Friday, October 29, 2010

SK2 oh SK2 !

Setelah menilai pendapat dan testimonials yang diberi oleh kawan2 dalam entry pening memilih,yang mana satu?!, ecceh, at last I buat keputusan untuk cuba SK2, dah beli dah pun, haha semangattt! Btw, thanks everyone!

SK2 kalau kat nihong ni memang top laa, antara brand yang mahal, kalau tengok duta2nya waduhhh cantik2, memang depa tak make-up sangat pun, natural beauty gitu! (pepandai ja, mana hang tau?! Eh tau laa, ceq tengok kat tv! hahaha)...

Dulu2 my mom selalu cakap tak payah tempek apa2 lah kat muka tu, nanti merosakkan kulit saja, benda2 kosmetik ni banyak bahan kimia. Mak cuma galakkan pakai bedak nyonya, bedak sejuk dan guna petua2 lama saja untuk rawat wajah. Uish mana boleh lagu tu mak, mak takpa laa, kulit mulus tak ada masalah jerawat dll, bla3 potpet2 kemain lagi berhujah dengan mak. Eh tapi sungguh, kulit mak elok cantik, tapi I ni tak warisi kulit wajahnya, my sis-ateh je yang dapat gen kulit mak. Kalaulah kulit I tak ada masalah, takdak aih nak bersusah payah jaga sangat, maybe just maintain sikit2 saja kan. Tapi rasanya untuk zaman sekarang ni kalau keluar rumah muka togel je memang tak boleh laa, sebab kita mendedahkan kulit kita kepada pancaran cahaya matahari dan sinar uv yang merosakkan sel2 kulit, ada risiko barah jugak. Bumi sekarang dah banyak sangat pencemaran, nak taknak kita memerlukan 'pelindung' wajah, badan tak perlu sangat laa sebab kita kan tutup aurat, hehe. Haa jangan taktau, mak sekarang pun dah pandai dah pakai produk2 kecantikan ni, walaupun mak tu sokmo2 nak short-cut, kalau boleh mak nak pakai 1benda ja yang merangkumi semua penjagaan, haha, tapi masalahnya takdak laa produk gitu mak oiii. Hari tu mak beriya2 suruh I tukar pakai SK2, mak pun berminat sebenarnya, beriya mak suruh ateh pi survey nak beli lah konon, tapi rasanya sampai sekarang ni pun tak beli2 lagi, sebab harganya mahal sangat. Salesgirl tu pun satu hal jugak, mentang2 nak promote barang dia bantai suruh beli set besaq2 yang harga dekat RM500 tu, mustahil laa my mom yang tak berapa suka berbelanja ke arah kecantikan ni tiba2 nak longgok duit sebanyak tu sekaligus kan, memang tak ah! Agak2 laa nak promote pun, jual laa set sample dulu, kalau memang produk tu bagus, sure orang mai beli lagi kan?! Gelojoh bebenor!

Bila dah terbeli SK2 ni, berkobar2 semangat nak menerai, so sekarang tengah pulun nak perabih barang2 AG2000 tu dulu, la ni dalam versi membazir lah ni, ish3. Mana boleh campur2 kan, sat lagi tak 'nampak' laa hasilnya, hakhakhak poyo!

I beli trial set je dulu, ambil pakej yang paling basic. Ada banyak pakej ditawarkan tapi I berkenan 2 ni je, both package ni barang2nya sama je cuma 2nd package tu ada extra tang mask, bila kira2 kosnya I decided ambil 2nd package...



1st package



2nd package


Sekarang ni tengah ada promotion, memang murah laa, so I ingat nak tanya for those kat Malaysia yang berminat nak beli I boleh poskan direct from here. Nanti I akan buat entry khas untuk itu yer...

Masak2

Selasa lepas, lepas ambil Rafiqh dari hoikuen(=nursery) kami terus ke supermarket nak membeli barang dapur sikit. Dah sampai kat situ baru teringat yang esoknya(rabu) bermula hari promotion dapat 10kali ganda point dari biasa. Setahun cuma 2kali saja depa buat benda ni dan dalam tempoh 5hari saja, so time ni laa nak pulun shopping barang2 macam beras, pampers, minyak, gula dan lain2, untung! Jadinya kami cuma shopping sikit2 saja, simpan bakinya nak shopping esok pulak. Balik tu terus adun bahan nak buat kulit karipap dan kupas ubi keledek, potong ayam dan sediakan bahan nak buat inti karipap lagi.

Sekarang ni tiap2 minggu buat karipap, minggu lepas obachan(=nenek) jiran datang bagi 3ketul ubi keledek besaq tak hingat, alhamdulillah rezeki. Sekarang ni dah nak masuk musim ubi lah ni, memang setiap tahun jarang amat beli ubi keledek ni, sebab ada ja orang akan mai bagi. Mula2 tu cadang nak buat inti karipap sebiji, nak buat cikmek molek seketul dan kuih keria seketul tapi nampak gaya macam cikmek molek dan keria tu gabung dari 1 biji ubi sajalah, sebab 2biji tu dah diguna buat inti karipap. Minggu lepas dah buat inti karipap pakai daging, dapat 1 tupperware besar, guna separuh dan separuh lagi simpan. Selasa tu habiskan baki yang separuh tu, dapat laa 40biji karipap. Petang tu buat inti karipap pakai ubi keledek dan ayam pulak, pun dapat 1 tupperware besar, semalam adun kulit dan kelebek2 dapatlah 65biji, inti masih lagi berbaki, nak buat pau laa pulak kot...

Selasa tu post status kat fb tengah nak kelebek karipap, buat inti karipap dan mousse, goreng popia dan masak nasi ayam for dinner, ramai pulak yang salah faham ingatkan semua tu menu dinner, haha dak aih. Kalau semua tu untuk dinner, tu bukan makan dah tu, tu melantak namanya! Sebenarnya buat karipap banyak2 tu sebab nak frozen-kan, esok ada kohaitachi(=juniors) tempah nasi hujan panas untuk jamuan lab depa, tempahan yang lebih dari 10set I akan sediakan dessert sekali so tanya laa depa nak apa, kek ka muffin ka kuih ka, wakilnya kata nak karipap, tu yang pulun kelebek karipap 100biji lebih tu. Kalau takat 1 family kami saja nak makan, idak ler pulun sampai macam tu sekali, penuh freezer dengan tupperware karipap semata, tu tak campur donat dan popia lagi tu...

Tak sempat pun buat semua menu yang kononnya nak buat tu, ya la dah pukul 3 baru terhegeh2 nak godek semua, memang tak menang tangan laa kan, so mousse tu postpone the next day. Rabu tu pagi2 pukul 6.30 dah adun bahan buat donat, si Rafiqh tak habis2 request nak donat2, padahal baru ja buat isnin lepas. Selesai terap2 donat tu baru buat mousse, kali ni buat choco mousse rollcake, sebelum pukul 9 semua settle. Tengahari tu keluar shopping, semput membeli barang sebab orang punya lah ramai...

sebahagian dari karipap yang dikelebek...

Walaupun kerap dok buat karipap tapi still tak terer2 lagi, untuk siapkan 60biji masih ambil masa 1jam lebih, agak2 bila laa nak boleh buat dalam tempoh masa kurang sejam ek, hmmm...


choco mousse rollcake...

Pakai resepi choco mousse brownies sebenarnya(refer resepi kat link sebelah ye), cuma kali ni terasa nak buh dalam cup2 kecil dan pakai rollcake pulak. Hasilnya macam gambar kat atas tu, tindih rollcake tengah2 mousse, best jugak! 2R suka sangat, 1 adunan tu dapat 9cups, hari rabu buat semalam dah licin dah...

Thursday, October 28, 2010

Sejuk yang tiba2

Sepanjang minggu lepas kat sini masih bercuaca panas, even though I pernah beberapa kali tulis yang cuaca dah makin sejuk or auturm had finally come, but oh no, it was just for a while, lepas tu panas balik. Lastweek kawan2 kat area atas semua dah mula cerita area atas dah sejuk tapi kami kat rumah ni masih lagi on kipas/cooler masa tidur. Masa2 lain memang tak on apa2 cuma waktu tidur sebab bilik bertutup berkuap so kadang2 agak panas sikit. Dalam dok panas2 tu tiba2 selasa hari tu sejuk amat sangat. Berlarutan hingga hari ni memang totally sejuk dah. At last, auturm is here!

