Tuesday, April 13, 2010

Spring cleaning lagi...

Hadoiii penatnya laa, hari ni dari pagi dok pulun mengemas rumah, spring cleaning fasa ke-2(konon!), ni baru nak berehat. Sejak seminggu kebelakangan ni dah mula rasa panas dah, Raziqh pun malam2 tak berapa boleh tidur lena, 4-5-6kali jugaklah dia terjaga, asyik resah gelisah, ubah sana tak kena, ubah sini pun tak kena, melalak ja laa kerjanya. Tapi mungkin jugak dia dok meragam tu sebab gigi atasnya nak tumbuh kot. Semalam pasangkan kipas kat dia, haa baru laa dia tidur nyenyak...

Sebab kasihankan dia, mulai malam ni dah kena tukar tempat tidur dah la, sebelum ni kami tidur kat ruang tamu sebab ruang tamu lebih panas, sesuai untuk winter, tapi sekarang kan dah masuk spring so better tidur kat bilik tidur semula. Tu yang dok pulun kemas bilik tu, vacuum-lap-salin cadar dan ubah kedudukan barang2 dalam tu. Dah alang2 mengemas bilik tidur, habis serumah I kerjakan, dengan almari baju dan laci2 barang semua habis kena punggah dan susun balik, haa baru puas hati...

Pagi tadi bangun sahur, sementara tunggu subuh tu belek dulu apa2 yang patut. Ikut hati ni memang takmau stop tapi lepas solat terdengar Raziqh menangis laa pulak, pi susukan dia dan nak sambung tidurlah, mata pulak taknak lelap, akibat bersahur dengan kopi hikhik. Terkebil2 tak sudah, baik bangun buat kerja kan, berhenti sekejap untuk siapkan breakfast dan bekal myLove. Lepas myLove pi kerja, I dok pungpang2 mengemas, stop lagi untuk layan 2R dan tidurkan depa, then sambung balik. Tengahari stop pulak nak bagi 2R lunch, kemudian akhir sekali kemas dapur. Baby cot yang dibuat playpen tu pun dah selamat disimpan, buat menyemak ja kat dapur tu, bukan depa mau pun main dalam tu, dok jadi tempat simpan toys depa ada laa. Dah lipat simpan semua terasa lapangggg sungguh rumah ni. Rumah yang sempit ni kalau disusun kemas pasti akan terasa luas kan?! Haa begitulah seadanya...

Ni rupa ruang tamu kami sekarang. Habis dah futon2 diangkut, tinggal sekeping ni ja untuk 2R guna masa tidur siang. Jumaat ni nak pi 100yen shop nak cari raga besar nak dijadikan bekas simpan omocha(=toys) 2R, lepas ni nak bagi depa main kat bilik ni ja sehingga Raziqh cukup 'besar' untuk main kat bilik satu lagi tu...

Dapur pun dah clear, luas laa sikit untuk 2R bermain kan. Gambar bawah sekali ialah baby cot yang siap dilipat, jadi kecik ja, senang nak simpan, tak makan banyak space. Tunggu next baby pulaklah ye baru khidmatmu diperlukan, hehe...

6 comments:

Ina said...

Lapang jugak ek rumah Fith. Ke sbb rmh kami ni byk sgt brg tu yg nmpk sempit hihi. Ihsan pn start smlm tdo xdok diam. Kejap ngiring, kejap meniarap, berpusing2. Sibuk tndang slimut. Mama pun pns jek hati sbb xleh nk tdo dgn aman. Sbb pns agaknya hari nk hjn. Kena bwk kuar kipas gak la kot. Pdhal Mama dgn Papa tdo dok berselubung lg sbb mcm masih dingin je hihi.

Fith said...

ina,
rumah fith tak byk perabot,takde apa pun,mmg lapang laa nampak,hehe.
ihsan panas laa agaknya.sama laa raziqh ni,kitorg still rasa sejuk tp dia releks je nak kipas,klau tak pasang kipas,berpeluh2 dia,hish pelik gak budak2 ni kan...

mysara said...

wahh..dah siap kemas..boleh la 2R main kejar2 satu rumah lps nih..

Fith said...

my,
uish kejar2 takleh arr,gegar apato ni nanti,haha...

zura said...

sesekali ubah susun atur rumah mmg best kan.., mood pun rase lain jer.., ehehehhe

Fith said...

zura,
yer betul!rasa seronok bila nampak kelainan kan...