Monday, February 22, 2010

22.2.22

Pagi tadi masa tengah bersalam dengan myLove before dia nak pergi kerja, myLove sempat cakap yang tarikh hari ni cantik. I was half-blur cause myLove tak pernah mention pasal tarikh2 ni all this while, so I cakap "errr hari ni 22hb 2 2010, ermmm *berfikir*", while dalam otak masih ligat berfikir 'apa yang menariknya kalau takat 22hb 2?! Then myLove kata "bukan 2010 tapi heisei 22", owhhh baru laa ceq paham! Hari ni 平成 22年(nen=tahun) 2月(gatsu=bulan) 22日(nichi=hari)...

Kalau kat Malaysia, even though kita orang islam ni pakai 2 kalender iaitu dalam masihi dan hijrah, but actually in our daily tasks kita more to kalender masihi kan? Mana ada kita tulis tarikh dalam hijrah even masa study subjek agama sekalipun. Kita refer kalender hijrah tu untuk apa2 yang berkaitan dengan upacara/peristiwa islam semata, selain dari tu memang tak pandang dan ambil tahu sangat pun, yer tak?! That's why tak hairanlah kalau ramai umat islam sekarang yang langsung tak prihatin dengan kewujudan bulan2 dan tahun islam, yang sampai tak tau nama kesemua 12bulan pun ada, yang tak boleh sebut nama2 bulan ikut turutan pun ada, lebih teruk lagi yang taktau tahun ni berapa hijrah pun ada wooo, hadoiiii...

Berbeza dengan masyarakat jepun, depa pun ada 2 kalender tapi most of the times depa guna tahun 'era' mereka. Masa zaman jadi student dulu, bila buat nota atau buat assignment atau apa2 saja laa, tarikh akan ditulis dalam tahun heisei. Urusan rasmi mahupun tak rasmi, kebanyakannya ditulis dalam heisei...

Tapi... mungkinlah tak sukar bagi mereka untuk guna tahun 'era' ni since yang berbeza dengan kalender masihi hanyalah tahun, sedangkan tarikh dan bulan masih sama. Tak macam kalender hijrah yang memang 100% berbeza kan?! Ermmm lojik jugak tu, boleh laa nak pakai alasan tu, hehehe...

Sedikit info berkaitan tahun heisei...
Heisei is the current era name in Japan. The Heisei era started on January 8, 1989, the first day after the death of the reigning Emperor, Hirohito. His son, Akihito, succeeded to the throne. In accordance with Japanese customs, Hirohito was posthumously renamed "Emperor Shōwa" on January 31, just as were Mutsuhito (Emperor Meiji) and Yoshihito (Emperor Taishō).

Kiranya sekarang ni dah 22tahun maharaja(betul ka istilah ni? hehe) menaiki takhta, lepas dia mangkat nanti maka bertukar lagilah era.

*** ops, hari ni 22feb adalah tarikh pertunangan kami 6tahun yang lalu...

4 comments:

kew_chop said...

teringat mula2 dtg nihon dulu dok pening gak pasal heisei ni, huhu

Fith said...

murni,
haah mmg pun,fith sampai skrg pun kdg2 confius gak nak kira,hehe

Ina said...

happy anniversary bertunang :D ihsannyer dob dlm heisei cntikla sket 210821. tp dlm masihi biasa jela.

Fith said...

ina,
cantik tarikh lahir ihsan dlm heisei yer,hehe...teringin gak nak beranak time tarikh yg lawa2 tp belum rezeki,hihi.