Thursday, October 21, 2010

Creamy milky fruit drinks

Hari ni rasa macam takdak mood nak update blog. Kepala ada sikit pening, sejak dari pagi tadi adaaa je benda yang menye-poil-kan mood ni. Ni pun tak habis2 lagi rasa serabut, maybe I should bring the kids out this evening, ambil angin kat luar sambil beriadah sambil makan aiskrim...

Ni nak update ala-kadar saja, nak share 1 resepi minuman yang sedap. Lately suka buat air2 macam ni untuk minum petang, ambil buah dan campurkan dengan freshmilk, ais dan gula, lepas tu blend. Kalau letak kuantiti ais tu banyak, nanti jadi ice-blended, nyum2! So far dah test dengan pisang, kiwi dan avocado, semuanya best! Sebelum2 ni kalau ada lebihan buah yang tak larat dah nak makan tu I akan buat jus, tapi rasanya kalau blend campur susu dan ais macam ni hasilnya lagiiii enak. Kalau nak jamu anak2 makan, tak payah bubuh ais pun takpa, letak susu saja. Tak elok jugak kan budak2 minum benda2 sejuk ni...

Ini jugak salah satu cara alternatif untuk ambil buah-buahan in daily diet. Kadang2 tu tak lalu sangat nak telan buah, so buat air pun best jugak kan?! Kalau suka boleh jugak letak plain yogurt 1 sudu besar...


Gambar atas tu pisang, yang bawah ialah avocado...

6 comments:

kew_chop said...

sedap kan wat air camni, anak2 la paling suka tapi minggu ni kita tak buat sebab sejuk bangat kat sini. budak2 ni kalo wat air camni nak extra ais ngalahkan umi..hihi..
odaijini mama 2R. kita pun rasa nak kuar ptg ni tunggu zayyan bgn tido. mood takde terbang tak pulang2 nak kuar pi tangkap mood baru la. hihi..

liza sahab said...

kak liza pun selalu buat minuman camni, setakat ni dah try dgn white peach , pineapple n avocado. kalau peach tu selalu tambah plain ygurt. mmg sdap lah.. tgk gambar zafri kat entry yg lepas tu, minuman yg penuh kat badan tu white peach punye. Kak liza bg nama mnuman camni lassi. hehe panjang pulak kan...

Unaizah said...

Idea yg bagus ni. Nanti boleh try. Kekadang ada lebih buah yg dah tak larat nak makan, jenuh pikir nak watpe. Satu cara yg bagus utk encourage budak-budak mkn buah.

Fith said...

murni,
oh kat sana dah sejuk sgt ek?sini tak brp sgt lagi.masih buka tingkap lg,hehe...
fith kalau buat utk budak2 mmg tak letak ais sbb freshmilk pun dah sejuk,buat bg pekat,senang nak suap.diorg pun budget mcm makan aiskrim...
haa tangkap mood baru ek?dah dpt ker?hihi

kak liza,
haa klau letak yogurt jd lassi la kan,mak fith kacukan pakistan so mmg selalu laa kitorg ni minum lassi2 ni,hehe.ooo pineapple pun boleh yer,nanti nak try lah...

Unaizah,
aah betul2 kdg2 tak lalu nak telan buah dah,buat air ni laju sket kan,cepat sikit buah2 tu habis.budak2 pun suka sbb mmg sedap...nanti cuba ye...

Heartilyina said...

lazat berkrim je nampak air buah fith buat tu. kiter plak tiap2 hari mmg wajib sediakan buah skali. so lengkapla ada sayur, lauk n buah hihi. tp air buah xrajin plak membuatnya. ni kt rumah inlaw slalu la merasa air buah. sbb diorg jenis malas nk ngopek buah. so buat air buah baru cepat habis stok buah hihi. kalau dok nihon harus rasa mcm xde hidung nk bernafas kalau minum air sejuk even xde ais. sensitif betul. tp ni kat mesia wah seronoknyaaa dapat minum ais tp alhamdulillah xdela selsema ke apa ke hihi

Fith said...

ina,
fith kat rumah ni stok buah mmg byk,selalu buh dlm yogurt bg budak2 ni makan tp kdg2 diorg cam kenyang/malas dah kot nak makan,so buat air laju ler sikit.suka plak buat air mcm ni skrg,sedap!minum segelas terus tak rasa nak mkn dah,haha,boleh diet ni,muehehe...
kat msia mkn sungguh2 laa tu yer,bestnya...