Friday, April 16, 2010

Kasihan baby mama

Dah 2hari tak update blog, memang nak sangat2 post entry baru tapi masa yang ada agak terhad. Banyak benda nak dibuat dan kena buat tapi apakan daya tangan cuma ada 2 saja, kalau tangan ada 8 ka, haa serba-serbi boleh beres cepat2, kan kan?! Ok lah, entry ni nak cerita pasal Raziqh...

'Budak tak reti duk diam, memang selalu dapat sakit', memang tepat sekali! Sama ja macam Rafiqh dulu, dalam sehari tak sah kalau tak jatuh ka terhantuk ka hapa ka, tapi Rafiqh lasak, takat sikit2 dia tak menangis pun, muka releks ja, kalau dia menangis tu maknanya memang sakit laa tu, memang 'kena' sangat nama Tsuyoshi(kuat) tu dengan keperibadiannya. Raziqh ni pulak lain, manja sikit, or should I say mengada2, tak sakit tara mana pun tapi dia punya ghenggah tu mak aih bingit telinga. Selalu cakap kat dia, "apalah adik ni, nama ja Takeshi, patut kena jadi samurai maa" hahaha...

Gambar kat bawah ni 'habuan' dia dapat hasil penyibuk nak 'tolong' mama kemas rumah 3hari lepas. Lebam tang dahi baru nak pulih dapat pulak tanda tang pipi. Dalam gambar tak nampak jelas sangat kesan lebam tu, nampak garisan merah ja tapi kalau tengok real, memang obviously nampak lebam teruk, terhantuk kat meja, hmmm. Dah beberapa orang tegur lebam tu, semalam pi klinik untuk cucuk pun paed tegur, haiyaaa sat lagi orang ingat mama dera adik pulak, hish budak bertuah ni!

"Bulat kan mata saya? Penat saya jegil tau!"

Gambar di bawah ni pulak dia tersangkut bawah kerusi. Selalu jadi macam ni, sangkut merata2, masuk tau, keluar taktau. Kadang2 Rafiqh lah yang tolong tarik kaki dia, haha comel sangat tengok tapi kalau kes macam ni mama ja boleh keluarkan, onichan tolong tengok ja laa...

Banyak sangat kerja budak 2orang ni, tak boleh ralit sikit pun. Dah berapa kali entah Raziqh ni terjun tergolek2 kat beranda luar. Hari tu 2beradik ni 'kerjakan' sabun dalam toilet, sedar2 ja dengar Rafiqh menangis sebab mata dah pedih sabun masuk mata. Mama tengah kemas baju dalam bilik, ingatkan depa main kat tepi beranda, rupa2nya si abang dok lumoq sabun kat dia dan adik, adik syok laa. Patut laa diam ja, masuk2 ja toilet tengok dua2 dah berlemuih penuh sabun, hadoiiilaa tapi lepas mandikan depa, tuh dia, wangiiii...

4 comments:

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

sempat lagi snap pic time die tsepit tuh ;p haha!xpe kak fith, beter die active den senyap ja ;) cant wait 2 c adam grow up!

Fith said...

Faeeza,
sbb selalu sgt tersangkut,dah naik lali mak dia,bior je dia melolong dulu haha.hehe tunggu turn adam pulak yer...

ojasamid said...

betul tu fith...mmg xsah kalau xde `projek` atau `event` baru setiap hari. kami pon asyik `berperang` je dgn budak2 ni yg tersgtlah kreatif, bertenaga beso n xreti serik. la ni ayyasy dh pandai panjat kerusi, meja makan segala means bertambahlah `kerja` mak ayahnya. zenzen me ga hanasemasen! harahara suru mainichi desu yo..:p
ganbarimashou ne. stamina kena kuat,stok sabar pon kena banyak. haha..

Fith said...

kak oja,
stamina tu bleh tahan lagi,stok sabar tu laa,hahaha.
lawak tul ayyasy,siap panjat meja ek.byk sgt khazanah atas tu boleh dikerjakan,sama laa dgn yg kat sini pun,sepesen ja kan depa2 ni...