Sebab utama nak dia pi school adalah supaya dia boleh fasih bertutur dalam nihonggo(=japanese language), rugi laa kan kalau dah duk jepun tapi tak fasih bercakap bahasa jepun, nak2 lagi nama tu pun ada japanese name kan, hohoho... Selain tu, kami nak dia pi sekolah dengan harapan supaya dia boleh bermain sambil belajar(I really love japanese education system) and at the same time I want him to develop communication skills(read: berkawan)...

Bila dah balik sini, I have no car so kenalah tunggu dulu, lepas dah ada kereta, barulah myLove and me discussed more about Rafiqh's education. Lepas considered banyak perkara seperti ekonomi keluarga(yuran sekolah sini sangatlah mahal), kemampuan I nak urus 2R(send and pick up Rafiqh at school, his bento/foods bla3) and yada2, so as for now kami decided untuk hantar Rafiqh ke class dulu instead of kindergarden. Lagipun bila check balik niat utama nak hantar dia tu, dari pemerhatian I, actually he speaks japanese more than other languages now even though he just staying at home with me. InsyaAllah slowly laa kan, dia pun baru 2tahun 2bulan...

Back to the title, Rafiqh dah almost 7months tak join the class. Since Raziqh pun dah 'besar', I think I'm ready and fit enough to handle a toddler and a baby, hehehe. Oh english class ni perlukan penyertaan ibu jugak, kinda mommy and baby/toddler punya aktiviti laa. So hari rabu lepas, I called his teacher to ask her about the class, tanya jugak boleh ka nak bawa baby sebab kelas tu sebenarnya untuk budak 1-3tahun saja, teacher kata ok boleh, wohohoho best2. Tak sangka pulak teacher dia still ingat kat dia(dah dia the only foreigner kan, mesti laa senang ingat, hihi). Teacher ni pun ada anak sebaya Rafiqh dan dia dulu pernah further study kat oversea(US kalau tak silap), terer laa english kan...

Pagi khamis tu lepas siap semua rutin harian, I mandikan 2R lebih awal dari biasa. Musim2 sejuk ni biasanya dekat2 pukul 9 baru bagi mandi tapi khamis tu before pukul 8 dua2 dah ready dengan baju outing dah. Usually both 2R will take their morning nap around 9.30 am but on that day I put Raziqh to sleep early than usual, pukul 9 dah tepuk2 tidurkan dia, while Rafiqh diumpan supaya tak tidur. Rafiqh ni kalau dah tidur mau lajak 3jam, bukan boleh main kejut ikut suka hati, jadinya kenalah ralitkan dia dengan ajak dia main, bila adik bangun terus get ready dan keluar. Sebelum pukul 10 kami dah sampai kat kelas tu...

Mungkin sebab dah lama tak jumpa kawan2, masuk je kelas Rafiqh terpinga2 kejap. Kejap ja laa kan, lepas tu dia punya berlari dan main sampai tak ingat adik dan mama dah. Satu kelas tu ada hampir 20 orang kanak2, I'm the only momma with 2kids. Masa sesi budak2 punya jikoushokai(=memperkenalkan diri), lepas I dah introduced Rafiqh(they call him Tsuyoshi-kun), the teacher asked me to introduce Raziqh as well, wahhh Raziqh pun dianggap member jugak ker. When I told them his name is Raziqh Takeshi, call him Takeshi, semua ibu2 kat situ terkejut, ada ka patut depa ingat dia girl, ish3 tak patut, tak patut! Maybe sebab Raziqh pakai baju sejuk bentuk ladybird warna merah dan hitam yang menampakkan dia macam girl kot. That was the 1st time orang cakap Raziqh macam girl, ermmm I don't think so, cause air muka dia kasar, memang jelas nampak he is a boy, kan?! Masa tu terus terfikir, errr if I have a baby girl, she must be wearing all hot-pinky stuffs, mesti pakai little cute dress, colourful tight and socks, topi pun mesti fancy, bukan macam 2R yang sokmo2 pakai overall/romper/pant+shirt saja(nasib ler, dah boys kan, takkan nak bagi pakai skirt pulak, hek!). Hahaha boleh ter-berangan pulak nak baby girl, hohoho...

