Thursday, April 8, 2010

Pemandu sewenang2 buang penumpang wajar digantung lesen!!!

Ni bukan isu berbangkit kat mana2 negara okey, ni cerita Rafiqh dan Raziqh. Tapi tajuk tu mak depa kasi up sikit, baru nampak gempak, hahaha...

Sebelum2 ni 2R takdak masalah pun nak share car Rafiqh, boleh ja naik dua2 orang, Raziqh duk kat depan dan Rafiqh kat belakang. Awal2 dulu memang I akan monitor depa bermain tapi lama-kelamaan just biarkan ja depa main berdua. Rafiqh akan pegang stereng with both hands which buat adik stable tak jatuh dan dia usung bawa adik pi mai pi mai dalam rumah. Unfortunately, sejak kebelakangan ni Raziqh dah refused untuk berkongsi, wah2 tak padan dengan kecik, dah laa rembat main kereta orang, suka2 hati ja nak kedekut kan, banyak cikadak sungguh budak ni, luku mau?!

Rupa2nya ada 'sebab' kenapa Raziqh dah takmau share naik sama2, kalau dia naik, dia memang tak bagi Rafiqh duk belakang, dia nak duk sorang2, kalau Rafiqh naik jugak, dia akan melalak minta diturunkan. Yang si Rafiqh ni pun satu hal jugak, awat laa yang gedik gatai sangat nak main dengan adik, padahal adik hagham sikit pun tak heran, lagi suka main sorang2 ada laa...

Nak dijadikan cerita, semalam terbongkarlah cerita, yang selama ni dok jadi bahan 'bebelan' mak depa. Petang semalam, as usual bagi laa depa main berdua, kali ni Raziqh nampak ok pulak bila Rafiqh naik kat belakang dan mula 'start enjin' dan meluncur, bergelak ketawa bagai, dah menonong bawa kereta sampai laa kat 'jalan mati', tak boleh kona dah so kena reverse tapi sebab sempit sangat susah nak reverse, Rafiqh dengan selamba badaknya pi tolak adik ala2 membuang penumpang yang menyemak menyusahkan pemanduan. Ya Rabbi, terkejut beruk mak depa tengok. Ooohhh patut laa adik hang takmau dah naik dengan hang, ikut suka hati hang ja nak buang2 dia ek, ingat dia patung ka hapa, hadoiii sabaq ja laa...

Nak marah pun ya, nak tergelak pun ya jugak. Kesian kat adik, terjelepuk jatuh, patut padan laa adik serik dah nak naik dengan onichan yer dik... Akibatnya both kena denda, tak payah main langsung, pemandu tak berhemah yang suka2 buang penumpang tu disebabkan belum ada lesen nak digantung, so mama gantung car lah, angkat car tu letak atas washing machine, hambik hangpa! "onichan tak boleh buat macam tu kat adik tau, adik itai yo(=sakit), kawaisou(=kesian)..."

Ayah 2R memang nak belikan 1 lagi car untuk adik tapi I yang kata tunggu dulu. Lagipun Raziqh bukannya main sungguh2 lagi, buat menyemak rumah yang sedia semak ni ja nanti, as for now Rafiqh pun masih boleh bertolak-ansur, dia tak kesah adik nak main, dia bagi ja adik nak naik ka, nak tolak2 ka, somehow I rasa bagus laa kan, bagi depa faham konsep "sharing" tu. Nanti2 bila Raziqh dah pandai jalan dan minat nak main car macam onichan, baru laa berbaloi2 nak beli lagi...

10 comments:

kew_chop said...

biasala kot, budak2 tak tahu lagi nak kongsi n handle diri time main tu. maira pun byk kali tolak zayyan sebab berebut buku. as long as kita pantau selalu n tak bahaya ok la kot. tapi denda tetap denda coz nak bagitau derang benda tu tak elok. nak marah pun takleh kan dia2 masih kecik. kadang2 rasa nak gelak jek tgk derang main kan. time elok, elok la. time berebut tu, gaduhla kejap..hihi

Fith said...

murni,
aah mmg pun,kdg2 dia tak bermaksud pun nak tolak,cuma ter kan.
mmg lawak giler tgk diorg main,tambah2 time depa buat nakal sama2,nak marah mmg nak marah tp mmg tergelak ja lbh,hehe...

mysara said...

cakap kat depa, sharing is caring...hehehe.. susah gak nk ajar derang sharing eh..

zura said...

hahahaha.., lawak la pulak baca entry kali nie.. erm mmg pun.., cam amsyar dgn aisy pulak.. dulu abg ok je kongsi dgn adik..

tapi la nie dah ade timbul sikit2 unsur kedekut dalam diri tu.., tapi masih boleh dikawal laa..!

yang adik plak suka naa amik barang abg.., sampai juling2 mata nak mengapai barang abg pegang.., ape daaa..

amir5656 said...

laaa awat depa tak berebut nak drive keta mak depa yang kaler putih tu..haha

Fith said...

My,
tak susah kot nak ajar kongsi,tp mencabar gak ler,hehe

Zura,
hahaha leh tahan gak ek aisy,siap juling2 tu tak tahan tu,hadoiii...

Amir,
tu dah lebih arr,nak kena pelangkong laa tu,hahaha

aisha said...

hahahaha...tergelak bace n3 fith ni..kesian pun ade.ape pun bagus la cara fith tu..budak2 kecik lg, mudah nak terima asuhan..hihi..terbayang2 mereka tu bile duk bace n3 ni..;)

Fith said...

Aisha,
terbayang2 ek,hahaha.
fith mmg selalu gelak je kat diorg,padahal salah sorg tgh nangis,cam kejam plak kan mak diorg ni,hehe,sabo je laa.

hanny said...

hehe...rafiqh buat lawak sokmo ya....
nanti bebila free meh jawab tag kat blog akak ya...

Fith said...

kak hanny,
buat nakal pun byk kak,hehe.
oh ada taq ye,ok2,nanti fith jwb,tq