Ahad dan isnin lepas 2hari suntuk hujan turun, walaupun hujan tapi taklah sejuk sangat pun, kami masih buka lagi sliding door dan tingkap2. Hari selasa tu baru betul2 rasa sejuk, malamnya pun dah sejuk tapi masih boleh bertahan, on lagi kipas. Paginya masa nak hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery) pakaikan dia baju tebal sehelai je dan seluar paras lutut. Sampai kat hoikuen tengok budak2 lain semua ber-jacket/sweater bagai, haha segan pulak rasa, adehhh mak hang ni buta perut sungguh, sejuk2 pun releks lagi tak bagi anak berbungkus. Nasib baik sensei(=cikgu) dia tak sound, sebab last weak I selamba ja bagi Rafiqh pakai t-shirt lengan pendek, seluar paras lutut tapi pakai sweater laa, sensei dia tanya "daijyoubu? hanso no t-shatsu dake?"(ok ker ni? baju lengan pendek je?), kuang3 malu ceq se-das! Tapi mak dia lagi releks, pakai t-shirt dengan skirt saja, haa gaya macam bersantai musim panas, hihi...

Seharian hari selasa tu duk kat rumah adehhh sejuknya. Lepas maghrib I dah tak tahan dah, terus mulakan operasi geledah bawa keluar danbo(=heater), dengan penuh keyakinan di hati menyangkakan yang toyu(=minyak gas) baki haru(=spring) hari tu ada lagi sikit. Dah siap bawa keluar 2ketul danbo, lap elok2 dan pasang suis bagai, bila check tong toyu, alamak, yillek, semua kosong! Aduhhh macammana ni, dalam hati berdoa harap2 myLove balik awal, malam2 ni I dah malas nak keluar pi beli. Malangnya myLove balik lambat, akibatnya malam tu memang tidur dalam kesejukan, hahaha. Semalam keluar beli barang, balik tu terus singgah stesyen minyak untuk beli toyu. Setong tu 18liter, memang I tak larat laa nak angkat naik tingkat 5 kan, kalau angkat tong saja takpa jugak, ni dengan Raziqh, memang tak ah! Budak 2orang ni bukannya boleh kena tinggal sekejap pun dalam rumah, melalak laa si adik tu nak ikut, jadinya I cuma angkat sampai ke stor bawah je, malamnya lepas myLove balik baru minta dia angkat naik atas. Makanya semalam rumah dah dipanaskan, perghhh baru syok!

Cumanya rasa sejuk ni macam dah masuk fuyu(=winter) lah pulak. Memang sejuk sungguh, macam skip terus aki(=auturm). Tengok kat tv, area atas dah mula turun salji. Ada kat beberapa tempat tu pengunjung datang nak tengok daun kuning/merah tapi sebaliknya snowing pulak, haha, dah semakin pelik dah perjalanan musim sekarang ni...

Kelahiran secara caesarean section

Note: caesarean section @ c-sect = pembedahan

Terjumpa video ni di facebook(lagi)...
Rasanya video2 macam ni bukanlah sesuatu yang asing lagi kan, mesti dah ramai yang pernah tengok video2 orang bersalin normal/operation ni, biarpun yang tengok tu belum pun berumahtangga, hehe...

As for me myself, the very 1st time I tengok video bersalin ni ialah selepas dah berbulan2 selamat melahirkan Rafiqh. Walaupun sejak preggy lagi I dah sedia maklum tentang kewujudan video2 ni di babycenter.com tapi tak berapa berani nak tengok. Yup, honestly I memang penakut, geli dan gerun tengok darah yang banyak. And the 1st video bersalin yang I tengok ialah tentang proses kelahiran dalam air, and I must say it was amazing! Kemudiannya tak lama lepas tu I cuba memberanikan diri untuk tengok proses kelahiran pembedahan pulak. Nak tau laa jugak kan macammana keadaannya doktor2 tu toreh dan lapah badan I ni dulu. Dan apa yang ada dalam otak ni setiap kali(baru 2kali sebenarnya, hihi) tengok video2 bersalin operation ni ialah rasa macam tak percaya I pernah lalui semua tu, eiii ngeri! Tak ingat pulak doktor mana entah yang cakap atau I terbaca kat mana yang katanya bila bersalin c-sect ni masa nak 'buka' tu kejap je tapi masa nak 'tutup' balik tu lama cause nak kena jahit 7lapisan, huishhh tengok kat video tu tak macam 7lapisan pun, macam banyakkk je disiat2, eeuuwwww...

Masa dalam pantang bersalinkan Rafiqh dulu, makcik2 yang pernah bersalin c-sect ni cakap depa dulu2 bersalin kesan 'bukaan'nya besar dan panjang, lambat bebenor nak sembuhnya, samada melintang atau menegak tu depends on kedudukan baby, bila dah jahit tu nanti lepas beberapa hari kena pi buka benang jahitan tu pulak, kena jaga elok2 sebab mudah bernanah dan takut jahitan terbuka, ish macam2lah. Mak aih, menakutkan sungguh! Tapi bila I sendiri yang hadapinya ermmm tak laa seteruk tu pun, mungkin sebab teknologi kita sekarang dah makin canggih kan. Masa I dulu kesan bukaan tak sampai 10cm pun dan dijahit pakai benang yang tak perlu dibuka semula, maknanya ia akan 'hilang' sendiri. Bab nanah2 tu sebenarnya gynae2 yang I jumpa kata ia bergantung pada cara kita 'jaga' kebersihannya, sama jugak dengan yang kena episiotomi(potong bukaan vagina), kalau tak jaga betul2 boleh bernanah jugak kan?! Dulu siap ada yang kata kalau tak jaga pemakanan dan lain2, nanti bahagian lapisan dalam kulit akan bernanah atau gatal2, haa macammana nak garu?! Hadoiii baguih dok ada, menakut2kan haku! Sebenarnya yang paling penting, kena jaga supaya sentiasa kering saja, lepas dah elok kering lukanya tu haa bolehlah nak sapu segala tok-nek ubat, insyaAllah selamat...

Bersalin operate ni risiko kematiannya adalah 3kali ganda dari kelahiran normal, meliputi kes elektif(suka2 minta operate) mahupun emergency. Komplikasi yang serius bagi si ibu dan bayi selepas pembedahan jugak akan meningkat 3kali ganda berbanding kelahiran normal, tapi pelik kan bila terbaca tentang ada yang sengaja2 minta untuk dibedah...

Kalau kat negara2 maju, bersalin c-sect ni dah jadi trend. Ramai yang tak segan-silu minta dibedah atas alasan2 seperti takut tak mampu tahan sakit contraction, taknak faraj 'longgar', taknak risiko vaginal prolapse dan sebagainya. Lojik laa kan, average anak2 depa kurang dari 3orang. Tapi berbeza laa dengan budaya masyarakat kita. Rasanya setakat ni tak pernah dengar lagi laa ada orang yang suka2 serah diri minta doktor operate. Rata2 mesti usaha nak bagi normal delivery kan. Cumanya kebelakangan ni kes2 kelahiran melalui pembedahan ni semakin meningkat seiring dengan bertambahnya pusat2 rawatan swasta. Ramai yang buat andaian yang pihak swasta ni nak untung lebih so kerja nak bedah orang ja, mungkin ada betulnya sebab kos bersalin operate ni mahal berganda dari yang normal. Tapi bila kita fikir dari sudut reputasi, semestinya depa akan opt for operation bila berdepan dengan komplikasi(walaupun kecil) sebab nak rendahkan risiko kelahiran yang bermasalah, sebabnya bagi kita di Malaysia kes2 komplikasi selepas kelahiran pembedahan ni masih di tahap yang rendah. Hmmm entah lah, kadang2 pening jugak memikirkan soal ketelusan doktor2 ni dalam memberikan rawatan...

Bersalin normal atau surgery, masing2 tak mengurangkan pahala atau merendahkan darjat seorang ibu, sama saja pengorbanannya!

Wednesday, October 27, 2010

Macam2 nak cerita

Saya sebenarnya ada banyakkkk benda nak cerita, tapi sekarang agak kesuntukan masa. Bukanlah bisnes kencang juta2, haha cuma dah nama pun meniaga kan kecik tara mana pun buat laa cara nak meniaga, takkan nak main2 pulak, betul tak?! So sekarang ni tengah berusaha untuk settle-kan beberapa order customers dari Malaysia. Dah agak semput dah ni memikirkan ada lagi kerja yang pending and my biggest problem is I ni pelupa orangnya, adehhh. Dah ada notebook untuk catit kerja2 dah, tapi bukunya disimpan tinggi2 atau dalam beg, susah nak refer selalu. Without the notebook pun, in fact sebenarnya I sentiasa list-kan kerja I untuk the whole week everyweek dan tampal kat pintu peti ais. Dari isnin sampai ahad, dah tulis itu ini apa nak kena buat cuma kadang2 tu ada jugak benda yang terlepas pandang, haiyaaa. Memori otak ni tak boleh nak upgrade dah, kalau boleh buat macam komputer ni dah lama dah I up-kan, hiks...

