Thursday, October 14, 2010

Bosan2

Semalam dan hari ni dok bosan2 taktau nak buat apa maka godeklah 2jenis kuih untuk di-frozen. Minggu ni tiap2 hari myLove balik lewat malam, sepatutnya boleh skip laa tak payah sediakan minum petang tapi sebab dah terbiasa dok buat something petang2, jadi kekok pulak bila hima(=free), ecceh hima laa sangat kan, hehe...

Jadinya semalam buat karipap, pakai 500gm tepung gandum, dapat laa dekat2 60biji yang berinti dan 20keping kulit karipap untuk budak 2orang ni. 30biji goreng half cook dan bekukan, selebihnya goreng untuk sendiri nak telan dan bagi kat jiran jugak. Lepas siap goreng karipap dan bagi 2R minum petang, bawa depa pi hantar karipap ke rumah jiran then jalan2 sat kat playground. Turun pun dah pukul 5lebih, before pukul 6 dah maghrib dah, memang sat ja laa dapat pijak tanah tapi depa ok saja bila ajak balik pun. Kalau nak kira apa yang bestnya bila myLove balik lambat ialah boleh bawa 2R ni pi playground saja laa kot, sebabnya kalau ayah balik awal memang selalu terkocoh2 macam lipas kudung mama depa bersilat, sebelum ayah balik rumah dah kena kemas, budak2 kena siap mandi, minum petang dan dinner dah ready, kain baju dah settle lipat, pendek kata sebolehnya semua nak beres laa, biar ayah balik tengok rumah tersusun elok ja. Haa tapi kalau ayah balik lambat, mama boleh laa yukkuri(=slowly) settle satu2, panjang senggang masanya, hehe, tu ja laa bezanya kot. Balik awal ka balik lambat ka, dua2 pun best sebenarnya. Sekali-sekala balik lambat tu ok laa kan...

Karipap frozen...

Hari ni pulak buat popia goreng(lagi). Baki kuah popia yang dibuat untuk jamuan tempoh hari masih banyak, lagipun tak masuk fasa jemu lagi menghadap popia ni so tibai je laa. Ni dok tengah2 angin rajin ni baik buat terus, kalau takmau makan lagi pun boleh simpan, benda2 frozen ni boleh tahan berbulan kan, haa nanti2 kot terdesak nak makan boleh hanggau dari freezer saja, senang! Kali ni inti popia guna udang kering dan telur. Kalau ada udang basah lagi sedap, tapi udang kering pun ok jugak, semerbak wangi baunya...


Esok pulak kalau sempat rasa macam nak buat murtabak dan roti canai, kalau sempat laa. Ada beberapa kerja nak kena settle esok, tengoklah macammana nanti, yang pasti esok ada menu kek, yatta ne!

8 comments:

si.ra said...

wuishh kak fith, syoknya ada bnyk stok makanan..blh buat bekalan masa musim sejuk nnti ni..senang sikit bleh hibernate dgn selesa..hehheh

Fith said...

siti,
itu lah,kengkononnya gitu laa kan,hibernate duk diam2,agak2 lapar je geledah peti ais,hehe.ni tak cukup byk lg ni,kena gigih lg buat,haha

kew_chop said...

walla bestnya nak buat murtabak. terasa nak buat tapi stok daging takdela plak, murtabak ayam kureng mengancam.. rajin betuii mama 2R ni..

Fith said...

murni,
aah yg daging laa plg lazat kan,hehe.tak rajin aih,kena buat laa dah nak makan,hehe

Raudhah anje said...

macam mana la fitj sempat nak buat semua tu kat rumah...kiter 1 hari duk kat rumah pun tak sempat nak masak pagi tghhari malam,siap buat kuih lg...maybe byk duk depan tv kot...tu yg taksempat tu...hihihi...

Fith said...

Anje,
standard laa tu,anje keje,weekends tu je nak rest kan,dah boleh masak utk lunch tu pun dah kira baik sgt dah tu,hehe.

umeboshi said...

Rajin sungguh Fith!! anyway, menu kek sempena apa?

Fith said...

kak noora,
kek sempena nak pi tgk binatang kat zoo,hehe.nak bawa bekal esok sbnrnya,hehe.