Tuesday, October 5, 2010

Video "dunia akhir zaman"...

Rasanya dah ramai yang tengok video "dunia akhir zaman" ni di facebook. Ada terlalu banyak video yang di-shared di fb tu, macam2 ada, however I rarely click on them. Tapi bila terbaca intro perkenalan video terbabit, terasa tertarik pulak nak tengok. Yes, it was a 'good' video, especially for us yang sangat2 cetek ilmu agama mesti akan kata "wow! hebatnya orang yang buat video ni!". Honestly I'm kind of impressed jugak dengan ilmu2 yang dibahaskan, tapi terang2 terdapat banyak kekeliruan dan kesalahan fakta di dalamnya. I'm not that good in ilmu agama, bukan rajin sangat dengar, ikuti atau baca bahan2 islamik tapi jelas dan nyata sedari awal tayangan video ini lagi hati ni dah rasa macam ada yang tak kena...

Yang kemudiannya tertunggu2 pulak mana2 ahli agama untuk tampil memperbetulkan isi kandungan video tersebut. Alhamdulillah read this long article this morning, dari blog Leokid! artikel berjudul Menolak Dakwaan Video "Dunia Akhir Zaman". I'm not trying to say hujah2 yang saudara Leokid ni bagi adalah benar 100%, sebabnya tak dinyatakan jelas siapakah beliau so secara keseluruhannya masih memerlukan pengkajian yang lebih terperinci untuk yakin dan menerima hujah2 itu sepenuhnya, apapun bidasan2 yang terdapat dalam artikel ni mampu membuka mata pihak2 yang telah taksub dengan video terbabit, I kira ianya sudah cukup bagus!

Ni video-nya, boleh laa tengok kalau berminat, tapi make sure lepas tu baca ulasan dalam artikel di atas tu hingga habis ya(sampai part pembuat video ni sendiri yang bagi ulasan, then only you'll find the answer), supaya kita tak jadi umat islam yang mengambil ilmu agama secara membuta-tuli...

video

Facebook adalah medium yang baik kalau kita guna ke arah kebaikan, ada banyak ilmu yang boleh diperolehi di situ, sebab ramai sangat yang rajin jadi tukang click 'shared' tapi awas ye, bila kita sewenang2nya menghebah hal ehwal agama yang kita sendiri tak pasti betul atau salah, ketahuilah kita akan diminta pertanggungjawaban oleh Allah kelak...

"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya" (Surah Al-Isra' Ayat 36)

Kawan2, musuh islam itu bukanlah terdiri dari orang kafir semata2 kerana yang bergelar muslim itu sendiri tidak semuanya jernih keislaman mereka. Untuk kita ambil ilmu dan kemudiannya kita sebarkan pulak, pastikan dulu dari mana sumber ilmu itu datang, siapa penulis/penyampainya, sahih kah dll. Nak2 lagi ilmu2 agama ni, janganlah dibuat main, besar natijahnya. Jangan jadikan diri kita fitnah kepada agama hanya sebab semangat yang membuak2 untuk membangunkan islam, semangat tu bagus tapi pilihlah saluran yang betul dalam berjihad...

Wallahua'lam

2 comments:

elah said...

Semlm germ br je tgk video ni and dok citer2 kt elah tp elah x tgk lglah.Just lps dgr dia citer tu elah ckplah bende2 yg camni x pasti 100% sbb apa2 pun dia kira teori@koujin nyer penterjemahan to iu ka...yg penting apa yg kita amik dr bende ni tak bercanggah dgn ajaran Islam sudah.Elah malas sikit nk pikir lebih2 sbb yelah x brp fasih tentang bab2 ni huhuh.
p.s:fith dh guna ke kain yg elah bg tu,nnt kalo dh postlah gambar hehehe ;)

Fith said...

elah,
aah betul,as long as tak bercanggah dgn islam kita boleh terima.tp masalahnya kajian2 diorg ni dikait dgn nas al-quran,tp nas2 tu ditafsir ikut sedap hati,tu yg tak boleh.kita kena hati2 laa kan..

kain2 tu dah potong lama dah tp belum jahit lg.dah agak lama tak pegang mesin jahit,hehe.nanti dah siap fith post yer...