Friday, April 23, 2010

Menu minum petang

Hari ni myLove balik lambat, ada sobetsukai(=farewell party) dengan bos nya yang bakal pindah department lain, so petang dan malam ni I tak payah masak, yippie! Lagipun si anak teruna kecil kami Raziqh Takeshi baru nak sihat, malam rabu lepas tiba2 badannya panas, demam akibat main hujan agaknya, huhuhu. Baru ja pagi tu chat dengan Murni pasal sekarang ni tengah musim orang demam/sakit, terus tak sihat anakandaku itu. Apapun alhamdulillah petang semalam dah bawa ke klinik, semalam seharian suhu badannya dok naik-turun-naik-turun tapi mujur tak cecah 39darjah celcius, risau betul kalau suhu tinggi2 ni. Alhamdulillah sejak pagi tadi dia nampak dah ok, dah ceria dan badan pun dah tak panas lagi. Moga2 tak demam dah laa ye, si kecik ni mengada2 sikit, bila tak sehat tu dia punya manja dan merengek dia kasi up sikit, hish sabar je laa...

Oklah, jomlah tengok menu minum petang seminggu ni(tapi gambar tak lengkap)...

Isnin goreng keropok je untuk minum petang...

Selasa buat apam tepung gandum (myR-kak Fida) dan burger malaysia (myR-Yani). Mak aih, sampai 2 sekaligus, haa ni namanya bahana nafsu orang puasa muehehehe. Apam tu I sendiri yang teringin nak makan, setahun 2 kebelakangan ni suka bebenor makan apam tapi bila buat asyik ler tak jadi. I blame my periuk pengukus lah sebab ianya simple je(lain dari pengukus biasa) so bahagian penutup tu tak boleh nak balut agar air kukusan tak jauh balik, disebabkan air kukusan jatuh atas kuih maka terbantatlah apam2 yang ku buat selama ni...

sedap! simple je resepinya tapi really2 yummy, kalau ada kelapa parut, perghhh lagi terangkat!


burger 1 malaysia...

Selalunya kalau buat burger malaysia I akan pakai resepi buat pau tapi kali ni buat pakai resepi burger malaysia. Ni 2nd time buat dan tetap kurang memuaskan hati, not sure salah resepi atau I yang tak reti, cause selalunya kalau adun roti 140ml air tu memerlukan tepung 280gm tapi kalau ikut resepi ni 140ml air diadun dengan hanya 200gm tepung, hasilnya doh lembik giler. Tu pun I dah kurangkan 20ml air, so terpaksa 3kali tambah tepung dan uli balik. Maybe lepas ni kena try guna 120ml air saja tapi tepung buh 250gm, then tengok hasilnya macammana kan... Apapun, rasanya tetap mantap!

Hari rabu buat cucur keria, gambar di bawah keria tak disalut gula. I kureng minat yang dah salut sebab rasanya terlalu manis. Apatah lagi Rafiqh yang nak makan, tak elok budak2 makan manis kan, hehe. Dah sebab ubi tu pun manis dah so makan sonomama(=macam tu) ja pun dah sodap! Goreng sikit ja, selebihnya di-frozen...



Semalam buat double layer puding (myR-onigiri), tapi I buat jadi 3layer, hiks. Sedap sangat rasanya, lemak berkrim! Selain tu goreng jugak cucur pisang untuk myLove...

puding yang belum beku...

Hari ni buat donat frozen lagi dan puding roti marble, cadangnya nak bawa puding ni ke usrah petang esok, itupun kalau Raziqh dah sihat sepenuhnya. Gambar dan resepi puding akan diupload kemudian...

2 comments:

Ina said...

byknyer kuih muih. dpt telan air liur jela. ni pn tgk pas mkn. kalo tgk tgh lapar mau telan air mata skali hihi. psl pengukus tu kan. tula slalu dgr org kata balut dgn kain. tp kiter penah wat gitu hasilnya jd huduh kuih2 ku. so xpenah balut dh. ok je plak. ke ada cara sbnrnya nk balut tu ek?

Fith said...

Ina,
alah ina,tak sedap pun kuih2 ni,hehe.
taktau laa psl pengukus tu,fith tensyen tul buat kuih,kdg2 jd kdg2 tak,tp kemungkinan besar mmg sbbb air menitis,kena balut penutup tu tp takleh,huhu.ada cara kot,fith pun taktau,hehe.tp dah klau ina buat jd je,takyah susah2 balut dah laa kan...