Friday, October 8, 2010

Tips macammana nak masak banyak2

Wah, tajuk entry, sedikit poyo di situ, wakakaka...

Dah sekian ramai(tak ramai mana pun sebenarnya) yang tanya, macammana I uruskan kerja untuk masak banyak2 contoh untuk jualan ka, untuk jamuan ka, ermmm susah nak jawab ni, sebabnya tak pernah pun rasa diri ni hebat, tapi hangpa laa suka dok tanya2 puji2 tetiba ter-rasa hebat pulak, hakhakhak, eh2 tak baik riak, sila insaf sekarang! astaghfirullah...

Memang hagham tak hebat langsung, orang lain boleh masak untuk ratus2 orang lagi, haa tu baru power rangers, I ni takat 50 orang ja kot yang mampu, lebih dari tu tak pernah try pulak, ada sapa2 nak bagi projek testing tak? keh3. Tapi bila consider ada anak kecik 2orang dan buat semua kerja tu seorang diri, no helper, arr tang tu kot yang penanya(read: orang yang bertanya) maksudkan kot ek?! Ok, ni cara I uruskan kerja...

Pertama2nya kita kena kenalpasti dulu menu apa kita nak masak. Buat senarai menu dan senarai bahan2 yang terlibat untuk setiap jenis masakan tu, ni termasuk jugak untuk dessert. Fikir dan catatkan jugak anggaran berapa banyak nak masak, contoh ayam berapa ekor/kg bla3. Senarai2 ni akan lebih menyenangkan kerja kita, nanti tau apa yang kena beli, berapa banyak nak beli dll. Dah siap buat senarai tu, boleh list-kan barang2 yang nak dibeli beserta kuantitinya sekali...
*** Kalau I laa, senarai ni bukan takat menu dan bahan2 saja tau, siap lengkap dengan bekas2/periuk-belanga nak isi segala tok-nek menu tu pun I siap tulis dah, kadang2 siap lukis lagi, haha. Almaklumlah perkakas periuk-belanga rumah ni bukannya banyak sangat pun...

Kedua, buat rangka kerja, ala2 macam jadual laa. Bila nak beli barang, bila nak masak dessert, bila nak prepare bahan, untuk hari yang nak masak betul2 tu kena detail-kan steps masak tu satu persatu, kalau ada timing lagi bagus! Dalam rangka kerja ni benda remeh2 macam rebus telur tu pun kena tulis, perincikan supaya kita nampak dengan jelas kerja2 nak dibuat, tak boleh bantai main bayang2 saja...
*** Beli barang selalunya 2hari sebelum jualan/jamuan. Untuk dessert I selalu masak a day before majlis/jualan. Pilih dessert yang tahan lama contoh macam puding, agar2, muffin dll. Untuk prepare bahan2, buat sehari sebelum nak masak banyak2 tu, kalau menggunakan ayam/daging/ikan dll semuanya akan dipersiang dan dipotong siap2, pack elok2 dan simpan dalam freezer. Untuk bahan2 tumis yang nak di-blend macam cili boh dan bawang2 tu, semua blend siap2 dan simpan dalam bekas2 bertutup dalam fridge. Kalau ada nak pakai tauge, perisi siap2(jangan bagi kena air supaya ia tahan) dan pack dalam plastik elok2 buh dalam fridge. Bawang2, halia, lengkuas tu semua pun dah kupas siap2 dan buh dalam bekas kering. Sayur2 macam ubi kentang, ubi keledek, carrot tu pun boleh jugak kupas awal2. Nanti bila hari nak siapkan semua tu tak laa kelam kelibut kan, semua dah ready, tunggu nak campak masuk periuk/kuali saja. Jadual memasak ni I memang buat sekali timing, pukul berapa nak masak ini, pukul berapa pulak masak itu, so insyaAllah nanti siap masak ngam2 laa, kalau terlajak pun tak over sangat kan...

