Tuesday, April 20, 2010

Pabila dia mula memilih dan membuat keputusan...

Memang dah jadi kebiasaan untuk kanak2 sekitar usia 2tahun menunjukkan kecenderungannya dalam memilih dan membuat keputusan. Perkara ni pastilah suatu perkembangan yang baik kan, sebab mereka cuba belajar untuk 'berpendirian', tapi pada masa yang sama, selalunya kita juga bakal berhadapan dengan 'kesukaran'(read: handling tantrums) bila kita tak penuhi keinginan depa but actually with a good skill and lots of creativity, kita mampu tackle mood mereka dengan mudah...

Dulu Rafiqh hanya memilih pada perkara2 yang simple dan tak complicated, contoh macam nak tidur sini-taknak tidur sana, nak ayah salinkan diaper/buat susu/suap makan-taknak mama, bla3, tapi sejak kebelakangan ni dia mula memilih dan membuat keputusan pada perkara2 yang 'besar'(for me lah!). Semakinlah buat mama terasa cepatnya anak mama dah jadi big boy...

'Perubahan' ni sebenarnya buat I rasa super-happy, most of the time rasa lawak giler tengok kelakuan dia, especially tang nak memahamkan mama apa keinginannya tu, nak cakap tak reti, so dok main hutau2(tunjuk2) ja laa, mak dia pulak kuat menyakat, lagi laa dia tensyen, but of course nak deal dengan dia memang kena banyak2 lah bersabar...

Situasi 1: Nak naik kereta, kadang2 nak duk depan sebelah driver, tapi kadang2 nak duk belakang with adik. So masa tengah jalan dengan dia ke arah kereta, I'll ask him first, "nak duduk mana? ushiro(=belakang)? mae(=depan)?"... Then he will decide on his own, layankan je laa...

Situasi 2: Sejak dulu Rafiqh ni jenis tak memilih makan, jamu apa pun dia belasah. Lately dia makan makin banyak, so kadang2 bila nak jamu dia makan lagi I kena tanya dulu, nak makan tak? And when he says "no", it's really means no. kalau bagi jugak mula laa dia makan main2, I pulak jenis pantang anak main2 dengan foods, untuk elakkan kena marah, better ikut ja kehendak dia... Selain tu, kadang2 dia sendiri nak decide apa dia nak makan, dia akan minta itu ini nak makan yang ada masanya I tak boleh penuhi(contoh before lunch nak makan oyatsu(=snack), oh no no no, takpun tiba2 minta spagetti ka bla3), tapi part ni senang ja, just distract dia dengan benda2 lain, muehehe...

Situasi 3: Sendiri nak decide samada nak jalan atau duk dalam trolley bila pi supermarket, oh tapi bukan takat tu ja, siap nak pilih trolley lagi, so selalunya kami kena ler tunggu dia buat pilihan...

Situasi 4: Pandai jugak nak pilih2 baju mana nak pakai. Oh selalunya baju tak problem sangat tapi dia terlebih concern dengan seluar, and sometimes even with his cloth diaper, kalau seluar tu I boleh 'terima' lagi tapi hadoiii laa cd pun mau pilih ka?! Takdak sapa kelapaq nak tengok aih! So far perangai pilih2 baju ni berlaku untuk pakaian rumah ja, bila nak outing dia rela hati pakai apa yang I tentukan, tapi kot2 nanti buatnya dia dah mula pepandai nak matching-kan baju2 outing pulak memang tepuk dahi laa mama, haru-biru!


inilah hasil pilihannya-baju biru seluar oren, ingat comel dah laa tu, hahaha...

Dan macam2lah lagi dia nak memilih...
Lepas ni apa pulak?!

6 comments:

Ina said...

pasni pilih makwe plak hihihi. memain je ye mama rafiqh ;) pandai rafiqh pilih baju tdo ye rafiqh. meriah sket mcm2 kaler kan rafiqh kan :D

Fith said...

Ina,
uish makwe ker,hahaha
aduhhh tu bukan baju tido tu,tu baju pakai siang2,klau ada org dtg umah,mesti org tu kata "ish buta warna hapa mak dia ni,bg anak pakai baju tak senonoh",kah3...

Haryanti said...

amboiii aihhh..dah pandai memilih anak teruna fith ni..
nnt besaq skit mesti rajin bergaya ni :D

Fith said...

Yanti,
haha skrg pun dah ada songeh nak bergaya.klau kluaq mesti mau topi,sket hari lg minta sunglass pulak kot,hahaha

mysara said...

sama macam rayyan.. penat nk layan kadang2 tu.. (mak dia penat pasal benda lain sbnrnya..hehehe)

Fith said...

my,
mak dia penat pasai apa laa tu agaknya?hehehe...
mmg pun,kdg2 omoshiroi dgn telatah diorg ni,kdg2 penatttt nak melayan...