Friday, October 15, 2010

Yang dikatakan 'jarak 2tahun'...

Selalu kan kita dengar orang sebut "menjarakkan usia anak 2tahun" bila bercakap tentang family planning, which is refer to bila nak pregnant lagi seeloknya bagi jarak umur abang/kakak dengan adik tu 2tahun. I taktau laa orang lain faham macammana tapi kalau tanya I, I faham kena selang tahun laa, means tak boleh beranak every year gitu. Rasa2nya orang lain pun faham macam tu jugak sebabnya bila dikhabarkan kehamilan seseorang, orang akan respon "oh ok dah tu, nanti adik lahir si abang/kakak dah 2tahun lebih", kan kan?!

Sebenarnya konsep jarak 2tahun tu bukan begitu. Terbaca kat web doktor mana entah, adehhh lupa pulak nak bookmark, nanti2 kalau jumpa balikweb tu I akan link-kan ye...

Menurut ahli perubatan, yang dikatakan jarak 2tahun itu ialah merujuk kepada jarak kehamilan, bukan jarak usia anak, maknanya untuk pregnant lagi kena tunggu selepas tempoh 2tahun bersalin, dalam erti kata lain tunggu si abang/kakak tu 2tahun dulu baru pregnant balik. Menjadikan beza usia mereka sekurang2nya 33bulan @ 2tahun 9bulan. Ooo macam tu, baru ku tahu, hek...

Baru2 ni pulak ada tengok rancangan perubatan di tv, menemubual seorang pakar sakit puan, menurut beliau untuk hamil kembali setidak2nya tunggulah usia anak sebelumnya tu dah cecah setahun. Kerana badan kita memerlukan at least a year untuk fully recover dari proses kehamilan dan kelahiran. Ketika hamil sistem imunisasi badan kita akan lemah, organ dalaman badan turut mengalami perubahan(rahim yang mengembang dll), pengambilan nutrisi turut terganggu, masalah kembang urat, sakit/lenguh2 di bahagian bahu/pinggang dan sebagainya. Ditambah pulak selepas melahirkan anak, kesibukan dalam membesarkan anak mungkin menyebabkan kita kurang rehat dan belum memiliki kesihatan di tahap optimum yang membolehkan kita untuk hamil kembali. Kerana itu rata2 doktor menyarankan untuk memulihkan dulu kesihatan diri sebelum mencuba untuk menambah zuriat...

Okey, sekarang dah tau dah apa yang dimaksudkan 'jarak 2tahun' itu, tapi taktau laa mampu ka dak nak tunggu 2tahun dulu baru nak pregnant balik, kah3, bunyi tu macam dah tak sabar sangat nak pregnant lagi kan?! Kalau nanti dah rasa2 ready dan ada pulak rezeki, insyaAllah ada laa tu, hiks...

4 comments:

amir said...

wah lepas ni 3R la pulak.hek3

Fith said...

amir,
taktau laa nak buh R ka tak,jenuh gak nak cari nama tu,hehe.tp insyaAllah no 3 tu ada laa,hik

umeboshi said...

Fith..macam sdg nimba ilmu utk persediaan "yg ke3" nih. hekhek. takpa, ilmu berguna elok dicari selalu. ganbatte for the 3rd 3R!!!

Fith said...

kak noora,
hasrat tu dah menggunung dah.mmg nak sgt ada baby lg,klau boleh nak gegirl pulak,baru boleh 'rest' sat.gambarimasu!