Friday, October 8, 2010

Pening

Pening dengan cuaca sebenarnya...
Duk dalam rumah rasa macam sejuk, dingin sangat2 sampai kalau buka sliding door atau tingkap tu badan terus menggigil tak tahan kesejukan, tapi lojik arr kami duk rumah pakai short-sleeve saja pun, hiks. Memang sekarang tak pasang kipas, tak pasang cooler, tak pasang air-cleaner, aircond lagilah lama tak on, danbou(=heater) pun tak guna lagi, kotatsu(=meja jepun yang ada heater kat bawah) tu memang tak pernah guna pun. Pendek kata beberapa minggu ni memang jimat sungguh2, jimat elektrik, jimat gas, jimat air! Jimat gas dan air sebab tak mandikan budak2 ni lama2 dah, masa natsu(=summer) hari tu dah la mandi kerap, lama pulak tu, haa jangan taktau time natsu pun mandi buka air panas, kat sini air paip time natsu pun mak aih sejuk woo! Tu yang jenuh nak bayaq bil...

Tapinya kat dalam rumah ja yang sejuk, bila keluar panas berpeluh2. Selalu before keluar I pakaikan budak2 ni t-shirt short-sleeve dengan seluar paras lutut, then pakai sweater, masih berseliper lagi. Mak depa tak payah cakap laa, memang dok pakai baju musim panas lagi sebab malas nak berjaket bagai *perasan kebal*. Tapi bila dah sampai kat kereta, kena buka sweater depa sebab rasa panas. Kalau jumpa obachan2(=makcik2) tetangga atau kat mana2 yang rajin menegur tu, mesti tegur eh2 budak2 ni pakai short-sleeve lagi? Adehhh rasa warui(=teruk) pulak diri ni, macam tak reti nak jaga anak, huhu. Tapi serius panas laa, Raziqh sampai tarik2 baju dia minta bukakan. Rafiqh dah pandai cakap, mesti dok ulang kata "atsui ne"(=panas kan). Takkan nak dera depa berpeluh2 kot kan, hmmm dou ka na(=macammana ek)...

Dah seminggu ni tiap2 hari keluar dan petang2 pi koen(=playground) dekat2 maghrib baru balik, si Rafiqh tiba2 selsema semalam. Rasa bersalah pulak mama dibuatnya, mungkin sebab sejuk kot. Terus pi beli jus oren yang pure 100% tu bagi minum, moga2 cepat sembuh ya onichan. Dah nak sejuk2 macam ni kena banyak makan limau untuk dapatkan vitamin C, insyaAllah susah laa nak kena selsema kan. As usual I cuma beli jus saja, buah limau sangat jarang dibeli sebab nanti obachan2 tetangga akan bagi berlambak2 sampai tak larat nak telan, tunggu ja laa depa bagi ek...

Kalau kat area2 atas mungkin dah sejuk dah time ni tapi kami kat bawah2 ni bimyou(=blur?) lagi. Still tak boleh decide nak pakai baju natsu atau aki(=auturm), tapi maybe lepas2 ni pakaikan depa baju lengan panjang lah, sweater simpan dalam kereta buat spare saja...

Gambar2 bawah ni adalah menu minum petang minggu ni. MyLove kata busy tapi balik kekko hayai(=agak awal) jugak, tak cukup busy lagi laa kalau gitu kan, hehe. Isnin tak buat apa2, bila dia balik takdak apa nak makan, kesian la pulak. Jadinya selasa tu gamble ja buat, kalau balik lambat simpan buat breakfast lah jawabnya. Selasa buat mee goreng, rabu buat popia inti karipap, semalam buat kek pisang. Lama tak buat karipap, teringin nak makan tapi tak sempat nak kelebek, balut pakai kulit popia saja lah. Weekends ni atau minggu depan boleh kot nak buat karipap frozen, nak kena bagi kat jiran sikit, dah lama janji nak bagi tapi tak bagi2, hoho. Kek pisang buat 2 adunan, separuh tu bagi kat jiran dari Sudan sebab anak2 dia suka makan kek pisang tu...

mee tenggelam dalam lautan telur, hihi...

popia pedas, kesian Rafiqh tak boleh nak makan. Esok mama buat lagi ye, khas untuk onichan!

Kesukaan budak2 dan mak budak...

4 comments:

kew_chop said...

sedapnya tgk mee tu fith.. camana fith buat jadik telur lagu tu? terliur sgt tgk.. kalo dekat dah lama buat muka tak malu pi makan ni.. hihi..

Fith said...

murni,
telur tu letak garam/kosho sikit pastu tebar atas kuali yang diletak minyak sikit,bg nipis je,dah masak tu kalih,pastu angkat n sejukkan.pastu gulung n potong,so jd bulat2 gitu.sesuai utk bihun/mee goreng.try laa,budak2 suka!hehe

Ina said...

rumah fith sejuk sbb dok atas kot kan. tingkap sumer buka. apa lg angin sepoi2 meniup sedap je hihi. tp tula kalau ikut2kan dah kembali krg sejuk lately kt sini. pagi2 or mlm2 je kdg2 pakai sweater nipis. kat luar tu kdg2 tghari terasa juga teriknya. ada gakla buka ekon nk bg hilang panas cpt sket. haa mmg panas. si ihsan ni ritu kiter balut2 juga sbb mama nya rasa mcm sejuk. takut dia selsema ke apa ke. tp dia boleh pula naik ruam bagai. so xbalut2 dia sgt dah. kiter pn pening dgn cuaca berubah2 ni hihi.

Fith said...

ina,
ooo ye ker,ingatkan kat sini je yg tak brp nak sejuk betul2 lg,huhu.budak2 ni mmg gitu kan,diorg bleh peluh2 plak time kita dah sejuk.kita plak confuse.nanti blk msia camne ye gaya ihsan.tak lama dah tu,hehe