Ketiga, anggaran masa perlu lebih anjal. Kalau rasa2 perlukan 2-3jam saja untuk siapkan semuanya, sebolehnya lagi baik kalau kita start masak awal, bagi range masa sekitar 2kali ganda dari yang kengkononnya mampu siap tu. Ni sebab kita ada anak kecik, depa ni mood tak menentu, kadang2 time kita kalut tu laa depa nak makan, nak menyusu, nak mandi, nak kencing, nak membuang, tensyen woo kalau lintang-pukang buat kerja. Jadinya baik ler bersiap sedia awal2. Macam I ni, selalunya time jualan/jamuan myLove akan ada kat rumah, tolong layan anak2. See, LAYAN saja hokey, bagi makan, buat susu, bagi tidur, mandikan, salin diaper dan serba mak-neka kerja berkaitan 2R memang I buat sendiri semuanya, unless dia sendiri yang offer diri nak buat atau I dah betul2 tak sempat so baru minta myLove tolong. I ni memang jenis berat mulut nak minta tolong, selagi boleh buat sendiri, semua I buat. Dan sebenarnya kebanyakan lelaki/suami memang macam tu, mereka selalu sangkakan isteri ni boleh buat serba-serbi sendiri, especially isteri yang fulltime housewife ni, sebab bagi mereka, kalau kita perlukan bantuan kita akan cakap. Perempuan/isteri pulak lain cara berfikirnya, kita harap mereka boleh fikir sendiri, takkan tak nampak kita terkocoh2 buat kerja, mai laa tolong apa yang patut. Oleh itu adik kakak, kalau perlukan bantuan suami, jangan kulum2 ye, depa bukan magician yang boleh baca fikiran kita, kena habaq terus-terang, bukan depa takmau tolong, tapi depa taktau kita nak depa tolong. Eh2 awat melencong topik pulak...

Tu saja kot, memang awal2 nak cuba memasak banyak2 ni sapa2 pun akan terkial2 jugak. Lama2 nanti slowly akan cekaplah insyaAllah...

5 comments:

kew_chop said...

bagusnya fith sgt terror dlm pengurusan masa.
kita plak kalo wat kenduri mesti hasben offer siap2 ckp kita masak pastu nanti dia kemas. tapi yg tak tahannya time dia dok kemas2 tu kena la tadah telinga dok dgr bebel ada barangan yg kadang2 kita tak cuci betul2.. hihi..

Heartilyina said...

kira hebat la tu 50 org. kiter 10 org pn xpernah hihi. kena blk mesia for good nnt boleh la cuba. masa tu maybe dh ada segala periuk belanga besar2 baru yakin sket nk memasak. sbb kekurangan teknikal yg remeh temeh ni la selalu ganggu kelancaran tu kan. tq fith share tips. bole guna nnt ni.

Fith said...

murni,
wah ok sgt laa tu ada tukang kemas kan.kira penat2 pastu bleh rest.fith mmg buat semua serba serbi,hbs je org balik,tak tunggu dah mesti terus kemas.hubby bising suh duduk rehat dulu tp mmg tak reti duduk selagi tak settle,lain arr klau dia yg tlg cover kan,haha...takpe,kena bebel pun takpa,pasni murni tido terus,tak dgr dah laa,haha...

ina,
haa pas blk msia nanti bleh laa merasa ina punya open house insyaAllah,hihi.mmg pun,nak msk2 ni pun kena ada kelengkapan.klau tak cukup,tak syok!

IDA said...

lama gak xmsk byk2 kat org ni..teringin nk pangil org kt umah tp umah amatla sempit huhu.
xsemua kot hubby yg kena ckp baru buat..ada yg jenis rela hati tanpa disuruh buat mcm hubby saya hihi..time diorg cuti2 ni dpt jugak relax2.

Fith said...

ida,
nak buat mkn2 mmg kena rumah luas,tambah2 klau ada budak2 kan,diorg nak main laa lari laa,fuhhh hbs bertepis nanti...
aah tu sbb tulis 'kebanyakan' tak tulis 'semua',hehe...