Tuesday, April 6, 2010

Saya mau baby girl secomel Sui-chan...

Orang kata(mesti laa orang yang kata, takkan binatang pulak), ketika hamil kalau si ibu terlalu suka atau bencikan seseorang, nanti anak dalam kandungan tu boleh ter'kenan'(hah, taktau 'terkenan' tu apa? Pi buka kamus pi), wah3, terkenan? ermmm menarik kan?! Arrr aci dak kalau kita 'berlakon' pura2 kita suka atau benci amat sangat kat dia tu dengan harapan anak kita lahir nanti sebijik sejibik muka macam si dia tu? Agak2 menjadi dak? muehehehe...

Bagi sapa2 yang dok Jepun dan ada anak kecik yang minat tengok rancangan kanak2 kat channel NHK mesti kenal siapa itu Sui-chan. Kalau tak kenal, sila buka tv pagi2 pukul 7.40 atau petang2 pukul 4.50, tengok show "miitsuketa", ada 1 watak budak perempuan disamping se'orang' kerusi biru(koshi) dan se'orang' kaktus(sabo san), that girl is sui-chan, she's so adorable and super cute! Taktau macammana nak explain dan taktaulah kenapa I suka giler kat dia, all I know is I really2 love to see her expression, the way she talks, her voice, sikapnya yang bersahaja, she's naughty sometimes, pendek kata apa saja tentang dia benar2 mencuit naluri I, I like everythings about her, enough said! Tanpa sedar, masa mengandungkan Raziqh dulu, setiap kali tengok sui-chan, I menaruh harapan dan berangan2 nak anak secomel dia, lebih teruk dan parah lagi, I even googled for girl's japanese name yang bila disingkatkan nanti boleh dipanggil sui-chan, haa ni memang gila!!!

Nasib baik laa beranak keluar boy, kalau girl dah frust menonggeng dah kot cause till now I still tak jumpa2 lagi nama tu, tapi takpa, ada lagi masa, yosh pencarian masih perlu diteruskan, hakhakhak *mengong*.

Sejauh mana kebenaran 'terkenan' ni, wallahua'lam. Tapi selalu ja kan kita dengar pengalaman2 orang yang ada anak terkenan-kan sesuatu/seseorang ni. Sebab tu laa kita ketika mengandung dituntut 'menjaga' hati, lidah dan perbuatan(masa tak mengandung pun kena jaga jugak! haha), mulut tu jangan suka 'menegur' melaser tak bertempat, especially terhadap benda2 yang tak baik, contohnya bila tengok orang kurang upaya, tengok benda2 yang kita tak suka dan sebagainya, janganlah dihina apalagi nak suka-suki hati nak sebut2 pulak, sebaliknya cakap ja dalam hati, kata kesian ka hapa ka, then berdoa laa moga2 anak kita terpelihara, moga lahir sihat dan sempurna...

Terkenan ni pun ada yang baik dan ada yang buruk jugak, harap2nya kita dapat kenan yang baik2 sajalah ya, hiks...

Eeeiii suka laa tengok sui-chan. Ya Allah, saya mau baby secomel dia, pleaseeeee, amin...


inilah sui-chan, kawaiiii deshou?! (=cute kan?!)...

12 comments:

mysara said...

apa lagi fith.. xlama lagi boleh la buka balik production factory...hehehe... kali nih,tatap muka sui chan tiap2 hari.. kalau payah sgt cari nama, bg jer nama sama... :) (jgn marah naa)

Fith said...

mai,
haha 2org ni pun penat dah,tunggu dulu kot,hehe.
klau ada rezeki preggy lg,mmg kena tatap tiap2 hari,nama tu tak memenuhi kriteria,sbb tu kena cari lg,hehe.takpa2,gambarimasu!!!

zura said...

fith..,
thn depan k bukak balik kilang..! ehehehehe.., make sure kali nie gurl.., same2 berusaha.., hahaha..!

erm cakap pasal kenan nie kan.., dulu mase pregy kan amsyar.., pensyarah zura ade la citer bab nie.., mase tu dia cerita pasal wife dia yg terkenan mase mgndungkan anak dia..! pasal jari enam..!

nak kata zura pk sangat mase letcrer zura citer tu tak la jugak.., tapi dgn kuasa Allah.., Amsyar lahir jari dia mmg enam..! huhh.., memula tu cam tekejut gak laa.., tapi dah lame ok je..! papa dia pun tak bg buang.., n kebetulan doc yg sanbut dia lahir pun jari anak dia 6..!

ehehehehhe.., macam2 kan..!

Fith said...

zura,
haha thn dpn ek?insyaAllah sedang dipertimbangkan,haha

ooo ye ker?istimewa jari 6.dlm keturunan family fith belah mak pun ramai ada keunikan kat jari(tak reti nak explain),tp tu keturunan rasanya,bukan kenan.amsyar terkenan agaknya yer,hehe.takper,takde kurang apa2,hensem je tgk,hihi...

ojasamid said...

haha..patutlah raziqh dh rupa mcm anak nihonjin fith.`terkenan` kot dgn sui-chan? haha..:p
btw, mmg sui-chan tu cute kan? kami pon suker!!!! :D

Fith said...

kak oja,
hahaha ye ker raziqh mcm nihonjin?nampak cam jawa ja,hahaha

cute tang keletah dia tu kan,suka betul tgk aksi2 dia,geram!hehe.

aisha said...

hihihi..betui2 sgt cumell sui-chan tu. walaupun pun tak paham nihongo, tp leh gelak je tgk gelagat die tu.hihi..

per lg fith, kena buka kilang semula tu..hihi..insyaALLAH mudah2an girl pulak kali ni..insyaALLAH

Fith said...

Aisha,
kan kan?comel sgt,suka tgk dia,hehe.

aduhhh buka kilang?tunggu dulu kot.bg aina ada adik dulu ker,hihi

kew_chop said...

fith, sila berusaha keras yea untuk dptkan 'sui chan', hihi

Fith said...

murni,
haha gambarimasu!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dinda Boutique said...

sy nk sui-chan jgk kak fith ;p! gambattene ;p!!!

Fith said...

Faeeza,
aih cepatnya,hahaha.
jom2,gambarimashou!!