Thursday, April 8, 2010

Gambar rentetan entry lepas...

Di bawah ni ialah gambar2 yang sempat dirakamkan sebelum kejadian 'buang penumpang' semalam. Sayangnya mama tak terfikir nak ambil gambar adik yang terjelepuk jatuh dengan muka blur terkebil2 tak faham kenapa tiba2 kena lempaq, tak terfikir jugak nak snap gambar muka onichan yang selamba ja lepas reverse kereta dengan muka tak bersalahnya nak angkat adik naik kereta semula...

adik tengah main sorang2...


onichan pun datang nak menyibuk...


mula2 adik seperti biasa akan menunjukkan rasa iya(=tak suka), tapi tak lama lepas tu dia ok laa pulak...


kereta yang di'gantung' semalaman, pagi keesokannya baru diturunkan...


Baru 2orang anak, dah boleh rasa hiruk-pikuk dah hidup ni, tu pun ada hati nak tambah baby cepat2 lagi tu, hahaha sungguh tak sedar diri kan?! Seronok sebenarnya, memang seronok tengok budak2 ni walaupun kadang2 sakit jiwa pening kepala jugaklah nak hadap kenakalan dan kerenah depa tapi tetap tak pernah timbul rasa tak suka terhadap kehadiran depa, malah setiap hari rasa bersyukur amat sangat, kalau depa takdak, hidup ni pasti rasa tak cukup sempurna...

Biarpun saban hari mama tidur tak lena, mandi tak basah dan makan-tak-sempat-kunyah-main-telan ja dek kerana Rafiqh dan Raziqh, mama tak kesah. Walaupun kadang2 mama mengeluh mama penat tapi mama bukan merungut, jauh sekali untuk menyesal melahirkan onichan dan adik. Mama tak pernah terfikir pun nak ada masa untuk bersendirian atau berdua je dengan ayah, rasa tak sanggup nak tinggalkan anak2 mama hanya sebab nak keluar berhibur. Bagi mama, hiburan, kegembiraan dan kepuasan hidup tu ada pada setiap ruang yang diisi bersama anak2 mama... Tak lama pun nak 'merasa' hidup macam ni kan, nanti anak2 mama dah besar, mama pasti akan rindu dengan saat2 ni...

8 comments:

kew_chop said...

comel muka tak puas ati raziqh tu onichan tumpang keta kat blakang. kita selalu mengeluh tapi tak pernah terdetik nyesal miliki anak2 ni.

Fith said...

Murni,
tak padan dgn kecik kan,pandai dah nak protes,tu yg buat fith selalu geram gomol2 dia tu,hehe...
biasa laa kan,rasanya semua mak yg fulltime housewife ni faham situasi kita2 ni,mmg mengeluh tp bukan niat nak merungut dan tak puas hati ke apa ke kan.

zura said...

mmg fith.., yang kerja nie pun rase benda yang same..! tak penah pun tedetik menyesal ke ape.., mengeluh pun tidak..! malah syukur sangat2 dikurniakan anak nie..! tanpa mereka gelap lah dunia ku ini..! hahahaha

Fith said...

zura,
mmg genaplah hidup ni kalau anak2 takdak kan,dorg laa penyeri kan kan,hehe

zura said...

oit..! bukan genap.., tapi gelap..! ehehehe

Fith said...

ahahaha sori2,typo pulak,hahaha,yer2 gelapppp...

Ina said...

even dh lmbt nk ckp jugak. lawak betul entry ni hihi. haih anak2 mmg mcm2 ragam. dgn yg sorg kt rmh ni pn dh penat. ini kan 2 3 4 lg la mcm2 kerenah hihi :D

Fith said...

Ina,
betul tu ina,yg sorg pun penat,klau 3-4 hadoi mmg kurus ler maknya tu.tunggu laa ihsan besar sikit,mesti byk citer lawak utk digelak nanti,hehe