Sunday, October 3, 2010

Majlis makan2 sambil beraya...

2hari tak sempat menge-post entry baru gara2 last minute punya plan untuk anjurkan majlis makan2 sambil beraya semalam. 1st raya hari tu kan dah buat open house, so memang takdak plan dah nak buat makan2 apalagi open house, dok berkira2 kot kalau ada yang nak mai beraya, mai ja laa, jamu apa yang ada, hihi *dasar pemalas!*. Dok budget2 mesti girls ja kot yang nak datang beraya. Tapi sangkaanku meleset, rupa2nya semua pun pakat nak mai beraya, nak mai serentak pulak tu, siap kata nak pi 'open house' rumah kakFith, adehhh tsk tsk, tolonglah, kalau sebut open house tu dah gaya majlis besar2 dah, oh tidakkk. Jadinya fikir punya fikir ajaklah semua yang nak mai tu mai semalam, tapi awai2 dah habaq ni bukan open house ek, ni makan2 beraya saja. Tak sempat laa nak prepare menu2 raya, masak ala kadar seadanya. Sepatutnya myLove kerja semalam tapi dia sengaja ambil cuti sebab ada tamu nak bertandang, fuhhh lega, I really need extra hands to help me handling the kids, sebabnya jumaat tu agak kesibukan, tak sempat nak prepare banyak...

Mula2 nak buat mee bandung, tapi cancel sebab nak try buat bakso, baru 'menuntut ilmu' cara buat bakso dari my sis-alang, hihi, tapi bahan mentah tak cukuplah pulak, last2 decide buat mee kari sajalah, lama dah tak pekena mee kari ni. Menu sampingan buat maggi goreng dan cucur jagung+kuah kacang. Pencuci mulut buat puding karamel, air pulak bancuh apple tea saja. Kuih raya kan dah licin, mujoq laa kerepek2 kaklong kirim dah sampai khamis lepas, jamu yang tu ja laa...

mee kari...

maggi goreng...

cucur jagung dimakan dengan kuah kacang atau sos thai, ternyata kuah kacang lebih diminati, sos thai sorang pun tak sentuh...


mee bandung mama+2R, tak nampak kuah, haha...

Tak ramai sangat pun yang datang semalam, hanya 20++ orang, selebihnya tu pi beraya ke Okayama(kalau tak silap). Masakan ngam2, ada lebih sikit2 saja, alhamdulillah. Minggu depan ada jamuan raya peringkat Yamadai, perghhh ada peringkat2 pulak tu, haha, sangatlah dinanti2 biarpun syawal dah habis dah pun time tu...

2 comments:

Ina said...

sedapnya. dlm xde apa2 jd mcm2 jugak tu juadah nyer. kiter dh nk dkt2 balik ni haih semakin xde selera nk memasak. dok pening nk mengosongkan dapur. tp by d time balik dh terlepas la segala open house. xpela tggu raya haji plak xlama lagi hihi

Fith said...

ina,
haha tu laa psl,tak reti nak masak sikit2 sbb takut tak cukup.
nak blk msia tak risau dah psl mkn.boleh mkn mcm2 kan.raya haji pun tak lama dah lg tu,syoknya...