Thursday, October 14, 2010

Kesilapan dalam berdoa...

Apabila memperkatakan perihal berdoa, kita seringkali tertumpu kepada persoalan adab2nya saja, contoh macam tempat kita berdoa, mengadap kiblat, menadah tangan, dalam keadaan suci dari hadas kecil/besar, berwudu' dan sebagainya, tak ramai pun yang cuba fokus pada isi kandungan doa yang dibaca, kenapa? Mungkin sebab bila disebut doa, pastilah kita memohon kepada perkara yang baik2, memang ada jugak orang yang suka berdoa meminta kemudaratan orang lain, tu dah lari konsep dah tu, takmau cakap pasal tu, sat lagi entry ni jadi panjang berjela2...

Hakikatnya ada banyak kesilapan kita dalam menuturkan doa, jom kita check balik, amati satu persatu bait2 doa yang kita dok lafaz saban waktu itu. Ops ni nak tuju pada doa2 yang kita baca ikut sedap kita tau(read: doa yang kita 'reka' sendiri atau ikut2 orang), bukan doa2 yang dipetik dari nas al-Quran atau hadith, yang tu memang takkan silap insyaAllah...

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (Surah Al-Baqarah:186)

Allah sangat suka hamba2-Nya berdoa, dalam kita berdoa pengkhususan jugak penting, kena sebut dengan terperinci apa yang kita nak. Contohnya kalau nak anak yang comel, tak payah laa malu2 tahi kucing nak minta Allah bagi anak yang comel, describe laa, nak kulit putih ka, rambut hitam ikal ka, hidung mancung ka, mata bulat ka, mintalah, dah memang Dia yang cipta, kita memohon di tempat yang betul insyaAllah. Janganlah kita jadi orang yang malas berdoa yang minta sesuatu tu ala-kadar saja, nanti Allah bagi pun ala2-kadar je laa...

1. mendoakan kesejahteraan rumahtangga
- ramai yang suka meminta dikekalkan perhubungan suami isteri, malangnya terlupa meminta diberikan kebahagiaan. Silapnya rumahtangga bukan hanya didasari status semata tapi perlukan kebahagiaan untuk menenangkan pemilik2nya. Sebab itulah ramai sekali pasangan yang 'terperangkap' dalam status suami isteri sedangkan rumahtangga dah bagaikan neraka, Allah dah makbulkan doa mereka untuk sehidup semati biarpun hati dah ditusuk benci tapi tak jugak boleh bercerai...
"Ya Allah, Kau rahmatilah dan berkatilah kehidupan rumahtangga kami, satukanlah hati kami sebagaimana Kau menyatukan hati Adam dan Hawa, bahagiakanlah mahligai cinta kami ini hingga ke syurga"...

2. berhasrat untuk menyusukan anak
- sejak hamil lagi, mintalah untuk dikurniakan susu yang 'cukup', bukan 'banyak'. Keperluan susu bagi setiap bayi berbeza2, ada baby minum banyakkk, ada baby minum sikit, jadinya jangan kita minta 'banyak' sebab kalau banyak sangat pun sendiri yang merana, boleh jadi bengkak susu, boleh membawa kepada demam, boleh juga mengakibatkan susu membeku membentuk ketulan, sakit wooo, haa kan dah memudaratkan diri sendiri...
"Ya Allah, Kau kurniakanlah susu yang mencukupi untuk anakku ini dan Kau permudahkan urusanku untuk menyusukan anakku ini"...

3. minta dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki
- usia yang lanjut tak penting, yang paling utama ialah pengisian usia. Kalau dah tua sangat sampai nyanyuk dan menyusahkan orang pun tak guna jugak kan. Lebih baik usia yang pendek tapi diisi dengan amal yang berkekalan mengalir pahalanya kepada kita. Rezeki pulak mintalah yang halal, mohonlah dibukakan pintu rezeki langit dan bumi, curahkanlah rezeki yang halal kepada kita, kalau kaya-raya dari hasil yang haram, neraka jugaklah tempat kita...

Okey, cukuplah tu sebagai contoh...

Sebagai ibubapa kita sangat2 digalakkan berdoa, dikatakan kesilapan utama dalam mendidik anak2 adalah kerana kurangnya berdoa...

- mengungkap salam kepada anak contohnya ketika dia baru bangun tidur "assalammualaikum(semoga Allah merahmatimu)", berilah salam buat anak kita berkali2 dalam sehari, moga2 Allah merahmati hidupnya sentiasa...
- memanggilnya dengan nama2 yang baik. Dah penat2 buh nama penjang berjela cun melecun, tapi nama panggilannya alahai sadis sungguh...
- menyebut sifat2 mahmudah(terpuji) buatnya. Paling mudah panggillah kandungan kita dengan "anak yang baik" ketika hamil, setelah dia lahir panggillah "anak soleh, ya mujahid, wahai anak yang mendengar kata, anak pendamai jiwa dll"...

Wallahua'lam...

4 comments:

umeboshi said...

bagus juga Fith...satu peringatan buat k.noora juga la ni dlm berdoa. TQ for sharing..

Fith said...

kak noora,
ie2...

necchan said...

thanks for sharing fith..
doa mmg satu tanda pergantungan kita pd Allah, jd sedaya mgkn kita panjatkan doa minta pd Allah dulu sblm `meminta` kpd manusia.
kalau para shbt dulu, tali selipar putus pun dia akan doa `mengadu` kepada Allah, minta penyelesaian yg baik kpd masalahnya. then dia usaha dan tawakkal, plus doa supaya usahanya membuahkan hasil.

jd ini jg yg sedang kami cuba nk amalkan.."pergantungan hanya kpd ALlah, bukan kpd makhluk." apepe minta pd Allah dulu baru kpd manusia etc. jd even nak naik densha pon sokmo doa xputus2 minta Allah berikan seat. tp kalau xdpt seat, bersangka baik bhw Allah nk `ajar` sesuatu. :D terus terasa lbh ringan wpon sebenarnya time tu desperately in need for a seat.hehe..

true indeed, doa adalah senjata paling hebat utk kita. yg pntg, pergantungan kpd Allah ni juga jd bekal utk jiwa. taklah terus nk bunuh diri bila ada masalah yg berat mcm org jepun tu kan.

lg satu, sgt baik kalau kita selalu doakan kebaikan utk kawan2 n org2 lain di sekeliling kita. kalau ikut hadith malaikat akan mengaminkan doa tua dan berdoa yg sama utk kita juga. best kan? hehe..

gomen merapu2 pulak. akak n anak2 masih dlm mode `nomad`. takdan nk komen properly, n xsempat langsung nk menyinggah check updates kawan2 di blog n fb :p hehe..

Fith said...

kak oja,

thanks atas peringatan itu,sgt menarik!mmg betul,bila bergantung kpd Allah,hati ni lbh mudah tersentuh utk bersyukur.konsep 'bersangka baik' dgn segala ketentuan tu mmg fith pegang sejak dulu2 lg,supaya hati ni tak gundah2...

nomad?nak pi mana pulak lepas ni kak?amboi2 berjalan sungguh ek.take care yer...