Friday, April 2, 2010

Raziqh Takeshi @ 8months old

Raziqh has turned 8months old 3days ago, syukur alhamdulillah...

Supposed to publish this entry few days ago but I've been quite busy lately. Taktau laa apa yang disibukkan tu, hehe...

Ok update pasal Raziqh, at 8months, his height is 69cm and weight 7.8kg, ni mama timbang dan ukur tadi. Berat naik 300gm compared to last month, nampak ja kecik cinonet tapi boleh tahan jugak beratnya budak ni. Kalau anak orang lain, berat 8kg tu nampak montel berketul2, tapi Raziqh tak pun. Takpa laa kan, asalkan sehat wal'afiat sudah!

Raziqh baru pandai panggil "mama", all this while dok babbling "baba, ada, tata, dada" etc. etc ja, baru beberapa hari ni dengar dia sebut "mama mama" especially when he cries, sambil merangkak ke arah mama sambil sebut, ohhh so sweet, mama suuukeee!!!

No more separation anxiety, he is able to play alone now. Sejak dah cekap merangkak ni, dia dah tak kesah sangat kalau tak nampak kelibat mama. Kalau tengah muchuu(=ralit) dengan sesuatu omocha(=toys) tu, dia boleh main sorang2 agak lama laa jugak...

Sejak pandai merangkak ni jugak dia dah mula tunjukkan kebenciannya pada walker. Sangatlah tak suka bila kena letak dalam walker agaknya sebab dia tak boleh bebas merayap dan memunggah kot. Pandai eh! Dia tau bila duk dalam walker, space dia nak 'bekerja' terhad so setiap kali baru nak letak dalam walker, dia dah tunjal2 kaki sambil merengek2, kalau mau duduk pun sat ja laa dia diam, lepas tu sure melalak minta keluarkan dia....

Hobi baru dia ialah kutip sampah-sarap sumbat masuk mulut, haiyaaa. Mama kena rajin2 perhatikan ruang legar dia setiap masa, kalau ada benda2 kecik memang kena kutip buang terus. Omocha pun dah diasingkan, mana2 yang dirasakan ada potensi untuk masuk mulut tu dah pun disimpan...

Raziqh dah mula 'meniti'- pegang meja, dinding atau apa2 yang stabil sambil bergerak sedikit2, alahaiiii takkan nak jalan dah kot budak ni, awal lagi laa dik, releks arr dulu. Kadang2 tu bila dah berdiri, selamba ja dia lepas tangan, eksyen ja lebih, kalau tertonggeng teriak tak padan...

Kebolehan terbaru yang sedang dia belajar sekarang ialah cuba nak memanjat, ecewah ada hati nak panjat car onichan padahal kaki tu pendek lagi, hehe tapi comel jugaklah tengok dia pulun panjat sofa bumbo dia sampai tergolek2 jatuh...

Kat bawah ni gambar2 terbaru Raziqh Takeshi...


sebelah kaki ja boleh angkat...

3 comments:

Ina said...

adventurous ni raziqh ni. nk jugak buat sedaya upaya ek. bagus2 kecik2 dh pndai tunjuk sikap xmudah berputus asa hihi. gelihati tgk gmbr dia ni. xpdn kecik lg ada hati tu nk panjat car oniichan. dh bsr sgt la tu raziqh ye? agaknya kalau tgk live dia dok terkedek2 tu lg la best kan hihi :D

kew_chop said...

ada potensi jalan cepat ni. comel jek tgk gambar dia berusaha nak naik car onichan. memang kalo dah terrer merangkak derang takmo sgt naik walker. nanti dpt kaki lagi syok 'mengemas' umah.. hihi

Fith said...

Ina,
mmg lawak jugak laa tgk aksi dia,yer2 je mcm boleh panjat,hehe.

Murni,
aduhhh murni,baru merangkak ni pun dah penat tgk dia mengemas,klau boleh jln nanti,taktau laa camna gaya.tuh laa kan,dia takmau dah duk dlm walker tu,haru sungguh!