Malam2 lepas bebudak ni tidur, selalunya I pun akan pengsan sama. Semalam pukul 8 dah out-of-service dah, padahal kalau ikut plan tu nak settle-kan beberapa kerja dulu, nak spend masa tengok london heart dengan myLove dulu tapi sedar2 je tengok jam dah dekat pukul 10malam, nak bangun buat kerja pun dah tak larat, last2 tidur je laa...

Esok laa kot boleh update banyak sikit...

Tuesday, October 26, 2010

Onichan nangis,adik babap mama! dush2!

Raziqh sekarang dah makin 'brutal', dibelasahnya si Rafiqh bila depa bergaduh, haha, lawak pulak bila tengok. Nak tergelak tapi terpaksa ditahan2 dan mama pun buat gaya lagi brutal untuk leraikan pergaduhan depa yang biasanya hanyalah disebabkan oleh perebutan toys...

Walaupun hampir setiap hari kheja dok bergaduh saja tapi Raziqh sayang sangat Rafiqh rupanya. Selalu kalau tanya Rafiqh "onichan sayang adik tak?", Rafiqh akan jawab "ermmm sayanggg" sambil usap2 adik. Tapi acu tanya Raziqh "adik sayang onichan tak?", hahaha ibaratnya tanya tongkoi kayu, buat bodo saja laa, agaknya dia tak faham lagi kot ek, errr ya ka, kalau tanya benda lain, boleh ja dia response, musykil2!

Tapi dalam dok gaduh2, hang tibai aku-aku tibai hang tu, masing2 saling mempertahankan seama sendiri bila salah sorang kena marah/pukul atau menangis. Rafiqh tu tak payah cakap lah, sejak dulu sampai sekarang pun kalau mama pelekoh adik nak pakaikan pampers dan baju, dia masih marahkan mama, kalau mama paksa adik gosok gigi, dia mai serang cubit2 mama, kalau mama marah adik, dia selamba badak mai tampar mama. Agaknay sebab dok tengok si Rafiqh rajin backing dia, jadinya sekarang Raziqh pun dah pandai nak backing Rafiqh...

Ada satu hari tu dia marah si ayah yang cubit onichan yang nakal tak mau dengaq cakap, haha lawak sungguh tengok ekspresi mukanya. Elok2 tengah duduk main tiba2 dengar onichan melalak kena cubit dia terus bangun pi kat ayah dan marah2, kemain lagi angkat2 tangan nak pukul orang, mama nak tergelak dah tapi kontrol2, saja nak nyakat dia so mama terus cakap "haa ayah, babap budak ni sama, ni pun akai jenuh jugak ni, cubit dia!", dengar2 mama kata lagu tu dia terus lari kelam-kabut terkam peluk mama, duk diam2 tak menguwek langsung, kah3 tau pun hang takut, hah cuak2, tadi berlagak sangat, hahaha...

La ni kalau si Rafiqh menangis yang takdak kena-mengena dengan dia(read: bukan salah dia), mama laa jadi sasaran nak kena marah. Beberapa hari lepas seperti biasanya waktu mama solat zuhur dan tadarus, depa 2beradik akan melawak sakan laa dalam bilik yang sama. Mama dah susun bantal2, tilam2 dan selimut2 bagi tinggi, so depa panjat dan terjun, memang macam ni gamaknya cara budak lelaki main kot ek. Panjat-terjun-panjat-terjun gelak kukek2, sambil2 tu depa wrestling jugak. Terjun punya terjun entah macammana Rafiqh jatuh dan menangis, mama bolayan saja, lantak pi hangpa laa, hangpa yang gatai sangat, larang takmau dengaq! Raziqh tengok Rafiqh nangis, muka dah cebek2, bila tengok mama buat derk dia pun mai ketuk kepala mama dengan botol vicks, ewah2 tak pasai2 mama pulak yang kena. Macam tu laa selalu2, terhibur jugak tengok keletah depa ni...

Tapi kan, mama rasa saikin(=lately) mama makin garang, huhu. Menyiga ja memanjang, gomen ne(=sori ye) anak2, mama marah dan mama babap sebab hangpa dua selalu takmau dengar cakap mama. Suara mama garang macam petir berdentum kan? Bukan sebab mama ni suka sangat nak marah2 pekik2 tengking2 tapi sebab mama takmau angkat tangan, mama marah tu untuk gertak2, so please lah anak2, tolonglah takut, hangpa ni mama puaih marah dah hangpa boleh gelak2 terhege2 lagi, macammana laa mama tak hangin, huh!

Cause the truth is I really love you both more than anything else, more than myself. Gambarou ne, semoga keluarga kita sentiasa bahagia, gembira dan ceria. Gambarou ne...

Monday, October 25, 2010

Pening memilih,yang mana satu?!

Sekarang tengah pening, pening nak buat pilihan. Dah berbulan2 dok survey, but up till now still I couldn't made up my mind. Oh actually I'm now searching for a new skin care product for me, banyak sangat kat pasaran, semuanya nampak best, so I dah confused taktau which one to choose...

Before kahwin dulu I guna produk lekeh2 saja, takat beli kat kedai runcit, pakai pun ikut suka hati, time rasa nak pakai, pakai, time malas, tak pakai, dulu mana ada duit nak beli yang best2 kan, lagipun zaman remaja dulu since form 1 hingga form 5 sekolah semua girls, so tak berapa ambil pot sangat bab2 penjagaan wajah ni, make up jauh sekali *alasan*. Futhermore, my mom sendiri memang tak ambil kisah jugak, bertambah2 laa cetek ilmu ni, hihi. Basically masa tu banyak guna produk johnson&johnson dan fair&lovely lah. Tapi bila dah nak kahwin tu, kan kena beli barang kosmetik untuk dibuat hantaran so ter-beli produk AG2000 atas saranan mak dan adik2. Awal2 tu takut jugak membazir, ye laa, bukan murah, beratus2 ringgit sebotol, kang beli2 tak sesuai ka hapa ka, kan ker rugi je kan, tapi gamble ja beli sebab dah terpaksa. Sebenarnya sebelum beli AG2000 ni I dah pernah beli 1 produk Malaysia, mahal laa jugak, konon nak 'repair' wajah bagi cun laa before nak jadi raja sehari tu tapi hampeh, produk tu tak sesuai dengan I, habis mengelupas kulit muka, buang duit ja, sebab tu rasa curiga sikit bila kena beli yang lain, huhu...

Jadinya sejak lepas kahwin sampai laa sekarang ni I memang setia dengan AG2000, dah lebih 5tahun dah, alhamdulillah sangat sesuai, I pun memang makan supplement dari company yang sama ie gamat healin tu, so memang rasa best laa produk2nya. Nak2 pulak hasil kajian ke atas produk2 tu dibuat di Jepun ni, lebih menambah keyakinan diri terhadap kebaikan produk2nya. Call me fanatic or what, tapi I memang lebih percaya dan yakin dengan produk kecantikan Jepun compare to Malaysia. Kat Malaysia memang banyak jugak produk2 kecantikan ni, yang artis2 macam Dato' Siti lah, Erra Fazira lah etc etc punya produk pun berlambak kan, tapi betul ka depa tu pakai their own product ek? Macam was2 gitu, hehe. Back to the story, hah dah kalau suka sangat produk AG2000 tu, apasal out of sudden nak tukar pulak kan?! Hmmm, ni lah masalahnya. All this while I beli melalui my mom's friend tapi sekarang she's no longer an agent, susah pulak tu nak cari ajen kat Ipoh tu, malas nak kacau my mom or my sis untuk cari2 so I thought better beralih je laa. Boleh je nak beli kat internet, ramai je dealer-nya tapi dah termakan 'hasutan' supaya try produk2 Jepun pulak, tu pasal laa dok mencari2 ni, hihi...

