Monday, October 11, 2010

Jamuan raya PAMY 2010

Walaupun syawal dah habis, kami kat sini masih beraya lagi, hihi. Ni last la ni, tak raya dah aih, tunggu raya haji pulaklah, satgi orang kata hover pulak kan, orang beraya sebulan ja...

Alkisahnya semalam Persatuan Anak-anak Malaysia Yamaguchi telah menganjurkan jamuan raya. Seronok! Tahun ni jemputan tak ramai, menurut sumber2 yang boleh dipercayai(wah ayat macam berita) tetamu sekitar 80orang saja. Tapi makanan perghhh depa masak tip top, boleh buat kenduri kahwin sekali harung, nak habaq kata banyak tak hingat. Sungguh berbakat kohaitachi(=juniors) baik lelaki mahupun perempuan menunjuk skill memasak, tabik spring kat hangpa, power! Berkat gotong-royong dan bekerjasama lah katakan...


Ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, acar timun/jelatah, ada soto, ada nasi empit dan kuah kacang, ada roti jala dan kari ayam, ada puding karamel, ada kuih2 raya berbalang2, ada kek berjenis2, ada puding bertalam2, ada buah-buahan, ada dadih, ish macam2lah ada! Kami bawa popia goreng, kuah popia dan puding cocktail berkuah saja...

Alhamdulillah, kenyang sungguh, makan non-stop tapi tak mampu jamah semuanya. Rafiqh dan Raziqh pun pulun makan. Tapi Raziqh humak aih, dia punyalah tak dok diam, penat mak pak dia meligan. Adehhh, nasib baik ramai tukang layan, satgi orang ni tangkap, satgi orang tu tangkap, boleh laa mama nak bersenang-lenang makan dan menyembang. Dewan luas, suka laa berkawad, Rafiqh dah besar so lebih mudah nak kawal. Lagipun Rafiqh kalau dulu2 pun time ada ramai 'lelaki' dia kurang meligat sikit sebab dia kureng sikit dengan orang lelaki ni, tapi si Raziqh memang jenis tak heran kat orang, dengan sapa2 pun dia mesra alam...

Lepas bergambar2, pukul 5lebih baru sampai rumah. Makanan banyak lebih, jadinya dapat laa tapau nasi, ayam masak merah, acar timun, dadih, biskut raya dan roti jala. Malam mama rest, tak payah masak, suke! Arigatou minna!


8 comments:

::NaS:: said...

hehehe lawak la gambar last skali tu, tiba2 terselit botol air raziqh.kekekeke...

Fith said...

nas,
haha tuh laa,spoil betul.baru nak buat gaya2 org takdak anak kan,keh3

amir said...

ala awat kak fith tak capslock kat PUDING KARAMEL tu.hak2

popia kakfith serius meletop!dgn kuah kacang homemade nya,sy nak mkn 2nd round tgk2 dah yilek pochi.

depa kata,"sedapnya kakfih buat popia,kan best kalau kita pon ada bini tlg masak"

ni depa kata,bkn sy.

Heartilyina said...

hihi spoil laa gambar last tu ada botol air. kantoi hihi. kalau tak mmg dh nmpk mcm pengantin baru. bestnya makan2. xpernah merasa makan2 meriah mcm tu selama dok nihon ni. raya haji ni harus balas dendam hihi

Fith said...

amir,
pepandai ja ek,dia yg kata,kata org lain kata.haa kawen arr cepat,cari hat suka masak,baru syiok!
tu kata sedap tu nak kena buat lg laa tu kan,haha...

puding karamel pun sedap,1st time rasa yg buh biskut,nanti bleh try resepi tu pulak,hehe

Fith said...

ina,
takleh nak berlakon pengantin baru dah.'handbag' kiri kanan kan,hihi.haa blk msia ni elok2 raya haji,boleh laa rasa jamuan meriah2,mesti best,mcm2 hidangan ada!

mysara said...

xboleh tahan la gmbr last tu...yappari, nigerarenai ne~ hik3

Fith said...

my,
haha tu laa pasal.syoganai ne!