Monday, April 26, 2010

Sakit di sana sini...

Sejak pagi jumaat lepas, tekak dan rahang kiri ni dah mula terasa sakit, mungkin disebabkan oleh posisi tidur yang salah, akibatnya rahang mendapat keradangan, sakit tu boleh ditahan lagi cuma bila nak makan tu seksa sikit sebab tak boleh buka mulut luas2 dan bila nak telan pun rasa sakit, so for past few days setiap kali makan I makan sikit saja and I had skipped from having my usual dinner(read: nasi). Alhamdulillah, Allah gives me a good sign to diet I guess, muehehehe...

Sakit tekak dan rahang ni tak seberapa, tak menganggu pun aktiviti harian, as for sabtu pagi tu I still boleh masak untuk jualan nasi lemak dan lunch macam biasa, petangnya bawa 2R ke rumah kohaitachi(=juniors) untuk usrah...

Tapi malamnya dapat sakit lain pulak, setelah sekian lama bertahun2 tak sakit disebabkan PMS, kali ni mungkin sebab dah lama tak period so sakitnya adoiii rasa macam cramp perut ni. Setiap kali sakit tu datang, I sampai boleh teringat2 rasa sakit masa minggu2 terakhir pregnant-kan Raziqh dulu. Dulu bila orang cakap sakit contraction tu perut rasa cramp ala2 macam period-pain I was blur + clueless, considering myself as lucky cause since my first menstruation I jenis yang tak alami heavy/serious period-pain so bila orang describe pasal contraction I tak boleh nak bayangkan. Masa sakit time pregnant dulu pun tak terfikir yang rasanya sama macam PMS tapi kali ni bila sakit tu datang, boleh pulak ter-relate-kan dengan sakit masa pregnant dulu, ooo macam ni rupanya rasa perut cramp, haha entah hapa2...

Pagi semalam bangun awal untuk join gotong-royong apato. Dalam sakit2 tu terpaksa pulak mencangkung dan buat kerja2 pembersihan kawasan, hadoiii rasa macam nak cabut balik rumah ja. Dekat 2jam jugaklah baru selesai, mujur Rafiqh tak ikut sebab masa I turun tu dia masih tidur, kalau tak, lagi haru laa, mana dengan nak buat kerja, nak pantau dia lagi, hohoho... Naik rumah ja badan dah rasa kurang sihat, dengan pening2 dan sakit2 badan, rasa macam nak tidur ja tapi kerja banyak lagi tak settle. Lepas selesai uruskan budak2 ni dan sidai baju, I buat muffin pulak untuk jamuan 'masuk rumah' kohai2 Okafuji. Kelam-kabut punya pasal, muffin pun jadi huduh semacam, hadoiii laa, siap je baking, tidurkan Raziqh dengan mak dia pun terlelap sekejap. Lepas mandi badan dah rasa segar, dengan pipi yang sedikit bengkak kami pergi jugak jamuan makan2 tu, alhamdulillah dalam sakit2 tu pun boleh jamah setiap hidangan hihiks.

Kemuncak rasa penat tu datang bila balik dari makan2, rasa nak rehat dan tidur tu dah capai tahap maksima dah. Siapkan dinner dan ready-kan 2R untuk tidur, I minum milo dan makan ubat, pukul 9 dah terbongkang, alhamdulillah both 2R slept well lastnight, I had a good sleep too so bangun pagi ni totally fresh! No more PMS, pening2 dan sakit badan, but still rahang bengkak lagi, hopefully sehari dua lagi kebah laa...

5 comments:

IDA said...

sakit rahang tu apa?beguk ke?selalu kalau bengkak2 pipi ni beguk :-)sbb dulu mase kecik2 penah kena..mak sapu nila....moga cepat sembuh ye

Fith said...

Ida,
thanks...
rasanya bukan beguk,klau beguk bengkak besar kan,fith pun kecik2 dulu pernah kena beguk,hehe.kali ni rasa mcm radang rahang,fith rasa macam pipi ni sikit bengkak tapi orang lain yg tengok tak perasan pun.

zura said...

erm kadang2 panas sgr pun boleh samoai kene radang tekak fith.., minum air bebanyak k..!

fith penat sgt gaknya.., jge kesihatan k.., for 2R jgn noty2 k cayang.., cian kat mama..!!

take care dear..,

Ina said...

moga cpt sembuh ye fith. mmg susah kalau sakit berkaitan mulut n tekak ni kan. sumer serba xkena. byk2 kan rehat ye. take care.

Fith said...

Zura,
mmg dok pulun minum air,mgkn fith kurang minum air jugak kot,huhu.btw thanks dear!

Ina,
aah serba tak kena jdnya bila sakit tang mulut ni.nak makan plg seksa,tp alhamdulillah hari ni dah ok byk dah,tq!