Kalau produk2 kosmetik untuk make up tu I tak cerewet sangat, any brand would do, belasah ja campur2 even though I know it's better to stick to 1 brand only to get the best result, but who cares, right?! As long as I rasa okey, tibai je laa. But when it comes to skin care product I memang agak cerewet. Kalau boleh nak pakai 1 brand je, starting with the cleansing, the moisturizer, the foundation, the facial treatment bla3, semua nak brand yang sama. Rasanya semua brand ada keluarkan basic set yang lengkap semua yang I nak, cuma nak pilih brand tu pulaklah sampai naik juling...

Sebenar-benarnya hati ni dah berkenan sangat nak pakai SK2, ecceh perasan kaya, padahal produk tu mahai nak mampuih! Maklumlah umur pun dah nak masuk 30-an kan, SK2 memang pilihan yang baik laa tapi bila tengok2 produknya, setakat I usha2 kat yahoo shopping ni macam tak lengkap ja produknya, ka I yang tak reti translate in japanese ek? Dok tengok web rasmi in english, tapi dok belek katalog jepun memang blur lah, hadoiii. Dan lagi kalau pakai SK2 ni memang jenuh nak 'maintain' poket, haha, mahainyaaa ya ampun! Pulak tu even though I ni fulltime housewife, I duk rumah pun touch up jugak muka, haa jenuh. Tapi ok laa kot ek, bukan nak beli setiap bulan pun, macam sekarang ni 3bulan++ sekali ja membeli, I pun bukan pakai full set *ayat sedapkan hati* hahaha...

Selain SK2, produk apa lagi yang best?! Ada sebulan lebih lagi nak mencari ni, saki-baki AG2000 ni dah nak habis dah, cari2 jangan tak cari...

Thursday, October 21, 2010

Creamy milky fruit drinks

Hari ni rasa macam takdak mood nak update blog. Kepala ada sikit pening, sejak dari pagi tadi adaaa je benda yang menye-poil-kan mood ni. Ni pun tak habis2 lagi rasa serabut, maybe I should bring the kids out this evening, ambil angin kat luar sambil beriadah sambil makan aiskrim...

Ni nak update ala-kadar saja, nak share 1 resepi minuman yang sedap. Lately suka buat air2 macam ni untuk minum petang, ambil buah dan campurkan dengan freshmilk, ais dan gula, lepas tu blend. Kalau letak kuantiti ais tu banyak, nanti jadi ice-blended, nyum2! So far dah test dengan pisang, kiwi dan avocado, semuanya best! Sebelum2 ni kalau ada lebihan buah yang tak larat dah nak makan tu I akan buat jus, tapi rasanya kalau blend campur susu dan ais macam ni hasilnya lagiiii enak. Kalau nak jamu anak2 makan, tak payah bubuh ais pun takpa, letak susu saja. Tak elok jugak kan budak2 minum benda2 sejuk ni...

Ini jugak salah satu cara alternatif untuk ambil buah-buahan in daily diet. Kadang2 tu tak lalu sangat nak telan buah, so buat air pun best jugak kan?! Kalau suka boleh jugak letak plain yogurt 1 sudu besar...


Gambar atas tu pisang, yang bawah ialah avocado...

Wednesday, October 20, 2010

Sangap senyap2

Rasa2nya dah nak dekat sebulan dah laa tak akses web tv3, dah ok ka tonton tu ek?! Malas nak buka sebab dok baca kat fb ada yang kata tak ok2 lagi, huh! Taktau nak kata apa dah, bukan depa ambil pot pun even berjuta orang dok komplen dan maki seranah depa kat web tu, haha, memang dasar 'aiman tak kesah' sungguh laa...

Bila dah lama2 tak tengok drama melayu ni terasa rindu la pulak nak layan cerita melayu. Kalau balik Malaysia hagham tak hingin pun nak tengok tv, tapi bila dah duk jauh2 ni mula laa gatai tergedik nak tengok cerita melayu, hehe, rindu laa konon...

Jadi fulltime housewife ni time busy tu memang busy laa, sampai tak terjengkau tangan ni dok bersambung2-nonstop pulun buat kerja rumah. Tapi bila mai masa lapang tu, hadoiii sangap jugak laa mati habis kutu2 taktau nak buat apa, kesian kutu. Kalau tengok mak2 kat Malaysia tu petang2 selalu depa layan drama ka hapa ka kan, tu sebahagian dari pengurusan masa jugak tu, a way for them on taking short break, hehe. Kalau I pulak, my short break adalah ber-blog dan tengok drama melayu, but still that's not my me-time ye, sebab kalau layan drama tu selalunya sambil2 tidurkan si Raziqh, takpun masa tengah masak cause my laptop ada atas meja makan kat dapur...

Hari tu masa awal2 web tv3 tu mereng, I pun yer2 je cakap kat myLove, lepas ni I banyak laa masa sebab dah tak boleh nak tengok drama2 dah, haha, rupa2nya tak pun! Seharian berlalu sama jugak, celik mata pagi2 pungpang2 gunggang2 sedar2 dah malam. Tengok drama ka tak tengok ka sama saja, takdak pun extra chance nak baring2 rehat ka, nak tidur siang jauh sekali lah, haha...

Haiseh, sangap! Anyone nak suggest web/blog yang ada upload drama tak? hihi...

It's time for milk, yeay!

Dah hampir sebulan dah laa Raziqh start minum freshmilk. Lately dah mula bagi 2 sesi sehari, bagi pagi2 sebab dia jenis bangun awal, kalau mood ok dia mau laa main sorang2 tapi bila mai mood leweh2, nak suruh dukunglah hapalah, dah laa mak dia kalut kat dapur masa tu so bagi ja dia minum susu dalam cup untuk alih perhatian, sure happy ler dia. Sekali lagi bagi petang2 lepas minum petang, both sesi tu bagi dalam 100ml saja. Kalau ikut dia, setiap kali tengok onichan minum dia pun nak jugak, tapi instead of letak susu I selalu ngelat letak air kosong saja, hehe. Walaupun dia masih breastfeed macam biasa even dah minum freshmilk pun tapi entahlah, mungkin tak boleh terima hakikat kalau2 dia suka freshmilk sama macam breastmilk kot, selfish kan mak dia?! I tengah gambaru(=berusaha) sungguh2 ni untuk complete-kan breastfeeding for 2years...

Setakat ni dah beberapa kali try bagi dia minum pure milk, surprisingly alhamdulillah nampak dia ok, ok tu maknanya boleh telan laa, kalau Rafiqh huh jangan harap! Sampai sekarang pun tak boleh 'terima' lagi pure milk. Tapi tak minum kat rumah saja, kat nursery dia bantai berkotak2!

Gambar2 kat bawah ni di-snap beberapa minggu lepas. Tonton tv sambil menyusu, gambar bawah ni extraordinary sikit sebab kemain lagi park kereta dan basikal depan tv, minum susu atas tu, wahhh hebat bergaya!


budak2 selebet baru bangun tidur...


Sebelum2 ni I dah pernah post berberapa entries berkaitan freshmilk dan formula milk(fm), antaranya freshmilk for baby, DHA in toddler's diet, freshmilk vs formula milk, mengenal susu segar, dan yang terbaru ialah memilih susu selepas penyusuan susu ibu . Masa tulis latest entry ni, ramai pulak yang bagi respon berkenaan anak2 yang 'menolak' susu selain breastmilk(bm). Sebenarnya itu adalah tindakbalas yang perfectly normal. Our kids sangatlah bijak, mereka tahu menilai 'rasa', kajian membuktikan bahawa bm lebih sedap compare to other milks. Komposisi dan rasa bm berubah2 mengikut menu makanan si ibu tapi freshmilk/fm rasanya samaaaa takkan berubah. Give yourself the same foods 4-5times a day in 1 week, sure muak jugak kan, same goes to the kids lorr. Jadinya untuk memperkenalkan susu baru kepada anak2 ini memerlukan ke-kreatif-an, masa dan kesabaran jugak...

1. kita kena kenalpasti dulu adakah anak2 kita bebas dari allergy reaction terhadap susu2 lain ini. Kalau anak2 tak okey dengan susu lembu, switch kepada susu soya. Kalau okey, then only pergi ke stage ke-2. Pernah terbaca somewhere bahawa baby yang diberi bm secara exclusive/fully ni seringkali berhadapan masalah elergi terhadap susu lembu, tapi no worry sebab masalah ni tak kekal, ia akan recover sendiri nanti insyaAllah...

