Thursday, October 7, 2010

Tak lekat duk rumah...

Minggu ni setiap hari kheja dok keluar, bukan sekali tapi sampai 2-3kali sehari, boleh masuk rekod kami ni, hihi. Dok rumah tingkat-5-takdak-lif ni kalau takdak urusan tak hingin aih nak turun bawah. Tambah la ni ada 2budak pulak, sebolehnya sekali keluar tu mesti nak settle 2-3 urusan sekaligus. Tapi minggu ni memang sakan laa bebudak ni pijak tanah, seronok tak hingat laa depa mencalak...

Isnin keluar pagi sampai ke petang, pi 2 bank, habis settle kerja2 bawa depa meronda sat kat shopping mall, lunch udon ja sebab malas dah nak balik masak. Tengok depa pun dah penat, terus balik. Petang tu lepas depa bangun tidur turun lagi untuk bersihkan 'kontena' sampah apato ni. Tuh dia, panggil kontena macamlah besaq sangat, tapi dah tu namanya, taktau nak translate apa, haha. Benda tu diperbuat dari besi lebih kurang 2meter panjang 1meter lebar dan 1meter tinggi. Setiap kali buang sampah, kena buh dalam tong tu dan tutup dengan jaring2 supaya burung gagak tak punggah. Jadinya, penduduk blok ni kena ambil giliran seminggu satu rumah untuk bersihkan benda tu. Minggu ni giliran kami laa...

Selasa pagi2 hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), tengahari lepas ambil dia kami pi beli barang dapur, settle shopping terus balik rumah. Petangnya keluar pi supermarket dekat rumah dan pi bank lagi, sampai kat rumah bagi depa berlari main bola dulu baru naik. Rabu pagi lepas Raziqh bangun morning nap kami pi bank(lagi), pi shiyakushou(=pejabat daerah) lepas tu lunch then balik. Petang turun bersihkan kontena dan stor, keluar ke supermarket A-price dan balik tu bawa pi koen(=playground) depan rumah ni. Hari ni petang satgi pi baito(=parttime job), lepas tu kena bersihkan kontena dan kalau sempat nak bawa 2R pi koen. Esok nak pi beli barang dapur saja kot. Ahad ni ada jamuan raya, nak beli bahan2 buat puding cocktail berkuah dan popia goreng, nak buat 2juadah tu ja kot. Hasil dari dok kheja keluar setiap hari ni memang mantap, depa tidur malam tak menguwek langsung, pengsan terus agaknya, hahaha...

Memang seronok kalau boleh bawa 2R pi koen setiap petang, syok habis laa depa. Cuma tak larat nak berperang ajak balik, huishhh si Raziqh laa paling sakan, tak bagi langsung orang angkat dukung dia, melentok2 badan menjerit2 suruh letak balik dia nak sambung main lagi. Masalahnya dia bukan main buaian ka gelongsor ka hapa ka, dia tau tala main tanah, kalau main tanah elok2 takpa la jugak, ni dak, dia pi lempaq2 tabur2 habis kena anak orang haiseh, lepas tu dok berlari pi mai pi mai, risau takut budak2 lain langgar dia. Setiap hari dia yang dok sakan berlari tapi yang peliknya awat mak dia yang terlebih penat, musykil2, hehe...

6 comments:

kew_chop said...

senangnya fith ada lesen kete nihon bestla kuar bwk jalan anak2.kita ni tak lulus2 agi 13hb ni plak.
wat baito? baito apa? bestnya nak baito gak..

umeboshi said...

mmg letih nak jaga anak2 main kat playground. anak2 tau apa. seronok lari sana sini, tunggang itu ini.. mak pak kena jaga depa, kut2 jatuh ke, apa ke, kan???

mysara said...

patut la fith bleh kurus...turun naik tangga exercise selalu.rayyan nih pon pantang jumpa tanah,abis dikirai2...

Fith said...

murni,
tak lama lagi insyaAllah lulus jugak tu.nanti boleh bawa 2Z pi beli kain kan,hehe...gambatte ne!
fith baito dgn syarikat akhbar.baito suka2 je.murni tauke kain takyah baito pun takpa dah,income lebat,hihi...

kak noora,
betul2,mmg kita yg terlebih penat.risau dgn keselamatan diorg,diorg syok ja bergelak ketawa kan...

mai,
adehhh tang mana yg kurus tu.mai lain arr,mmg kurus pun,hehe.
haa tu laa,boleh pulak dok kirai2 tanah tu,bermandian pasir sungguh!

Ina said...

sungguh produktif ye mama 2R. tapi bagus la. kiter yg baca pun rasa semangat. if only i can drive. nama je ada lesen tapi takuttt nak drive hahaha. haih kena boleh kan jugak2 ni.

Fith said...

ina,
blk msia ni try laa drive blk.bila lama tak drive mmg rasa gugup,tp lama2 slowly boleh handle blk insyaAllah.fith tak cukup produktif lg ni,hehe