Friday, October 29, 2010

Masak2

Selasa lepas, lepas ambil Rafiqh dari hoikuen(=nursery) kami terus ke supermarket nak membeli barang dapur sikit. Dah sampai kat situ baru teringat yang esoknya(rabu) bermula hari promotion dapat 10kali ganda point dari biasa. Setahun cuma 2kali saja depa buat benda ni dan dalam tempoh 5hari saja, so time ni laa nak pulun shopping barang2 macam beras, pampers, minyak, gula dan lain2, untung! Jadinya kami cuma shopping sikit2 saja, simpan bakinya nak shopping esok pulak. Balik tu terus adun bahan nak buat kulit karipap dan kupas ubi keledek, potong ayam dan sediakan bahan nak buat inti karipap lagi.

Sekarang ni tiap2 minggu buat karipap, minggu lepas obachan(=nenek) jiran datang bagi 3ketul ubi keledek besaq tak hingat, alhamdulillah rezeki. Sekarang ni dah nak masuk musim ubi lah ni, memang setiap tahun jarang amat beli ubi keledek ni, sebab ada ja orang akan mai bagi. Mula2 tu cadang nak buat inti karipap sebiji, nak buat cikmek molek seketul dan kuih keria seketul tapi nampak gaya macam cikmek molek dan keria tu gabung dari 1 biji ubi sajalah, sebab 2biji tu dah diguna buat inti karipap. Minggu lepas dah buat inti karipap pakai daging, dapat 1 tupperware besar, guna separuh dan separuh lagi simpan. Selasa tu habiskan baki yang separuh tu, dapat laa 40biji karipap. Petang tu buat inti karipap pakai ubi keledek dan ayam pulak, pun dapat 1 tupperware besar, semalam adun kulit dan kelebek2 dapatlah 65biji, inti masih lagi berbaki, nak buat pau laa pulak kot...

Selasa tu post status kat fb tengah nak kelebek karipap, buat inti karipap dan mousse, goreng popia dan masak nasi ayam for dinner, ramai pulak yang salah faham ingatkan semua tu menu dinner, haha dak aih. Kalau semua tu untuk dinner, tu bukan makan dah tu, tu melantak namanya! Sebenarnya buat karipap banyak2 tu sebab nak frozen-kan, esok ada kohaitachi(=juniors) tempah nasi hujan panas untuk jamuan lab depa, tempahan yang lebih dari 10set I akan sediakan dessert sekali so tanya laa depa nak apa, kek ka muffin ka kuih ka, wakilnya kata nak karipap, tu yang pulun kelebek karipap 100biji lebih tu. Kalau takat 1 family kami saja nak makan, idak ler pulun sampai macam tu sekali, penuh freezer dengan tupperware karipap semata, tu tak campur donat dan popia lagi tu...

Tak sempat pun buat semua menu yang kononnya nak buat tu, ya la dah pukul 3 baru terhegeh2 nak godek semua, memang tak menang tangan laa kan, so mousse tu postpone the next day. Rabu tu pagi2 pukul 6.30 dah adun bahan buat donat, si Rafiqh tak habis2 request nak donat2, padahal baru ja buat isnin lepas. Selesai terap2 donat tu baru buat mousse, kali ni buat choco mousse rollcake, sebelum pukul 9 semua settle. Tengahari tu keluar shopping, semput membeli barang sebab orang punya lah ramai...

sebahagian dari karipap yang dikelebek...

Walaupun kerap dok buat karipap tapi still tak terer2 lagi, untuk siapkan 60biji masih ambil masa 1jam lebih, agak2 bila laa nak boleh buat dalam tempoh masa kurang sejam ek, hmmm...


choco mousse rollcake...

Pakai resepi choco mousse brownies sebenarnya(refer resepi kat link sebelah ye), cuma kali ni terasa nak buh dalam cup2 kecil dan pakai rollcake pulak. Hasilnya macam gambar kat atas tu, tindih rollcake tengah2 mousse, best jugak! 2R suka sangat, 1 adunan tu dapat 9cups, hari rabu buat semalam dah licin dah...

10 comments:

Dinda Boutique said...

jeles laa tgk kak fith rajin msk nih!sy nk cr ms msk pun ssh :( wiken sajaaa

Ina said...

sedapnya! teringin plak nk membuat kuih2. dh lama xbuat sejak balik. tp tula nk p kedai kena hadap jam, org ramai n panasnya lagi. even kedainya dkt saja pun. kt sini p mana2 kena naik keta bkn mcm kt nihon jln kaki pn xterasa sgt plus selamat. haih makanya simpan la dlu hasrat nk buat mousse tu hihi. fith ni dh pakar buat karipap dh. kalau kiter 60 biji tu mau 2 3 jam kot haha

Fith said...

Faeeza,
kita berbeza dik,hahaha.
kakfith duk umah je,byk masa bleh masak2.kira faeeza hebatlah,still nak cari peluang untuk masak even on weekends,good2,keep it up!bagus menjamu suami dan anak dgn air tgn sndr,kan kan?

Ina,
ina takyah buat laa,gi je beli yg dah siap,senang!hahaha.
fith pun klau blk msia kdg2 malas jugak nak keluar,esp reason panas dan keselamatan anak2.kira klau takde urusan mmg duk je dlm rumah kan...
dulu2 fith buat karipap kalau 60biji ni mmg berjam2,cuma skrg suka tgk jam,brp byk bleh buat dlm sejam,plus fith dok ubah mcm2 cara konon2 nak tgk cara mana plg efektif utk siap cepat,hihi,ntah hapa2 kan...

umeboshi said...

best le anak2...mama Fith rajin adun kuih muih, masak2 segala. balik m'sia nanti jadi jiran k.noora eh. hari2 kasi k.noora rasa tau! ekkekeke.. (apa da tak malu!!)

Fith said...

kak noora,
nasib jugak ler dpt anak yg tak henti2 nak mkn,tu psl mak diorg kena masak jugak.klau tak,fith pun malas sbnrnya,hehe.
haa boleh2,nanti kita berjiran ye,hihi

Unaizah said...

Tiba-tiba rasa lapar hihihi. Macam mana nak mengkuruskan diri dlm pantang ni if asyik nak mengunyah 24 jam. Kalau Fith dok dekat, leh tempah mcm-mcm. Akak ni bab masak ni kureng rajin sikit....ikut angin hahaha boleh gitu.

shakeymirza said...

wah meleleh air liur..sedapnye :)

Fith said...

kak unaizah,
dlm pantang mmg selalu lapar,esp klau breastfeeding kan.tp bukan boleh mkn mcm2 pun,kejap je tu,nanti slim blk laa tu,hehe.
fith pun bukan rajin n pandai sgt masaknye,tp sbb nak mkn,terpaksa laa...

shakeymirza,
ni mesti sbb tgk mousse tu kan,hehe

Elah said...

Fith buat pau pakai tepung apa ek?Kalau tepung biasa nk minta resepi blh...teringin nk mkn pau dr aritu tp tgk resepi byk yg guna tepung khas utk pau.

Fith said...

Elah,
fith buat pau pakai tepung gandum saja,tp fith campur sket dgn tepung roti(tak campur pun takpe je),kalau campur nanti lg gebu.nanti fith bg resepi di inbox fb yer.