2. susu2 lain tak seperti bm yang mudah dihadam, sebagai permulaan beri susu secara berperingkat dan dalam kuantiti yang sedikit untuk lihat sensitiviti anak2. Mungkin akan ada masalah muntah/sembelit/cirit dan sebagainya, so kena monitor betul2, ada masanya masalah2 tu bukan disebabkan oleh elergi tapi more to nak sesuaikan diri(perut?), kalau ragu2 perlulah pi dapatkan nasihat doktor. Bila nak introduce susu baru janganlah bantai tukar terus mendadak, agak2 laa kan, perut budak2 ni sensitif...

3. biasanya anak2 ni akan compare rasa dan 'struktur' susu, susu kan warna putih, so kalau kita bagi freshmilk/fm putih tapi rasa pelik/tak sedap(tak sama bm) mesti laa depa reject, so add some cocoa powder in freshmilk or choose fm with flavors, supaya depa tak confuse, so that they know they're drinking something new, not the usual 'milk'. Untuk baby setahun++ boleh mix freshmilk dengan honey/cocoa, bila dah 2tahun++ boleh mix dalam teh/kopi/sirap and etc...

4. beri botol/cup yang berbeza jika anak menyusu bm dari botol susu. Cara ni untuk alih perhatian mereka dan beri mereka 'suasana' baru...

Setiap anak tu berbeza2, ada budak senang saja nak switch susu, ada yang susah sikit, perlukan masa. Dah jadi tugas kita bila bergelar mak ni kita kena jadi pengkaji jugak, tak boleh lepas dari kena dok pikiaq dan kaji tentang personaliti/kehendak anak2, kena ubahsuai sesuatu ikut keperluan si anak. Oleh itu, selamat mengkaji! ahaks...

Tuesday, October 19, 2010

Lagi gambar2 picnic

Semua gambar2 di bawah adalah dicilok dari lensa2 kohaitachi(=juniors) yang canggih-manggih...
Credit to Dena, Zam, Ustad dan Haziq, arigatou!!!

Terima kasih daun keladi,
pokok keladi di tepi tasik,
nanti2 nak minta lagi,
gambar korang memang cantik!
(penting untuk memuji tanda 'mengenang' budi, haha)

OurLoveStory's pearl white stream...
rasa macam tak percaya boleh tengok binatang buas sedemikian dekat...


Rafiqh with his buku doubutsuen(=zoo), bila lalu kat area gajah, dia terus sibuk buka page gambar gajah dan tunjuk2 sambil bersorak. Nasib baik laa dia bawa 1 ja, tak hangkut semua sekali koleksi buku yang ada gambar binatang, fuhhh...


The 4 of us...


The girls with 1 happy boy...
taktau kenapa budak kecik tu mesti terselit di situ, awat laa mama tak boleh posing without extra handbag ek?! hehe...


rombongan kanak2 kota keriangan(minus the pak dan mak orang tu yer)...


ni gambar di Akiyoshidai...


ayah ^v^ mama...

Pasar ikan

Hari ni lepas hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery) pukul 8lebih tadi, kami terus ke pasar(read: supermarket), nak beli tepung, freshmilk dan sayur sebenarnya tapi tertengok ikan murah2 so terbeli ikan yazu besaq tak hingat harga cuma 198yen seekor. Beli jugak saba sederhana besar 3ekor 100yen. Banyaklah pulak stok ikan dalam peti ais tu, yang hari tu beli ikan aji dan ikan-hapa-entah tu pun tak habis2 lagi, pi tambah beli ikan lagi, nafsu2... Bila pagi2 lagi dah ke pasar ni membuatkan hati dok teringat2 kat mak, sebabnya kalau duk kat Malaysia, I selalu ikut mak pi pasar Jelapang. Kat Jepun ni ada jugak pasar2 pagi macam kat Malaysia tapi tak banyaklah, selama 7tahun lebih duk sini tak pernah sekali pun jejak kaki ke pasar ala2 pasar tani tu. Taktau laa kat Ube ni ada ka tak, tapi selalu tengok kat tv kalau area lain tu macam banyak je, bestnya kalau pagi2 boleh bawa anak2 pi pasar beli ikan, beli sayur, semua mesti murah2. Sebab kat sini takdak pasar gitu makanya supermarket 24hours Trial tu je laa tempat dituju...

Sebenarnya semalam dah pi dah, beli beras, freshmilk, sayur dan barang2 dapur sikit. Malas sebenarnya nak pi beli barang yang berat2 macam beras tu dengan 2budak ni, bayangkan laa kan, nak hangkut beras 5kg dengan barang lain ber-kg2 tu plus Raziqh dekat 9kg ni panjat tangga 5tingkat, mau rebeh bahu mak depa. Tapi no choice sebab myLove busy lately balik lewat2 malam, kesian pulak nak minta dia singgah beli time balik kerja pun, so mau takmau kena pi beli sendiri. Mujur jugak sekarang Raziqh dah boleh jalan, lepas ja dia naik tangga sendiri, I ikut dari belakang takut jugak dia tergolek, Rafiqh memang laju dah so dia naik dulu dan tunggu adiknya kat setiap tingkat, Raziqh akan panjat berbekalkan sorakan "jyouzu2, gambatte2, mou sukoshi yo! assalammualaikummm"(terer2/bagus2, lagi2, sikit ja lagi, assalammualaikum -> bagi salam siap2 kengkonon dah nak sampai rumah laa, haha) dari Rafiqh. Riuh-rendah dengan suara si abang memberi semangat dan si adik yang menyahut seruan, satu blok ni boleh dengar suara depa, mengalahkan pasar ikan...

Taktau entry ni motif apa, haha, sat lagi update lagi kalau sempat...

Monday, October 18, 2010

Safari Land dan Akiyoshidai

Sabtu lepas kami sekeluarga ikut rombongan PAMY ke SafariLand. Dah lama dah dok janji dengan 2R nak bawa pi tengok binatang, sejak belum natsu(=summer) sampai dah masuk aki(=auturm) tapi dok asyik tangguh2, haa ni baru dapat pi. Kira ok laa sebab cuaca sekarang tak terlalu panas dan tak sejuk sangat, elok2 ja untuk riadah outdoor...

Keluar dari rumah pukul 12.30tengahari, lunch siap2 dulu then berkumpul dan bertolak pukul 1petang. Sampai sana pukul 2lebih, masuk dalam kawasan tu dengan kereta. Sebab pi ramai2, sampai 7kereta kalau tak silap, so bayaran asal yang 2400yen tu jadi 1900yen saja, murah, both 2R bawah 4tahun so free. Rafiqh enjoy sangat2, dia dah makin kenal binatang so seronok laa dapat tengok macam2. Binatang kesukaan dia ialah gajah, zirafah, kuda belang, harimau dan singa. Kagum tak habis2 dapat tengok binatang2 in real dekat2 depan mata. Raziqh pulak macam biasa lah, taktau dia faham ka tak, kalau kat rumah bila tengok binatang dalam tv kemain lagi pi tepuk2 skrin tv tu, tapi bila tengok depan mata dia tak bagi ekspresi yang sewajarnya langsung, haha. Happy tu memang happy, happy buat hal sendiri. Tau nak berkawad pi mai pi mai ja, binatang2 tu dia bolayan pun, huh! Aksi2 dia pulak dapat 'tarikan' bebudak ni, lagi laa dia show off keletah dia, dah macam buat show sendiri dah, semua pakat dok tengok dan gelak2 kat dia, makin menggedik laa...

Pukul 4.30 berkumpul dan solat asar kemudian kami bertolak keluar, tapi tak balik terus, kami pi Akiyoshidai pulak, berkelah sambil tengok sunset. Tempat tu cantik, bukit yang berbatu2 tapi takdak gambar lah yang sempat di-snap. Nanti sat lagi nak minta izin kohaitachi(=juniors) yang ada ambil gambar lawa2 tu untuk buh gambar2 depa kat sini. Ada kek, ada keropok, ada donat, ada cucur, kami bawa kek pisang saja, makan ramai2 atas bukit tu, best! Tapi sejuk tak hingat, dah laa tak terfikir nak bawa baju sejuk untuk diri sendiri, huhu. Lepas solat maghrib baru kami bertolak balik, sampai rumah pukul 7malam. 2R dah tertidur dah dalam kereta, balik rumah mandi2 minum susu dan rehat sekejap, pukul 8lebih dah masuk bilik untuk tidur. Mama dah penat amat, kepala nyut2 sakit mungkin sejuk sangat kot, telan panadol sebiji lepas tu terus pengsan. Semalam tak pi mana2, duk rehat kat rumah layan movie saja. Weekends yang best!




tengok harimau putih dalam kandang...

