Monday, February 15, 2010

Soubetsukai 2010

Jumaat lepas Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi(PAMY) menganjurkan soubetsukai(=farewell party) sempena meraikan kohaitachi(=juniors) yang bakal grad bulan 3 nanti. Ni acara tahunan yang memang dinanti2, dah 2 tahun berturut2 sambutannya sangatlah grand, 2 thumbs up!!! Saiko yo! Tahniah lah buat semua tenaga kerja yang terlibat, moga2 semangat kerjasama sebegini bertahan selamanya, insyaAllah makin meriahlah setiap acara mendatang...

Majlis dijadualkan bermula pukul 6.30malam(kat sini dah malam ler, hehe), tapi kami tiba lewat 15minit almaklumlah myLove balik kerja pun sampai rumah paling awal pukul 5.30 kan, gedebak-gedebuk dengan 2R ni jadi lewatlah sikit, tapi takpa, bukan kami yang terakhir, tu yang penting, hiks.

Selepas semua tetamu2 kehormat tiba, majlis pun bermula dengan iringan masuk para jemputan, kata2 aluan dari MC, ada tayangan video intro, ucapan dari presiden PAMY dan ucapan mereka2 yang bakal grad, ada acara potong-kek-suap-kek, hish banyak sangatlah kalau nak senarai semua aturcara majlis tu. Sambil2 makan ada tayangan video dan persembahan nyanyian...

Tahun ni 12orang yang bakal grad, seorang pelajar master, 10 orang pelajar undergraduate dan seorang pelajar diploma dari kosen(=kolej) berdekatan, perghhh ramai sungguh, selama 7tahun duk sini, ni 1st time seramai ni grad sekaligus...

antara wajah2 yang bakal menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air...

Hidangan malam tu ada 3menu utama - soto dengan 2jenis kuah-spicy atau original(ecceh), roti canai dengan kuah kari atau kuah dal dan nasi lemak. Minuman dan desert pulak ada bermacam2 jenis, semuanya sedap2!

Lepas selesai menjamu selera, ada pulak games dan majlis penyampaian cenderamata. 3hero cilik ni punyalah suka jadi AJK nak tolong bahagi2 hadiah, Rafiqh macam biasa laa bila dah jumpa geng memang syok sakan! Takmau dah duk semeja dengan ayah atau mama tapi dia pi menyibuk kat meja sebelah, duduk dengan umi(kak Hanny) dan abang Haziq dan abang Hazim. Dah laa pakai baju kotak2, sama macam anak2 kak Hanny, dah nampak macam adik-beradik pulak, hahaha...

aksi ultraman ka kamen ryder???

berkawad dalam dewan...

si kecik ni takat menyulur atas meja ja laa, tak boleh jalan lagi, so masih terkawal laa, sikit hari lagi habis ler, dengan dia2 pun sama naik dengan onichan...

family in red...

Dah puas bergambar baru kami balik, gomen ne adik2 kami tak sempat nak tolong mengemas, si kecik 2R ni dah menangis merengek2 sebab mengantuk, punya kelam-kabut nak balik tu sampai tak perasan pulak habis pukul berapa... Sampai2 ja rumah 4beranak terus pengsan!

Omedetou
(=tahniah) buat semua yang berjaya menamatkan pengajian mereka, selepas bertahun2 mengharungi perit-getir kehidupan sebagai pelajar di bumi sakura ni, akhirnya dapat jugak pulang ke tanah air dengan seribu kenangan manis dan kejayaan yang membanggakan keluarga. Moga menjadi inspirasi buat adik2 yang lain untuk terus berusaha gigih...

4 comments:

kew_chop said...

bestnye kumpul reramai ada majlis cenggini. rindu nak balik toyama tapi jauh sgt. btw betul ka semua yg grad tahun ni semua kena balik mesia takleh keje kat nihon?

Fith said...

murni,
mmg best bila dpt kumpul2 gini...
ada 2org yg keje kat sini,murni tanya tu sbb surat pekeliling jpa tu ker?hehe,rasa mcm stp tahun dgr benda yg sama,tp penguatkuasaannya takde pun,hihi.takpa2,jgn risau.errr ker nak blk dah?hehe

MyBotanG said...

waaaahhh hebatnyer soubetskai.. the food all looks yum!! kat Nagaoka ni soubetskai nyer early March nnt.. ramai jugak yg grad tahun nie.. about 33 ppl.. from PhD ke kosen..ramai kan..

Fith said...

Kak,
nagaoka mmg perkampungan melayu kan,mmg ramai sungguh!tuh dia sekali grad 33org,mak aih ramainya...
ooo sana sobet lambat sikit ek,mesti meriah kan,ramai2 ada sure havoc!