Rafiqh nampak enjoy sangat dengan semua aktiviti kat situ, kat kelas tu tak ajar ABC 123 or whatnots, bukan akedemik punya kelas pun, starting dengan memperkenalkan diri secara nyanyian, listen to story, nyanyi lompat2 lari2 pusing2, nyanyi2 lagi, main belon yang diisi air, nyanyi2 main2 nyanyi2 sampai laa habis. Ada antara mommies kat situ pun pernah study kat oversea so most of them can speak english well, mainly they use english to communicate but of course selingannya in japanese, hehe. Then lepas budak2 tu habis mengemas, ada sessi makan2, sessi mommies punya discussion kemudian bersurai. Almost 2 and 1/2 hours jugaklah baru settle semuanya...

Sepanjang kelas Rafiqh memang jarang nak datang berdempek kat mama, dia main dan buat hal sendiri dengan kawan2, mujur ada adik, mama melayan adik ja laa, adik pun happy kemain dengar lagu dan main. I lepaskan dia menyulur kat lantai so dia bebas nak ke mana pun, cuma kena perhatikan laa cause takut budak2 lain termasuk onichan terpijak dia pulak. Seronok Raziqh dapat explore benda2 baru kat situ, walaupun mengantuk dia still boleh sengih2 dan main, dah laa free ja untuk dia, yokatta ne! Tapi kalau kena bayar pun takpa, bukan mahal pun, 500yen ja satu sessi...

Masuk dalam kereta sebaik letak atas car-seat tu, Raziqh terus terlena, Rafiqh pulak nampak lali2 kepenatan tapi dok potpet2 bercakap. I singgah kombini beli onigiri dan ke pos ofis untuk pos barang, then kami lunch dalam kereta sebab nak bagi Raziqh tidur lama sikit, sampai rumah dah pukul 1 lebih. Tukarkan diapers 2R, bagi Rafiqh susu segelas then 2R pengsan dari pukul 1.30 hingga 4petang! Penat sangatlah tu, sampaikan malam tu pun Raziqh pukul 7lebih dah tidur, Rafiqh pulak 8.30 dah dibuai mimpi dah. Mama pun sangatlah penat, dah laaama tak melompat, nasib baik kelas mingguan, kalau setiap hari macam ni, mampuih kurus laa mama, hehehe...

Note: malas nak upload gambar sebab tak lawa, nanti2 lah yer...

4 comments:

Ina said...

kiter tgk raziqh nmpk mcm boy je. yelakot agaknya sbb baju dia tu. si ihsan ni plak masa blk ritu ramai ingatkn dia girl. tp masa mlm kenduri kesyukuran dh bg pakai bj boy, kemeja berkolar n seluar jeans serba biru. sket punya smart n macho tp boleh lg org tanya girl ka? ahaha agak2 la sket kn. kalo girl sure dh bg pakai bj skirt ka pink2 ka bj bunga2 ka. mebi sbb tang mata ihsan air muka dia nmpk lembut plus skrg ni rambut dia curly plak. xpe2 hakikatnya hero2 kiter ttp macho kan fith hehe

Fith said...

Ina,
wahhh lama tak dgr citer,rindu nak baca blog ina tau!

aah mmg pun raziqh ni mmg tak nampak girl langsung,tp maybe sbb baju kot,hehe.
ish lama tak tgk ihsan,mesti dah byk berubah.mmg ada budak2 boys yg raut wajah dan air muka tu lembut kan,mcm adik fith yg bongsu sampai dah 6tahun pakai baju melayu ngan kopiah pun org tanya "girl ka?",hadoi lawak2.

ye2,hakikatnya baby2 boys kita tu semua macho2,haha

kew_chop said...

bestnye fith ada class cenggini dahla murah..

Fith said...

murni,
aah seminggu sekali mmg best kan,at least mak budak pun boleh bersosial gak,jumpa kwn2 sembang2.sbb murah pun yer gak,klau mahai idak ler mampu,hehe