Raziqh kejar burung besar...

susah betul nak suruh budak kecik ni duk diam...



lately banyak pulak chance nak ambil gambar 'berdua', hiks...

Friday, October 15, 2010

Yang dikatakan 'jarak 2tahun'...

Selalu kan kita dengar orang sebut "menjarakkan usia anak 2tahun" bila bercakap tentang family planning, which is refer to bila nak pregnant lagi seeloknya bagi jarak umur abang/kakak dengan adik tu 2tahun. I taktau laa orang lain faham macammana tapi kalau tanya I, I faham kena selang tahun laa, means tak boleh beranak every year gitu. Rasa2nya orang lain pun faham macam tu jugak sebabnya bila dikhabarkan kehamilan seseorang, orang akan respon "oh ok dah tu, nanti adik lahir si abang/kakak dah 2tahun lebih", kan kan?!

Sebenarnya konsep jarak 2tahun tu bukan begitu. Terbaca kat web doktor mana entah, adehhh lupa pulak nak bookmark, nanti2 kalau jumpa balikweb tu I akan link-kan ye...

Menurut ahli perubatan, yang dikatakan jarak 2tahun itu ialah merujuk kepada jarak kehamilan, bukan jarak usia anak, maknanya untuk pregnant lagi kena tunggu selepas tempoh 2tahun bersalin, dalam erti kata lain tunggu si abang/kakak tu 2tahun dulu baru pregnant balik. Menjadikan beza usia mereka sekurang2nya 33bulan @ 2tahun 9bulan. Ooo macam tu, baru ku tahu, hek...

Baru2 ni pulak ada tengok rancangan perubatan di tv, menemubual seorang pakar sakit puan, menurut beliau untuk hamil kembali setidak2nya tunggulah usia anak sebelumnya tu dah cecah setahun. Kerana badan kita memerlukan at least a year untuk fully recover dari proses kehamilan dan kelahiran. Ketika hamil sistem imunisasi badan kita akan lemah, organ dalaman badan turut mengalami perubahan(rahim yang mengembang dll), pengambilan nutrisi turut terganggu, masalah kembang urat, sakit/lenguh2 di bahagian bahu/pinggang dan sebagainya. Ditambah pulak selepas melahirkan anak, kesibukan dalam membesarkan anak mungkin menyebabkan kita kurang rehat dan belum memiliki kesihatan di tahap optimum yang membolehkan kita untuk hamil kembali. Kerana itu rata2 doktor menyarankan untuk memulihkan dulu kesihatan diri sebelum mencuba untuk menambah zuriat...

Okey, sekarang dah tau dah apa yang dimaksudkan 'jarak 2tahun' itu, tapi taktau laa mampu ka dak nak tunggu 2tahun dulu baru nak pregnant balik, kah3, bunyi tu macam dah tak sabar sangat nak pregnant lagi kan?! Kalau nanti dah rasa2 ready dan ada pulak rezeki, insyaAllah ada laa tu, hiks...

Thursday, October 14, 2010

Bosan2

Semalam dan hari ni dok bosan2 taktau nak buat apa maka godeklah 2jenis kuih untuk di-frozen. Minggu ni tiap2 hari myLove balik lewat malam, sepatutnya boleh skip laa tak payah sediakan minum petang tapi sebab dah terbiasa dok buat something petang2, jadi kekok pulak bila hima(=free), ecceh hima laa sangat kan, hehe...

Jadinya semalam buat karipap, pakai 500gm tepung gandum, dapat laa dekat2 60biji yang berinti dan 20keping kulit karipap untuk budak 2orang ni. 30biji goreng half cook dan bekukan, selebihnya goreng untuk sendiri nak telan dan bagi kat jiran jugak. Lepas siap goreng karipap dan bagi 2R minum petang, bawa depa pi hantar karipap ke rumah jiran then jalan2 sat kat playground. Turun pun dah pukul 5lebih, before pukul 6 dah maghrib dah, memang sat ja laa dapat pijak tanah tapi depa ok saja bila ajak balik pun. Kalau nak kira apa yang bestnya bila myLove balik lambat ialah boleh bawa 2R ni pi playground saja laa kot, sebabnya kalau ayah balik awal memang selalu terkocoh2 macam lipas kudung mama depa bersilat, sebelum ayah balik rumah dah kena kemas, budak2 kena siap mandi, minum petang dan dinner dah ready, kain baju dah settle lipat, pendek kata sebolehnya semua nak beres laa, biar ayah balik tengok rumah tersusun elok ja. Haa tapi kalau ayah balik lambat, mama boleh laa yukkuri(=slowly) settle satu2, panjang senggang masanya, hehe, tu ja laa bezanya kot. Balik awal ka balik lambat ka, dua2 pun best sebenarnya. Sekali-sekala balik lambat tu ok laa kan...

Karipap frozen...

Hari ni pulak buat popia goreng(lagi). Baki kuah popia yang dibuat untuk jamuan tempoh hari masih banyak, lagipun tak masuk fasa jemu lagi menghadap popia ni so tibai je laa. Ni dok tengah2 angin rajin ni baik buat terus, kalau takmau makan lagi pun boleh simpan, benda2 frozen ni boleh tahan berbulan kan, haa nanti2 kot terdesak nak makan boleh hanggau dari freezer saja, senang! Kali ni inti popia guna udang kering dan telur. Kalau ada udang basah lagi sedap, tapi udang kering pun ok jugak, semerbak wangi baunya...


Esok pulak kalau sempat rasa macam nak buat murtabak dan roti canai, kalau sempat laa. Ada beberapa kerja nak kena settle esok, tengoklah macammana nanti, yang pasti esok ada menu kek, yatta ne!

Kesilapan dalam berdoa...

Apabila memperkatakan perihal berdoa, kita seringkali tertumpu kepada persoalan adab2nya saja, contoh macam tempat kita berdoa, mengadap kiblat, menadah tangan, dalam keadaan suci dari hadas kecil/besar, berwudu' dan sebagainya, tak ramai pun yang cuba fokus pada isi kandungan doa yang dibaca, kenapa? Mungkin sebab bila disebut doa, pastilah kita memohon kepada perkara yang baik2, memang ada jugak orang yang suka berdoa meminta kemudaratan orang lain, tu dah lari konsep dah tu, takmau cakap pasal tu, sat lagi entry ni jadi panjang berjela2...

Hakikatnya ada banyak kesilapan kita dalam menuturkan doa, jom kita check balik, amati satu persatu bait2 doa yang kita dok lafaz saban waktu itu. Ops ni nak tuju pada doa2 yang kita baca ikut sedap kita tau(read: doa yang kita 'reka' sendiri atau ikut2 orang), bukan doa2 yang dipetik dari nas al-Quran atau hadith, yang tu memang takkan silap insyaAllah...

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (Surah Al-Baqarah:186)

Allah sangat suka hamba2-Nya berdoa, dalam kita berdoa pengkhususan jugak penting, kena sebut dengan terperinci apa yang kita nak. Contohnya kalau nak anak yang comel, tak payah laa malu2 tahi kucing nak minta Allah bagi anak yang comel, describe laa, nak kulit putih ka, rambut hitam ikal ka, hidung mancung ka, mata bulat ka, mintalah, dah memang Dia yang cipta, kita memohon di tempat yang betul insyaAllah. Janganlah kita jadi orang yang malas berdoa yang minta sesuatu tu ala-kadar saja, nanti Allah bagi pun ala2-kadar je laa...

1. mendoakan kesejahteraan rumahtangga
- ramai yang suka meminta dikekalkan perhubungan suami isteri, malangnya terlupa meminta diberikan kebahagiaan. Silapnya rumahtangga bukan hanya didasari status semata tapi perlukan kebahagiaan untuk menenangkan pemilik2nya. Sebab itulah ramai sekali pasangan yang 'terperangkap' dalam status suami isteri sedangkan rumahtangga dah bagaikan neraka, Allah dah makbulkan doa mereka untuk sehidup semati biarpun hati dah ditusuk benci tapi tak jugak boleh bercerai...
"Ya Allah, Kau rahmatilah dan berkatilah kehidupan rumahtangga kami, satukanlah hati kami sebagaimana Kau menyatukan hati Adam dan Hawa, bahagiakanlah mahligai cinta kami ini hingga ke syurga"...

