Saturday, April 17, 2010

Masakan semalam dan hari ni...

Pagi semalam buat srikaya ni, dah lama tak makan pau inti kaya, tetiba teringin pulak. Rafiqh pun suka sangat pau kaya, sama macam mama, cuma ayahnya ja yang suka makan inti kari ayam, takpa laa kan, sekali-sekala kita ubah selera, ikut tekak mama dan anak pulak, hihi... Resepi homemade srikaya ni I dah pernah letak kat sini dulu, kalau berkenan sila laa godek2 kat 'recipe' tu sendiri ye...

Tengaharinya buat donat(lagi). Kerap2 buat donat ni bukan untuk meniaga pun, sekarang dah makin jarang orang menempah donat, buat frozen donat ni stand by untuk masa2 memerlukan, lagipun senang sangat, nak buat tiap2 hari pun boleh. Breakfast rabu dan khamis lepas I goreng donat, Rafiqh suka laa, 3biji pun dia boleh habiskan. Pagi semalam breakfast roti laa pulak, tapi Rafiqh takmau, dia dok laa tanya "mama, nonat?!(=donat?!), mama, nonat?!"(ulang2 40kali), hamboi2 nak makan donat lagi, tak cemuih2 ka?! "Laa mai mana pulak donat, habis dah mama goreng, hari ni kita breakfast pan(=roti) ok, nanti petang mama buat donat ek". Tapi dia dok nonat2 situ laa jugak, so buka fridge dan tunjukkan memang takdak donat dah aih, baru dia ok. Sebagai memenuhi janji, kena laa buat untuk dia donat ni. Sebelum nak goreng donat ni, sementara tunggu minyak panas, I letak talam donat atas meja, dia nampak ja donat terus panjat kerusi meja makan tu, tadah tangan dan baca doa, uishhh nasib baik mak dia nampak, kalau dak, haihhh selamat laa anak haku makan donat mentah. Haa memang pernah dah jadi, hari tu dia makan roti goreng-tak-dan-nak-goreng, hahaha. Loqlaq sungguh budak ni, lapaq sangat ka?!

Lepas siap goreng donat, kelebek pau lah pulak. Donat tu 2ketul ja goreng sampai masak untuk Rafiqh, selebihnya tu di-frozen-kan. Pau ni macam biasa buat 12biji, ayah 4, mama 4, Rafiqh 2, lagi 2 tu mama makan breakfast pagi tadi, hehe, ops ayah dan Rafiqh pagi tadi makan goreng pisang...

Dinner semalam masak nasi daging, walla terangkatlah ada menu air asam. Ni 1st time masak nasi daging tak pakai perencah segera, hahaha, ternyata masakan yang diadun sendiri lagi sedap(perasan!). Macam biasa laa resepi nasi daging berempah ni dicilok dari Kak Fida myResepi. Dah terbiasa sejak dulu kalau makan nasi daging, tak sah kalau takdak air asam, memang gandingan yang mantap! Menu tambahan semalam buat ayam bakar saja. Tomato mentah dalam pinggan tu milik Rafiqh, sebab dia mana boleh makan air asam, mau kelupoq nanti, hehe.

Lunch hari ni pulak, masak ayam masak lemak(tanpa cili api), sengaja tak letak cili api sebab nanti kasihan Rafiqh kepedasan. Gantikan cili api tu dengan sambal belacan. Selain tu ada ayam goreng berempah dan ulam timun...
Gambar hiasan: Rafiqh si tukang tumbuk sambal belacan(berlakon semata2) dan Raziqh pemerhati setia, hahaha...

4 comments:

Ina said...

larat ke nk tumbuk sambal blacan tu rafiqh. mcm lg besar alu tu drpd pergelangan tgn sndiri je hihi. sedapnya tgk kuih muih. nk buat malas plak. angin rajin tu xdtg2 hihi

Fith said...

ina,
suruh main boleh laa,kalau suruh tumbuk betul2 sampai minggu dpn pun tak lumat2,hehe.
lg bagus tak buat kuih2 ni ina,merosakkan diet je,haha,sabo je laa,klau ikut fith,mmg taknak buat tp ada yg nak mkn,terpaksa laa.bila dah buat takleh plak tak mkn,susah tul laa...

elah said...

Dr hari tu lg mr.hubby dok suruh buat roti inti kaya...tp x terbuat sbb x jumpa kaya kt nihon.Dok buat anpan and roti hot dog je.Nnt bolehlah try resipi kaya fith heheh :)

Fith said...

elah
try laa,not bad arr,even tak sebijik yg dijual kan,but still sedap,hehe...