Saturday, April 10, 2010

Hanami 2010

Entry ni betul2 dah basi, entah macammana boleh pulak terlupa nak update kat blog...

Ahad lepas kami pi hanami(=tengok bunga sakura), aah sekarang musim sakura tengah berkembang. Tak lama pun sakura ni mangkai(=kembang penuh), selalunya kurang dari 2minggu ja. Apa yang menariknya, sakura ni bila mangkai, penuh sepokok dengan bunga semata2, sehelai daun pun takdak, subhanallah sangat cantik!

Seperti tahun2 sebelumnya, aktiviti hanami ni antara aktiviti yang paling ditunggu2, best betul dapat berpiknik di bawah rendangan pepohon sakura, di tepi tasik, dengan mentari menyinar terik dan angin yang bertiup lembut, tambah pulak jumpa kawan2, ada bbq dan makan2 lagi, perghhh nikmat! Kali ni pun buat kat Tokiwa Koen(=Tokiwa Park) jugak, sangat meriah sebab ada lebih 40orang Malaysian yang terdiri daripada pelajar, pekerja dan penyurirumahtangga(hahaha sorang ja pun), eh tak lupa jugak ada pebudak, muehehehe...

Kohaitachi(=juniors) bagitau majlis start pukul 9.30pagi tapi kami sengaja pi lambat, satgi pi awai2 dok melongok ja, malaih aih, hehe. Bagi 2budak ni tidur dulu, lepas depa bangun baru bersiap2, pukul 11 baru kami tunjuk muka, terkejut jugaklah tengok ramai dah yang ada, tengah makan dah, bagus betul, punctual! Macam2 hidangan disediakan, ayam bbq, nasi goreng, mee goreng, bergedel, keropok, kek, muffins, onde2, pizza, uish tak larat nak senarai, pendek kata macam2 ada, panjang tak kata apa2...

Kami jemput jugak Mariko-san dan senpai(=senior) myLove zaman gakusei(=student) dulu. Mereka ni antara nihonjin(=japanese) yang paling lama berkawan dengan Malaysian. Dah lama tak jumpa, sekkaku(=kebetulan) nak ber-hanami, kami just inform ja laa, jauh dari nun Shimonoseki dan Onoda mereka ni datang...

Cadangnya tahun ni anniversary picture yang selalu kami ambil di studio tu nak laa ambil kat outdoor pulak, kengkononnya nak posing kat bawah pokok sakura. Tapi hampeh tak menjadi, lepas ni kena cari peluang nak ambil jugak2 gambar tahunan tu. Gara2 si Rafiqh yang tak lekat kat tempat piknik, asyik laa berjalan dari awal sampai hingga dah nak balik, tak habis2 heret tangan orang tu orang ni ajak pi jalan2. Diorang ni pun kuat melayan, syok kemain laa dia. Mama pulak yang naik risau bila tak nampak kelibat dia, bukannya apa, tau dia tak nakal dan takkan lari2 cuma takut dia ikut orang yang tak sepatutnya. Susah jugak kan kalau anak jenis tak heran kat orang ni, ikut suka hati ja nak ikut2 orang, haihhh, ni mujur Raziqh tak berjalan lagi, so dia ni di-pass2 kat sekitar situ ja laa, nanti dah boleh jalan, jenuh nak berkepung, dia pun jenis tak takut kat strangers, waduh2...

Lepas habis makan2, Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi adakan meeting dan majlis jikoshoukai(=memperkenalkan diri) pulak. Kami tengok dari kejauhan sajalah. Menarik sungguh kebelakangan ni, banyak improvement nampaknya sejak ada persatuan ni, good2! Keep it up guys!!!

Tak banyak pun gambar yang sempat mama 2R ambil, selalu macam tu, dah balik rumah baru nak nyesal tak snap picture banyak2, huhu...

Us with Mariko-san, Kudo-san dan aweknya...



tengah meeting...


permandangan sakura dari kawasan perumahan kami...

4 comments:

Ina said...

xsempat2 nk komen sbb ada secretary xbergaji bz nk menempek tlg komen sama. ni secretary dh tdo leh la cpt2 komen hihi. bestnya g hanami ramai2 ber bbq bagai. kami ni mcm biasa la sndiri2 jela wat pape pn hihi. thn ni mcm thn lps la g jap je amik gmbr dgn sakura. ntah smpt lg ke tk nk g berpiknik bwh pokok sakura thn ni :P

mysara said...

nak hanami jugak!! fith,nice idea amek gmbr tahunan outdoor pulak.. mai pon nk wat la tahun nih.. tp lama lagi laa, takut lupa lak..

Fith said...

Ina,
cuba bagi ihsan plak yg komen,hehe,rajin betul nak menolong ye...
sini pokok sakura dah berdaun dah,hari tu cadang nak berhanami ber-3 weekdays tp tak sempat2.kat sana ada lg ye sakura?bleh laa ajak hubby pi hanami lg,bawa bento sekali,best tu...

Fith said...

Mai,
meh2 dtg nihong thn dpn,bawa adek sekali berhanami.hehe!
tuh laa,ingat nak buat outdoor tp yappari susah gak dgn anak yg rajin berjln ni.kena cari peluang ni,yosh2...
kat msia boleh upah pro cameraman,mesti lg best kan..