2. berhasrat untuk menyusukan anak
- sejak hamil lagi, mintalah untuk dikurniakan susu yang 'cukup', bukan 'banyak'. Keperluan susu bagi setiap bayi berbeza2, ada baby minum banyakkk, ada baby minum sikit, jadinya jangan kita minta 'banyak' sebab kalau banyak sangat pun sendiri yang merana, boleh jadi bengkak susu, boleh membawa kepada demam, boleh juga mengakibatkan susu membeku membentuk ketulan, sakit wooo, haa kan dah memudaratkan diri sendiri...
"Ya Allah, Kau kurniakanlah susu yang mencukupi untuk anakku ini dan Kau permudahkan urusanku untuk menyusukan anakku ini"...

3. minta dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki
- usia yang lanjut tak penting, yang paling utama ialah pengisian usia. Kalau dah tua sangat sampai nyanyuk dan menyusahkan orang pun tak guna jugak kan. Lebih baik usia yang pendek tapi diisi dengan amal yang berkekalan mengalir pahalanya kepada kita. Rezeki pulak mintalah yang halal, mohonlah dibukakan pintu rezeki langit dan bumi, curahkanlah rezeki yang halal kepada kita, kalau kaya-raya dari hasil yang haram, neraka jugaklah tempat kita...

Okey, cukuplah tu sebagai contoh...

Sebagai ibubapa kita sangat2 digalakkan berdoa, dikatakan kesilapan utama dalam mendidik anak2 adalah kerana kurangnya berdoa...

- mengungkap salam kepada anak contohnya ketika dia baru bangun tidur "assalammualaikum(semoga Allah merahmatimu)", berilah salam buat anak kita berkali2 dalam sehari, moga2 Allah merahmati hidupnya sentiasa...
- memanggilnya dengan nama2 yang baik. Dah penat2 buh nama penjang berjela cun melecun, tapi nama panggilannya alahai sadis sungguh...
- menyebut sifat2 mahmudah(terpuji) buatnya. Paling mudah panggillah kandungan kita dengan "anak yang baik" ketika hamil, setelah dia lahir panggillah "anak soleh, ya mujahid, wahai anak yang mendengar kata, anak pendamai jiwa dll"...

Wallahua'lam...

Wednesday, October 13, 2010

Yang haram dan halal...

Kelmarin macam biasa adalah rutin Rafiqh ke hoikuen(=nursery). Seminggu hanya sekali kami hantar dia ke sana, sekadar pendedahan awal untuk dia berkawan dan belajar bertutur dalam nihonggo(=japanese language). Seperti biasanya, pukul 12lebih I akan pergi ambil dia dari 'sekolah', dan macam biasalah jugak terpaksa spend almost an hour kat situ sebab susahnya nak ajak balik. Dia tak puas lagi nak melompat, si adik pun sama jugak, bila dah start sentuh omocha(=toys) macam di-gam tangan tu takmau lepaskan. Kesian punya pasai, mak depa melangut laa kat situ, mujoq sensei(=cikgu) Rafiqh baik hati, dia pun rajin menyembang, makanya sementara nak tunggu budak2 tu nak balik kami selalu berborak especially about Rafiqh. Banyak jugak yang I sempat pelajari dari senseitachi tu semua, rasa kagum dengan depa, they know a lot about kids' development, lojik arr kan, dah tu kerja depa sehari2, lagipun untuk jadi tenaga didik di nursery kat Jepun ni pun bukan mudah, kena ada sijil2nya. How I wish kita kat Malaysia pun mempunyai sistem yang sama, dengan harapan makin kuranglah kes2 kecuaian pengasuh/penjaga budak. Adakah kita tahu betapa ramainya bayi/kanak2 yang mati di bawah seliaan nursery/pengasuh? Memang tak masuk media pun, sebabnya most of the cases ditutup dan diklasifikasikan sebagai Sudden Infant Death Syndrom, sedih kan?!

Okey2, back to the story...

Kelmarin menu lunch kat nursery adalah karegohan(=nasi kari jepun). Kare ni memang tak boleh makan sebab ada kandungan bahan tak halal, ni 1st time Rafiqh datang time menu ni. Bila kena menu yang Rafiqh tak boleh makan, pihak nursery akan sediakan food asing untuk dia. Ni satu lagi kelebihan depa, langsung tak berkira nak buat sesuatu yang lain hanya untuk SEORANG budak. So Rafiqh diberi menu sup ikan dan sayur goreng. Sensei Rafiqh cerita all this while bila dia dapat menu yang berbeza dari kawan2nya dia tak pernah pandang pun lunch set orang, dia hanya concentrate makan apa yang dia dapat. Tapi mungkin sebab bau kare yang enak(kari jepun adalah manis, depa buh epal lah coklat lah, sungguh pelik! haha), Rafiqh pun usha2 pinggan kawan2nya, tapi sensei kata depa senseitachi ni kagum sangat sebab dia langsung tak minta atau tunjukkan rasa tak puas hati, dia diam ja sambil makan foods dia. Bila seorang sensei tanya Rafiqh kenapa foods dia lain dari kawan2, adakah dia tau? Dia jawab "kore wa ne taberarenai yo"(=yang ni tak boleh makan)...

Sebenarnya dah agak lama I 'perasan' perkara ni, selalu bawa 2R pi beli chocolate/biskut kat supermarket, bila tengok mama belek foods tu Rafiqh akan ambil dan belek sama, kadang2 dia kata "nak", tapi bila mama kata "araa, kore taberarenai yo, gomen ne, hokano erande(=alaa yang ni tak boleh makan laa, sori ek, pilih yang lain)". Dia boleh bagi simple response "ooo taberarenai ne"(=ooo tak boleh makan ek) without any argument atau bentakan tanda marah nak jugak2...

Dulu2 sebelum ada anak, I pun impressed sangat tengok macammana orang muslim lain didik their kids especially yang baru 2-3tahun ni untuk faham ada benda yang kita boleh makan dan ada benda yang tak boleh. Can you imagine how the young kids simply accept that fact? They are just 2years old kiddos, but they already learn about halal and haram. Tapi orang2 tua ni ramai ja belasah arak, bantai hisap rokok, benda yang sah2 dah haram, tapi selamba tok-nek depa ja, huh! I pernah tanya kakak2 Indonesia/Malaysian on how they teached/told their kids about halal&haram foods, as you guys know makanan kat nihong ni sangatlah tempting, semuanya nampak sedap sebab cantik2 comel2. Jangan katakan budak, kadang2 kita sendiri pun boleh ada rasa 'kecewa' bila tengok sesuatu yang 'menarik' tapi bila check ingredients tak boleh makan lah pulak. Masa dulu2 I terfikir jugak 'susah' kot nak ajar anak2 kecil ni, but oh my, I was wrong!

Before decided nak hantar Rafiqh ke hoikuen ni, I sebenarnya dah get myself ready to prepare bento(=lunch pack) comel2 for him. Masa pi pendaftaran pun I dah mentioned pihak hoikuen yang dia tak boleh makan macam2, mesti leceh depa nak sediakan tapi depa kata takpa, depa sanggup buat, sebab kat situ pun ada budak2 allergy, ataupun kalau 'kena' time menu tak boleh makan depa boleh bagi menu baby kat Rafiqh, ataupun di tahap yang memang kritikal(tak 'kena' jugak menu yang sesuai) depa akan sediakan khas untuknya, haa sampai macam tu sekali! Puas jugak laa nak menerangkan segala mak-nenek yang tak boleh makan tu, berjela2 senarai, hahaha. Masa nak hantar dia dulu pun terfikir jugak macammana nak explain kat dia kan, especially bila tengok orang lain makan benda lain dari dia makan, tapi tak sempat nak buat apa2 pun lagi, rupa2nya dia dah 'belajar' secara tak langsung dari rumah. Alhamdulillah so far, kat sekolah tak ada problem untuk dia 'terima', syukur. Buat masa sekarang ni I cuma cakap "sebab kita muslim, kita tak boleh makan itu ini, Allah says NO, so we have to obey". Lebih kurang macam "we cannot do like this or like that, because Allah tak suka, nanti tak boleh masuk syurga"..

Macammana ye orang lain explain benda2 ni kat anak2? Care to share?! As of now, Rafiqh belum nak tanya why and why kan, so agak senang laa, nanti2 I'm sure dia akan start tanya "doshite? nande?(=kenapa?)", haa kena ready jawapan dah ni...

Doa makanan

Tiap2 malam sebelum tidur, Rafiqh akan belajar hafaz doa2 dan ayat2 lazim Al-Quran. Kadang2 tu rasa jeles tengok orang lain yang ada bedtime stories session dengan anak2, while us memang tak ah! Buku bedtime stories berlambak tapi memang tak bacakan before tidur, bukan takat tak baca buku malah takdak sesi bercerita jugak, cause my kids kalau bercerita bukan depa makin mengantuk, depa makin cergas adalaa, mama baru start "mukashi2(=pada zaman dahulu)..." satgi depa yang akan sambung cerita seterusnya, bukan depa tidur, mama yang lelap dulu, hehe...

Semalam, seperti biasa Rafiqh dok ulang2 baca doa2, I cuma dengar saja sebab dah mengantuk. Tiba2 dengar dia sebut "allahumma-bariklana-tamagigi(tamanegi=bawang)-gohan(=nasi)-sakana(=ikan)-keki(=kek)-banana-oishikatta(=sedap),aaaaminnn", hahahaha tergelak dibuatnya. "Onichan merapu apa laa, baca doa apa? Ni bukan doa makan, ni doa makanan!"...

Tuesday, October 12, 2010

Edited - 10.10.10


Nahhh ambik! Siap dah edit, bling2 lagi, hahaha, ramai sangat yang tegur gambar ni tang botol susu, ishhh tegur laa kami nampak sepadan, secocok dan sedondon ka, kami nampak macam pengantin baru ka, tang botol susu tu jugakkk yang ditengok eh, haha...

Percaya dak baju yang I pakai tu adalah baju 6tahun++ yang lalu? Haa tu baju hantaran masa tunang, jarang2 dipakai. Sekali bila pakai, juniors dok kata baju raya pulak dah, bila kata baju lama, pakat2 tak percaya, hahaha jangan tertipu ehhh. Oh dan tak bermakna bila saya muat pakai baju tu saya dah mengurus, saya tak kurus ye, harap maklum, masa tunang dulu saya sangatttlah montel, sekian! Hanya jika apabila saya muat menyarung kembali baju kahwin yang dah bertahun terperap dalam almari nun barulah dikira saya sudah selim-melim, errr tahun bila laa tu gamaknya, kohkeh2...

Lagi gambar majlis raya!

Gambar2 di bawah dicilok dari fb my juniors - Haziq & Tirah, arigatou!!!
Lain kali snap banyak2 lah lagi, hahaha...

bila ayah yang tantou(=in charge) anak2...

mak depa ralit menyembang, anak2 main limau buat bola, baguih dok ada...

"nak ball?!"

tangkap budak kuat lari ni...

gaya orang malas dah...

orang sibuk ambil gambar, dia kalut kutip daun dan batu...

Mempromosi bisnes!

Hari ni nak tolong promote bisnes kawan2 pulak...

Yang pertama dari Amir Khan...

Macam2 bisnes dok ada, barang2 branded 2nd hand pun dia juai, barang2 kosmetik wanita pun dia juai, lepas ni taktau laa apa lagi dia nak juai, arrr puding karamel kot, hehe. Sila2lah pi melawat blog atau facebook beliau(gaya businessman) untuk keterangan lanjut ya...


Yang kedua ialah Kak Adie, rasanya kalau students Jepun beberapa batch lepas sure kenal Kak Adie ni, beliau dulu ada online bisnes kat sini, kedai nama NadieSakura. Sekarang dah balik Malaysia tapi still on lagi bisnes2nya. Selain dari menjual pelbagai jenis barangan, beliau sekarang buka servis mengepos barang2 dapur/keperluan harian untuk pelajar/pekerja yang tinggal kat oversea. Jadinya kalau2 ada sesiapa yang nak beli barang2 dari Malaysia tapi takdak sapa nak tolong beli dan poskan, haa boleh pakai servis beliau ye, untuk keterangan lanjut sila refer blog di bawah, sekian...

Nadie Sakura eShop


Moga2 bisnes mereka bertambah mantap, insyaAllah...

Monday, October 11, 2010

Puding cocktail berkuah dan lempuk durian


Untuk jamuan semalam buat puding cocktail berkuah ni. Pakai resepi mak, kecik2 dulu(sampai sekarang pun) mak suka buat puding ni, sedap! Resepi puding ni I dah ubah sikit, kalau mak buat, mak tak letak pun tepung kastard so kuahnya cair gitu, tapi I suka yang pekat2 sikit so letak tepung kastard...

Bahan2:
1 liter susu segar
200-500 ml air (bergantung kepada kepekatan yang disukai, I letak 200ml saja)
1 biji telur
1 cawan gula (tambah lagi jika nak manis)
3 sudu besar tepung kastard

1 tin buah cocktail
agar2 *option*

Cara2:
- campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati
- panaskan periuk tadi dengan api sederhana, kacau selalu supaya tak hangit/berkerak kat bahagian bawah
- bila dah mendidih dan dah tak rasa bertepung, tutup api dan tunggu suam2, masukkan dalam bekas dan sejukkan sebelum simpan dalam fridge
- toskan buah cocktail, masukkan dalam kuah dan simpan dalam fridge. Boleh hidangkan dengan agar2 jugak...


Semalam dapat roti jala, taktau nak makan dengan apa, jadinya pagi tadi buat kuah lempuk durian. Hari ni public holiday kat sini tapi myLove pi kerja, ada projek nak kena siapkan. Kalau dia ada, boleh laa buat kari ayam, breakfast roti jala dan kari ayam tapi dah sebab dia takdak, malas laa nak berkari2 pagi2 ni. Buka peti ais selongkar lempuk, potong2 rendam sekejap, lepas tu masak, nyum2! Kalau kat utara kami makan roti jala dengan lempuk durian, uishhh best woo! Lempuk pun tinggal 2ketul saja lagi, kena simpan ni, kot2 termengidam pulak nanti, nak gagau tang mana pulak kan, hehe...



Bahan2:
lempuk durian
air
gula
garam
santan

Cara2:
- potong lempuk sederhana besar dan rendam dalam air panas
- bila dah agak lembut, masak atas api sederhana, masukkan gula dan garam
- akhir sekali masukkan santan, adjust rasa, siap!

Jamuan raya PAMY 2010

Walaupun syawal dah habis, kami kat sini masih beraya lagi, hihi. Ni last la ni, tak raya dah aih, tunggu raya haji pulaklah, satgi orang kata hover pulak kan, orang beraya sebulan ja...

Alkisahnya semalam Persatuan Anak-anak Malaysia Yamaguchi telah menganjurkan jamuan raya. Seronok! Tahun ni jemputan tak ramai, menurut sumber2 yang boleh dipercayai(wah ayat macam berita) tetamu sekitar 80orang saja. Tapi makanan perghhh depa masak tip top, boleh buat kenduri kahwin sekali harung, nak habaq kata banyak tak hingat. Sungguh berbakat kohaitachi(=juniors) baik lelaki mahupun perempuan menunjuk skill memasak, tabik spring kat hangpa, power! Berkat gotong-royong dan bekerjasama lah katakan...


Ada nasi tomato, ayam masak merah, rendang daging, acar timun/jelatah, ada soto, ada nasi empit dan kuah kacang, ada roti jala dan kari ayam, ada puding karamel, ada kuih2 raya berbalang2, ada kek berjenis2, ada puding bertalam2, ada buah-buahan, ada dadih, ish macam2lah ada! Kami bawa popia goreng, kuah popia dan puding cocktail berkuah saja...

Alhamdulillah, kenyang sungguh, makan non-stop tapi tak mampu jamah semuanya. Rafiqh dan Raziqh pun pulun makan. Tapi Raziqh humak aih, dia punyalah tak dok diam, penat mak pak dia meligan. Adehhh, nasib baik ramai tukang layan, satgi orang ni tangkap, satgi orang tu tangkap, boleh laa mama nak bersenang-lenang makan dan menyembang. Dewan luas, suka laa berkawad, Rafiqh dah besar so lebih mudah nak kawal. Lagipun Rafiqh kalau dulu2 pun time ada ramai 'lelaki' dia kurang meligat sikit sebab dia kureng sikit dengan orang lelaki ni, tapi si Raziqh memang jenis tak heran kat orang, dengan sapa2 pun dia mesra alam...

Lepas bergambar2, pukul 5lebih baru sampai rumah. Makanan banyak lebih, jadinya dapat laa tapau nasi, ayam masak merah, acar timun, dadih, biskut raya dan roti jala. Malam mama rest, tak payah masak, suke! Arigatou minna!